Bismillah.
Selawat atas Nabi s.a.w..
190319
Orang tua = lingkungan umur seperti ibu bapa kita.
Bila kita banyak masa bersama dengan orang tua, kita boleh rasa DEKAT dengan ibu kita.
Kita duduk dekat dengan mereka, dan kita akan dengar banyak perkongsian berunsur kekeluargaan.
Mereka cerita tentang karenah anak, betapa bertuahnya perangai anak-anak itu, masing-masing.
Mereka berkongsi keunikan sifat anak-anak mereka masing-masing.
Ada yg ok, ada yg kurang ok.
Kita di situ duduk mendengar dan menganalisa.
Apa yg mereka suka, apa yg mereka tidak suka. Hampir kesemuanya sama.
Begitu juga ibu ayah kita.
Dalam setiap hati ibu dan ayah pasti ada pengharapan pada setiap anak mereka.
5 orang? 4 orang? 2 orang? Mahupun seorang sahaja anak yg mereka ada.
Kita tidak tahu dengan siapa pula ibu bapa kita berkongsi kisah kita terhadap mereka. Cerita baik kah? Atau hanya keluhan demi keluhan?
Kasihan ibu bapa kita, andai kita kurang tunjuk bakti pada mereka. Mereka semakin tua, dan kekurangan tenaga muda yg ada pada diri mereka.
Ada cita-cita yg mereka ingin capai pada masa mereka tp tidak kesampaian, mereka menyambung pula harapan itu kepada anak-anak mereka.
Dengan harapan anak-anak bisa menerimanya, dengan rela hati. Maka, sedaplah hati ibu bapa jika begitu... Tiada ragu untuk ukir senyuman lega.
Bila kita kawan dengan orang tua,
Kita akan sedar,
"Oh, ibu-ibu suka macam ni,"
"Oh, ibu-ibu tak suka macam ni,"
Jadi, ambillah pengajaran.
Yang baik jadikan ikutan, yang buruk jadikan sempadan 😃