Tuesday, October 14, 2014

WS : Buat Persatuan Islam Baru

12 Oktober 2014

[8:55pm, 10/12/2014] SMardianaMS:

1. Ape yg perlu diperbaiki (organisasi & individu) dlm *PIB?

*PIB = Persatuan Islam baru; yg bakal digubal

- btulkn niat dan tujuan. knapa join PIB? knapa kena dtg meeting? apa yg spatutnya ahli msyuarat buat time meeting?

- kena bersedia utk mndengar dan mnerima tguran dan kritikn. dpd sesiapa shj. kawan, sepersatuan, ustz atau ustzh, junior mahupun senior, jwtn lg tggi atau lg rendah. smua prlu dtrima dgn lapang dada. berusaha utk perbetul dan perbaiki. itu adalah tguran indirect dr Allah.

- apa2 yg dputuskn dlm meeting prlu difikirkn bersama. bukan lpaskn pd org lain atau anggap org lain yg akn fikirkn.

- ringankn tulang utk volunteer bantu apa2 urusan; psan utk dtg meeting, psan yg lain trutamanya dlm kalangan PIB sendiri utk solat bjemaah kt masjid trutamanya muslimin, yg muslimat pun rajinkn diri hadiri pishas niatkn utk tambah ilmu selagi ada pluang.

- isi masa lapang dgn baca quran, perbaiki bacaan, dan klau boleh bntu kwn2 yg bsedia utk dbntu perbtul bacaan.

- cuti sem nnti bolehla fikirkn ttg apa yg nk dbuat dgn PIB. PIB ni platform utk dakwah dgn bjemaah, yg xdpt kta buat bila berseorangan.

2. Apa harapan kamu kpd PIB?

- insyaAllah, PIB boleh jd medium utk bhijrah.

- dpd PIB insyaAllah boleh blajar dan berpengalaman utk rasa apa itu berkorban, apa itu ujian, apa itu ukhuwah (rukun ukhuwah).

- balancekn akademik

3. Kata2 akhir?

- jgn rasa terbeban dgn keberadaan kalian dlm PIB. join je walaupun hati x rela (utk permulaan).

- klau ada masalah, maklumkn atau share kpd MT supaya faham dan boleh bntu cari solusi.

wallahu'alam

[8:57pm, 10/12/2014]

SMardianaMS:

"tujuan kita diciptakan bukan shj sbg hamba, malah sbg khalifah"

hamba itu apa peranannya dan
khalifah itu apa pranannya.
fikir2kn.

Monday, October 13, 2014

Speking Test MUET & Sekolah

13 Oktober 2014
Bismillahirrahmanirrahim
Allahumma solli 'ala Muhammad wa 'ala ali Muhammad

Alhamdulillah speaking test MUET dah berlalu ptg tadi. Ttg test tu, wallahu'alam. Yang pasti insyaAllah ana lebih mngharapkn lagi tiga baki test yg lain. Sbb ana tau usaha utk test tadi amatlah sikit. alasannya tak sempat sbb dtakdirkn utk berlaku pd musim final exam last semester ni.

8 Nov 2014 nanti, insyaAllah akan dipulun ketiga tiga paper MUET yg selebihnya.

*those are not the main point of this post. sorry

Ana rasa enjoy pula hrni. Enjoy dgn apa yg ana nampak. Ana dpt observe satu sekolah di mana lokasi test MUET ana dtmpatkn atas pilihan ana.

Its been a long time yg ana x jejakkn kaki kt sekolah harian. rasanya last time adalah ketika ana form 4 bfore mndapat tawaran ke MRSM Alor Gajah. itu pun bukanlah sekolah yg ana jejaki td.

Terima kasih buat cikgu-cikgu di SMK Dato Dol Said.

Tamat je speaking test td ana tggu kakak ana kt dpn sekolah. SMK Dato Haji Talib Karim, Alor Gajah.

Mrmandangkn ana perlu mnunggu utk djemput, ana decide utk cuma berdiri dan memerhati suasana sekolah menengah. secara umum, utk perhatikn ragam plajar utk sekolah menangah, dan secara khususnya utk perhatikan sekolah yg dikatakn sekolah kampung.

Alhamdulillah, ana teruja juga.
Apa yg ana dpt simpulkan atau dpt depani, atau apa2 jelah istilahnya;

1. ada certain adik2 yg mnegur ana, tp x pasti mnegur sbg seorang kakak ke, visitor ke, or perhaps cikgu.
*walaupun diri ana ni masih bertubuh kecil atau x mmbesar since tingkatan berapa entah.

2. sekolah tu banyak gantung quotes atau peribahasa yg bermanfaat. mmm, bagus dan hebat!

3. sekolah tu ada susur gajah walaupun jarak antara satu bangunan ke bangunan lain adalah dekat.

4. keadaan di mana budak2 lelaki masih menyakat budak perempuan.
situasi ni berlaku waktu ana tanyakn direction ke pejabat sekolah tu utk tahu lokasi utk MUET. then, while she was trying to give the direction, a group of male students, her friends perhaps, called her name and said,
"... kakak engkau eh?! hehhehhek!.." (ketawa tanpa dketahui sebabnya)

5. waktu tamatnya PNP, ada seorang cikgu berdiri dkt dpn pagar sambil memastikan pergerakan para pelajar kluar dr pagar utama sekolah tu.
waktu tu ana teringat budaya di Jepun je. ana teruja tgk cikgu tu berbuat dmikian. pd persepsi ana, dia seorang guru yg concern lah. guru tu wanita.
ada jugak spekulasi lain yg terlintas kt fikiran ana waktu tu.
iaitu, mgkin jgak kat skolah tu mmg dh jadualkn tugas guru2 trtentu utk kawal pergerakn plajar balik sekolah, sbb nmpak mcm cikgu tu pakai tag tergantung pd tudungnya.

6. smentara tu, ana perasan yg ada beberapa budak lelaki yg lepak dlm pondok pengawal keselamatan ada tengok2 ana yg seorang ni. alaa. jaraknya kurang dr 100 meter gitu. ana just buat dek je. tak over utk syok sendiri pun. sbb ana tgh syok dgn misi utk perhatikn ragam plajar skolah tu.

tak lama lpas tu, dpt call dr kakak ana. tubtub, dia mnta ana kluar pagar sbb kereta bnyak. ana pun ikut jelah. nama pun tumpang org.
time tulah kiranya klimaks budak2 lelaki yg duk tengok2 ana tu. sbb ana kna lalu dpn pondok tu.

rasa2nya apa yg dyirang buat???
tik... tok... tik... tok...
tinggg!

xbuat apa pun yg mncemaskn.
cuma buat bunyi suwit suwit gitu.
dlm hati ana kata, 'alaaah, biasalah tu. budak2 lelaki bila nmpak budak prempuan jln seorang. mcm tulah gayanya' (*yeke?)

7. alhamdulillah, soal couple, takdelah pula ana nmpak scara obvious. alhamdulillah, xdelah nmpak yg duk berkepit jantan-tino. yg tu yg ana rasa syukur sgt. at least kt dlm skolah tu x dtunjukkn. i mean, ana tak nmpak buat masa tu. dpd sebelum pukul 11 pg sampai sblum pukul 3 ptg ana berada kt sekolah tu.

8. haaa, ana baru teringat ada satu scene yg men surprise kn ana. before giliran utk group ana buat test. ttg seorang examiner ana hr ni. unik!
bliau wanita berbangsa cina, katanya dirinya dah tua, tinggi orangnya, dan happening gitu.
suddenly, sedang bliau duk kalut sbb rupa2nya satu lagi group yg blum buat test, ada satu expression yg bliau sbut dgn nada mngeluh. teka... teka...

"ya Allah ya Tuhanku!" (nada mcm org selalu sbut 'alamak')

terperanjat ana dbuatnya. xtau rasa apa ana time tu. perhaps, sebut "alhamdulillah" ya?
wallahu'alam. moga bliau dpt hidayah dr Allah. walau dgn seringkas ringkas ungkapan yg ringan di bibir yg mngkin bliau slalu tersebut bila waktu2 mcm tu.
yelaa... persepsi lain, sometimes, org ikut2 guna je kan. macam melatah laa. yg disinonimkn dgn org Melayu kita ni. :D

9. dpt kenal dgn tiga org studen USIM. dua akhawat satu syabab. kos Aqidah, Pentadbiran Koperat dan lagi sorang yg muslimin tu ana ingat pula.

okei, alhamdulillah. rasanya ni je. insyaAllah klau ada pngalaman yg ana interested yg lain, ada masa, ana share. sama ada anda nak atau tak. dpends on me, right?

yokatta.

Friday, October 10, 2014

WS : Rasanya Rasulullah Percaya Cinta Kita ke?

"Tersebutlah sebuah kisah..

Ada seorang suami yang sering mengungkapkan kata-kata cinta kepada isterinya.."Aku CINTA pada mu"

...

"Sungguh! Aku Benar-benar Cinta Padamu.."

...

"I Luv U..I really really love you"

 

...Boleh dikatakan, hampir setiap malam si suami akan mengulangi kata-kata cinta yang sama sebelum mereka tidur..

..Tetapi, hal ini hanya berlaku pada waktu malam sahaja...

 

Apabila tiba waktu siang..

Lain pula ceritanya..

 

~Cara isterinya tak betul..

"Cara awak masak ni tak betul, sebab tu tak sedap...Awak patut belajar dengan mak saya!" 

 

~Penampilan isterinya memalukan..

"Fesyen baju awak ni tak up-to-date ..Malu saya nak bawak awak jumpa lawan-kawan saya"   

 

~Malas nak ambil tahu apa kerisauan isterinya..

"Pasal anak-anak, awak fikirlah sorang-sorang..Saya ada banyak lagi benda lain yg nak difikirkan"

 

Dan apabila tiba waktu malam...

Si suami masih lagi mengulang ayat-ayat cinta untuk isterinya seperti malam-malam sebelumnya

 

dan begitulah yg terjadi setiap hari..

bertahun-tahun lamanya..

sampai isterinya mati..

 

....

Sekiranya kita berada di tempat si isteri tadi..

bolehkah kita percaya bahawa suami kita mencintai diri kita,

dengan setulus hatinya

sebagaimana yang diberitahu pada setiap malam..??

Sedangkan di siang hari,

kata-kata cinta itu tidak pernah dibuktikan dgn perbuatannya???

....

 

Begitulah apa yang telah terjadi pada hari ini,

Kita selalu dengar orang kata...

 

"Ya Rasulullah, aku cinta padamu.."

"Ya Rasulullah, aku sayang padamu.."

"Allahumma Solli A'la Muhammad"

"Selawat dan salam ke atas junjungan besar kita Nabi Muhammad saw" 

Tetapi dalam masa yg sama,

 

Dia tak suka lihat orang yang meniru penampilan Rasulullah saw,

 

"Apalah dia pakai jubah pergi Tesco..""

Rimas aku tengok janggut dia""

Pakai serban & kopiah??..ha-ha..never!" 

 

Cara hidup dia pun jauh daripada cara hidup Rasulullah saw,

 

"makan kat lantai?? ..sakit pinggang laa"

"nak masuk bilik air pun kena tutup kepala..? Aihh..leceh la""

gosok gigi guna kayu??..awak takde duit nak beli berus gigi ke?" 

 

Dia juga tak mahu fikir macam mana fikir risau Rasulullah saw terhadap umat ini..

 

"orang sebelah rumah tak pakai tudung?..aghh..lantaklah dia..kubur masing2""

anak tak solat subuh?..alaa..malaslah nak tegur,nanti dia lambat gi sekolah pulak"

"sepupu bawak pakwe balik kampung?...biarlah...dia dah besar..pandailah fikir sendiri"

"mak pak sedara bergaduh?..malas den nak campur..hal orang-orang tua"

 

Kalau beginilah sikap kita..

 

Agak-agaknya..bila kita berjumpa dgn Rasulullah saw di akhirat nanti...

 

Nak tak Baginda saw a percaya yang kita benar-benar mencintai baginda?

 

Nak tak Baginda saw mengaku yang kita ni umatnya?

 

Tepuk dada, mari tanya diri sendiri..

~~Adakah kita benar-benar mencintai Rasulullah saw?

 

bak kata omputih.."Action speaks louder than words" :P

 

Rasulullah saw bersabda:"Barangsiapa yang mencintai sunnahku, dia mencintaiku. Dan barangsiapa yang mencintaiku, dia akan bersamaku di dalam syurga" ."

@Srikandi JPM

syukran, Khadijah Chenatlia Azouz :')

- #selawatatasmu

WS : Gagal itu Kafarah Dosa

"Pernah tak ,
Kau gagal dalam exam ?
Walaupun kau dah habis study ,
Dah habis buat semua ibadat wajib ,
And ibadat sunat ,
Dengar cakap parents kau ,
Jaga ikhtilat ,
Semua lengkaplah .
Tapi ,
Result kau remain the same .
Rasa macam ,
Hijrah kau worthless je .
Rasa macam ,
Better jadi macam member kau ,
Yang enjoy memanjang tu .
Tengok movie ,
Lepak ,
Dating ,
Couple ,
Study ala kadar ,
Banyak chatting ,
Banyak story pasal bola dsb .
Depa still dapat good results .
Pernah kan rasa macam tu ?
Even sikit .
Sikitttt pun .
Jap !
Actually ,
Kau taktahu ,
Disebalik hijrah kau semua tu .
Dengan ibadat yang tak tinggal semua tu .
Kau sebenarnya ,
Dah hidup dalam redha-Nya .
Punca sebab kau tak dapat good result ,
Even kau dah pulun satu buku ,
Tak tinggal ibadat ,
Sebab ,
Allah nak ampunkan dosa kau .
Nak tunjuk yang ,
Dia dah ampunkan kau .
Orang panggil kafarah dosa .
Kita buat dosa ,
Dan Allah bagi kafarah dosa ,
Menunjukkan yang kau diampunkan oleh-Nya .
Kafarah tak semestinya dalam bentuk sakit sahaja .
Maka ,
Bersabarlah .
Lambat laun kau akan dapat good result tu .
Jangan pernah berhenti berhijrah .
Jangan .
Keep on moving forward .
Keep Calm
And
Slow-Slow
Follow
The
Flow ~ ♡ -SNIBS -[飞吻]"

@Mawar Berduri

syukran Asma Husna :)

- Alhamdulillah... benar juga ya.
Gagal itu Allah nk uji ksabaran kita, dlm masa yg sama Allah nk kikis dosa kita 'cause Allah love us <3

Thursday, October 9, 2014

WS : Al Quran Bukan Sekadar Hiasan

"“Sayang, tengok nih. Cantiknya AlQuran nih. Warna keemasan. Sesuai untuk kita buat hantaran” pekik Jamilah kepada Nabil...

“Sini pun cantik juga. Warna unggu keemasan. Mana satu kita nak beli nih” balas Nabil.

Mereka sedang asyik mencari bahan-bahan untuk dibuat hantaran. Tinggal satu lagi yang masih dicari-cari iaitu AlQuran yang bakal dijadikan hantaran.

“Tapi, yang ni lagi best, ada terjemahan arab” keluh Jamilah.

“Ala, awak bukan reti pun bahasa arab” jawab Nabil. Tergelak Jamilah. Berbahagia rasanya dapat calon suami seperti Nabil. Prihatin.

“Apa yang saudara cari tu. Nampak seronok saya lihat” tegur pakcik berbaju putih. Jaluran baju ke bawah menampakkan lagi seri wajah seorang pakcik dalam lingkungan 40-an.

“Oh, kami cari AlQuran. Nak buat hantaran. Maklumlah, nak bina masjid” sengih Nabil. Jamilah ikut senyum tidak jauh dari situ..

“Oh. Bagus lah. Adik selalu baca waktu bila?” pakcik menyoal sambil tersenyum.

“Aa.. aa.. lama dah saya tak baca, pakcik“ teragak-agak Nabil menjawab. Jamilah sudah di sebelah rak yang lain.

“Kalau gitu, tak perlu lah beli AlQuran kalau sekadar hantaran. Kesian ALQuran. Itu bukan kitab hiasan, dik” tegur pakcik berhemah.

“Alah, pakcik nih. Kacau daun pulak urusan orang muda. Kami beli ni nak baca la” tiba-tiba Jamilah muncul dengan selamba jawapannya.

“Oh, baguslah. Kalau gitu beli lah tafsir ArRahman. Ada tafsiran lagi” cadang pakcik. Mukanya nampak seperti orang-orang ahli masjid.

“Ala, besar lah pakcik. Kami nak pilih nih. Kiut lagi” senyum Jamilah mengangkat bungkusan AlQuran warna unggu keemasan. Saiznya kecil.

“Jangan lupa baca ya” pakcik dengan selamba sambil meninggalkan pasangan tersebut.

“Sibuk je la pakcik tu” Jamilah mengomel.

Nabil kelihatan serba salah. Mungkin ‘terpukul’ dengan kata-kata seorang pakcik yang muncul secara tiba-tiba.

Hari yang dinantikan sudah tiba. Mereka sudah bersolek. Hari nan indah. Terlalu indah buat pasangan teruna dan dara yang bakal disatukan. Nabil dan Jamilah tidak sabar-sabar menantikan ucapan indah tersebut. Pak imam baru sahaja sampai.

“Assalamualaikum semua” ucapan salam Pak Imam bergema.

Nabil bagai hidup semula. Dirinya terkejut. Jantung bagai gugur serta merta. Mungkin tidak percaya apa yang dipandangnya dihadapan. Ahli-ahli keluarga berebut-rebut bersalaman dengan Pak Imam. Mukanya berseri-seri. Janggutnya putih. Jubah putih. Rambutnya ada yang berwarna putih.

“Inikah pengantin hari ini?” tegur selamba Ustaz Saad.

“Pak.. Ustaz.. kabar baik, pak... usta.. ustazz..” jawab Nabil mengigil. Jamilah juga terkebil-kebil melihat kelibat orang yang dikenali di kedai buku 2 bulan lalu.

“Oh, sebelum tu, saya suka mendengar bacaan adik Nabil. Mudah-mudahan kita dapat mengambil manfaat dari bacaan pengantin” cadang Ustaz Saad. Kelihatan orang ramai mengiyakan. Maklumlah, ustaz Saad merupakan antara orang dikenali oleh ahli-ahli sebagai penceramah tetap setiap hari Khamis selepas maghrib.

Nabil menelan air liur. Baginya inilah saat paling menyeramkan bagi dirinya. Peluh membasahi baju melayu satin berwarna putih.

“Ss.. su.. surah apa ustaz?” Nabil cuba mengagahkan diri. Jamilah masih melihat dari tepi tirai. Memegang kepalanya. Seperti mengagak benda yang sebaliknya berlaku.

“Oh, ayat yang mudah ja. Baca 3 ayat Surah ArRa’d” kata ustaz Saad sambil menunjukkan baris giginya yang putih hasil bersugi setiap solat mengikut sunnah nabi. Surah Ar Rad

Surah Ar Ra'd

“ Apa benda nih ” detik hati Nabil.

“ Bismillahirrahmaani rrahim.. ALL..MAA.. RIII..!! ” berlagu Nabil.

Kelihatan gemuruh satu rumah pengantin perempuan. Ada yang keluar dari rumah menahan gelak. Ada yang mengeluarkan air mata menahan kelucuan. Ada yang menggeleng-geleng kepala. Ibu bapa Jamilah merah padam wajahnya. Jamilah entah ke mana, mungkin berpura-pura ke tandas.

“ Baru ustaz tahu ada kalimah almari di dalam ALQuran. Adik Nabil, cara bacanya seperti begini : A ’ uzubillahiminnassya itaanirra jim.. Bismillahirrahmanir rahim.. ALIF.. LAMM.. MIMMM... RAA.. ” kedengar suara gemersik Ustaz Sa ’ ad. Orang ramai kelihatan ingin mendengar lebih banyak lagi alunan irama ALQurannya.

Nabil berasa seperti kilat menyambar kepalanya.

“ Nabil, kamu jangan merendah-rendahkan kitab petunjuk iaitu AlQuran. Ianya hendaklah dibaca bukan sekadar dijadikan hantaran. Malah lebih malang perlakuan seperti ini seolah-olah menghina ALQuran. Beli ALQuran kemudian menaruh di tempat-tempat tinggi seolah-olah ianya sudah cukup bagi seorang muslim ” tazkirah sudah bermula. Orang ramai memang senang cara penyampaian ustaz Sa ’ ad.

“ Tinggi mana pun kamu belajar, tiada gunanya kitab yang tidak berubah ini tidak mampu kamu baca. Kitab ini pasti begini rupanya, ayatnya tetap sama, kedudukannya tidak sama. Malah, ketahuilah Allah akan menjaganya sehingga hari kiamat. Nabil, kalau kamu tahu orang-orang yang mengaku kitab AlQuran sebagai kitab petunjuk kemudian diabaikan dia pasti dilaknat oleh AlQuran itu sendiri. Tetapi beruntungnya orang-orangnya memanfaatkan AlQuran setiap hari, membacanya, menghafalnya, mengamalkan menjadikan hati terlalu tenang walapun dia bukannya seorang yang tinggi pelajarannya, kaya hidupnya dan sebagainya.. ” penutup Ustaz Sa ’ ad sudah dikagumi orang terutama yang mengikuti ceramahnya.

Hari semakin cepat berlalu..

Nabil sudah melalui hari-hari yang indah. Kitab ALQUran yang menjadi hantaran pertunangan sudah menjadi diari kehidupannya yang aktif setiap hari.

Pit.. Pit! Jangan lupa datang rumah ustaz malam nih. Kita belajar sama-sama. Jangan lupa bawa isteri sekali ya Nabil. SMS dari ustaz Sa ’ ad tiba. Jamilah senyum disisi suaminya, Nabil. read dis.. Rasulullah (Sallallahu alaihi wasallam) said: 'When a man dies and his relatives are busy in funeral, there stands an extremely handsome man by his head. When the dead body is shrouded, that man gets in between the shroud and the chest of the deceased.

Rasulullah (Sallallahu alaihi wasallam) bersabda : 'Bila seseorang lelaki itu mati dan saudaranya sibuk dengan pengebumiannya, berdiri lelaki yang betul-betul kacak di bahagian kepalanya. Bila mayatnya dikapan, lelaki itu berada di antara kain kapan dan si mati.

Selepas pengebumian, semua orang pulang ke rumah, 2 malaikat Mungkar dan Nakir, datang dalam kubur dan cuba memisahkan lelaki kacak ini supaya mereka boleh menyoal lelaki yang telah meninggal itu seorang diri mengenai ketaatannya kepada Allah. Tapi lelaki kacak itu berkata, Dia adalah temanku, dia adalah kawanku. Aku takkan meninggalkannya seorang diri walau apa pun. Jika kamu ditetapkan untuk menyoal, lakukanlah tugasmu. Aku tidak boleh meninggalkannya sehingga aku dapati dia dimasukkan ke dalam Syurga.'

Thereafter he turns to his dead companion and says, 'I am the Qur'an, which you used to read, sometimes in a loud voice and sometimes in a low voice. Do not worry. After the interrogation of Munkar and Naker, you will have no grief.'

Selepas itu dia berpaling pada temannya yang meninggal dan berkata,'Aku adalah Al-Quran, yang mana kamu membacanya, kadang-kadang dengan suara yang nyaring dan kadang-kadang dengan suara yang perlahan. Jangan bimbang. Selepas soal siasat dari Mungkar dan Nakir, kamu tidak akan bersedih.'

When the interrogation is over, the handsome man arranges for him from Al-Mala'ul A'laa (the angels in Heaven) silk bedding filled with musk.

Selepas soal siasat selesai, lelaki kacak mengatur untuknya daripada Al-Mala'ul A'laa (malaikat dalam Syurga) tempat tidur dari sutera yang dipenuhi bauan kesturi

Rasulullah (Sallallahu alaihi wasallam) said: 'On the Day of Judgement, before Allah, no other Intercessor will have a greater status than the Qur'an, neither a Prophet nor an angel.'

Rasulullah (Sallallahu alaihi wasallam) bersabda :'Di hari pengadilan, di hadapan Allah, tiada syafaat yang lebih baik darjatnya daripada Quran, mahupun dari nabi atau malaikat.'

Please keep forwarding this 'Hadith' to all ....because

Rasulullah (Sallallahu alaihi wasallam) said:

'Pass on knowledge from me even if it is only one verse'."

@Srikandi JPM

syukran Nina Liyana Hairudin :')

-mudah2an pasangan yg Allah takdirkn buat kita smua tergolong dlm kalangan org yg mnjadikn Kalam Allah yakni al Quran sbg teman hidup.

:)

-mudah2an kita dan bakal pasangan itu mampu mnjadi pnyejuk mata antara satu sama lain. (qurratu a'yun) sbgaimana yg slalu didoakn slepas solat.

8 Oktober 2014

Wednesday, October 8, 2014

WS: Dear Akhawat

"Selama ni kita perhati. Kita diam. Lepastu kita sedih sorang-sorang.

Dear akhawat yang kita sayang kerana Allah,
Allah ciptakan hawa dengan sifat malu. Maka awak-awak sekalian, janganlah sesekali singkirkan sifat malu dalam diri awak. Kerana malu itu sebahgaian daripada iman wahai mawar agama.

Dear muslimah,
Jadilah Haura' al-Maqsurah. Ertinya bidadari yang terpelihara. Seindah namanya. ;) Keraskan hati bila ada lelaki yang nak mengorat awak. Tak perlu layan. Tak perlu bercrush-crush. Selagi belum sedia, belum sampai masanya, jangan mencari. Kita sedih tengok kawan-kawan kita yang sanggup stay up semata-mata nak berbalas mesej dengan pakwe. Kita sedih tengok kawan-kawan kita menangis cemburu tengok pakwe dia dengan perempuan lain. Kita sedih sangat tengok kawan-kawan kita yang menunggu lelaki nak propose couple dengan dia. Someone said this to me, "perasaan tertarik pada lelaki tu biasa. Tu bukan perasaan cinta, tu cuma instinct. Tarikan antara lelaki dan perempuan. Dan instinct itu biasa. Tak perlu layan. Jangan cepat kata kita dah jatuh cinta. Jangan murahkan nilai cinta, Kerana cinta itu mahal"

Kalau ada lelaki nak mengorat awak. Jangan terlalu cepat percaya. Jangan terlalu cepat jatuh. Dia tak serius. Dia cuma main-main. Dia cuma nak test. Kalau dapat, dapat. Kalau tak dapat, dia cari orang lain.Kalau dia serius dia tak akan membazirkan masa dengan benda yang sia-sia. Serius cuma sia-sia. Kalau dia serius, dia akan buat dengan serius. Dapatkan dengan cara terhormat,

Dear fatayat,
Semua perempuan cantik. Allah ciptakan kita dengan cantik. tak ada satu manusia pun yang tak cantik. Cuma, lain mata lainlah penilaiannya. Awak, tutup aurat tu molek-molek ye. Awak tutup aurat pun tetap cantik. Kita sedih bila kita tanya kenapa tak pakai tudung dia jawab dia tak cantik bila pakai tudung. Kita rasa macam nak nangis. Kita rasa macam nak peluk dia lepas tu cakap kat dia. Awak cantik sangat.
Awak, tak perlu cantik-cantik depan syabab. Dia stranger. Dia outsider. Cantik untuk yang sepatutnya je,

Awak,
Jangan sesekali tinggalkan solat. Jaga solat. Jangan sesekali lambatkan solat. Awak wanita paling cantik di dunia pun tapi kalau hubungan awak dengan Allah tak jaga tak guna juga. Mungkin lelaki ramai yang pandang tapi Allah tak pandang. Allah. Kita rasa mcam nak keluarkan rotan macam nak pukul anak kita tengok orang solat subuh pukul 7. Kenapa susah sngat ? Kita sayang awak lillahitaala tapi kita sedih kalau awak sendiri tak sayang diri awak.

Dear mawar agama,
Kita tahu proses berhijrah tu perit. Dulu kita pun selalu memberontak. Semua benda tak betul. Semuanya salah. Tapikan awak, cuba awak ikut sahaja jalan tarbiyyah. Ikut dengan hati yang tenang. Paksa hati untuk merelakan. Awak akan rasa sesuatu. Lapang dan tenang. Dekati dengan sahabat yang solehah. Percayalah. Awak, kita sayang awak kerana Allah.

Daripada,
Yang belum solehah. Sedang berusaha."

@Srikandi JPM

Syukran to Intan Natasya Abu Bakar
:')

- Subhanallah, how meaningful this message is!
- Alhamdulillah...