Idea on 12 April 2015
Bismillah.
Allahumma solli 'ala Muhammad wa'ala ali Muhammad.
Andai saya telah mengumpat sahabat saya,
Bermakna saya sedang memburukkan diri sendiri.
Kerana sahabat saya adalah cerminan diri saya.
Tiada persahabatan tanpa persamaan fikrah.
Tanpa dasar sahabat terbaik, yakni "berpesan pesan dgn kebenaran, dan berpesan pesan dgn kesabaran.", bermakna kita gagal menjadi diri sendiri.
Diri sendiri yang merupakan sahabat kepada sesiapa sahaja yang bergelar sahabatnya.
Melainkan persahabatan bukan bertunjangkan keimanan.
Apa apa pun boleh jadi.
Lalu tidak hairanlah telah muncul berkurun lama, satu etnik yang berkonsepkan;
"musuh dalam selimut",
"gunting dalam lipatan",
"kerana nila setitik, rosak susu sebelanga",
dan macam-macam lagi.
Hal ini kerana sinar 'IMAN' semakin pudar dalam setiap individu muslim itu.
Kita tidak sedar diri.
Tak sedar bahawa kita sedang menjadi agen kepada agama yang menggambarkan agama kita sendiri.
Hidup tanpa tujuan.
Dan akhirnya kita dapat kosong.
Ayuh kita nafikan hakikat ini.
Ayuh kita bangun menjadi sahabat terbaik.
Barulah layak nak bermain kata,
"kita sahabat Syurga" atau
"sahabat till jannah"
Allahu Allah.
Mulakan langkah dengan Bismillah.
#mendekatimu
#ifnotus