(September 2019)
Bismillahirrahmanirrahim. Nama diberi Siti Mardiana Binti Mohd Saini. Dilahirkan pada 7 November 1994. Merupakan anak ke-6 daripada 7 orang adik beradik. Berasal dari Johor Bahru, tetapi sekarang sudah berpindah ke Alor Gajah, Melaka.
Pendidikan awal saya bercorakkan pendidikan cara Johor, iaitu Sekolah Kebangsaan (SK) pada sesi pagi dan Sekolah Rendah Agama (SRA) pada sesi petang sehinggalah saya berumur 12 tahun. Kemudian, setelah berpindah ke Melaka, sedikit adaptasi pendidikan dan budaya telah mengambil alih. Secara tidak langsung bermakna saya tidak sempat menduduki kelas Darjah Khas seperti pelajar di Johor yang lain.
Ketika berada di tingkatan 1, alhamdulillah, saya bersyukur kerana dipertemukan dengan kawan-kawan yang baik dan mampu memberi pengaruh baik kepada saya. Saya belajar memakai "sarung lengan" atau hand-sock buat pertama kalinya walaupun ia agak janggal pada mulanya. Syukur sekali lagi dipanjatkan apabila Allah s.w.t. telah mengaturkan saya untuk "naik kelas" pada tahun-tahun seterusnya sehingga awal tingkatan 4. Sepanjang tiga tahun lebih bersekolah di SMK Dato Dol Said itu, rakan-rakan saya (terutamanya seorang daripadanya) telah mempengaruhi saya dengan minat pada membaca buku-buku Islamik. Semoga Allah merahmati kehidupannya.
Pada awal tahun 2010 (tingkatan 4), Allah s.w.t. telah mengurniakan saya berita baik bahawa saya telah mendapat tawaran untuk melanjutkan pelajaran ke MRSM Alor Gajah. Sepanjang dua tahun saya menuntut ilmu di sekolah berasrama itu, pelbagai aspek pendidikan yang saya telah lalui berbeza daripada pendidikan sebelum itu. Sekolah itu juga digelar "sangkar hidayah" buat sesetengah daripada alumninya kerana di situlah terhimpun segala pengajaran dan kuliah yang mengajar erti iman, tarbiyah, ukhuwah, dakwah dan kehidupan. Walaubagaimanapun, kehidupan di peringkat seterusnya sudah tentu lebih mencabar erti yang telah disebut tadi.
Sebelum mendapat keputusan UPU (selepas keputusan SPM), ibu saya telah menghantar saya ke kelas menjahit yang mengambil masa beberapa jam sahaja dalam seminggu. Saya sempat juga mempelajari beberapa jenis lakaran pola dan jahitan pakaian terutamanya yang boeh digunakan untuk diri saya sendiri. Pernah juga saya menghadiri kursus menjahit manik di bawah program GIATMARA yang mengambil masa sehari sahaja dan saya suka dengannya.
Kemudian saya melanjutkan pelajaran ke UiTM Lendu dalam kursus Pentadbiran Awam dari tahun 2012 sehingga 2015. Sebelum itu, saya ada menerima tawaran melanjutkan pelajaran ke Matrikulasi, tetapi, atas saranan ayah saya katanya, "Kalau tak boleh skor dalam bidang sains, lebih baik bertukar bidang, dan pastikan untuk dapat four flat,". Kata-kata abah itu selalu menyedarkan saya untuk berusaha lebih keras berbanding cara saya belajar di maktab dahulu. Alhamdulillah, saya berjaya mendapatkan Anugerah Dekan pada semester pertama dan beberapa kali sahaja selepas itu. Walaubagaimanapun, pada semester-semester akhir saya agak kecundang dan tidak mampu menghasilkan purata CGP ke kelas pertama (3.50). Sepanjang diploma, saya telah melibatkan diri dalam persatuan agama, namun, bagi saya itu bukan faktor saya kecundang dalam pelajaran kerana penglibatan itu lebih memberi kedisiplinan pada saya untuk menggunakan ruang waktu yang ada untuk pelajaran dan dakwah. Mungkin disebabkan kelemahan pemahaman saya pada subjek, usaha yang kurang pada pencerahannya dan kurang sokongan kawan-kawan terdekat dalam pelajaran menjadikan pengakhiran diploma saya sebegitu. Saya redha.
(Bersambung)
Kemaskini terkini: 19 Julai 2019
Tujuan saya bina blog ini:
(by 22 September 2019)
1. Supaya kebaikan yg saya ingin ajak, sampaikan dan kongsi menjadi saham akhirat saya terutama sekali andai nyawa ini tidak lagi dikandung badan.
2. Menjadi motivasi dan peringatan kepada diri saya sendiri.
3. Tempat saya catat dan kumpulkan kebanyakan lintasan fikiran, agar ia tak luput dari memori.
4. Tempat saya berkongsi perspektif saya tentang kehidupan.
5. Perumpamaan yg agak melampau, blog ini juga ibarat "sebahagian daripada hidup saya" sejak awal ia dicipta pada tahun 2009 sehinggalah pada masa ini. Penuh dengan catatan berbaur emosi dan juga cebisan iman yg cuba dipertahankan.
6. Mungkin, boleh juga jadi tempat untuk orang mengenali saya? (Sekiranya ada lah)
7. Tempat saya kongsi catatan ilmu yg saya pelajari, sama ada saya olah sendiri mengikut kefahaman saya atau bulat-bulat daripada sumber yg saya perolehi.
8. Tempat saya kongsi apa yg saya suka, seperti mebuat review buku atau yg lain-lain, posting acah-acah travelog, dan sebagainya.
9. Yang baik jadikan ikutan, yang buruk jadikan sempadan. Saya memang manusia biasa, banyak silap dan dosa.
*Harapan saya, moga Allah pelihara blog saya ini daripada anasir jahat seperti penggodam, mahupun pelihara saya daripada berkongsi perkara yg saya tak patut kongsi. Moga Allah jauhkan kita daripada murka-Nya, malah dekatkan kita dengan perkara yg Dia suka. Aamiin.

ukhwah fillah..mar
ReplyDeleteInsya-Allah~ Tabarakallah...
Delete