Saturday, September 4, 2021

Tarbiah Kutip Sampah

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.
Allahumma solli 'ala Muhammad wa'ala ali Muhammad.

04/09/2021, 9.23am-9.55am.

-Catatan ringkas dan pantas shj ni-

Kutip sampah di tengah jalan.
Cuma teringat dulu masa sekolah especially lepas dah masuk maktab, memang praktikkan 'benda' ni (amalan kutip sampah). Sebab sayangkan sekolah la katakan.. huhu.. dan terdidik dengan ceramah atau nasihat yg didengari, anjurkan kita berbuat demikian kan. 

Then, nak kata amalan tu pudar, boleh dikatakan begitu juga lah dengan lahirnya pelbagai alasan/faktor. Sebelum Covid-19 muncul, biasanya alasan adalah:

1. Bergantung kepada jenis sampah - basah, kering, kecik, besar
2. Ke mana akan di buang?
3. Ambil masa tak untuk dibuang? (jumpa tong sampah) - ambil masa tu means, tong sampah tiada di situ. Means, jarak dan travel time untuk jumpa tong sampah utk dibuang. Sementara nak jumpa tong sampah tu, nak kena pegang je ke atau simpan dalam beg?
4. Kalau sampah tu basah atau kotor, kena pastikan ada tandas/pili air utk cuci tangan
5. Covid-19. Barangkali sampah tu ada Covid😅 

Bila nampak sampah kat tengah jalan memang akan triggered lah. Sebab rasa, kalau tak kutip, rugi pahala, atau hilang peluang untuk jadi qudwah (da'wah bil hal - dakwah melalui akhlak). Cehh, padahal kat rumah selalu je berselerak😂

Cuma itulah yg dikatakan tarbiah.
Tarbiah yg tidak langsung. Sebenarnya tarbiah kutip sampah ni yang lebih penting itu dekat hati: ikhlas tak? rasa riak/ujub/sum'ah tak?

Jawapannya: tegaskan diri to say "no"
Yang dikatakan tarbiah itu tak perlu tunggu ikhlas baru nak buat. Tarbiah perlukan mujahadah (bersungguh-sungguh) danbia termasuk memaksa diri melakukan kebaikan. Keterpaksaan itu bermakna kita paksa nafsu kita buat baik. Dan jangan asyik nak mengelak saja buat baik. Kalau wujud rasa penyakit hati 3 berangkai seperti di atas tu, atasi dengan istighfar dan tajdid niat. MasyaAllah... *ini adalah nasihat buat diri*

Jadi,

Apa yg saya pelajari pada hari ini atau sejak semalam, saya didik diri saya perlahan-lahan utk amalkan semula amalan kutip sampah especially kat tempat kerja (kalau dulu di sekolah). Kenapa mention tempat kerja? Sebab most of my 24/7 are there lively/i move around. Cuma, mungkin pada situasi tertentu alasan-aalasan yg tersenarai di atas boleh jadi rational. Sebab, ia juga melibatkan personal hygiene, health and safety... Kan.... Kumannnn tu😂

Dari segi tandas (utk cuci tangan) tu, ada kelonggaran sebab dah ada sanitizer (hanya utk sampah kering & ringan sahajalah). Kalau besar sikit, sebab kalau dah melibatkan segenggam tangan, memanglah kena pastikan ada toilet atau sinki atau pili. Sampah kalau berabuk, ditambah dengan sanitize banyak kali, tangan pun boleh jadi tepu! 😂

Haha.

Oh.. just nak selit situasi, berbalik kpd apa yg saya belajar harini. Semalam, saya kutip sampah guna tangan dan hati. Sebab dah lama tak buat kan, langkah pertama selalunya tersangatlah BERAT. Tapi, masyaAllah. "Tarbiah" kan.. harini bila nampak sampah, bila fikir "takkan tak kutip? Semalam boleh je kutip?" Then say no more to alasan. Dan moga istiqamah ya! InsyaAllah.

For me, this kind of statement applied to all kind of 'amal. Suka untuk saya highlightkan.

"takkan tak kutip? Semalam boleh je kutip?" 

Tarbiah kadang tak datang daripada nasihat atau teguran, tapi cara kita sendiri bimbing diri kita iaitu berdasarkan juga kepada apa yg kita pernah diajar suatu masa dulu. Sungguh ilmu itu masyaAllah, syukur Allah itu tidak lokek ilmu. Di mana sahaja ilmu kita boleh dapat.

Contoh lain:
"Takkan tak solat dhuha dah? Semalam kan buat?"
"Takkan tak baca al-Mulk harini? Dulu kan aku pernah amalkan?"
"Kenapa nak tengking? Dulu boleh je aku cakap lemah lembut?"

Tarbiah jenis ni, tak perlu tengok orang lain punss.. Macam orang selalu tak kasi kita cakap, "kalau orang tu mampu buat, kenapa aku tak boleh buat?"

Ala... Dia macam ni. Kita selalu rasa kita pada zaman dulu (masa lebih muda) ada suatu masa yg kita lebih baik daripada harini kan.. ha, macam tu laa.

Ok, sekian. Wassalamu.

SMardianaMS,
26 Muharram 1443H.