Allahumma solli 'ala Muhammad wa 'ala ali Muhammad.
16.06.2022
Bila tanya anybody, dan dijawab dalam lingkungan umur macam ni, terus triggered dan nak kenal lebih. Sebab itu adalah lingkungan umur adik-adik usrah. Adik-adik yang berada dalam tanggungjawab untuk dipimpin bersama dalam jalan kebaikan dan untuk sama-sama keep improving.
- Ingin berkenalan dengan kalian
Saya selalu jadikan jarak umur sebagai cabaran untuk lebih ngam dengan adik-adik. Ia lebih kepada "beri alasan" kalau keep kata macam tu without usaha nak kenal diorang. Mengenali diorang tu termasuk untuk identify cara mana yang lebih sesuai pendekatan. Bukan mudah ya nak dekati jiwa-jiwa manusia, lebih-lebih lagi tak pernah jumpa face to face. Dan, cabaran untuk saya yang jenis "skema" berbanding adik-adik yang mungkin mereka lebih selesa jika pertemuan dapat dilakukan dengan lebih santai. Itulah yang sedang saya keep on cuba perbaiki. Selebihnya, saya serahkan pada Allah yang memegang hati mereka. Semoga jika saya tak berjaya dekati hati mereka, Allah tunjukkan mereka jalan lain pula. Jangan biarkan mereka terputus daripada jalan kebaikan mahupun jalan ilmu, itu yang penting. Usrah ni salah satu jalan sahaja.
Dalam menerokai jalan dakwah melalui usrah ni, kena reda bahawa inilah peredaran masa yang sedang dilalui. Pendekatan kepada mereka bercabang-cabang. Dalam kesungguhan mendekati mereka, perlu ada sikap berhati-hati pula, demi menjaga hati. Kita risau jika tersilap langkah boleh buat orang lebih menjauh... na'uzubillah, moga dilindungi daripada menjadi asbab hamba Allah yang lain menjauh dari jalan hidayah 😢
- Cabaran anak muda dan tali dakwah
Jadi anak muda sekarang ini terlalu banyak cabaran imannya. Saya juga sedar saya masih dalam lingkungan umur muda, walaupun mungkin saki baki, tetapi tetap tak terkecuali. Disebabkan "tidak terkecuali" itu membuatkan banyak rasa tarik tali dalam dakwah. Sebab rasa betapa aibnya diri ini yang Allah selamatkan daripada terbuka, membuatkan setiap kali itulah rasa malu nak ajak orang lain buat amal soleh.
- Hiburan cabaran terberat dalam menjaga iman taqwa, jalan dakwah dan hidayah
Bagi saya cabaran terbesar sekarang adalah hiburan. Risau sangat-sangat. Saya juga sering kalah dengannya, dan perasaan menyesal selepasnya itu Allah sahajalah yang tahu.
Anak muda rata-rata sepanjang masa mencari hiburan. Hiburan dijadikan alat memberikan ketenangan, memberi kegembiraan, menghilangkan rasa bosan... sedang tanpa disedari alat itulah yang terus melenyapkan cahaya yang berbaki dalam diri.
Daripada mencari hiburan untuk dapatkan ketenangan, namun bila sudah dapat sekali, menjadi addictive dan menjadi sentiasa rasa tak puas dan mahukan lagi. Rasa tidak puas dan tidak cukup sekali itulah yang menjunamkan diri terus kepada mensia-siakan waktu yang berlalu dan tak kembali lagi.
Hiburan yang pada mulanya memberi bahagia dan gembira disebabkan approach hiburan itu kepada masalah diri kita, seolah-olah melenyapkan masalah padahal, tidak luak sedikit pun masalah itu daripada terurai.. ia hanya membantu kita lupa kepada masalah temporarily.
Begitu juga, mendapatkan hiburan untuk menghilangkan rasa bosan. Jiwa yang kosong akan cuba untuk mengisikannya. Dalam mengisikan kekosongan, cubalah usahakan mencari sesuatu yang "ber-inti" iaitu ada manfaatnya kepada diri kita. Mungkin yang dapat menyegarkan minda, menaikkan rasa simpati, mendidik rasa sabar, mengasah minda kepada pemikiran kritis, memikirkan ciptaan Allah dan sebagainya. Mencari manfaat termasuklah dalam menyekat kebinasaan yang dihidangkan.
- Hiburan; pertembungan dengan perkara 'binasa'
Kebinasaan yang berbentuk pertembungan halal dan haram, unsur kemaksiatan, dan keterujaan kepada hasil tangan manusia yang tidak mereflekkan kesemuanya berlaku atas izin Allah, dan tidak teruja sebelah mata sahaja. Teruja sebelah mata itu melahirkan generasi yang terlalu obses, fanatik kepada sesuatu golongan tanpa melihat sisi kekurangan orang itu. Menjadikan semua pada matanya sempurna. Sedangkan Allah lah yang mentakdirkan semua itu, sebagai ujian apakah kita akan memuji-Nya atau terus "memuja" membuta tuli.
Membuta tuli inilah memberi kesan kepada kita menjadikan kita lebih keliru apa tujuan kita yang sebenar. Ibarat lalang. Ikut majoriti. Zaman sekarang, majoriti itu tak menjanjikan kebenaran. Termasuklah yang kita 'iktiraf' pendapat "netizen", netizen itu siapa untuk diikuti? Tapi kita mudah ikut sebab semua orang berpihak kepadanya, kelihatan benar 'belaka'. "Kebenaran" yang diangkat dengan mengabaikan soal akhlak, menjaga perkataan, tabayyun, jaga aib, dan apa kesan baik yang kita dapat? Kebenaran yang membuahkan kebencian, permusuhan, pemulauan. Kebenaran yang mebuahkan rasa dengki, dan menghukum. Menghukum seolah-olah orang itu akan terus dalam perkara yang dibenci kita selama-lamanya. Apakah kita fikir kita mampu membuat perkara yang betul selama-lamanya? Namun, diberi alasan, orang itu yang menempah padah, kerana telah mendapat publisiti. Wah, so advanced ya you!
Dalam media sosial, dalam kita mendapat keyakinan diri dengan kebebasan yang kita ada, kita mudah lupa untuk merendah diri.. dan kita lupa "kepada siapa" kita patut merendah diri.
- Cabaran untuk mengikuti atau kekuatan mendapatkan pengaruh yang baik: Akhir zaman
Sedarilah yang kita berada di akhir zaman. Jika adik-adik pernah dengar istilah "ghuraba'" (asing). Dan, kumpulan-kumpulan yang cenderung kepada jalan kebenaran hanya terbentuk dalam kumpulan kecil (minoriti). Akhir zaman, apabila "jalan agama akan dilihat sebagai janggal untuk dilakukan". MasyaAllah. Teringat ada ustaz kata (situasi) orang tak pelik kalau semua orang tak solat, malah yang melaksanakan solat itu yang ditanya, "engkau solat?" seolah-olah pelik. Sedangkan itulah syariat yang sama sejak Rasulullah s.a.w. membawa risalah itu.
Saya juga berduka cita, mengetahui kenyataan bahawa hatta zaman sekarang sebuah keluarga tidak mampu membangun kerohanian pada ahlinya. Ibu bapa tak dapat menjadi contoh ikutan kerana ibu bapa juga diuji dengan cabaran rumah tangga dan kerjaya zaman sekarang. Kepesesatan teknologi yang meragut komunikasi yang baik antara ahli keluarga.
Istilah mendewasakan diri seiring "trend" yang tiada hala tuju hakiki. Trend yang hanya diikuti untuk mendapatkan keselesaan, dan diterima masyarakat sebagai orang yang up-to-date.
Ada lagi yang bersangkut paut di fikiran ini. Namun, terhenti setakat ini.
---
Akhir kata, moga Allah lindungi kita semua.
Moga Allah jaga aku, engkau dan dia. Allahuakbar, tiada yang mustahil di dunia ini dengan kuasa dan izin-Nya.
"Sentiasalah melihat dan mendoakan anak-anak muda yang dilihat itu (barangkali di tepi jalan raya bermain basikal, ada juga yang bermain sukan di gelanggang, yang bermain gajet dan sebagainya) ada potensi untuk menjadi lebih baik malah akan mempertahankan agama suatu hari nanti,"
Catatan,
MimRa.
[17 Zulkaedah 1443H]