Friday, March 30, 2012

O-Shima: Sajian Jepun

O-Shima: Sajian Jepun

BAGI
yang ingin menikmati makanan Jepun, perkara sering difikirkan ialah adakah
sajian itu halal atau sebaliknya. Disebabkan itu, ada yang terpaksa melupakan
hasrat menikmati makanan dari negara matahari terbit itu.



Untuk yang masih berkeinginan merasai makanan Jepun, restoran O-Shima di
Seksyen 26, Shah Alam, menyediakan sajian Jepun yang halal. Diusahakan oleh
Ashraf Wahab yang pernah menuntut di Jepun serta berpengalaman bekerja di
beberapa syarikat Jepun, semua bahan masakan dibeli sendiri olehnya bagi
menjamin halal daripada segi bahan dan penyediaan.



Jika kebanyakan kita mengenali makanan Jepun seperti sushi dan tepanyaki, di
restoran ini lebih banyak menu tersedia. Sebanyak 187 menu makanan Jepun
ditawarkan selain hidangan panas Thai.



"Pepatah orang Jepun ´makan dengan mata´, maksudnya hidangan mestilah
cantik kerana mampu membuka selera. Hirisan atau potongan bahan dibuat dengan
berseni walaupun kerja itu rumit," katanya.




Jangan
mimpi mahukan makanan pedas. Masakan Jepun semuanya ´asari´ iaitu tiada rasa.
Ia bukan saja tidak pedas, malah juga tidak masin dan manis dan tidak
bergoreng.




Semua
hidangan lebih kepada menu sihat iaitu dikukus, panggang atau mentah selain
banyak salad. Nasi putih yang melekit seperti pulut misalnya, dimakan dengan
ikan rebus atau lobak jeruk untuk menambah rasa.



Mengambil alih perniagaan itu daripada pengusaha bukan Islam sejak tiga bulan
lalu selepas sekembalinya dari Arab Saudi, Ashraf berkata, kira-kira 70 peratus
pelanggan adalah Melayu.



Pelanggan O-Shima biasanya di kalangan mereka yang bekerja dalam bidang
perindustrian yang ingin meraikan pelanggan mereka.



Walaupun terletak di lot tepi bangunan, kedai itu dikunjungi ramai pelanggan
industri kerana lokasinya yang strategik iaitu di kawasan perindustrian. Ashraf
berhasrat menarik lebih ramai orang perseorangan datang menikmati sajian Jepun
di situ.



"Jika orang sanggup ke Umbai, Melaka, untuk makan ikan bakar atau ke
Kampung Baru untuk menikmati nasi lemak, saya juga harap pelanggan dari serata
kawasan datang ke restoran ini untuk menikmati menu yang mereka gemari.



"Untuk itu saya perkenalkan menu terbaru yang saya dipelajari cara
penyediaannya di Internet iaitu spageti mentaiko (spageti sos ikan kod).
Bermula 1 hingga 31 Oktober ini, O-Shima memperkenalkan harga istimewa untuk
menu baru ini iaitu RM10 sepinggan berbanding harga biasa RM18.



"Ia sebenarnya spageti yang popular di Jepun. Walaupun rupanya ringkas,
iaitu spageti yang dituang sos ikan kod di lapisan atas dan ditabur hirisan
rumpai laut kering, rasanya boleh diterima oleh masyarakat Malaysia,"
katanya.



Spageti berkenaan harus dicuba kerana rasanya enak dan menambat selera. Sekali
mencuba, pasti tekak terasa ingin menikmati hidangan unik itu lagi.



Sashimi iaitu hidangan mengandungi kaki sotong, hirisan badan sotong, udang,
tuna merah dan inari (taufu manis) pula disaji mentah. Ia dicicah dengan sos
kicap Jepun (sho yu).



Bagi mewujudkan rasa pedas (atau lebih kepada pedar) halia Jepun atau wasabi
dimasukkan ke dalam kicap berkenaan. Ia juga berperanan sebagai anti bakteria
bagi mengelak keracunan makan makanan mentah.



"Restoran ini juga menawarkan ´ramen´ iaitu masakan mi. Kalau di Jepun,
ramen tidak boleh dimakan kerana menggunakan pati babi. Untuk restoran ini saya
menggunakan pati ayam dan ikan bilis.



"Gyoza iaitu kuih seperti karipap yang tidak boleh dimakan di Jepun kerana
berinti babi, juga disediakan yang halal iaitu berinti ayam dan kucai,"
katanya.



Set paling digemari Unagi Bento iaitu set belut disapu kicap manis dan taburan
bijan dengan bebola ayam. Bebola ayam tanpa tulang dihasilkan oleh restoran
itu. Isi ayam dibentuk bulat seperti bebola dan dibuang tulang kerana orang
Jepun tidak makan ayam bertulang.



Miso sup iaitu kacang soya yang diproses menjadi sup adalah menu wajib orang
Jepun setiap hari. Cha wan mushi pula ialah telur putih yang dikukus manakala
di bahagian dalam bekas berisi potongan kek ikan.



Restoran itu mampu memuatkan 200 pelanggan dalam satu masa. Tingkat atas
mempunyai lima bilik dengan gaya ruang makan Jepun iaitu beralaskan tikar Jepun
dan meja rendah. Ia boleh digunakan untuk majlis dan jamuan makan malam
tahunan. Ia boleh dikunjungi di laman web www.oshima-restaurant.webs.com.

Tuesday, March 13, 2012

Buku yang disyorkan...


oleh Fahrur Muis

Harga: RM 6.50 / RM 7.50
ISBN-13: 978-967-366-117-6
Tarikh Terbit: 30 Nov 2011
Jumlah Muka Surat : 112

Kategori: Doa & Amalan

Penerbit: PTS Islamika Sdn Bhd



oleh Shuib Sulaiman

Harga: RM 8.00 / RM 9.50
ISBN-13: 978-967-366-116-9
Tarikh Terbit: 30 Nov 2011
Jumlah Muka Surat : 144

Kategori: Islam Umum

Penerbit: PTS Islamika Sdn Bhd



Harga: RM 9.00 / RM 10.00
ISBN-13: 978-967-366-101-5
Tarikh Terbit: 26 Aug 2011
Jumlah Muka Surat : 192

Kategori:

Penerbit: PTS Islamika Sdn Bhd



oleh Imran Haaz

Harga: RM 16.00 / RM 18.00
ISBN-13: 978-967-5137-64-8
Tarikh Terbit: 18 Feb 2010
Jumlah Muka Surat : 386

Kategori: Islam, Novel Dewasa, Novel Islami

Penerbit: PTS Islamika Sdn Bhd



oleh Arieff Salleh Rosman, Nabilah Hasan

Harga: RM 6.50 / RM 9.50
ISBN-13: -192-223-1
ISBN-10: 983-192-223-9
Tarikh Terbit: 1 Feb 2007
Jumlah Muka Surat : 100

Kategori: Islam, Al-Quran

Penerbit: PTS Islamika Sdn Bhd



Harga: RM 19.00 / RM 21.00
ISBN-13: 978-967-408-002-0
Tarikh Terbit: 26 Sep 2011
Jumlah Muka Surat : 320

Kategori: Novel Dewasa, Novel Dewasa Umum,Novel Islami

Penerbit: PTS Litera Sdn Bhd



oleh Elisha

Harga: RM 8.90 / RM 9.90
ISBN-13: 978-967-408-004-4
Tarikh Terbit: 11 Jul 2011
Jumlah Muka Surat : 144

Kategori: Novel Dewasa, Novel Chiclit, Remaja,Remaja Umum

Penerbit: PTS Litera Sdn Bhd