Allahumma solli'ala Muhammad wa'ala ali Muhammad.
12.06.2022
Ada suatu masa itu,
Tiada rasa apa.
Mungkin boleh kata,
Masa-masa yg kekosongan dalam diri.
Rasa nak buat amal soleh tu tiada,
Rasa nak membuat sesuatu yang sia-sia pun tidaklah sedang 'bernafsu' (berkeinginan).
Rasa "pale".
Tetapi, merasakan, ada yang memerhati, yang melihat pilihanku.
Aku nak bergerak ke jalan berpahala, mencari hiburan supaya mengenepikan rasa itu, atau terus dalam berfikir-fikir tentang itu, terapung.
"Berzikir sahajalah wahai diri... Pasti Allah akan menunjukkanmu ke jalan yang lebih baik" bisik nurani.
"Bukankah engkau pernah terpaut pada ayat 'berzikirlah kepada Allah sebanyak-banyaknya, maka kamu akan berjaya'?" sambungnya lagi.
Sambil duduk terpaku di atas sofa, saat itu mulut yang tiada rangsangan untuk menuturkan kata dari tadi, cuba digerakkan dengan zikir. Apa-apa zikir pun, asalkan zikrullah. Istighfar, tasbih, tahmid, takbir dan tahlil atau apa pun jua zikir itu.
Aku yakin Allah pasti tunjuk dan bimbing jalan-Nya untukku.
Hari ini sudah beberapa hari berlalu dari saat itu. Alhamdulillah, syukur dengan taufiq dan hidayah-Nya.
Haza min fadhli Rabbi ❤️
[12 Zulkaedah 1443H]
No comments:
Post a Comment