Setelah sekian lama tidak meng'update' blog ini... Maafkan ana kerana tidak dapat menyampaikan perkongsian dari semasa ke semasa atas kekangan yang tertentu sama ada sengaja atau tidak sengaja..
Wahai saudara seIslamku, "Tolonglah Jangan Main Mercun di Kawasan Rumah Allah..."
Sebelum ana ingin mengupas isu ini, izinkan ana untuk memberi gambaran dalam satu situasi yang ana dan mungkin juga antum ada alami.
"... Allahuakbar Allahuakbar, Lailahaillallah..." Si bilal menamatkan azan.
Beberapa ahli jemaah qiam untuk menunaikan solat sunat qabliah Isya'.
"Usolli Sunnatal...." Diriku mula melafazkan niat dengan tenang. Baru sahaja nak angkat takbir bersama niat di hati, satu letupan mercun dilepaskan. BBOOMM!!
"Allahuakbar!" Ibuku yang juga baru ingin mengangkat takbiratulihram, bertakbir kerana terkejut.
Hatiku mulai resah. Terfikir-fikir, akankah ada lagi letupan??
*Hati berdebar-debar macam nak pengsan...
Hmm... Itulah dia...
Tolonglah ye.. Kepada adik-adik, abang-abang, pakcik-pakcik...
Kasihan kepada para tetamu rumah Allah ni.. Kalau perkara macam ini berterusan.. Rasa seperti hidup di tempat yang sedang berperang. Solat, beribadah dalam keadaan gundah-gelana.
Lagipun, cuba kita renungi...
Di Ghaza, betapa kejamnya rejim zionis yang melakukan kezaliman di sana.. Rakyat Palestin hidup seperti menumpang di negara sendiri.. Dumtam.. Dumtam.. Berdas-das tembakan, letupan, daripada sekecil-kecil peluru hinggalah sebesar-besar roket, bom dan letupan tak henti-henti meragut nyawa satu demi satu nyawa saudara kita di sana.. Tapi, mereka tetap berjuang demi menegakkan kebenaran dan memperjuangkan tanah air, bumi para anbia'... Subhanallah..

Bagaimana pula kita di sini? Negara yang sepatutnya aman damai.. tapi, tetap juga meletup sana sini kedengaran.. Mengganggu saudara-saudara kita yang berusaha mengkhusyukkan diri dalam perbanyakkan ibadah pada malam-malam akhir Ramadhan, bulan mulia yang beberapa hari lagi akan meninggalkan kita..

"Allahumma Innaka A'fuwwun Karim Tuhibbul A'fwa Fa'fua'anna.." Amin..
Dalam kesempatan ini, ingin ana berpesan...
Wahai saudara-saudaraku...
Janganlah engkau membakar nikmat yang kau miliki...
Di tempat kita sendiri, masih ada yang tercari-cari...
Jauh pula bandingannya di Ghaza...
Sesungguhnya perjalanan hidup kita masih perlu diteruskan... Mati itu yang paling dekat dan pasti... Di bulan mulia lagi penuh barakah ini, ringankanlah tangan kita untuk bersedekah walau sesen pun.. Kerana sekecil-kecilamalan kita akan dihisab Allah.. Di tambah pula ganjarannya berlipat-lipat ganda.. Raihlah redha Allah..
Bagi yang telah membeli mercun tu... Gunakanlah sebaik mungkin.. Bagi ana, kemenangan yang dinanti, yakni bulan Syawal yang bakal menjelma ini bukanlah diraikan dengan memperdengarkan letupan sana sini.. Tapi, perbanyakkanlah bertakbir pada malam 1 Syawal.. kerana itu sunnah kekasih Allah, Rasulullah s.a.w..
Ada je fungsi mercun yang lain dan lebih berfaedah, berbanding meletup tanpa memberi makna..
Bagi yang tinggal di kampung seperti ana, lepaskanlah mercun tu waktu para monyet datang mengganggu.. Bukanlah untuk mencederakan mereka, tapi, sekadar mengusir... Tak monyet, lembu, kerbau dan macam-macam lagi haiwan yang datang menceroboh kawasan yang didiami.
Sekian saja dalam kesempatan ini...
Betulkan yang biasa, Biasakan yang betul..
Maassalamah, Waillalliqa'...
Assamalu'alaikum..
