Tuesday, December 13, 2011

TazKeeRaH 49 : Formula 6M


MUSYARATAH

# Dari kata dasar ‘syarat’ – iaitu syarat yang menjadi dasar di mana sesuatu formula atau
penyelesaian itu didirikan, atau ringkasnya membuat pensyaratan.

# Musyaratah adalah suatu proses menetapkan serta mengiltizamkan diri dan organisasi terhadap syarat-syarat yang
dituntut untuk mencapai sesuatu matlamat.

MURAQOBAH

# Dari kata dasar ‘ra-qa-ba’ – iaitu sifat mengawasi secara berterusan.
# Sifat sentiasa menyedari dan menginsafi diri dalam mengawasi tatacara atau kaedah pencapaian sesuatu matlamat
individu ataupun sesebuah organisasi itu, senantiasa berada di landasan yang telah disyaratkan, dikenali sebagai
Muraqobah.

MUHASABAH

# Dari kata dasar ‘ha-sa-ba’ – iaitu mengira.

# Muhasabah adalah satu usaha yang dilakukan oleh setiap individu untuk mengira atau menilai diri sendiri.

MU'AQOBAH

# Dari kata dasar ‘a-qo-ba’-iaitu mendidik jiwa supaya menjadi lembut dan mentaati Allah S.W.T.
# Mu’aqobah adalah satu sikap dan mentaliti yang sentiasa menyedarkan diri bahawa setiap perlakuan akan ada
tindakbalas atau hasilnya, sama ada baik atau buruk (pahala atau dosa), mengikut ketentuan Allah S.W.T.

MUJAHADAH

# Dari kata dasar ‘ja-ha-da’ – iaitu bersungguh-sungguh dalam melaksanakan perintah Allah S.W.T.
dan sunnah Rasulnya dalam setiap aspek kehidupan.
# Mujahadah adalah sikap dan mentaliti yang perlu disematkan dalam pemikiran dan amalan manusia agar sentiasa
bersedia dan bersemangat tinggi dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab tanpa mementingkan diri sendiri.

MU'ATABAH

# Dari kata dasar 'a-ta-ba’ – iaitu tegas dan jelas dalam mencela sikap buruk yang ada pada individu dan
organisasi.
# Mu’atabah merupakan satu proses penginsafan diri dan perlakuan manusia dan ia adalah peringkat yang lebih
tinggi dari muhasabah.

No comments:

Post a Comment