Friday, February 15, 2013

Seringkali Lupa - ALZHEIMER, kah Aku?

15 Februari 2013

Teguran...
Teguran...
Teguran...
"Kamu ni mudah sangat lupa, baru sahaja tadi dipesan!"

Ya Allah...
Ujian 'mudah terlupa'
Termenung memikirkannya
Mungkinkah, aku ada bibit-bibit ALZHEIMER ini?
Rasa sesal akibat 'lupa'
Membangkitkan rasa seperti ingin menikam-nikam jiwa

Aku teringat,
'A Moment To Remember'
Satu filem Korea,
Yang cukup menyayat hatiku.

Kebanyakan orang,
"Lupa itu perkara biasa la.."
Tapi,
Bagiku, ini adalah satu kelemahan,
Yang perlu aku berikan penawar serta merta...

Kerana,
Dengan LUPA,
Seseorang boleh terguris hati, kecil hati...
Dan boleh juga ke satu tahap,
Bisa melabelkan diri sebagai DERHAKA...
Wa na'uzubillah...
Ya Allah, Astaghfirullahal'azim...

Pasti ada asbabun di sebaliknya..
Teguran daripada orang lain
Adalah satu teguran secara tidak langsung daripada Allah S.W.T.
Menyedarkan aku akan kesilapan yang pernahku lakukan,
Sejakku dilahirkan ke dunia ini...
Hinanya diri ini...

Ya Allah, maafkan hamba-Mu
Yang sering terlupa, Wahai Tuhanku...

Mak, Abah, saya MINTA MAAF~

Friday, February 8, 2013

Hidayah Ada Di Mana-mana

16 Januari 2013

Terima kasih, Ya Allah,
Kau telah bukakan mata hatiku.

USRAH INSAN
Malam Rabu,
Selapas Isya'
Engkau sebaik-baik Perancang.

Engkau telah memanggilku bertukar liqa'
Usrah yang bertajukkan -IMAN-
Aku temui insan yang sangat terbuka,
Celik mata hatinya.
Kena dengan tajuk, bernama Iiman.

"Ya Allah, jangan Kau palingkan nikmat hidayah-Mu daripadaku."
"Hati akan tenang dengan perkara yang baik,
Hati akan gelisah hanya pada perkara-perkara yang tak baik."
"Jangan main tarik tali dengan hidayah Allah."
(tak berasa ragu dengan perubahan baru yang telah dilakukan)
"Sentiasa inginkan jadi yang lebih baik kerana Allah."
"Kalau ada kebaikan, sebarkanlah."
"Hargai kebaikan dan sebarkan kebaikan."
"Jaga sahabat-sahabat, kerana itu adalah penguat kita."
"Kalau bukan kita yang nak bawa Islam, siapa lagi?"
"Kalau bukan sekarang, bila lagi?"

"Bebaskan diri daripada penghargaan manusia."
"Bangun pagi dengan satu keyakinan."
"Kita akan yakin kalau kita ada hubungan yang erat dengan Allah."
"Polishkan bakat yang boleh sumbang pada Islam." (MENULIS PUISI)
Kena kuat,
Kena ada ilmu.

Hubungan ku - Khaliq - Makhluq

15 Januari 2013

Aku pasti,
Kemurungan ini pasti berpunca antara hubunganku dengan Tuhanku,
Dan hubunganku dengan an-nas.

Keriangan dan kesenangan hanya dirasai,
Kala aku bersama dengan orang yang Kau sayangi.

Terima kasih, syukran SAHABAT-SAHABAT!

Aku ingin menjadi pencinta setia pada Khaliqku.
Aku ingin menjadi umat yang menghargai perit getir pengorbanan para anbia',
Rasulullah s.a.w. dan para sahabat.
Aku ingin menjadi sahabat terbaik.
Aku ingin menjadi da'ie yang berhikmah.
Aku ingin menjadi anak yang solehah.
Aku ingin menjadi makhluk yang menghormati makhluk lain.
Aku ingin menjadi pengikut dan pemimpin yang memberi manfaat.

Akalku seolah-olah sentiasa memikirkan,
Sesuatu yang pudar pada pandanganku.
Benarkah aku mulai melupai Pemilik Cintaku yang teragung?
Aku tidakmahu itu terjadi,
Wahai Tuhan Yang Memegang Hatiku.

Aku tahu,
Hidup di dunia ini hanya sementara.
Tidak lama lagi aku akan diambil-Mu.
Hanya bekalan amalan yang akan ku bawa.
Airmukaku menggambarkan diriku,
bukanlah percakapan.

Namun, apa yang ku ucapkan,
Inginku sematkan dan didik diriku.

Akhirnya,
Benarlah firman-Mu,
Apabila kuingati-Mu, hatiku kembali tenang.
Engkaulah Yang Maha Memahami.

Wahai Hati, Gembiralah, Ujian Ilahi

15 Januari 2013

Ku tahu ku lemah,
Ku tahu ku tak se'berada' kalian,
Ku hanya mampu memiliki semampuku,
Andai kalian tahu,
Aku menyayangi kalian,

Fitrah insan menginginkan apa yang dilakukannya,
Diperolehi padanya semula, setimpal,
Malah, inginkan yang lebih baik.

Namun ku sedari,
Dan aku ingin hanya meletakkan pergantungan kasih dan sayang daripada Ilahi.

Tidak semua insan melalui apa yang ku rasai.
Tapi, ku pasti,
1001 hikmat sudah tertulis dalam suratan takdirku,
Kerana,
"Hikmah itu adalah sesuatu yang hilang daripada seorang MUKMIN,
dan jika engkau temuinya, ambillah ia."

Ya Allah, berilah HIDAYAH taufiq-Mu kepadaku,
Kepada kedua ibu-bapaku,
Siblingsku dan teman-teman sepenginapanku...