Tuesday, November 26, 2013

Semester Baru, Betulkan Niat!

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatu

Kaifa Halkum?

Today is the second day of classes (betui ke ayat ni?) 25 November 2013, merupakan hari pertama bagi semester ke 4 di UiTM Lendu ini. Hari pertama, kolej baru, subjek-subjek baru dan lebih mencabar, dan macam-macam lagi. Hari pertama berjalan seperti hari-hari pertama seperti sem lain sebelum ini.

Mungkin kelainannya pada tahap pemikiran, semestinya perlu dipertingkatkan agar lebih matang dan berasas. Alhamdulillah, malam pertama juga disertai dengan syura bersama persatuan. Ya. Amanah syura tak perlu diungkapkan di sini. Tetapi, amar makruf tetap berjalan.

Masing-masing yang memberi pesanan sem baru mengingatkan diri bersama sahabat-sahabat lain bahawa perjuangan yang mencabar sem ini akan kembali didepani. Dakwah tak pernah tamat. Muka-muka kepimpinan lama sudah menjadi minoriti menyambung khidmat dalam kepimpinan baru ini. Adik-adik yang menjadi junior dalam langkah berpersatuan sebagai satu medan untuk menyampaikan keindahan Islam ini masing-masing memberi peringatan segar. Mereka sangat hebat. Ya, pemikiran pemuda.

Alhamdulillah, meeting yang pada awalnya ana kurang berisi, ditamatkan dengan kata-kata yang penuh tarbiyyah. Tapi, ana kurang ingat yang sedetailnya. Penghayatan itu perlu. Yang penting semuanya bergantung pada niat. Kehadiran ana pada mulanya tidak dijelaskan dengan niat yang benar. Namun, dengan peranan sahabat-sahabat yang mengingatkan, itulah bukti ayat-ayat Allah dalam surah Al-'Asr.

"Watawasoubilhaq, watawasoubissobr..."
(Saling berpesan-pesan dengan kebenaran, dan saling berpesan-pesan dengan kesabaran)

Ukhwah itu sangat manis - Hidup ini perjuangan - Dakwah 24 jam - Rasulullah sebagai ikutan (CINTA)!
Insya-Allah.
Ingat, semuanya kerana Allah. Moga Allah redha ke atasku dan ke atasmu :)

No comments:

Post a Comment