Monday, November 15, 2010

Tautan Hati 1 : Tarbiah

Assalamualaikum..

Alhamdulillah.. ana nak berkongsi sedikit sebanyak tentang hikmah yang ana dapat berdasarkan novel Tautan Hati, karya Fatimah Syarha Mohd. Noordin, keluaran Telaga Biru..

iaitu mengenai Tarbiah...

m/s 211

"Apa pun aliran kita, taraf kita tetap hamba Allah, sama sahaja. Jika kita meletakkan Allah adalah segala-galanya dalam diri, pasti kita akan menghargai tempat subur dengan cinta Allah seperti sekolah kita terutamanya musolla kita tu. Percayalah! pihak sekolah bukannya sengaja nak mendenda tapi kami terpaksa meletakkan peraturan begitu supaya semua orang dapat melalui program tarbiah yang diatur."

"Kalau pergi tapi tak ikhlas, buat apa?" Juih Masliah.

"Betul. Orang yang mengikuti program tarbiah pun tak semestinyadapat dibentuk inikan pulaorang yang tak nak ikut langsung program tarbiah. Kami cuma mengharapkan kebaikan semua di dunia dan akhirat. Kerana terlampau sayangkan semualah program tarbiah diadakan."

"Tak ada maknanya." Mardhiah menggeleng.

"Program tarbiah sebenarnya satu bekalan penting untuk kita hadapi hidup yang mencabar pada masa akan datang. Apabila kami mewajibkannya, kami harap semua pelajar sekolah ni akan mendapat keberkatannya, tempias pun jadilah. Lebih baik daripada tak mendapat apa-apa langsung. Elya bukan apa, Elya takut nanti kat padang mahsyar, Elya tak mampu nak jawab bila Allah tanya tentang tanggungjawab ni," balas Elya Khadeeja bersungguh-sungguh.

"Elya, awak ni kan, sampai kat sini pun nak hidupkan suasana musolla. Awak tak jemu ke berceramah?" sindir Masliah.

Elya Khadeeja tersenyum manis. Dia tidak menjawab bagi mengelakkan ketegangan. Tiada garis tersinggung di raut wajahnya. Hatinya berbicara,

'Ya Allah, biarlah semua manusia jemu denganku, aku telah berjanji tidak akan jemu dengan mereka terutamanya takkan jemu sampaikan dakwah ini.'

Kedengaran suara seseorang mendengus kuat. Elya Khadeeja pantas memandang ke arah Nan Radhiah.

'Kasihan Nan masih tak dapat tidur.' Elya Khadeeja bersimpati.

"Elya, kami ni bising ke?" Ieta mengubah perbualan. Dia memahami tujuan sebenar kedatangan Elya Khadeeja menyertai mereka. Secebis kekaguman bertamu di hati melihat peribadi Elya Khadeeja yang hanya tersenyum biarpun teruk disindir.

"Tak bisinglah, cuma ceria sangat. Awak berhujah ni memang happy go lucky dari pagi sampai malam, dah famous satu ASPURI. Elya teringin nak mengetahui rahsia keceriaan tu." Elya Khadeeja bermain bahasa.

"Rahsianya banyak cerita pasal orang, barulah ada modal untuk ketawa," jawab Masliah selamba. Zanna dan Siti tertawa mendengar jawapan itu. Bagi mereka Masliah memang lawak orangnya.

" Bercerita pasal orang? Mm, memang kelakar! Tapi, kelakar atas dunia saja, derita kat sana. Elya cukup takut nak bercerita pasal orang. Bimbang terlibat dengan mengumpat. Nun di akhirat, terpaksa makan daging mentah manusia. Elya tak sanggup, jijik!" Elya Khadeeja menyampaikan kebenaran walaupun pahit untk meluahkan. Dia sedar ia mungkin mengundang ketegangan.

"Apasal rasa tertelan lada pula ni? Pedasnya!" Masliah rasa diperkena.

"Eh, Elya tak berniat nak kenakan sesiapa! Tadi, Elya dinasihati, Elya terima dengan hati terbuka. Sekarang Elya pun ingin mengambil peluang untuk menasihati. Orang Islam kan saling berpesan-pesan dengan kebenaran dan sling berpesan-pesan dengan kesabaran." Elya Khadeeja mengenyit mata. Tampak manja.
.......

Sekian sahaja yang nak ditaip buat kali ni.. Nah kan.. Betapa berhikmahnya cara Elya Khadeeja menyampaikan dakwahnya tanpa tunjukkan despair die.. Malah dia sentiasa berdoa kepada Allah agar dibantu.. Subhanallah.. tak mahu ke kita semua jadi macam dia.. yang pandai bermain dengan bahasa pulak tu..

Tak pernah ana jumpa sahabat seper dia.. yang digelar Serikandi Abu Bakar oleh teman akhowatnya..

No comments:

Post a Comment