Saturday, December 31, 2011

Binbo Danshi

Binbo Danshi

Synopsis

A poor college student, Kazumi Koyama (Shun Oguri)’s priorities are friendship and to make everyone happy. He never says no when people rely on him. With his strong ally, the consumer finance ATM, he buys dinner and takes on other people’s debts despite his poverty, while unopened bills are piled up at his door every day. When optimistic Kazumi finally gets an employment offer for a real job, he meets a policeman Shuzo Hikita (Norito Yajima) and an office clerk Mimi Nakahara(Yu Yamada) who works at the consumer finance company. Kazumi finds out from Mimi, that his debt now amounts to a million yen, and that his job offer could be ruined because of his debt. Both Shuzo and Mimi are in debt to a host club/bar owner/money loaner OmOm. He is actually the boss of the two gofers who defraud Kazumi of 200000 yen. Kazumi visits OmOm with Mimi and Shuzo to get his money back, only to put himself into OmOm’s money game with various challenges. Can Kazumi make the impossible possible with his optimism?

UNIC - Doa Rabitah

Friday, December 30, 2011

ASY-SYAFI ~ UNIC

TazKeeRaH 56 : Pesanan Rasulullah Untuk Wanita

TazKeeRaH 55 : Khutbah Terakhir Rasulullah

TazKeeRaH 54 : Tujuh golongan yang akan dilindungi Allah S.W.T

TazKeeRaH 53: Kisah air mata Rasulullah S.A.W

TazKeeRah 52 : Ya Rasulullah... layakkah kami menjadi umatmu?

TazKeeRaH 51 : Renungan Remaja Islam

TarBiYYaH BaiTi 3 : Tangani Kurap Kucing


Assalamu'alaikum...

So, caranya adalah dengan menyapukan
minyak masak pada kurap kucing-kucing yang disangi kita semua tu..
sehari sekali pun boleh la..
sampaila dah hilang kurap-kurap yg tak diingini tu..
Biasanya dlm 3 hari pun cukup utk lihat keberkesanannya..
Precaution!! :
bagi mengurangkan beban seper
i menghadapi kucing yang;

- meronta-ronta,
-nak lari,
-mengiraikan kepalanya(sehingga terpecik kembali minyak pd muka.. disgusting~),
-atau apa-apa saja yg menunjukkan kucing x selesa dengan rawatan ni,

#So, perlulah kita grab/pegang kuat-kuat bahagian tengkok kucing itu,
terlebih dahulu..

Bukannye apa, sbb, kesian kucing-kucing kita tu, kan??
asyik garu-garu je tempat kurap tu..
em.. em.. em..

ok, i think i can pen off now..
try out ne!
Insya-Allah..
mulakan dengan Bismillah,
dan, sudahi dengan Alhamdulillah~

Wassalam~~

Thursday, December 29, 2011

TazKeeRaH 50 : Apakah Erti Sebenar Hafazan Al-Qur'an ?

Ame to Yume no Ato ni / After the Rain and Dreams

Ame to Yume no Ato ni

Synopsis

Based on a novel by Akutagawa Prize-winning author, Yu Miri, 'Ame to Yume no Ato ni' is a story about the supernatural and the bonds between a father and daughter. Sakurai Tomoharu is a single parent who has an extremely close relationship to his daughter. One of his hobbies is catching and collecting butterflies, and he has traveled to Taiwan to catch a very rare butterfly, the Troides magellanus. It's so rare it's been called the "phantom butterfly." The legend goes that whoever catches this butterfly will become a phantom themselves. Back in Japan, Tomoharu's daughter, Ame, hasn't received a phone call from her father in days and begins to worry. However, when Tomoharu does return, he has no recollection of how he got back to Japan, or what happened at all. Ame notices strange things beginning to happen all around her . . . With the help of his neighbor Akiko, Tomoharu begins to piece together what happened back in Taiwan, and comes to a horrifying conclusion. --

Monday, December 26, 2011

Istikharah untuk Bidang yang Akan Diceburi



Assalamu'alaikum..

kelmarin, ana, another four of my siblings, and my sepupu,
went to Waterworld A'Famosa,
Alhamdulillah, selamat dan
best, la~~
walaupun macam-macam dilemaana untuk ke sana,
kerana banyak plan yang bertindih dlm satu masa tu..
tp, apa-apa pun Alhamdulillah 2/3 dpt dijayakan dan dilalui..

waktu balik dr A'Famosa,
only ana and my sister(Kakak) rided on kereta Viva(white in colour),
others rided on my cousin's car, Hilux(ala-ala Pajero/lori)...

Kami pun gerak...

ana mulakan perbualan tanya kat Kakak,
tentang UIAM yg Kakak pernah belajar kat sana dlm 6 tahun..
tanya punya tanya,
dan dijawab oleh kakak ana,
akhirnya, Kakak pula yang tanya balik kat ana,
"Awak nak ambik course ape nanti??" (Kakak)
"Ha??...(berfikir sebentar).. tak taula, Kakak" (ana)
"Eh, mana boleh tak tau... Solat Istikharah la.."(Kakak)
"Ooo.. soal ni pun kene jugak, ea??"(ana)
"Yelah.. Allah je yang tentukan yang terbaik utk kite.." (Kakak)
"He'e la... Insya-Allah"(ana)

Amacam?? korang yang bakal menjejakkan kaki
ke menara gading macam ana ni (Insya-Allah...)
dah fikir ke, belum??
jgn lupa, Solat Istikharah~~
sebab.....

"... ALLAH je yg tentukan yg terbaik utk kte..."

(6_6)

TarBiYYaH BaiTi 2 : Saat Mengampai Baju

Assalamu'alikum warahmatullah...
Sihat semua???
Insya-Allah..
Alhamdulillah utk yg sihat,
Takziah kpd yg kurang sihat,
(Semoga cepat sihat!Ganbatte~)

Mak ana berpesan...

kalau nak ampai baju, terbalikkan baju tu dulu...
#supaya baju tu lambat sikit lusuh*

masa ampai baju tu, kalau angin kuat, sepitkan...
#elakkan baju terbang*

sambil ampai baju, sambil berzikir...
#supaya barakah itu ada*

From me or my own stand,

mulakan dengan basmalah...
#buat kerja kerana Allah*

panggillah kucing...
#sebagai peneman*

ucapkan tasbih, Subhanallah, ketika menikmati pemandangan alamskitar...
#bersyukur atas kebesaran Ilahi di atas kenikmatan yg dikurniakan*

akhiri dengan tahmid, Alhamdulillah~
#bersyukur sbb kerja dh selesai, diselamatkan dpd bencana/musibah, ingat Allah*

daijoubu?
(^_^)


TarBiYYaH BaiTi 1 : Muqaddimah first!

Assalamu'alaikum and good morning,
to all my viewers..

Today i would like to share one new topic,
it come from home teaching..
"Tarbiyyah Baiti"
Tarbiyyah = didikan
Baiti = home/ rumah/ rumahku

Idea ini tercetus semasa ana sedang ampai baju..
ketika angin bertiup kencang ibarat ribut,
ana teringat blog adik Nur,
dia berkongsi perihal personalitinya,
oleh yg demikian, terlintaslah di benak fikiran ni nak buat perkongsian
lebih kurang macam tu juga,,
tp,lain skit je..

so, kenape ea, ana topikkan perkongsian ini dengan,
"Tarbiyyah Baiti"..
actually, its only about what i learn informally,
at home, perhaps, its ala-ala petua or whatelse lah..
it can be from my Mak(mom), sister,or anyone..
maybe i can write who was the one who taugh me so..

I think, enough for me to introduce to you all,
for this new share..
"Have a nice day with Iman and Amal..!"

Wednesday, December 14, 2011

v.ENGLISH 6 : FAMILY: Be fearless about fear

http://www.nst.com.my/life-times/sunday-life-times/family-be-fearless-about-fear-1.17493

fear - takut
inflicts - mengenakan
trrick - silap mata
considerably - jauh
common - biasa
absurd - tidak masuk akal
featured - yang diketengahkan
severe - teruk
presupposes - mengandaikan
threat - ancaman
innate - semula jadi
unpleasant - yang tidak menyenangkan
consciousness - kesedaran
revolves - berputar
abandonment - pengabaian
heighten - meningkatkan
exposure - pendedahan
advancement - kemajuan
prominent - terkemuka
anxiety - kebimbangan
depression - kemurungan
insanity - ketidaksiuman
self-esteem - harga diri
self-efficacy - keberkesanan diri
anageable - diurus
interfere - mengganggu
assess - menilai
onset - permulaan
triggering - mencetuskan
relapse - kambuh
appropriate - sesuai
asserting - menegaskan
prior - sebelum
bizarre - pelik
erection - pendirian

*phew~~ finally, finish pun,,*

Tuesday, December 13, 2011

v.ENGLISH 5 : 'Some supplements raise odds of death'


consuming - mengambil
suplements - tambahan
hazardous -berbahaya
regarded- dianggap
encouraging - menggalakkan
blindly - secara membuta tuli
purchases - pembelian
risk- risiko
concern - kebimbangan
deficiencies - kekurangan
rely - bergantung
hearsay - desas desus
boost - meningkatkan
bandwagon - kereta musik
limits - had
manufacturers - pengeluar
abide - mematuhi
standardised - diseragamkan
dietitian - pakar pemakanan
odds - kemungkinan
tend - cenderung
abused - didera
thorough -menyeluruh
shelf -rak
achieve - mencapai

TazKeeRaH 49 : Formula 6M


MUSYARATAH

# Dari kata dasar ‘syarat’ – iaitu syarat yang menjadi dasar di mana sesuatu formula atau
penyelesaian itu didirikan, atau ringkasnya membuat pensyaratan.

# Musyaratah adalah suatu proses menetapkan serta mengiltizamkan diri dan organisasi terhadap syarat-syarat yang
dituntut untuk mencapai sesuatu matlamat.

MURAQOBAH

# Dari kata dasar ‘ra-qa-ba’ – iaitu sifat mengawasi secara berterusan.
# Sifat sentiasa menyedari dan menginsafi diri dalam mengawasi tatacara atau kaedah pencapaian sesuatu matlamat
individu ataupun sesebuah organisasi itu, senantiasa berada di landasan yang telah disyaratkan, dikenali sebagai
Muraqobah.

MUHASABAH

# Dari kata dasar ‘ha-sa-ba’ – iaitu mengira.

# Muhasabah adalah satu usaha yang dilakukan oleh setiap individu untuk mengira atau menilai diri sendiri.

MU'AQOBAH

# Dari kata dasar ‘a-qo-ba’-iaitu mendidik jiwa supaya menjadi lembut dan mentaati Allah S.W.T.
# Mu’aqobah adalah satu sikap dan mentaliti yang sentiasa menyedarkan diri bahawa setiap perlakuan akan ada
tindakbalas atau hasilnya, sama ada baik atau buruk (pahala atau dosa), mengikut ketentuan Allah S.W.T.

MUJAHADAH

# Dari kata dasar ‘ja-ha-da’ – iaitu bersungguh-sungguh dalam melaksanakan perintah Allah S.W.T.
dan sunnah Rasulnya dalam setiap aspek kehidupan.
# Mujahadah adalah sikap dan mentaliti yang perlu disematkan dalam pemikiran dan amalan manusia agar sentiasa
bersedia dan bersemangat tinggi dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab tanpa mementingkan diri sendiri.

MU'ATABAH

# Dari kata dasar 'a-ta-ba’ – iaitu tegas dan jelas dalam mencela sikap buruk yang ada pada individu dan
organisasi.
# Mu’atabah merupakan satu proses penginsafan diri dan perlakuan manusia dan ia adalah peringkat yang lebih
tinggi dari muhasabah.

Monday, December 12, 2011

TazKeeRaH 48 : Bagaimana Mengurus dan Membersihkan Hati Anda


Sebagaimana hadis Riwayat Muslim:
“Sesungguhnya Allah tidak melihat kepada tubuh badan kamu, tidak juga kepada rupa kamu tetapi ia melihat kepada hati dan amalan kamu”.

1. Banyak meluangkan masa untuk muhasabah diri.

Waktu terbaik untuk muhasabah diri adalah selepas selesai solat fardhu. Ambillah sedikit masa untuk duduk diam seketika selepas selesai solat dengan melihat dan merenung kembali kekurangan dan kelemahan yang wujud dalam diri. Mengingati kekurangan dan kelemahan bukanlah untuk disesali tetapi untuk diperbaiki.

Waktu yang terbaik juga untuk muhasabah diri adalah beberapa ketika sebelum terlelap pada waktu malam. Soalan yang harus ditanyakan dalam diri ialah “ Apa yang sudah saya lakukan sepanjang hari ini?”

2. Terima hakikat tiada kejayaan sebenar di dunia ini.

Terimalah hakikat bahawa kejayaan di dunia ini bukanlah ukuran kejayaan yang hakiki, sebaliknya kejayaan sebenar adalah apabila kita bertemu dengan Allah SWT, kita dikurniakan syurga. Kejayaan yang dikecapi di dunia adalah subjektif, dan ianya berbeza mengikut individu. Hati akan mudah terubat apabila kita membisikkan “ tidak ada yang sempurna di dunia ini,” apabila menemui kegagalan di dalam sesuatu usaha.

3. Berusaha mendapatkan ilmu berkaitan diri sendiri

Ramai yang tidak percaya akan kewujudan dan kepekaan pancaindera yang keenam iaitu “pandangan mata hati”. Namun begitu, ilmu berkaitan dengan diri sendiri mudah diperoleh jika kita menggunakan pancaindera ini, dan dengannya juga kita mampu melihat dan menilai segala kekuatan dan kelemahan yang ada dalam diri. Namun bagaimanapun pancaindera ini akan lebih efektif sekiranya diri kita selalu dekat dengan Allah dan patuh kepada setiap perintah-Nya.

4. Belajar daripada orang lain.

Belajar daripada orang lain adalah sebahagian daripada proses kehidupan dan perkembangan seseorang manusia. Proses pembelajaran ini akan lebih berkesan dengan melihat setiap perkara yang berlaku di sekeliling dengan kaca mata seorang pelajar dan digabungkan dengan pandangan mata hati hendak belajar. Melalui proses inilah segala yang buruk dapat dijadikan pengajaran untuk dihindari manakala perkara baik yang ditemui, tempuhilah sebagai pedoman untuk terus memperbaiki diri. Ingatlah, orang yang bijaksana menjadikan semua perkara di sekelilingnya sebagai tempat belajar dan sentiasa memperbaiki kualiti hatinya.

TazKeeRaH 47 : Hakikat Penyakit Riak


Firman Allah dalam surah al-Ma’un ayat 4-6

picture1.jpg

Maksudnya: Maka celakalah bagi orang yang solat. (Iaitu) orang yang lalai solatnya dan orang-orang yang riak.


Pengertian riak

Riak itu ialah melakukan kebaikan dan amal ibadat semata-mata untuk mencari tempat di dalam hati manusia.


Perkara yang diriakkan oleh manusia;

1- Riak dari segi badan

Riak jenis ini menunjukkan seseorang itu menampakkan keletihannya kerana berpuasa dan banyak berjaga malam untuk beribadat.

2- Riak pada pakaian

Seseorang itu memakai pakaian yang menunjukkan kewarakan dirinya sedangkan hakikatnya tidak. Memakai pakaian sebegini di hadapan golongan tertentu kerana kepentingan diri sedangkan di waktu lain dia bukanlah sebegitu malah hatinya juga bukanlah berniat untuk mendapat keredhaan Allah tetapi mengharap penghormatan daripada orang lain.

3- Riak dengan perkataan.

Riak ini adalah seseorang itu menunjukkan dirinya seorang yang benar dan ikhlas melalui perkataan yang keluar dari bibirnya. Tuturnya seperti seorang penasihat dan pensyarah. Dia memilih lafaz-lafaz yang halus dan dalam maknanya juga kata- kata hikmat beserta hadith. Dia juga berkata seperti kata para Nabi dan aulia sedangkan pada hakikatnya dia sebenarnya sunyi dan kosong.

4- Riak pada amalan

Orang sebegini adalah sering menzahirkan khusyuk dalam solat dan sengaja memanjang-manjangkan rukuk dan sujud apabila ada orang melihatnya. Orang seperti ini sering bersedekah secara terang-terangan, pergi menunaikan fardhu haji, berjalan menundukkan kepala dan kurang berpaling ke kanan dan ke kiri padahal Allah mengetahui batinnya. Sedangkan jika dia bersendirian amalannya bukan sempurna sebegitu, seperti solat dengan cepat, berjalan laju dengan matanya sering meliar ke sana ke mari dan sebagainya.

5- Riak dengan ramainya murid dan pengikut.

Seseorang itu berasa bangga dengan murid dan pengikut yang ramai. Demikian juga seperti seseorang yang sering menyebut nama ulama’ itu dan ulama’ ini bagi menunjukkan dirinya seorang yang banyak bertemu dengan syeikh dan ulama.


Peringkat Riak

1- Riak Akbar

Riak akbar ialah seseorang itu taat melakukan ibadat tetapi untuk mendapatkan sesuatu daripada manusia dan bukanlah untuk beroleh keredhaan Allah SWT. Riak ini adalah berpaling terus daripada Allah pada keseluruhannya kerana hanya berkiblatkan manusia.

2- Riak Asghar

Riak asghar ini pula ialah melakukan sesuatu untuk mendapatkan apa yang ada pada manusia dan apa yang pada Tuhan iaitu melakukan amal kerana Allah dan kerana yang lain daripada-Nya. Riak ini adalah lebih ringan daripada riak akbar kerana orang itu menghadap Allah pada satu segi dan kepada manusia pada satu segi yang lain.

3- Riak Jali ( yang terang )

Riak ini ialah mendorong seseorang itu untuk melakukan amal ibadat. Sehinggakan jika tanpa riak ini dia tidak berminat untuk melakukan amal.

4- Riak Khafi ( yang tersembunyi )

Riak ini pula ialah riak yang tesembunyi dan ianya tersembunyi dalam hati di mana ianya mendorong seseorang itu untuk lebih rajin beribadat.

Bagaimana mengelakkan sifat riak?

Rawatan terbaik bagi segala penyakit di muka bumi ini adalah menghindari dengan menjauhi sebab-sebab
dan punca terjadinya penyakit. Begitu jugalah kepada penyakit riak ini, iaitu menjauhi sebab-sebabyang
boleh membawa kepada perasaan itu, antaranya ialah;

1- Sifat suka dipuji oleh orang lain. Sifat ini akan membawa kepada bangga diri dan suka menunjuk-nunjuk
kelebihan kepada orang lain.

2- Takut dikritik atau dicerca oleh orang lain. Ketakutan ini boleh membawa kepada penampilan yang kurang jujur dan suka berpura-pura.

3- Cintakan kehidupan dan kemewahan dunia dan lupa pada kematian. Seseorang itu melakukan segala pekerjaan adalah semata-mata kerana untuk menarik perhatian orang lain, dan menganggap dirinya hebat. Manusia sebegini mengharapkan ganjaran atas segala pekerjaan yang dilakukan.

Setelah mengetahui sebab-sebab yang menjadi punca riak, mari kita lihat bagaimanakah cara untuk menghindarinya. Terdapat beberapa cara untuk menghindari sifat riak daripada menguasai hati;

1- Sentiasa mengingatkan diri sendiri tentang perkara yang diperintahkan Allah dan juga sering menyucikan hati dengan melakukan ibadat-ibadat khusus seperti zikir dan membesarkan kekuasaan Allah.

2- Mengawasi diri agar sentiasa takut akan kemurkaan Allah. Dengan tabiat ini akan membawa diri
agar sentiasa berwaspada dalam melakukan perkara yang boleh mengheret kepada dosa dan seksaan
Allah pada hari akhirat kelak.

3- Berwaspada terhadap perkara-perkara yang boleh menghapuskan pahala amalan yang dilakukan akibat riak.

4- Menanamkan dalam diri perasaan bahawa melakukan sesuatu itu kerana manusia sehingga membawa
kemurkaan Allah itu adalahAlign Center suatu perkara yang buruk dan patut dijauhkan.

5- Sentiasa mengawasi diri daripada lalai terhadap ujian dan nikmat yang dikurniakan Allah untuk
menghampirkan diri kepada Allah.

6- Ikhlaskan diri dalam setiap amalan yang dilakukan.

Apabila berasa suka dipuji dan diberi penghargaan setiap kali membuat sesuatu perkara yang baik
dan berasa terhina apabila ditegur, maka inilah tanda wujudnya sifat riak. Adakalanya terdapat juga
orang yang melakukan amal kebajikan dengan niat ikhlas kerana Allah, namun dia mendapat mendapat
perhatian daripada orang lain atas amalannya. Keadaan ini tidak diambil kira sebagai riak kerana dia
sememangnya niat dengan ikhlas pada awalnya. Namun untuk melakukan satu-satu ibadat pada
permulaannya memang akan timbul perasaan riak dan rasa bangga diri, namun apabila amal itu
sering dilakukan dan berterusan dengan niat ikhlas pastinya perasaan riak itu akan terhapus
sedikit demi sedikit.

*Mudah-mudahan kita semua terpelihara daripada memiliki sifat ini.. Insya-Allah..*

Game Yang Menghina Islam



Masya-Allah~

v.ENGLISH 4 : Body of drowned teenager found

http://www.nst.com.my/latest/body-of-drowned-teenager-found-1.17966

drowned - lemas
strong currents - arus yang deras
comprising - terdiri daripada
adamant - berkeras

"Take care of yourself, and try to be a good swimmer!"
*Swimming is SUNNAH*

Sunday, December 11, 2011

v.ENGLISH 3 : 110 Evacuated As Second Wave Of flooding hits Pahang

http://www.nst.com.my/latest/110-evacuated-as-second-wave-of-flooding-hits-pahang-1.17811

evacuated - dipindahkan
hits - memukul
district - daerah
relief - pelepasan
spokesman - jurucakap
evacuee - pengungsi
advised - dinasihatkan
low-lying - rendah
flood-prone - sering dilanda banjir
unabated - tanpa henti

"That's all for today, have a nice day with TAQWA"

Kimi Ni Todoke Movie Live Action Movie


Assalamu'alaikum,

Hmm.. jomlah join tgk crite ni~
Sweet tau.. especially, about friendship!
not only cintan-cintun,k..
(hei, tak mainlah takat cintan-cintun ni..)

mungkin, first part ni tak nampak sangat friendship,
tp, slowly, ade nye!
suka dan duka bersama(6_6)

psst! for me,
"Lebih baik korang tengok cerita Jepun yang macam ni,
lebih banyak moral value yg korang boleh dapat! berbanding
filem-filem mengarut yang sering diiklankan di kata tv kita semua yg murahan tu,
entah apa motif pun melayang,huh!"

hehe.. tak kisahkan, melayan perasaan skit..
sesiapa yg rapat dgn ana tau-tau jelah
perangai ana tang filem-filem yg dikeluarkan di negara kita pd hari ini..
mmg geram la..
mana taknya,itulah yg akan ditonton oleh masyarakat kita nanti..
hurm, pelakon-pelakon tak usah nak kata,
sesungguhnya, mereka tudah tak renung rahmat Allah,
pernah dengar tak,
ana takpasti sama ada hadis atau firman Allah di dalam Al-Quran,
bahawa,
'Allah tutup aib hamba-Nya pd malam hari, tp, sebaliknya,
hamba itu sendiri yang membocorkan aibnya'
Masya-Allah, wa na'uzubillah...

Wahai saudaraku sekalian,
dalam kesempatan ini ana mengingatkan diri ana juga sendiri,
'Amar ma'ruf, nahi munkar'

ana selalu berbisikkat sahabat-sahabat ana,
"Kalau ita semua dah habis sekolah nanti,
kalau tiada orang yg adakan usrah, biarlah kita yang mulakan perlahan-lahan,"
(Yela, ilmu pun belum cukup lagi..)
tp, at least we can try, right?
Insya-Allah..

"Barangsiapa yang Allah inginkan kebaikan keepadanya, makaAllah akanfahamkannya tentang agama.."
(Pernah dengar, kan??)

Wallahu'alam..
Ma'assalamah,waillalliqa'

Saturday, December 10, 2011

v.ENGLISH 2 : Stargazers Throng National Planetarium For Lunar Eclipse


stargazer - ahli astronomi
throng - berduyun-duyun
lunar eclipse- gerhana bulan
avid -keranjingan
tow - tunda
witness - saksi

"Its a little bit short ne! Gomen~"

Friday, December 9, 2011

v.ENGLISH 1 : Sleeplessness the norm

http://www.nst.com.my/life-times/sunday-life-times/i-caregiver-sleeplessness-the-norm-1.14475

sleeplessness - tidak dapat tidur
norm - norma
haggard - lesu
hospitalised - dimasukkan ke hospital
overwhelmed - terharu
dealing - berurusan
rigours - menggigil
as the years wore on - oleh kerana tahun-tahun berlalu
cranky - dongkol
despite - walaupun
exhaustion - kelatihan
restful - tenang
quite often - sering kali
concoction - ramuan
caregivers - penjaga
suppose - andaikan
delayed - ditangguhkan
crept in - tiba-tiba timbul dalam
lest - kalau-kalau
seizures - sawan
loomed - menjulang
threateningly - mengancam
cope - menghadapi
restorative - pemulihan
basis - asas
apparent - jelas
apart - selain
frankly - terus terang
grabbing - meraih
owe - berhutang
brisk - pantas
rigorous - ketat
fatigue - keletihan

"Have a nice day! with IMAN and AMAL"
(^_^)



Thursday, December 8, 2011

TazKeeRaH 46 : ADAB BERHIBUR

ADAB BERHIBUR
www.iluvislam.com
e_mann
(sumber dari: Dato' Seri Harussani b. Zakaria)
editor:azzahra_solehah





Antara matlamat utama manusia ini dicipta oleh Allah SWT adalah untuk mengabdikan diri kepadaNya seperti yang firmankan oleh Allah: “Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaKu.”
(surah Az Zariyyat :56)

Maka menjadi tanggungjawab kita untuk menjadikan setiap aktiviti kita termasuk berhibur sentiasa berada di dalam ruang lingkup beribadah kepada Allah SWT. Tujuan garis panduan ini disediakan adalah untuk memberi panduan kepada para penganjur hiburan agar program hiburan yang dijalankan tidak menyalahi syara’ dan tersasar dari tujuan beribadah kepada Allah SWT.

ISLAM DAN HIBURAN Islam adalah satu cara hidup yang sangat meraikan dan tidak pernah sekali-kali menyekat naluri fitrah manusia termasuklah berhibur seperti mendengar muzik, bunyi-bunyian dan nyanyian asalkan sahaja hiburan itu tidak menyalahi hukum-hukum syara’.

GARIS PANDUAN MENGADAKAN ACARA KONSERT / PERSEMBAHAN DAN HIBURAN DALAM ISLAM

1- Hendaklah dipastikan muzik / lagu / skrip yang tidak mempunyai perkataan yang boleh membawa ke arah bertentangan dengan aqidah seperti menyalahi syariat Allah SWT, memburuk-burukkan Rasulullah SAW, melekehkan para sahabat, meragui hari kiamat dan pembalasan dosa pahala juga tiada unsur memuja atau taksub kepada wanita.

Allah SWT memberi peringatan kepada sesiapa yang meragui kebenaran hari kiamat dengan firmannya: “Sesungguhnya hari kiamat itu tetap akan datang - yang Aku sengaja sembunyikan masa datangnya - supaya tiap-tiap diri dibalas akan apa yang ia usahakan. Maka janganlah engkau dihalangi daripada mempercayainya oleh orang yang tidak beriman kepadanya serta ia menurut hawa nafsunya; kerana dengan itu engkau akan binasa”. (surah Taaha : 15-16)

2- Suatu persembahan / konsert yang dijalankan hendaklah tidak berlebih-lebihan sehingga hak-hak Allah dan kewajipan yang lain terabai seperti menunaikan ibadah, hak mencari dan memberi nafkah, menuntut ilmu dan sebagainya.

“Tidaklah ada diantara orang Muslim jika tiba waktu solat wajib, lalu dia membaguskan wudhuknya, kekhusyukannya, dan ruku'nya melainkan solat itu menjadi penebus dosa-dosa sebelumnya, selagi dia tidak mengerjakan dosa besar, dan itu berlaku selamanya”. (Hadis Riwayat Muslim)

3- Muzik atau nyanyian yang disampaikan tidak mempunyai senikata lagu berunsur maksiat dan lagho seperti membawa kepada rangsangan ghairah nafsu melalui tema-tema cinta yang melampau, luahan perasaan dan kerinduan yang berlebihan kepada manusia sehingga mendorong pendengar dan remaja kepada melakukan maksiat dan dosa.

Oleh itu nyanyian sebegini hendaklah dijauhi berdasarkan firman Allah seperti berikut:
“Dan apabila mereka mendengar perkataan yang sia-sia (lagha), mereka berpaling daripadanya.” (surah Al Qasas : 55)

“Sesungguhnya Allah telah menentukan bahagian seseorang tentang zina yang tidak mustahil didapatinya. Maka zina mata adalah memandang, zina lidah adalah mengucapkan, zina hati adalah mengingini dan faraj (kemaluan) membenarkan atau mendustakannya.”
(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

4- Hendaklah hiburan tidak diiringi atau dialunkan dengan instrument bunyian terlampau seperti budaya rock sehingga penonton / pendengar mengikut rentak (melompat-lompat, menjerit dan bersorak) menjatuhkan akhlak mereka dan mendatangkan fitnah kepada diri mereka.

5- Penyanyi, pembuat persembahan dan penonton yang hadir hendaklah menjaga auratnya, tidak melakukan gerak badan yang memberahikan ataupun mempersembahkan nyanyian dengan suara lucah yang menyebabkan fitnah dan rangsangan nafsu kotor dikalangan pendengar / penonton. Sekalipun lagu dan senikata yang disampaikan adalah baik, dalam keadaan ini ianya tetap menjadi haram.

Allah swt berfirman berkenaan tuntutan menutup aurat: “Hai anak Adam, sesungguhnya Kami telah menurunkan kepadamu pakaian untuk menutupi auratmu dan pakaian indah untuk perhiasan.” (surah Al A'raf : 26)

Rasulullah saw juga memberi amaran kepada wanita yang tidak menutup aurat mereka: “Sebahagian dari penghuni neraka ialah perempuan yang memakai pakaian yang menyerupai telanjang, pakaian yang sesat dan menyesatkan. Mereka tidak masuk ke syurga dan tidak mencium baunya.” (Hadis Riwayat Muslim)

“Apabila umatku melakukan 15 perkara maka mereka layak untuk menerima bala Allah. Antara 15 perkara itu ialah…. orang ramai menjadikan wanita sebagai penyanyi (penari-penari), alat-alat yang melalaikan (muzik).” (Hadis Riwayat Tarmidzi)

6- Hendaklah dipastikan tiada percampuran di antara lelaki dan wanita yang bukan mahram tanpa sekatan dan had hingga membawa kepada bersentuhan antara lelaki wanita ajnabi, tiada majlis tari-menari, tidak berlakunya acara minum arak, pertaruhan judi, tiada drama /lakonan-lakonan liar dan seumpamanya.

Rasulullah saw bersabda dalam hal pergaulan lelaki wanita ajnabi ini: “Sekiranya ditikam di kepala seseorang kamu dengan sebatang besi adalah lebih baik baginya dari menyentuh kulit wanita yang tidak halal untuk disentuh.” (Hadis Riwayat Baihaqi)

7- Penyanyi tersebut hendaklah dari kalangan lelaki jika penontonnya adalah lelaki dan wanita manakala jika persembahan itu tertutup dan semua yang berkait dengannya adalah wanita maka dibolehkan penyanyi itu dari kalangan wanita. Ini adalah bagi mengelak segala fitnah dan punca kerosakan dari suara wanita dan pergerakan manja wanita yang menggoda.

Firman Allah SWT: “Maka janganlah kamu wahai wanita berkata-kata dengan lembut manja (semasa bercakap dengan lelaki asing) kerana yang demikian boleh menimbulkan keinginan orang yang ada penyakit dalam hatinya (menaruh tujuan buruk kepada kamu), dan sebaliknya berkatalah dengan kata-kata yang baik (sesuai dan sopan).” (surah Al Ahzab : 32)

Dan Rasulullah SAW juga bersabda: “Daripada Abu Malik al-Asy’ari daripada Nabi saw bersabda; Beberapa orang daripada umatku akan meminum arak dan menamakannya dengan bukan nama asalnya dan dialunkan muzik kepada mereka dan dihiburkan oleh penyanyi-penyanyi perempuan. Allah akan membenamkan mereka ke dalam perut bumi dan Allah akan menjadikan mereka kera dan babi.” (Hadis Riwayat Ibnu Majah)

PERINGATAN Syaitan selalunya mengambil peluang dari hiburan yang melalaikan untuk menyesatkan dan melaghakan manusia. Allah SWT berfirman: “Dan ada di antara manusia: orang yang memilih serta membelanjakan hartanya kepada cerita-cerita dan perkara-perkara hiburan yang melalaikan; yang berakibat menyesatkan (dirinya dan orang ramai) dari agama Allah dengan tidak berdasarkan sebarang pengetahuan; dan ada pula orang yang menjadikan agama Allah itu sebagai ejek-ejekan; merekalah orang-orang yang akan beroleh azab yang menghinakan.” (surah Al Lukman :6)

Bertitik-tolak dari itulah, satu garis panduan berkenaan hiburan disusun supaya kehalusan seni hiburan yang digariskan Islam itu dapat direalitikan. KESIMPULAN Industri hiburan dan nyanyian yang harus dalam Islam adalah sesuatu yang sesuai dengan fitrah kejadian manusia, menghibur dan memberikan ketenangan kepada jiwa disamping mematuhi adab-adab Islam.

Ini menuntut kesedaran yang tinggi dari pemuzik dan penggiat seni Muslim supaya membentuk industri hiburan tersendiri dan terpisah daripada pengaruh jahat Kuffar. Sebarang percubaan Kuffar untuk menghanyutkan umat Islam ke arah kemaksiatan, kemudharatan dan kefasikan mestilah dihalang beracukan penetapan dan susur galur Al Quran dan Sunnah Rasul SAW.


TazKeeRaH 45 : 5H sebagai penawar jiwa yang ingin kembali..

Assalamualaikum, antum!
O hisashiburi na!
(long time no see)
Amacam cuti ni??

Alhamdulillahirabbil'alamin..
Insya-Allah, post kali ini ana nak share kat kawan2
mengenai sedikit usaha yg diringkaskan dengan, '5H'
. . . . . . . . . . . . . . . .. . . .. . . . . . . .. . . . . . . . . . .. . . .. . . . . . . . . . . . . . . . . . .. . . . . . . . . . . . . . . . . .

Ketika seseorang insan itu
telah jauh menyimpang dpd landasan Ilahi,
tiada lagi ucapan syahadah,
tiada lagi erti IMAN dlm dirinya..
Takutnya!
"Ya Allah, mudah-mudahan kami tergolong dalam golongan yang mendapat perlingungan-Mu."

H - Hati

*Ubatilah hati dengan perbanyakkan zikrullah dan istighfar.
*Tanamlah pd dasar hati dengan kalimah "LAILAHAILLALLAH"

H - Hampiri

*Dekatkanlah diri dengan orang-orang yang baik, yg dapat ingatkan kita,
"Watawasoubilhaq, Watawasoubissobr"

H - Hindari

*Jauhilah kawan-kawan yang bisa menggelapkan kehidupan kita,
bukannya tak dapat kenal, kan? Boleh je~
"Katakan BOLEH!", Insya-Allah..

H - Hajat

*Matlamat dan azam yang baru
*Inilah yang paling penting,
bak kata ustaz ana, 'Matlamat yang merdeka'
'Jika hari ini kita dapati gagal, kerana permulaan yang rosak!'

akhir sekali,

H - Hijrah
(segalanya bermula di sini)

*Jika mampu, dan silap yang dilakukan melibatkan
masyarakat sekeliling kita memandang rendah pd diri kita, pindahlah ke tempat baru..
Insya-Allah, di mana tempat itu tiada sesiapa yg mengenali diri kita..
*Dengan itu, kita dapat mulakan hidup baru!

Sebelum akhiri kalam, perlulah diakui,
kaedah 5H ini bukanlah idea ana,
tapi, hasil catatan ketika menonton
rancangan 'Assalamualaikum',
tv Al-Hijrah(channel yg sgt best pd ana)..

kaedah 5H ni sebenarnya langkah pemulihan bg
org yang terlibat dlm penagihan dadah..
tp, bg ana, ianya sangat beranfaat bukan setakat untuk tu je..
kan??

Wallahu'alam..
Maassalamah wa illalliqa'

TazKeeRaH 44 : Wahai Seorang Wanita Dunia

Wahai seorang wanita dunia,

Mengapa kau hanya menunduk sahaja,

Kau begitu menjaga pandanganmu dari segala lelaki dunia,

Dari segala pengaruhnya kenikmatan dunia,

Membuat...

Wajahmu begitu sangat meneduhkan,

Walau hanya bersolek sederhana,

Ibarat bidadari turun dari langit,

Yang wajahnya memancarkan ketenangan dalam hati,

Memenuhi perasaan dan segala jiwa,

Itulah mengapa mata ini pun tidak sanggup,

Menatap untuk kedua kalinya pada wajahmu,

Mata ini hanya boleh menunduk pasrah,

Menahan serangan asmara.

Wahai seorang wanita dunia,

Pakaianmu begitu rapi Islami,

Menutupi longgar seluruh tubuhmu,

Membuat anggunnya dirimu,

Diri ini pun tidak boleh lama mendekatimu,

Diri ini bergetar, gelisah, dan khuwatir,

Kerana diri ini pun terlalu hina untuk dekat denganmu,

Dengan kesempurnaan terjaganya dirimu.

Wahai seorang wanita dunia,

Suaramu menggambarkan bijaksananya dirimu,

Sehingga aku tidak sanggup mendengar suaramu,

Suaramu yang kau lafaz dengan mendayunya dirimu,

Pada semua orang di sekelilingmu,

Membuat aku begitu cemburunya padamu,

Kerana bagiku suaramu,

Hanyalah untuk sesuatu yang mahal,

Iaitu sebuah kebijaksanaan dan kebermanfaatan,

Menghilangkan duka pada fikiran semua orang.

Wahai seorang wanita dunia,

Tingkahmu begitu santunnya segala kesopanan,

Memenuhi segala akhlakmu dalam kemuliaan,

Membuat dirimu yang penuh kelembutan,

Tetapi memancarkan segala bentuk kewibawaan,

Membuat sikap ini pada dirimu begitu segan,

Malu dan begitu enggan,

Kerana tingkahku masih banyak kesalahan.

Wahai seorang wanita dunia,

Cinta di hatimu sangatlah suci,

Kerana cinta di hatimu hanyalah kerana Ilahi,

Membuat hati ini hanya bisa berharap dan berdoa,

Mampu engkau cintai kerana-Nya,

Dan menjadi pendamping serta imammu dalam meniti jalan-Nya,

Hingga Syurga-Nya,

Maka akan aku jaga cinta ini hingga tiba saatnya,

Sambil selalu memperbaiki diriku dalam kemulian-Nya,

Kerana semua sudah termaktub dalam firman-Nya,

Bahawa wanita yang baik hanya untuk seorang lelaki yang baik adanya.

Wahai seorang wanita dunia,

Aku mohon jagalah dirimu,

Itulah mengapa kau dipandang berbeza,

Kerana kau sangat berharga.

Wahai seorang wanita dunia,

Yang membuat iri bidadari semuanya,

Walau seorang wanita dunia,

Engkaulah sang ratu bidadari Syurga.

Saturday, December 3, 2011

TazKeeRah 43 : Kenapa Wanita Wajib Bertudung



Assalamualaikum..

Alhamdulillah, bersyukur kpd Ilahi kera membuka pintu hati ini untuk menonton sebuah video ringkas yang sangat diperlukan untuk membuka mata wanita bergelar Islam dunia hari ini.. Tidak pantas bagi kita untuk melanggar perintah Allah.. Dan perlu kita ingat, tiada satu pun terlepas dpd penglihatan dan pendengaran Allah walaupun secebis zarah.. Sesungguhnya Allah Yang Maha Mendengar lagi Maha Melihat..