

Pada tahap ini hendaklah kita wujudkan hubungan silatur-rahim melalui taaruf ataupun perkenalan secara santai dan bersahaja. Kita mesti menunjukkan rasa hormat dan berminat dengan apa sahaja subjek percakapan yang berlaku.
Berusahalah untuk menziarahinya di rumah atau bertemu di tempat-tempat yang tidak mengganggu keselesaannya. Pada peringkat ini tidak perlu disentuh subjek dakwah atau mesej utama yang hendak kita sampaikan.
Apabila hatinya telah agak terbuka dengan persahabatan dan kemesraan yang kita tunjukkan serta menampakkan hatinya yang terbuka untuk mendengar mesej kita, perhatikan dahulu sama ada mesej kita akan disambutnya dengan ia merasakan mendapat faedah dan manfaat daripadanya atau tidak.
Ingat, penerimaan orang yang hendak diajak kepada dakwah kita bergantung kepada sejauh mana kita memberikan perhatian dan menunjukkan kemesraan kepadanya.
Peringkat Kedua
Setelah hubungan bertambah mesra, mulakanlah perbualan dengan isu-isu semasa yang berlaku dalam masyarakat. Jangan paksakan apakah isu yang hendak dibawa. Lebih utama isu-isu ini ditimbulkan melalui lontaran-lontaran soalan. Biar orang yang hendak dibawa kepada mesej dakwah kita itu berfikir dan beliau sendiri yang mengetengahkan isu tersebut.
Mungkin sesuatu isu itu ditimbulkannya dalam bentuk persoalan juga atau mungkin dengan luahan hati dan pandangannya.
Jika ia dalam bentuk luahan hati dan pandangannya, jangan cepat-cepat menyanggahnya jika pandangan tersebut tidak selaras dengan pandangan kita.
Sebaliknya, hendaklah kita melontarkan beberapa soalan ringan kepadanya untuk ia memikirkan apa yang diperkatakannya.
Jika pandangannya bertepatan dengan pandangan kita, maka berilah perakuan, pujian dan sokongan terhadap pandangan tersebut. Biarlah dia yang bercakap agar apa yang didengarinya sendiri daripada ucapan mulutnya akan lebih mengesani hati dan perasaannya.
Apabila peringkat ini sudah berjalan baik, maka hendaklah kita menyentuh sedikit sebanyak persoalan iman dan aqidah dalam isu-isu yang dikemukakannya itu. Jika persoalan iman dan Islam sudah mula bertapak dalam fikiran dan hatinya, dia akan melihat isu-isu itu dari sudut pandang yang lebih luas dan merangkumi.
Bermula daripada bibit-bibit iman inilah dia akan memikirkan betapa alpa dan lalainya ia terhadap isu-isu yang sedang dihadapi oleh umat Islam dan masyarakat masakini. Asas ini akan menjadikannya mahu membuat anjakan dalam dirinya dan seterusnya melakukan perubahan demi kebaikan diri dan orang-orang yang terdekat dalam kehidupannya.Peringkat Ketiga
Pada tahap ini hendaklah kita membantu beberapa urusan hidupnya yang memerlukan bantuan. Jika dia seorang yang masih lemah dalam kefahaman Islamnya, maka bantulah ia untuk memahami asas-asas kefahaman Islam yang utama. Hulurkanlah kepadanya rencana, majalah atau buku-buku ringkas berkenaan Islam.
Sebaliknya jika kefahaman dan amalan Islam asas telah beres pada dirinya, maka bantulah ia untuk memahami Islam dalam konteks penghayatan yang lebih luas. Beri makna kepada kefahaman dan amalan Islamnya dengan tuntutan dan tugas-tugas untuk mencegah kemunkaran dan usaha memperbaiki masyarakat sekeliling.
Peringkat Keempat
Pada tahap ini sebaik-baiknya tingkat kefahaman dan keyakinannya terhadap pengertian ibadah yang syumul. Tekankan bahawa ibadah dalam Islam merangkumi segenap aktiviti hidup dalam pelbagai jurusan.
Urusan mengurus dan menangani hal-ehwal sosial, kemasyarakatan, ekonomi dan politik adalah juga termasuk ruang lingkup ibadah. Kemukakan sirah perjuangan Rasulullah s.a.w dan para anbiya' dalam Al-Quran sebagai bukti bahawa ibadah yang dituntut oleh Islam adalah amat luas maknanya.
Setelah pintu kesedarannya sudah terbuka, yakinkanlah kepadanya bahawa tidaklah cukupi baginya untuk menjadi seorang Islam yang hanya baik bagi dirinya semata-mata.
Terangkan kepadanya bahawa Islam merangkumi seluruh urusan kehidupan. Islam adalah satu sistem yang lengkap dan sempurna. Islam adalah juga satu sistem perundangan dan pemerintahan. Islam adalah kemasyarakatan dan ketatanegaraan. Islam adalah dakwah, jihad dan ummah berdaulat.
Inilah kefahaman sahih dan tepat terhadap Islam yang perlu kita terapkan kepadanya. Dengan itu kita yakinkan dia bahawa kita bersama-sama wajib melaksana dan menyempurnakan tugas tersebut kerana ia adalah perintah Allah Rabbul Jalil.
Kita juga mesti fahamkan kepadanya bahawa Islam mewajibkan kita berusaha dan berjuang dengan bersungguh-sungguh supaya Islam berkuasa di muka bumi.
Di atas sebab itu adalah wajib bagi kita menyampaikan seruan Islam kepada manusia seluruhnya. Sebagai seorang Islam, tidak mungkin kita dapat menghayati Islam yang sahih kalau kita hidup mengasingkan diri serta tidak ambil peduli kesusahan dan penderitaan saudara-saudara Islam yang lain.
Berbekalkan kefahaman seperti ini, kita terus membimbingnya sehingga ia dapat merasakan tanggungjawab untuk membela Islam, umat Islam dan masyarakat. Ajaklah dia keluar daripada pengasingannya dan hendaklah ia bergerak dalam jamaah Islam secara jamaie.
Setelah rasa tanggungjawab dalam dirinya semakin bertapak, hendaklah kita terangkan pula kepadanya bahawa tuntutan dakwah pada hari ini mewajibkan setiap umat Islam berusaha bersungguh-sungguh untuk membangunkan daulah Islamiyyah yang melaksanakan syariat Islam.
Peringkat Keenam
Pada peringkat ini kita jelaskan bahawa usaha untuk menegakkan sebuah masyarakat dan pemerintahan Islam tidak mungkin dapat dilaksanakan secara individu. Tugas ini mesti dilakukan melalui sebuah jamaah. Melalui sebuah jamaah, segala usaha individu dapat digembleng dan dipadukan.
Untuk tujuan itu, kewujudan sebuah jamaah yang memperjuangkan cita-cita itu adalah satu perkara yang wajib. Demikian juga menyertai dan menggabungkan diri dalam sebuah jamaah yang memperjuangkan cita-cita ini adalah satu tuntutan yang perlu dipenuhi.
Nyatakan kepadanya inilah yang merupakan masalah terbesar umat Islam. Ramai di kalangan umat tidak merasakan perlunya dibangunkan sebuah negara yang melaksanakan syariat Allah. Ramai juga yang merasa bahawa tidak perlu menggabungkan diri mereka dengan jamaah Islam kerana takut memikul berbagai-bagai bebanan. Mereka lebih mengutamakan kesenangan dan keselesaan diri mereka sendiri.
Jelaskan juga bahawa hidup dan berjuang bersama-sama jamaah adalah sunnah Rasulullah s.a.w, para anbiya, para sahabah, para auliya' dan solehin.
Nyatakan bahawa dengan bergabung tenaga bersama-sama dengan jamaah Islam, Allah akan memberi ganjaran pahala yang besar dan keberkatan hidup yang sentiasa dirahmati-Nya.Peringkat Ketujuh
Setelah meyakinkannya bahawa ia perlu bergerak dalam sebuah jamaah Islam, maka terus tawarkan beliau untuk menyertainya. Jika timbul persoalan tentang gerakan dan pertubuhan Islam yang lain, jawablah dengan baik tanpa memburuk-buruk atau menyerang mana-mana pihak yang juga sedang menjalankan kerja-kerja dakwah Islamiyyah.
Tunjukkan syaksiyyah tinggi dan sifat mulia kita tanpa merendah-rendahkan mana-mana pihak. Katakan bahawa semua pihak yang menjalankan kerja-kerja kebajikan, pengislahan dan berjuang menentang kezaliman dan penindasan serta berusaha menegakkan kebenaran dan keadilan adalah rakan-rakan kongsi sesama jemaah dalam perjuangan ini.
Mulakan dakwah dengan mendekati, menyeru dan mengajak mereka yang tidak tahu, lupa atau lalai tentang ajaran Islam. Selepas itu, beransur-ansur dan sedikit demi sedikit dari satu peringkat ke satu peringkat kita pertingkatkan diri mereka dengan ajaran dan tuntutan Islam dan perjuangan menegakkan Islam.
PANDANGAN ISLAM MENGENAI PERGAULAN
Manusia tertakluk untuk memelihara dua bentuk hubungan iaitu hubungan dengan Allah (hablumminallah) dan hubungan sesama manusia (hablumminannas).
Secara fitrahnya, manusia tidak boleh hidup keseorangan , seperti mana Adam a.s yang minta dijadikan teman iaitu Hawa meskipun telah dilimpahi dengan pelbagai kenikmatan dan kesenangan di syurga. Kita saling memerlukan antara satu sama lain dan saling bergantungan untuk meneruskan survival kehidupan.
Dalam Islam, konteks pergaulan adalah cukup luas dan mencakupi segenap aktiviti harian kita seperti dalam urusan jual beli, kerja,belajar,perubatan,penyaksian di mahkamah dan sebagainya.
Kita digalakkan untuk saling mengenali antara satu-sama lain dan ini amat bertepatan dengan firman Allah SWT di dalam Surah Al-Hujurat : ayat 13 yang berbunyi ;
Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan Yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang Yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan Yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha mendalam pengetahuannya (akan keadaan dan amalan kamu).
PERGAULAN ANTARA LELAKI DAN WANITA YANG BUKAN MUHRIM
Sekiranya pergaulan itu berasaskan kepada tujuan mendesak ataupun keperluan, maka ianya dibolehkan. Walau bagaimanapun, dalam masa yang sama, perlu menjaga batas-batas pergaulan sebagaimana yang telah digariskan Islam.
Pandangan yang diberikan oleh Dr. Yusuf Al-Qaradhawi di dalam Fatawa Muasyirah, Jilid 2 menyebutkan :
”Pada prinsipnya, perhubungan di antara lelaki dna wanita tidaklah ditolak secara total, malahan dibolehkan selagi mana ia bermatlamatkan kebaikan dan atas perkara-perkara yang dibenarkan syarak.. Dan wajib patuhi kehendak dan ajaran Islam serta prihatin tentang akhlak dan adab”.
a) Menundukkan pandangan
Katakanlah (Wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki Yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang Yang haram), dan memelihara kehormatan mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka; Sesungguhnya Allah amat mendalam pengetahuannya tentang apa Yang mereka kerjakan. (An-Nuur : ayat 30)
Tidak melihat aurat / memandang dengan pandangan syahwat / bukan pandangan yang liar.
Pandangan pertama dimaafkan, namun jangan pula disusuli dengan pandangan kedua dan ketiga kerana ianya haram.
b) Menjaga aurat dan kehormatan
Dan Katakanlah kepada perempuan-perempuan Yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang Yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali Yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya Dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka Yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka Yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki Yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak Yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa Yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, Wahai orang-orang Yang beriman, supaya kamu berjaya. (An-Nuur : ayat 31)
Batasan aurat bersama bukan mahram (ajnabi)
i. Lelaki – antara pusat ke lutut
ii. Wanita – seluruh badan kecuali muka dan tapak tangan
Berpakaian sopan menurut syarak, iaitu tidak nipis sehingga menampakkan warna kulit, tidak ketat sehingga menampakkan bentuk badan dan tudung dilabuhkan melebihi paras dada. Tidak salah berfesyen asalakan menepati standard piawaian pakaian Islam.
Hayati pemakaian kita di dalam solat. Sebagaimana kita berpakaian sempurna semasa mengadap Allah, mengapa tidak kita praktikkan dalam kehidupan di luar? Sekiranya mampu, bermakna solat yang didirikan berkesan dan berupaya mencegah kita daripada melakukan perbuatan keji dan mungkar.
Elakkan daripada memakai pakaian yang tidak menggambarkan identiti kita sebagai seorang Islam. Hadith Nabi SAW menyebutkan :
” Barangsiapa yang memakai pakaian menjolok mata, maka Allah akan memberikan pakaian kehinaan di hari akhirat kelak..” ( Riwayat Ahmad, Abu Dawud, An-Nasai dan Ibnu Majah)
Wahai isteri-isteri Nabi, kamu semua bukanlah seperti mana-mana perempuan Yang lain kalau kamu tetap bertaqwa. oleh itu janganlah kamu berkata-kata Dengan lembut manja (semasa bercakap Dengan lelaki asing) kerana Yang demikian boleh menimbulkan keinginan orang Yang ada penyakit Dalam hatinya (menaruh tujuan buruk kepada kamu), dan sebaliknya berkatalah Dengan kata-kata Yang baik (sesuai dan sopan).(Al-Ahzaab : 32)
“Dan sederhanakanlah langkahmu semasa berjalan, juga rendahkanlah suaramu (semasa berkata-kata), Sesungguhnya seburuk-buruk suara ialah suara keldai” (Surah Luqman : ayat 19)
”Sesungguhnya kepala yang ditusuk besi itu lebih baik daripada menyentuh kaum yang bukan sejenis yang tidak halal baginya.” (Riwayat At-Tabrani dan Baihaqi)Selain itu, dari Aishah :”Demi Allah, tangan Rasulullah tidak pernah menyentuh tangan wanita sama sekali meskipun saat membait.” (Riwayat Bukhari)
”Siapa sahaja wanita yang memakai wangian kemudian melewati suatu kaum supaya mereka mencium banunya, maka wanita itu telah dianggap melakukan zina..” (Nasa’i, Ibnu Khuzaimah dan Ibnu Hibban)
”..dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka..” (An-Nuur :31)