Monday, December 15, 2014

WS : Si Syaza, Akhlak Dia, itulah Dakwah

" Tak boleh dgr nama 'Kak Syaza'. Satu2nya nama role model saya. Dia lah insan pertama yg kenalkan saya dgn usrah. Ya Allah ��

Masa mula2 saya masuk uitm dulu, saya tak pernah tahu psal tarbiyah. Tudung saya atas dada, ikhtilat tak berapa jaga, mcm2 lah. Mgkin tak teruk, tapi memang, perasaan cinta pd Allah dan islam kurg ada.

Bila masuk uitm, pertama kali saya terduduk sebelah perempuan yg tinggi, tudungnya labuh sangat. Tak berapa cantik tapi saya senang tgk dia
Hari demi hari, orientasi, taklimat, saya perhati je cara dia

Mmg, dia tudung labuh, mcm org tudung labuh yg lain saya nampak sebelum2nya tapi saya dpt rasa dia sgt lain

Jujurnya saya kata, selama ni yg saya nampak, org tudung labuh biasa akan berdakwah melalui percakapan, berdakwah dgn nasihat, dan mcm biasa saya dh kalis dgn semua tu
Tp dgn dia, tanpa dia sebut apa2 pun dh buat saya tertarik

Masa taklimat, kalau lelaki yg berceramah, dia tak akan pandang lelaki tu. Dia akan pandang dinding, pandang bawah, pandang tepi..
Tp dia dengar.

Lepas tu kalau dlm orientasi, masa bersenam, dia bersenam sekali. Tp bila tiba part tonggek2 dia akan berdiri tegak tak akan ikut

Lepas tu dia tak pilih kasih. Dia kawan je dgn semua org dan org freehair pun senang dgn dia

Dh lepas seminggu saya perhatikan dia, tiba lah waktu kelas. Ditakdirkan saya dpt duduk belakang dia.
Saya tanya dia, "nama siapa?"

Dia jawab "syazana, panggil syaza." lepas tu dia senyum. Saya tanya lagi, sbb muka dia nmpk matang dan dia mmg tinggi. "umur?"
Masa tu saya 18. Dia jawab, "20.." terus saya panggil dia akak. Sebelum ni dia belajar kt sunway college tapi tak boleh bawak.. Dia berhenti terus masuk uitm. Sbb tu dia tua sikit 2 tahun
Sejak dari tu mmg panggil dia kak syaza.

Masa dh start p&p dia mmg sgt humble. Takde pun nampak pandai ke apa ke, tapi ya Allah... Setiap kali belajar, walaupun tanpa test atau quiz, kalau lecturer dh habis ajar mesti dia akan tanya soalan2 yg tak terlintas di fikiran kami.

Dari cara dia mmg dh dpt agak, cara dia berfikir tak sama macam kami semua

Lepas tu, hadir lah test, quiz, everything and she scored 100% tak pernah bawah 96%. 96% tu lah markah dia yg paling rendah saya tgk

Sampai saya jeles lah dgn dia. Saya tanya org yg serumah dgn dia, apa dia buat smpai pandai?

Budak rumah kata dia biasa je. Cuma solat tak pernah tinggal, lepas subuh dia tak akan tidur dan paling menarik, masa dia dtg bulan, dia akan bentang kain batik ikut arah kiblat dan berzikir seolah2 dia boleh solat.
Saya tanya 'hah? Kenapa pelik sangat?'

Budak rumah dia kata, 'entah. Dia mmg macam tu. Haritu ada tanya kenapa, dia ckp, supaya dh kahwin nanti dan ada anak, anaknya akan tgk, hubungan dgn Allah tak pernah putus meskipun Allah bg kita cuti..'
Tegak bulu roma ni bila dgr. Sumpah, tak pernah saya lihat org luarbiasa mcm ni.
Biasa tapi luarbiasa

Sampai lah satu hari saya terbuka hati nak tanya dia sesuatu. Ditakdirkan pulak saya dtg awal dan dia dh ada dlm kelas, terus saya duduk. Lama jugak lah termenung nak tanya ke tidak.
"akak, kenapa akak pakai tudung labuh?"

Dia pandang saya, senyum dan tanya saya balik, "awak rasa, kenapa?" dari cara dia tanya, dia bukan menyindir.

Biasanya kalau saya tanya org tudung labuh yg lain diorg akan jwb panjang lebar sekali hadis sehempuk ayat quran selebar semendang. Tp tidak dia.
"er... Sbb akak alim? Hehe."

"bagi awak, alim tu mcmana?" katanya sedikit ketawa mcm lucu tgk saya.

'lah dia soal aku pulak? Lagi lah aku tak tau! Hahahaha!' - monolog dlm hati. Tergaru2 kepala.
"er,, alim tu mcm akak lah. Pakai tudung labuh, kuat igt Allah.. Erm."

Lepas tu dia ketawa smbil geleng. "akak tak alim, akak masih jahil lagi. Akak pakai mcm ni sbb akak org islam, mcm awak."
Secara automatik saya rasa malu dan pegang tudung saya.

Dia smbung lagi, "kita sembah Tuhan yang sama, kan?"
Saya angguk.
"Tanya lah hati." dia senyum lagi. Secara automatik saya terfikir2 dan fikir apa yg dia kata...

Okay lah. Sng cerita, dia mmg a good role model. Bijak, suka mencari peluang, mudah didekati oleh sesiapa sahaja. Dari cara dia yg serba boleh itulah saya sentiasa berbual dgn dia n berdamping dgn dia. Ditakdirkan sem kedua saya dpt serumah dgn dia, barulah saya nampak cara hidup dia didepan mata.

Hahaha. Dia mmg sgt biasa sahaja. Yg buat saya sayu bila teringat...

Tiap kali dia tidur dia akan mengigau. Tp apa yg dia mengigau tu lucu + mengkagumkan.

"jazakillah ukhti.. Ok2 esok syaza datang." "ya Allah, aku futur!" "asbahna muqminan haqqan!" antara2 apa yg dia mengigau. Yg buat saya kagum ialah, fuh. Pegangan dia tu kuat betul smpai mengigau2.

Yelah, katil double decker. Saya tidur bawah katil dia. Sebijik2 apa yg dia ngigau saya dgr. Lepas tu, mmg saya tgk, apart from solat tepat waktu, selalu mengaji, berzikir atas kain batik masa uzur, tak ada yg lain yg luarbiasa.
Melainkan sesuatu yg Allah dh takdirkan saya ternampak.

Diari dia. Dalam tu penuh dgn keluh kesah dia yg tak pernah dia cerita. Saya menangis baca. Insan gagah seperti dia rupanya ada lagi banyak masalah berbanding kita semua. Dan tak ada satu pun dari catatan dia yg tak diakhiri dgn "sungguh, Allah itu maha memudahkan segala kesulitan. Aku berserah."

Dan ditengah2 buku diari tu saya sempat nampak "1000 impian sebelum hayatku tiba."

Dalam tu lah tercatatnya semua amal harian dia yg ingin dia lakukan sebelum dia mati. Termasuklah tak tinggal berzikir meskipun cuti. Benda simple pun dia tulis. "tak mungkir janji." "satu hari 100 alhamdulillah" "husnuzon meski pada seorang cikaro"

Mcm2. Rupanya itulah kekuatan dia: Allah, dan ingat mati.

Saya dgn rela hati cakap dgn dia nak masuk duni tarbiyah, dia terus belikan saya sehelai tudung bidang 48 & sepasang handsock. Saya pakai, saya rasa selesa. Alhamdulillah. Usrah dia mmg sgt best, ada game sirah, ada part tajwid, tazkirah yg sgt best, dan hati saya terpaut masuk usrah, tak tinggal lagi dah.

Alhamdulillah, pointer saya makin tinggi walaupun sibuk dgn usrah... Sng cite, dia mmg gagah. Bab dugaan dia sgt berat lah.

Akhir cerita, masa last exam saya nampak dia bengkak mata.

Tak tidur malam sampai lah ke hari exam. Ditanya2 kenapa dia tak jawab. Dia masuk dewan mcm biasa, tup2 dia keluar awal. Paper kemudiannya dia buat mcm tu lagi. Sampai habis.

Last sekali saya tanya masa dia nak cepat pergi ke sesuatu tmpt, "akak nak pergi mana? Kenapa mata akak bengkak?

"ayah akak meninggal 2 hari lepas. Akak kena balik, doakan akak tau."

Dia peluk saya lama, itulah kali terakhir saya berbicara dgn dia. Saya rasa sebak sbb dua hari ayahnya meninggal tu lah paper kami padat. Tapi dia tak balik. Dia stay kolej. Betapa luluh hati ni tgk dia gagah..      
Dia last skali kosongkan kolej. Tgk dia tak balik2, kami semua pun kemas lah barang balik kampung. Tu lah kali terakhir. Lost contact. Nombor dia dh tukar, facebook dh tak guna dah, tak ada satu pun saya dpt trace. Semua dh kehilangan dia skrg.

Akhir sekali saya nak cerita pasal psl ilmu.

Saya pernah bertanya pd kak syaza,
"akak, saya baca banyak kali nota2 saya. Tiap2 lepas kelas kot. Tp kenapa saya masih bebal lagi? Saya tgk akak rilek je dh dpt high marks"

Dia jawab, "Syaro, ilmu tu cahaya. Cahaya tak akan hinggap pada benda yg kotor, cuba syaro fikir balik, ada tak apa2 yg syaro dh buat smpai ilmu tak mahu lekat pd hati?"

Saya fikir, banyak. Saya berjimba dgn kawan, saya masih ada crush, saya suka mengumpat, saya suka menyampah kt lecturer. Lecturer lambat ckit masuk kelas saya dh menyampah dah.

Terus sejak tu saya koreksi diri saya, saya jaga hati saya dari buat maksiat, walaupun sekecil2. Dan alhamdulillah sampai skrg, tak perlu struggle sgt dlm study, dh dpt faham sedalam2nya.

Akhir sekali, ayat kak syaza, "Apa2 yg disandarkan pd Allah, yg lain2 urusan akan tertembak sama tanpa perlu work hard. Ingat, syaro. Allah."

#perkongsian dari sahabat"

@ JPM 2013-2014
@ Srikandi JPM

-jazakillahikhairan Fadhilah

Pesona Zahra 15/12/2014

Apa kata Quran tentang rumah/ baiti?

1. tempat bina kluarga
2. tmpat selamat
3. tmpat bina ketaqwaan
4. tmpat bina kperluan ktenangan
5. tmpat rehat

Monday, December 8, 2014

WS : Handphone Punya Pasal

" HANDPHONE PUNYA PASAL.
■■Ya ALLAH ampunilah dosa dosa kami yg mempunyai HP kerana:
●Kami lebih banyak mengisi kredit dripda bersedekah.
●Kami lebih banyak pegang HP dripda pegang tasbih.
● Kami lebih banyak lihat hp dari lihat wajah ibu bapa suami isteri dan anak2.
●Kami lebih banyak baca sms dripda baca Al Quran
●Kami lebih sering menelefon dripda Silaturahim.
●Kami lebih sering buka bluetooth dripda berlutut untuk sujud...
■■Ya ALLAH ampunilah kami yg serba kekurangan dan yg selalu lalai ini..dan semoga HP yang kami miliki ini dapat digunakan sebagai IBADAH untuk lebih taqarrub kepda Mu Ya ALLAH.
Amin....
Kata guru:
>>Jika handphone mu itu menyebabkan kamu LALAI hingga orang azan kamu masih dengannya hingga TIDAK MEMPEDULIKAN SERUAN itu...
●Hingga ia menjadi permainan saat berada di majlis ilmu di hadapan gurumu...
●Hingga kamu tergamak melewatkan solatmu kerananya...
●Hingga zikirmu berkurang dengan adanya ia...
●Hingga al-Quran tidak lagi kamu pandang dan baca kerana kamu asyik dengannya...
>>Sedang kamu tidak ada keperluan padanya pada waktu itu, maka buanglah ia dari kehidupan mu...
●Kerana ia telah menjadi salah satu alat untuk MENJAUHKAN kamu dari Tuhan mu...
●Kerana ia telah menjadi satu alat supaya kamu lalai dari Tuhan mu...
●Kerana ia adalah alat yang digunakan syaitan untuk menghancurkan penghambaanmu...
>>Maka apa lagi kejahatan yang kamu ingin lihat selain seseorang itu lalai dari Tuhan nya...
Bukan salah handphone itu, tapi salah kamu kerana tak dapat menjauhkan handphone menjadi alat pada syaitan untuk menyesatkanmu...
KAMU HAMBA TELEFON ATAU HAMBA ALLAH?
>>Teguran ini menyusuk sungguh...
Realitinya begitulah..lepas solat selesai salam kedua, terus raba cari hp, padahal xdop benda pun.. atas alasan perjuangn, zikir diabaikan..astaghfirullah.. biarlah dgn hp canggih2 menambah ketaatgan kpd Allah, bukan mengheret kita lalai kpdNya......renung2kan dan selamat beramal....
Subhanallah Ya Allah...ampunilah dosa2 ku...peringatan untuk kita smua."

- syukran kpd Fitri Nubli @ I-MC

Friday, November 14, 2014

Sahabat Sejati @ Usrah Nurani

14 November 2014

bukan "di mana sahabat sejati yg aku perlukan",
tp,
"bgaimana diri ni dpt bgelar sahabat sejati?"
mmpersiakn diri utk jd shbt sjati pd org lain.

bdasarkn hadis berkawan dgn tukang besi atau pnjual mnyak wangi;
kita juga mmg kena pilih surrounding yg betul

Sahabat2 Rasulullah;
Rasulullah s.a.w. bijak gunakan, mmnfaatkn & mngasah kpelbagaian sifat sahabat2 utk agama.
jdkan diri kita pd org lain

kita prlukan org yg jujur utk bimbing kita

smua manusia mahukn kbaikan,
ingin buat baik, walaupun sedikit.
cuma yg mreka prlukn adalah bimbingan.

bukn tujuan kita mnilai org,
tp,
kta nilai diri sendiri

berdakwah
bukan mnghukum
sama ada dterima atau dtolak

mnegur stakat kmampuan

bfikir scara seorang da'i
jika tidak,
kita akn bfikir scara qadi (observe dan buat kputusan)

syg pd peribadinya,
tp x redha pd perlakuannya

da'ie ialah org yg bijaksana,
hikmah.

hijrah itu bukan shj pd pkaian,
tp juga pd akhlak

'buat dpd bcakap' = tunjukkn contoh
seorang guru, sblum mnegur org,
dia prlu mmbuatnya dahulu

"lbih baik saya brubah krn mnyesal
bukan kerana ditegur"

bgaimana kita sedar?
adakah kita akn gunakan cara yg sama utk tegur org lain?

bg org yg mmpu mnyembunyikan keaiban org lain, masyaAllah,
ganjarannya sgt besar.

tidak smudah itu dlm praktikal seharian.
kesakitan apabila diuji dgn hubungan antara manusia;
"innalillahi wa inna ilaihi rajiun"
hakikat diuji itu dtgnya dpd Allah.
bukan stakat diucap shj.
tp dihayati,
kita ini untuk Allah.
Kita ini diuji krna Allah syg kita.
ujian itu hanya asbab sahaja.
satu perkara bila ia berlaku kita nmpak trus pd Allah yg bg ujian itu (yakni bagi org mukmin).
jd, bila dia didatangkn nikmat,

ktika kita sakit itu mmg ia satu azab,
tp, lama kelamaan. ianya satu rahmat.

latih diri kita.
ibarat atlet bola sepak yg blatih beratus jam cuma utk blawan yg hanya bbrapa minit.

latih diri utk ikhlas,
latih diri bfikir scara da'ie,
latih diri utk, "innalillahi wa inna ilaihi rajiun"

bila sampai ujian tiba pd diri kita,
kita sudah bersedia.

dlm persahabatan,
tiada istilah "tidak berbaloi"

@ikim.fm
Naqib : Ustz Zulramli

Wednesday, November 12, 2014

Kita Yang Kena Ubah Sendiri

11 November 2014 (Malam)

Bismillahirrahmanirrahim
Allahumma solli 'ala Muhammad wa'ala ali Muhammad

Muqaddimah

Pada saat ana mnaip post kali ini, bersamaan hr Selasa minggu ke empat selepas tamatnya pngajian peringkat diploma.

Pada pndapat kalian, agak2nya, apa ya progres insan2 yg se status dgn ana skrg ni?

'CUTI'

Sebelum ni, selalu kita (trmasuklah ana dan sahabat2 ana) kata,

"kat rumah susah nak beribadat lebih.

banyak halangan.

susah nak istiqamah..."

dan macam2 lagi.

persoalannya, btulkah itu halangannya

atau,

kita yang berdalih dgn cipta banyak alasan sebegitu?

Kecenderungan Kekwa

Kekwa seorang yg suka nak belajar sesuatu.
Dia seorang visual thinker.
Gemar mmplajari, mngingati,memikirkan dan mnghayati sesuatu melalui apa yg dilihatnya.

Antara prkara yg dia suka buat bg isi masa yg trluang adalah;
1) baca buku
2) perhatikan sesuatu dan buat pnilaian
3) belajar dan amalkn perkara baik yg dia prnah nampak org lain buat

walaubagaimanapun,

walaupun dia selalu buat ketiga tiga perkara di atas dgn niat bg mmperbaiki dirinya,

dia tetap dan masih terulang ulang ksilapannya dlm mlaksanakn amanah yg dberi.

sama ada kerana lupa, tidak sengaja, tertangguh/ lewat, x memuaskan atau malas.

jd, apa silap Kekwa?

Ilmu dan Amal

masyaAllah... Alhamdulillah

Kekwa sangat bsyukur sbb stiap kali dia buat silap, pasti Allah bg hidayah utk dia rasa btapa teruknya dosa dan ksilapan yg dilakukan.

sdg Kekwa mlaksanakan amanah yg dberi kpdnya, sambil mnghisab dirinya sndiri, terlintas satu maksud ayat dlm Al Quran yg slalu dsebut di mana mana pun,

"Allah takkan ubah suatu kaum, mlainkan mreka yg mngubahnya"

terngiang ngiang jd nya.

Realitinya

Mnuntut ilmu itu takkan dapat dinikmati kalau kita tak amalkan.

dlm kes Kekwa, tgklah...

walaumacamana dia belajar dr buku kah, video kah, atau majlis ilmu mana pun, kalau dia hanya berniat, berangan nk jd sperti apa yg dia blajar, tanpa bertindak, mnjadi tiada makna utk dirinya.

bgitukah pribadi pendakwah yg kita nak?

bgitukah ciri ciri orang beriman?

bgitukah sikap seorang yg matang?

Jom Ubah Diri dgn Bertindak Terus,
Tak Mau Berlengah!

ana tringat kakak ana cerita baru2 ni.

Ada suatu masa, sdg Rasulullah s.a.w. bsama sahabat2 baginda sdg mngebumikan jenazah, tiba2 Rasulullah s.a.w. nampak pd satu susunan batu yang satu dpd batu di situ tidak tersusun. Lalu Rasulullah s.a.w. ambil dan susun dgn rapi.

Mlihatkn tindakan rasulullah tu, seorang sahabat bertanya, "Ya Rasulullah, mngapa engkau bbuat dmikian, ada apa2 hikmah kah?"

Namun, sebenarnya niat rasulullah bukanlah sperti yg dsangka sahabat itu kerana,

tujuan rasulullah adalah utk mnyedapkan pandangan. krana mngkin keadaan batu itu yg x tersusun mmbuatkan pandangan org lain juga terganggu.
(wallahu'alam)

masyaAllah. Subhanallah.

Lihatlah sunnah yg dperlihatkn. Rasulullah s.a.w. tak bertangguh pun walaupun bg kita prkara tu janggal utk dbuat. namun bermanfaat utk org lain. dan bgaimana baginda s.a.w. bgitu mnjaga hak atau perihal org lain.

#selawatatasmu

Rancang dan Realisasikan!

Faham kah apa yg ana ingin seru dan sampaikan?

Jom sama sama kita jadikan masa muda kita,

atau ksempatan pinjaman umur dan nyawa yg Allah bagi pd kita ni,

agar bermanfaatkn dan tak jd pnyesalan waktu kita dihisab Allah pd hari akhirat nanti.

Not only tomorrow,
but the effort is NOW!

let's begin with reciting basmalah;

"Bismillahirrahmanirrahim,

ya Allah, i want to change myself!

hambaMu ini nak mendekatiMu,

pimpinlah kami,

astaghfirullah x3,

ampuni kami ya Allah
yakni atas dosa2 dan ksilapan lampau,
sama ada baru td kami lakukan,
spnjang hari ini,
semalam,
kelmarin dan juga sebelum2nya,
sama ada kami sedar atau pun tidak.

jgnlah Engkau pesongkan hati2 kami ini (lagi).

tetapkanlah kami dlm agamaMu
dan dalam mntaatiMu.

(+++)

Aamiin."

Guideline

lpas baca doa tadi,
then, what we need to do now???

buatlah apa yg kita blajar selama ni~~~

btulkan apa yg salah sebelum ni~~~

tanya diri, "apa yg blum settle utk hr ni?"

klau skrg ni (eg. ana) dh smpai waktu spatutnya tidur, tdurlah~~~
dgn amalkn apa sunnah sblum tdur yg kita mampu buat.

istighfar banyak2,
sambil perbetul niat,
dan stay focus in this new journey,
with new heart and spirit,
perhaps, with new breath.

Allahuakbar.
InsyaAllah.
insyaAllah.
yes.

we can do it.
Oh Allah please show us our best way :'D

insyaAllah!

Monday, November 10, 2014

Kubur Raudhatus Sakinah @ Salam Muslim

Kubur Raudhatus Sakinah, KL-Karak

1. Itu yg para waris nak, "Kubur tercantik"

2. Bayaran:
Warganegara Dewasa: RM200
Bukan warganegara: RM400
Bayi/ kanak2: RM50

3. Syarat: Mastautin & tggsl di kwsn KL;
= 4 qariah masjid di Damansara

4. Ada sistem Online

5. Alunan bacaan al Quran dipasang

PERSOALANNYA:

1) Apa Hukum Mencantikkan Pusara/ kubur???

...haram mngkhususkn pusara utk org trtentu
...trlalu mewah, gah & mbazir
...mmudaratkn waris utk mngluarkn blanja
...mngambil kawasan yg lebih utk pusara
...mngundang riak
...ksukaran utk golongan yg x bkemampuan

*Spatutnya (ada khilaf);
...jarak sejengkal
...boleh dcantikkan (dbersihkn, x dbiarkn bersepah) tp bukn utk bermewah

2) Apakah hukum mnabur bunga di atas pusara?

*Amalan yg disunatkn ktika mnziarahi pusara:
...al Fatehah
...yaasin & tahlil
...baca sluruh quran
...al ikhlas x 11

# xmmbebankn waris
# dniatkn utk si mati

...hukumnya boleh; pohon akn bertasbih
...kekalkn kekemasan

@ Ustz Mahadzir Joll (pnjelasan)

+ surah at takasur ayat 1-3

Qisas Utk Wanita @ Fiqh Wanita

Surah Al Baqarah ayat 178

@tvAlHijrah

Adab Makan @ Soal Wanita

10 November 2014

1...bsyukur
2...basuh tgn & baca doa, kbersihan tgn
3...mulakan yg terdekat dulu
4...mkn sampai habis; tak mmbazir, ambil ikut kmampuan

oleh Dr. Izhar Arif @ Soal Wanita @ tvAlHijrah

Monday, November 3, 2014

WS: Mati, Al Quran atau Handphone?

" MANA YANG RAJIN PEGANG FON..BERINGAT2 LA..PLS..BACA.. Menyayat Hati: Perbualan Jururawat dan Pesakit |        



Pesakit: "Abang jururawat, best bekerja di hospital? Dah lama ke kerja sini?"     


  
Abang misi:→ "Bolehlah. Nak kata best, ada juga stressnya. Tapi, selama 5 tahun kerja di sini, dapat banyak pengalaman yang bernilai yang orang luar di sana takkan dapat rasa."  


       
Pesakit: "Apa yang best sangat tu? Nurse-nurse lawa-lawa eh?"       
  


Abang misi: →"Bukan. Tu tak best. Ada yang lagi best."         



Pesakit: "Wah, apa dia?"  



Abang misi:  →"Di sini setiap hari saya lihat pesakit meninggal dunia. Kerja saya uruskan kencing berak mereka, bersihkan mereka hinggalah ke urusan jenazah.



          → Apa yang saya lihat sepanjang saya bekerja di hospital ni, betapa ramainya di antara mereka yang sudah meninggal..sebelum meninggal meminta-minta sama ada dari waris atau jururawat untuk pegang naskhah al-Quran.



          → Ada yang tak boleh baca, ada yang suruh kami bacakan. Ada juga yang tidak sempat sentuh al-Quran, tak sempat baca al-Quran, Allah telah pun mengambil nyawa mereka. Bila dibacakan          sahaja al-Quran pada mereka, berlinangan air mata.        



          →Saya lihat betapa orang-orang yang berada di akhir nafas, majoriti nak sangat sentuh al-Quran. Kalau boleh, nak mati dengan peluk al-Quran. Pengalaman-pengalaman yang saya lalui di sini buat hati ini insaf. Sedar satu perkara yang sangat penting."    

    
Pesakit: "Hm. Apa dia?"     



Abang misi: →"Apa yang kita biasa pegang ketika kita masih sihat, apa yang kita biasa baca dan belai ketika masih hidup gembira tika tak datangnya sakit...itu jugalah yang kita akan dapat pegang dan sentuh di akhir hayat.



          →Jika kita selalu pegang handphone di tangan setiap  masa, sibuk dengan gajet di tangan dan lalai kerananya, agak-agak di akhir hayat kita nanti...



          →dapatkah kita sentuh dan pegang al-Quran? Sedangkan tangan kita tak biasa pegang al-Quran, sehari sekali pun susah nak belai dan belek al-Quran apatah lagi membaca atau mentadabburnya...Allah...Allah... 



         →Sungguh, kita dah tak perlu handphone atau gajet di akhir nyawa kita..kita sangat memerlukan al-Quran...barulah kita sedar  masa itu apa yang dah kita rugi...Allah..Allah..."      
  


Pesakit:   "(menitis air mata.....) Abang..bacakan saya al-Quran...saya tak boleh baca..buta tajwid...  "   


     
Abang misi tersenyum. Dikeluarkan al-Quran mini dari kocek bajunya.        

 

✔Hampir 9 dari 10 pesakit yang beragama islam yang berada di katil hospital lazimnya memaparkan wajah penuh kesalan serta menyesal, menyesal dan menyesal tak ambil peluang untuk membaca Quran ketika sihat dan berpeluang?      
✔Wajah2 gerun dan seram bila ambang maut mendekati?       

 

◆ Anda yang sihat yang membaca sms ini belum terlambat dan pintu taubat luas terbuka untuk kita memulakan sesuatu saat ini.  '
•ALLAHURABBI,TABARAKALLAH



♥( ^^) _旦~~♥ Jom copy paste n share kepada sesiapa saja,,
Kita renung2 kan sejenak..... peringatan utk diri sy juga.."

@Long Midah Otai

thank u Paklang :)

Pesona Azzahra IKIM.fm Keperluan Manusia Menurut Al Quran

Manusia Memerlukan

1. motivasi; semangat
2. usaha
3. pringatan
4. hukuman/ peraturan
5. ilmu
6. amalan
7. kesabaran
8. ketaatan
9. harapan
10. ukhuwah

10 Muharram;
...Hari bebas dpd Yahudi

Menghitung Hari

3 November 2014, 10 Muharram 1436H

“Menghitung hari,
Detik demi detik,
Masa terus berlalu…” –Krisdayanti-

Bismillahirrahmanirrahim.
Subhanallah, Alhamdulillah
Allahumma solli ‘ala Muhammad wa ‘ala ali Muhammad

Insya-Allah tak lama lagi umur ana genap 20 tahun.
MasyaAllah.

Walaupun perlu melepasi beberapa hari lagi, perasaan yang undefined asyik selubungi diri, persoalan seperti, “Apa erti birthday saya nanti?” berputar-putar kat kepala.

Buku: Hidup Penuh Erti

Hadiah yang berharga daripada diri sendiri, hakikatnya hidayah daripada Allah untuk membeli buku ‘Hidup Penuh Erti’ yang ditulis oleh Hilal Asyraf dan Aiman Azlan, sangat bermakna buat insan yang ingin menjadi hamba Allah yang lebih baik agar diredhai hidupnya di dunia ini.

Buku tu seolah-olah cerminan fikiran ana. Kebanyakan tajuk yang disentuh dalam buku tu, terutamanya oleh Hilal Asyraf membantu diri ana mencari solusi keserabutan yang berada dalam fikiran ana.

Antara perkataan yang melekat dalam hati daripada banyak-banyak muka surat yang ana sudah baca (setakat ni);

“Kematangan – Disiplin – Berdikari – Orang Beriman”

MUET

Insya-Allah ini ialah minggu terakhir persediaan untuk menjawab lagi tiga papers MUET iaitu Reading, Listening dan Writing (8 November 2014).

Persediaan usaha sendiri. Tanpa bimbingan guru membuatkan ana agak ragu-ragu dengan keupayaan diri sendiri. Tapi InsyaAllah ana akan tetap berusaha, kalau boleh ana nak menjangkau kemampuan sedia ada ana, cabar diri, not better but the best, Insya-Allah. I love English! (at bottom of my heart)

Ana sangat berterima kasih kepada adik ana, Luqman yang banyak bantu ana secara teknikal dan tips sejak Speaking Test haritu lagi. Memandangkan buku MUET pun ana terleka untuk beli, jadi adik ana setia bantu capture pages daripada buku MUET dia dari Kedah dan send pada ana yang berada di Melaka ini. Alhamdulillah, whatsapp menjadi alat perantaraan. Adik yang baik dan hebat, subhanallah, Alhamdulillah.

Result Part 5, Diploma Pentadbiran Awam

“Belajarlah melupakan kelmarin,
Usah khuatirkan esok hari,
Bekerjalah untuk hari ini,
Itulah semangat para sahabat Rasulullah s.a.w.”

Mungkin banyak yang ana nak tukar daripada quote di atas, tiba-tiba rasa macam tak sesuai.

‘Belajarlah daripada masa lalu,
Ambil iktibar,
Jalanilah hari ini kerana Allah,
Lebih baik,
Allah sentiasa bersama kita,
Allah kenal kita,
Allah tahu hati kita,
Allah tahu turun dan naiknya iman kita,
Dan rancanglah hari esok dan hari-hari yang mendatang.’

Walaupun result akan keluar tidak lama lagi, Alhamdulillah ana dah tahu result sem terakhir ni. Alhamdulillah, kesyukuran itu lahir mendahului rasa kecewa dan sedikit sedih.

Berdasarkan result yang ana dapat, GPA dan CGPA sem ni adalah yang tercorot. Jauh terjatuh ke dasar. Syukur, tidak gagal. Namun, gagal pada beberapa sudut yang tidak tersurat pada slip.

Walaupun kekecewaan dan kesedihan tu dah jadi parut pada performance akademik ana. Ana sedar ana tak boleh berterusan rasa kegagalan tu adalah kegagalan yang berpanjangan. Muhasabah dan muhasabah. Lagi, bermuhasabah.

Apabila diingatkan dan dibandingkan semula dengan performances sebelum ini, jauh lebih baik, “Kenapa ya?” – Jawapannya merangkumi banyak faktor.

Namun, walaupun rasa kecewa dan sedih itu ada, dalam beberapa sudut lain ana rasa itu hanyalah ujian yang tersurat. Hakikatnya, apabila ana fikir spirit ana pada sem ni jauh lebih baik daripada sem-sem lepas. Especially, dari segi kefokusan yang ana usahakan setiap kali hadiri kuliah. Yang lain biarlah Allah sahaja yang tahu.

Ya, still… Pasti ada sebab, atau kifarah daripada kesilapan yang ana dah buat juga membuatkan result jadi seperti itu. Jelas juga. Mungkin hubungan dengan manusia atau makhluk? Wallahu’alam.

“Kita tak boleh terus fikir yang setiap insan itu pasti buat kesilapan,
Sebab kadangkala, kita secara tidak sedar telah menjadikan itu excuse/ alasan  untuk terus membuat kesilapan.
Cuba kita labelkan setiap kesilapan itu adalah ‘DOSA’. Kerana dosa itu jelas mengundang murka Allah.
Mudah-mudahan itu membuatkan kita lebih takut untuk membuat sesuatu yang Allah tak redha.” –SMardianaMS, 10 Muharram 1436H

Ana ada bertekad untuk lebih serius dalam akademik untuk akan datang, InsyaAllah. Pimpinan Allah sentiasa didoakan.

7 November 2014 – 20 tahun hidup di alam dunia

Moga Allah sentiasa berkati, redhai, pimpini dan rahmati hidup ana.

Hakikatnya, umur kita bukannya meningkat apabila datangnya birthday, tapi, setiap masa yang berlalu, setiap detik, setiap saat itu membezakan umur kita yang sekarang dengan yang dah lepas.

Yang perlu kita doa bukannya umur yang panjang, tapi, amalan yang bertambah untuk bekalan ke alam seterusnya. Amalan yang diredhai dan diterima di sisi Allah. Tanpa berhala-berhala lain wujud dalam hati yang membuatkan diri mempersekutukan Allah. Kerana iman itu meyakini di hati, mengakui dengan lidah dan menzahirkan dengan perbuatan.

Bertambahnya umur, membezakan diri kita dengan yang sebelumnya, adakah lebih baik, lebih matang, lebih beriman ataupun tiada perubahan atau lebih buruk (Na’uzubillah).

Akhir Kalam

“Demi masa,
Sesungguhnya manusia kerugian,
Melainkan yang beriman dan beramal soleh,
Dan berpesan-pesan dengan kebenaran,
Dan berpesan-pesan dengan kesabaran.”

Wallahu’alam.

Tuesday, October 14, 2014

WS : Buat Persatuan Islam Baru

12 Oktober 2014

[8:55pm, 10/12/2014] SMardianaMS:

1. Ape yg perlu diperbaiki (organisasi & individu) dlm *PIB?

*PIB = Persatuan Islam baru; yg bakal digubal

- btulkn niat dan tujuan. knapa join PIB? knapa kena dtg meeting? apa yg spatutnya ahli msyuarat buat time meeting?

- kena bersedia utk mndengar dan mnerima tguran dan kritikn. dpd sesiapa shj. kawan, sepersatuan, ustz atau ustzh, junior mahupun senior, jwtn lg tggi atau lg rendah. smua prlu dtrima dgn lapang dada. berusaha utk perbetul dan perbaiki. itu adalah tguran indirect dr Allah.

- apa2 yg dputuskn dlm meeting prlu difikirkn bersama. bukan lpaskn pd org lain atau anggap org lain yg akn fikirkn.

- ringankn tulang utk volunteer bantu apa2 urusan; psan utk dtg meeting, psan yg lain trutamanya dlm kalangan PIB sendiri utk solat bjemaah kt masjid trutamanya muslimin, yg muslimat pun rajinkn diri hadiri pishas niatkn utk tambah ilmu selagi ada pluang.

- isi masa lapang dgn baca quran, perbaiki bacaan, dan klau boleh bntu kwn2 yg bsedia utk dbntu perbtul bacaan.

- cuti sem nnti bolehla fikirkn ttg apa yg nk dbuat dgn PIB. PIB ni platform utk dakwah dgn bjemaah, yg xdpt kta buat bila berseorangan.

2. Apa harapan kamu kpd PIB?

- insyaAllah, PIB boleh jd medium utk bhijrah.

- dpd PIB insyaAllah boleh blajar dan berpengalaman utk rasa apa itu berkorban, apa itu ujian, apa itu ukhuwah (rukun ukhuwah).

- balancekn akademik

3. Kata2 akhir?

- jgn rasa terbeban dgn keberadaan kalian dlm PIB. join je walaupun hati x rela (utk permulaan).

- klau ada masalah, maklumkn atau share kpd MT supaya faham dan boleh bntu cari solusi.

wallahu'alam

[8:57pm, 10/12/2014]

SMardianaMS:

"tujuan kita diciptakan bukan shj sbg hamba, malah sbg khalifah"

hamba itu apa peranannya dan
khalifah itu apa pranannya.
fikir2kn.

Monday, October 13, 2014

Speking Test MUET & Sekolah

13 Oktober 2014
Bismillahirrahmanirrahim
Allahumma solli 'ala Muhammad wa 'ala ali Muhammad

Alhamdulillah speaking test MUET dah berlalu ptg tadi. Ttg test tu, wallahu'alam. Yang pasti insyaAllah ana lebih mngharapkn lagi tiga baki test yg lain. Sbb ana tau usaha utk test tadi amatlah sikit. alasannya tak sempat sbb dtakdirkn utk berlaku pd musim final exam last semester ni.

8 Nov 2014 nanti, insyaAllah akan dipulun ketiga tiga paper MUET yg selebihnya.

*those are not the main point of this post. sorry

Ana rasa enjoy pula hrni. Enjoy dgn apa yg ana nampak. Ana dpt observe satu sekolah di mana lokasi test MUET ana dtmpatkn atas pilihan ana.

Its been a long time yg ana x jejakkn kaki kt sekolah harian. rasanya last time adalah ketika ana form 4 bfore mndapat tawaran ke MRSM Alor Gajah. itu pun bukanlah sekolah yg ana jejaki td.

Terima kasih buat cikgu-cikgu di SMK Dato Dol Said.

Tamat je speaking test td ana tggu kakak ana kt dpn sekolah. SMK Dato Haji Talib Karim, Alor Gajah.

Mrmandangkn ana perlu mnunggu utk djemput, ana decide utk cuma berdiri dan memerhati suasana sekolah menengah. secara umum, utk perhatikn ragam plajar utk sekolah menangah, dan secara khususnya utk perhatikan sekolah yg dikatakn sekolah kampung.

Alhamdulillah, ana teruja juga.
Apa yg ana dpt simpulkan atau dpt depani, atau apa2 jelah istilahnya;

1. ada certain adik2 yg mnegur ana, tp x pasti mnegur sbg seorang kakak ke, visitor ke, or perhaps cikgu.
*walaupun diri ana ni masih bertubuh kecil atau x mmbesar since tingkatan berapa entah.

2. sekolah tu banyak gantung quotes atau peribahasa yg bermanfaat. mmm, bagus dan hebat!

3. sekolah tu ada susur gajah walaupun jarak antara satu bangunan ke bangunan lain adalah dekat.

4. keadaan di mana budak2 lelaki masih menyakat budak perempuan.
situasi ni berlaku waktu ana tanyakn direction ke pejabat sekolah tu utk tahu lokasi utk MUET. then, while she was trying to give the direction, a group of male students, her friends perhaps, called her name and said,
"... kakak engkau eh?! hehhehhek!.." (ketawa tanpa dketahui sebabnya)

5. waktu tamatnya PNP, ada seorang cikgu berdiri dkt dpn pagar sambil memastikan pergerakan para pelajar kluar dr pagar utama sekolah tu.
waktu tu ana teringat budaya di Jepun je. ana teruja tgk cikgu tu berbuat dmikian. pd persepsi ana, dia seorang guru yg concern lah. guru tu wanita.
ada jugak spekulasi lain yg terlintas kt fikiran ana waktu tu.
iaitu, mgkin jgak kat skolah tu mmg dh jadualkn tugas guru2 trtentu utk kawal pergerakn plajar balik sekolah, sbb nmpak mcm cikgu tu pakai tag tergantung pd tudungnya.

6. smentara tu, ana perasan yg ada beberapa budak lelaki yg lepak dlm pondok pengawal keselamatan ada tengok2 ana yg seorang ni. alaa. jaraknya kurang dr 100 meter gitu. ana just buat dek je. tak over utk syok sendiri pun. sbb ana tgh syok dgn misi utk perhatikn ragam plajar skolah tu.

tak lama lpas tu, dpt call dr kakak ana. tubtub, dia mnta ana kluar pagar sbb kereta bnyak. ana pun ikut jelah. nama pun tumpang org.
time tulah kiranya klimaks budak2 lelaki yg duk tengok2 ana tu. sbb ana kna lalu dpn pondok tu.

rasa2nya apa yg dyirang buat???
tik... tok... tik... tok...
tinggg!

xbuat apa pun yg mncemaskn.
cuma buat bunyi suwit suwit gitu.
dlm hati ana kata, 'alaaah, biasalah tu. budak2 lelaki bila nmpak budak prempuan jln seorang. mcm tulah gayanya' (*yeke?)

7. alhamdulillah, soal couple, takdelah pula ana nmpak scara obvious. alhamdulillah, xdelah nmpak yg duk berkepit jantan-tino. yg tu yg ana rasa syukur sgt. at least kt dlm skolah tu x dtunjukkn. i mean, ana tak nmpak buat masa tu. dpd sebelum pukul 11 pg sampai sblum pukul 3 ptg ana berada kt sekolah tu.

8. haaa, ana baru teringat ada satu scene yg men surprise kn ana. before giliran utk group ana buat test. ttg seorang examiner ana hr ni. unik!
bliau wanita berbangsa cina, katanya dirinya dah tua, tinggi orangnya, dan happening gitu.
suddenly, sedang bliau duk kalut sbb rupa2nya satu lagi group yg blum buat test, ada satu expression yg bliau sbut dgn nada mngeluh. teka... teka...

"ya Allah ya Tuhanku!" (nada mcm org selalu sbut 'alamak')

terperanjat ana dbuatnya. xtau rasa apa ana time tu. perhaps, sebut "alhamdulillah" ya?
wallahu'alam. moga bliau dpt hidayah dr Allah. walau dgn seringkas ringkas ungkapan yg ringan di bibir yg mngkin bliau slalu tersebut bila waktu2 mcm tu.
yelaa... persepsi lain, sometimes, org ikut2 guna je kan. macam melatah laa. yg disinonimkn dgn org Melayu kita ni. :D

9. dpt kenal dgn tiga org studen USIM. dua akhawat satu syabab. kos Aqidah, Pentadbiran Koperat dan lagi sorang yg muslimin tu ana ingat pula.

okei, alhamdulillah. rasanya ni je. insyaAllah klau ada pngalaman yg ana interested yg lain, ada masa, ana share. sama ada anda nak atau tak. dpends on me, right?

yokatta.

Friday, October 10, 2014

WS : Rasanya Rasulullah Percaya Cinta Kita ke?

"Tersebutlah sebuah kisah..

Ada seorang suami yang sering mengungkapkan kata-kata cinta kepada isterinya.."Aku CINTA pada mu"

...

"Sungguh! Aku Benar-benar Cinta Padamu.."

...

"I Luv U..I really really love you"

 

...Boleh dikatakan, hampir setiap malam si suami akan mengulangi kata-kata cinta yang sama sebelum mereka tidur..

..Tetapi, hal ini hanya berlaku pada waktu malam sahaja...

 

Apabila tiba waktu siang..

Lain pula ceritanya..

 

~Cara isterinya tak betul..

"Cara awak masak ni tak betul, sebab tu tak sedap...Awak patut belajar dengan mak saya!" 

 

~Penampilan isterinya memalukan..

"Fesyen baju awak ni tak up-to-date ..Malu saya nak bawak awak jumpa lawan-kawan saya"   

 

~Malas nak ambil tahu apa kerisauan isterinya..

"Pasal anak-anak, awak fikirlah sorang-sorang..Saya ada banyak lagi benda lain yg nak difikirkan"

 

Dan apabila tiba waktu malam...

Si suami masih lagi mengulang ayat-ayat cinta untuk isterinya seperti malam-malam sebelumnya

 

dan begitulah yg terjadi setiap hari..

bertahun-tahun lamanya..

sampai isterinya mati..

 

....

Sekiranya kita berada di tempat si isteri tadi..

bolehkah kita percaya bahawa suami kita mencintai diri kita,

dengan setulus hatinya

sebagaimana yang diberitahu pada setiap malam..??

Sedangkan di siang hari,

kata-kata cinta itu tidak pernah dibuktikan dgn perbuatannya???

....

 

Begitulah apa yang telah terjadi pada hari ini,

Kita selalu dengar orang kata...

 

"Ya Rasulullah, aku cinta padamu.."

"Ya Rasulullah, aku sayang padamu.."

"Allahumma Solli A'la Muhammad"

"Selawat dan salam ke atas junjungan besar kita Nabi Muhammad saw" 

Tetapi dalam masa yg sama,

 

Dia tak suka lihat orang yang meniru penampilan Rasulullah saw,

 

"Apalah dia pakai jubah pergi Tesco..""

Rimas aku tengok janggut dia""

Pakai serban & kopiah??..ha-ha..never!" 

 

Cara hidup dia pun jauh daripada cara hidup Rasulullah saw,

 

"makan kat lantai?? ..sakit pinggang laa"

"nak masuk bilik air pun kena tutup kepala..? Aihh..leceh la""

gosok gigi guna kayu??..awak takde duit nak beli berus gigi ke?" 

 

Dia juga tak mahu fikir macam mana fikir risau Rasulullah saw terhadap umat ini..

 

"orang sebelah rumah tak pakai tudung?..aghh..lantaklah dia..kubur masing2""

anak tak solat subuh?..alaa..malaslah nak tegur,nanti dia lambat gi sekolah pulak"

"sepupu bawak pakwe balik kampung?...biarlah...dia dah besar..pandailah fikir sendiri"

"mak pak sedara bergaduh?..malas den nak campur..hal orang-orang tua"

 

Kalau beginilah sikap kita..

 

Agak-agaknya..bila kita berjumpa dgn Rasulullah saw di akhirat nanti...

 

Nak tak Baginda saw a percaya yang kita benar-benar mencintai baginda?

 

Nak tak Baginda saw mengaku yang kita ni umatnya?

 

Tepuk dada, mari tanya diri sendiri..

~~Adakah kita benar-benar mencintai Rasulullah saw?

 

bak kata omputih.."Action speaks louder than words" :P

 

Rasulullah saw bersabda:"Barangsiapa yang mencintai sunnahku, dia mencintaiku. Dan barangsiapa yang mencintaiku, dia akan bersamaku di dalam syurga" ."

@Srikandi JPM

syukran, Khadijah Chenatlia Azouz :')

- #selawatatasmu

WS : Gagal itu Kafarah Dosa

"Pernah tak ,
Kau gagal dalam exam ?
Walaupun kau dah habis study ,
Dah habis buat semua ibadat wajib ,
And ibadat sunat ,
Dengar cakap parents kau ,
Jaga ikhtilat ,
Semua lengkaplah .
Tapi ,
Result kau remain the same .
Rasa macam ,
Hijrah kau worthless je .
Rasa macam ,
Better jadi macam member kau ,
Yang enjoy memanjang tu .
Tengok movie ,
Lepak ,
Dating ,
Couple ,
Study ala kadar ,
Banyak chatting ,
Banyak story pasal bola dsb .
Depa still dapat good results .
Pernah kan rasa macam tu ?
Even sikit .
Sikitttt pun .
Jap !
Actually ,
Kau taktahu ,
Disebalik hijrah kau semua tu .
Dengan ibadat yang tak tinggal semua tu .
Kau sebenarnya ,
Dah hidup dalam redha-Nya .
Punca sebab kau tak dapat good result ,
Even kau dah pulun satu buku ,
Tak tinggal ibadat ,
Sebab ,
Allah nak ampunkan dosa kau .
Nak tunjuk yang ,
Dia dah ampunkan kau .
Orang panggil kafarah dosa .
Kita buat dosa ,
Dan Allah bagi kafarah dosa ,
Menunjukkan yang kau diampunkan oleh-Nya .
Kafarah tak semestinya dalam bentuk sakit sahaja .
Maka ,
Bersabarlah .
Lambat laun kau akan dapat good result tu .
Jangan pernah berhenti berhijrah .
Jangan .
Keep on moving forward .
Keep Calm
And
Slow-Slow
Follow
The
Flow ~ ♡ -SNIBS -[飞吻]"

@Mawar Berduri

syukran Asma Husna :)

- Alhamdulillah... benar juga ya.
Gagal itu Allah nk uji ksabaran kita, dlm masa yg sama Allah nk kikis dosa kita 'cause Allah love us <3

Thursday, October 9, 2014

WS : Al Quran Bukan Sekadar Hiasan

"“Sayang, tengok nih. Cantiknya AlQuran nih. Warna keemasan. Sesuai untuk kita buat hantaran” pekik Jamilah kepada Nabil...

“Sini pun cantik juga. Warna unggu keemasan. Mana satu kita nak beli nih” balas Nabil.

Mereka sedang asyik mencari bahan-bahan untuk dibuat hantaran. Tinggal satu lagi yang masih dicari-cari iaitu AlQuran yang bakal dijadikan hantaran.

“Tapi, yang ni lagi best, ada terjemahan arab” keluh Jamilah.

“Ala, awak bukan reti pun bahasa arab” jawab Nabil. Tergelak Jamilah. Berbahagia rasanya dapat calon suami seperti Nabil. Prihatin.

“Apa yang saudara cari tu. Nampak seronok saya lihat” tegur pakcik berbaju putih. Jaluran baju ke bawah menampakkan lagi seri wajah seorang pakcik dalam lingkungan 40-an.

“Oh, kami cari AlQuran. Nak buat hantaran. Maklumlah, nak bina masjid” sengih Nabil. Jamilah ikut senyum tidak jauh dari situ..

“Oh. Bagus lah. Adik selalu baca waktu bila?” pakcik menyoal sambil tersenyum.

“Aa.. aa.. lama dah saya tak baca, pakcik“ teragak-agak Nabil menjawab. Jamilah sudah di sebelah rak yang lain.

“Kalau gitu, tak perlu lah beli AlQuran kalau sekadar hantaran. Kesian ALQuran. Itu bukan kitab hiasan, dik” tegur pakcik berhemah.

“Alah, pakcik nih. Kacau daun pulak urusan orang muda. Kami beli ni nak baca la” tiba-tiba Jamilah muncul dengan selamba jawapannya.

“Oh, baguslah. Kalau gitu beli lah tafsir ArRahman. Ada tafsiran lagi” cadang pakcik. Mukanya nampak seperti orang-orang ahli masjid.

“Ala, besar lah pakcik. Kami nak pilih nih. Kiut lagi” senyum Jamilah mengangkat bungkusan AlQuran warna unggu keemasan. Saiznya kecil.

“Jangan lupa baca ya” pakcik dengan selamba sambil meninggalkan pasangan tersebut.

“Sibuk je la pakcik tu” Jamilah mengomel.

Nabil kelihatan serba salah. Mungkin ‘terpukul’ dengan kata-kata seorang pakcik yang muncul secara tiba-tiba.

Hari yang dinantikan sudah tiba. Mereka sudah bersolek. Hari nan indah. Terlalu indah buat pasangan teruna dan dara yang bakal disatukan. Nabil dan Jamilah tidak sabar-sabar menantikan ucapan indah tersebut. Pak imam baru sahaja sampai.

“Assalamualaikum semua” ucapan salam Pak Imam bergema.

Nabil bagai hidup semula. Dirinya terkejut. Jantung bagai gugur serta merta. Mungkin tidak percaya apa yang dipandangnya dihadapan. Ahli-ahli keluarga berebut-rebut bersalaman dengan Pak Imam. Mukanya berseri-seri. Janggutnya putih. Jubah putih. Rambutnya ada yang berwarna putih.

“Inikah pengantin hari ini?” tegur selamba Ustaz Saad.

“Pak.. Ustaz.. kabar baik, pak... usta.. ustazz..” jawab Nabil mengigil. Jamilah juga terkebil-kebil melihat kelibat orang yang dikenali di kedai buku 2 bulan lalu.

“Oh, sebelum tu, saya suka mendengar bacaan adik Nabil. Mudah-mudahan kita dapat mengambil manfaat dari bacaan pengantin” cadang Ustaz Saad. Kelihatan orang ramai mengiyakan. Maklumlah, ustaz Saad merupakan antara orang dikenali oleh ahli-ahli sebagai penceramah tetap setiap hari Khamis selepas maghrib.

Nabil menelan air liur. Baginya inilah saat paling menyeramkan bagi dirinya. Peluh membasahi baju melayu satin berwarna putih.

“Ss.. su.. surah apa ustaz?” Nabil cuba mengagahkan diri. Jamilah masih melihat dari tepi tirai. Memegang kepalanya. Seperti mengagak benda yang sebaliknya berlaku.

“Oh, ayat yang mudah ja. Baca 3 ayat Surah ArRa’d” kata ustaz Saad sambil menunjukkan baris giginya yang putih hasil bersugi setiap solat mengikut sunnah nabi. Surah Ar Rad

Surah Ar Ra'd

“ Apa benda nih ” detik hati Nabil.

“ Bismillahirrahmaani rrahim.. ALL..MAA.. RIII..!! ” berlagu Nabil.

Kelihatan gemuruh satu rumah pengantin perempuan. Ada yang keluar dari rumah menahan gelak. Ada yang mengeluarkan air mata menahan kelucuan. Ada yang menggeleng-geleng kepala. Ibu bapa Jamilah merah padam wajahnya. Jamilah entah ke mana, mungkin berpura-pura ke tandas.

“ Baru ustaz tahu ada kalimah almari di dalam ALQuran. Adik Nabil, cara bacanya seperti begini : A ’ uzubillahiminnassya itaanirra jim.. Bismillahirrahmanir rahim.. ALIF.. LAMM.. MIMMM... RAA.. ” kedengar suara gemersik Ustaz Sa ’ ad. Orang ramai kelihatan ingin mendengar lebih banyak lagi alunan irama ALQurannya.

Nabil berasa seperti kilat menyambar kepalanya.

“ Nabil, kamu jangan merendah-rendahkan kitab petunjuk iaitu AlQuran. Ianya hendaklah dibaca bukan sekadar dijadikan hantaran. Malah lebih malang perlakuan seperti ini seolah-olah menghina ALQuran. Beli ALQuran kemudian menaruh di tempat-tempat tinggi seolah-olah ianya sudah cukup bagi seorang muslim ” tazkirah sudah bermula. Orang ramai memang senang cara penyampaian ustaz Sa ’ ad.

“ Tinggi mana pun kamu belajar, tiada gunanya kitab yang tidak berubah ini tidak mampu kamu baca. Kitab ini pasti begini rupanya, ayatnya tetap sama, kedudukannya tidak sama. Malah, ketahuilah Allah akan menjaganya sehingga hari kiamat. Nabil, kalau kamu tahu orang-orang yang mengaku kitab AlQuran sebagai kitab petunjuk kemudian diabaikan dia pasti dilaknat oleh AlQuran itu sendiri. Tetapi beruntungnya orang-orangnya memanfaatkan AlQuran setiap hari, membacanya, menghafalnya, mengamalkan menjadikan hati terlalu tenang walapun dia bukannya seorang yang tinggi pelajarannya, kaya hidupnya dan sebagainya.. ” penutup Ustaz Sa ’ ad sudah dikagumi orang terutama yang mengikuti ceramahnya.

Hari semakin cepat berlalu..

Nabil sudah melalui hari-hari yang indah. Kitab ALQUran yang menjadi hantaran pertunangan sudah menjadi diari kehidupannya yang aktif setiap hari.

Pit.. Pit! Jangan lupa datang rumah ustaz malam nih. Kita belajar sama-sama. Jangan lupa bawa isteri sekali ya Nabil. SMS dari ustaz Sa ’ ad tiba. Jamilah senyum disisi suaminya, Nabil. read dis.. Rasulullah (Sallallahu alaihi wasallam) said: 'When a man dies and his relatives are busy in funeral, there stands an extremely handsome man by his head. When the dead body is shrouded, that man gets in between the shroud and the chest of the deceased.

Rasulullah (Sallallahu alaihi wasallam) bersabda : 'Bila seseorang lelaki itu mati dan saudaranya sibuk dengan pengebumiannya, berdiri lelaki yang betul-betul kacak di bahagian kepalanya. Bila mayatnya dikapan, lelaki itu berada di antara kain kapan dan si mati.

Selepas pengebumian, semua orang pulang ke rumah, 2 malaikat Mungkar dan Nakir, datang dalam kubur dan cuba memisahkan lelaki kacak ini supaya mereka boleh menyoal lelaki yang telah meninggal itu seorang diri mengenai ketaatannya kepada Allah. Tapi lelaki kacak itu berkata, Dia adalah temanku, dia adalah kawanku. Aku takkan meninggalkannya seorang diri walau apa pun. Jika kamu ditetapkan untuk menyoal, lakukanlah tugasmu. Aku tidak boleh meninggalkannya sehingga aku dapati dia dimasukkan ke dalam Syurga.'

Thereafter he turns to his dead companion and says, 'I am the Qur'an, which you used to read, sometimes in a loud voice and sometimes in a low voice. Do not worry. After the interrogation of Munkar and Naker, you will have no grief.'

Selepas itu dia berpaling pada temannya yang meninggal dan berkata,'Aku adalah Al-Quran, yang mana kamu membacanya, kadang-kadang dengan suara yang nyaring dan kadang-kadang dengan suara yang perlahan. Jangan bimbang. Selepas soal siasat dari Mungkar dan Nakir, kamu tidak akan bersedih.'

When the interrogation is over, the handsome man arranges for him from Al-Mala'ul A'laa (the angels in Heaven) silk bedding filled with musk.

Selepas soal siasat selesai, lelaki kacak mengatur untuknya daripada Al-Mala'ul A'laa (malaikat dalam Syurga) tempat tidur dari sutera yang dipenuhi bauan kesturi

Rasulullah (Sallallahu alaihi wasallam) said: 'On the Day of Judgement, before Allah, no other Intercessor will have a greater status than the Qur'an, neither a Prophet nor an angel.'

Rasulullah (Sallallahu alaihi wasallam) bersabda :'Di hari pengadilan, di hadapan Allah, tiada syafaat yang lebih baik darjatnya daripada Quran, mahupun dari nabi atau malaikat.'

Please keep forwarding this 'Hadith' to all ....because

Rasulullah (Sallallahu alaihi wasallam) said:

'Pass on knowledge from me even if it is only one verse'."

@Srikandi JPM

syukran Nina Liyana Hairudin :')

-mudah2an pasangan yg Allah takdirkn buat kita smua tergolong dlm kalangan org yg mnjadikn Kalam Allah yakni al Quran sbg teman hidup.

:)

-mudah2an kita dan bakal pasangan itu mampu mnjadi pnyejuk mata antara satu sama lain. (qurratu a'yun) sbgaimana yg slalu didoakn slepas solat.

8 Oktober 2014

Wednesday, October 8, 2014

WS: Dear Akhawat

"Selama ni kita perhati. Kita diam. Lepastu kita sedih sorang-sorang.

Dear akhawat yang kita sayang kerana Allah,
Allah ciptakan hawa dengan sifat malu. Maka awak-awak sekalian, janganlah sesekali singkirkan sifat malu dalam diri awak. Kerana malu itu sebahgaian daripada iman wahai mawar agama.

Dear muslimah,
Jadilah Haura' al-Maqsurah. Ertinya bidadari yang terpelihara. Seindah namanya. ;) Keraskan hati bila ada lelaki yang nak mengorat awak. Tak perlu layan. Tak perlu bercrush-crush. Selagi belum sedia, belum sampai masanya, jangan mencari. Kita sedih tengok kawan-kawan kita yang sanggup stay up semata-mata nak berbalas mesej dengan pakwe. Kita sedih tengok kawan-kawan kita menangis cemburu tengok pakwe dia dengan perempuan lain. Kita sedih sangat tengok kawan-kawan kita yang menunggu lelaki nak propose couple dengan dia. Someone said this to me, "perasaan tertarik pada lelaki tu biasa. Tu bukan perasaan cinta, tu cuma instinct. Tarikan antara lelaki dan perempuan. Dan instinct itu biasa. Tak perlu layan. Jangan cepat kata kita dah jatuh cinta. Jangan murahkan nilai cinta, Kerana cinta itu mahal"

Kalau ada lelaki nak mengorat awak. Jangan terlalu cepat percaya. Jangan terlalu cepat jatuh. Dia tak serius. Dia cuma main-main. Dia cuma nak test. Kalau dapat, dapat. Kalau tak dapat, dia cari orang lain.Kalau dia serius dia tak akan membazirkan masa dengan benda yang sia-sia. Serius cuma sia-sia. Kalau dia serius, dia akan buat dengan serius. Dapatkan dengan cara terhormat,

Dear fatayat,
Semua perempuan cantik. Allah ciptakan kita dengan cantik. tak ada satu manusia pun yang tak cantik. Cuma, lain mata lainlah penilaiannya. Awak, tutup aurat tu molek-molek ye. Awak tutup aurat pun tetap cantik. Kita sedih bila kita tanya kenapa tak pakai tudung dia jawab dia tak cantik bila pakai tudung. Kita rasa macam nak nangis. Kita rasa macam nak peluk dia lepas tu cakap kat dia. Awak cantik sangat.
Awak, tak perlu cantik-cantik depan syabab. Dia stranger. Dia outsider. Cantik untuk yang sepatutnya je,

Awak,
Jangan sesekali tinggalkan solat. Jaga solat. Jangan sesekali lambatkan solat. Awak wanita paling cantik di dunia pun tapi kalau hubungan awak dengan Allah tak jaga tak guna juga. Mungkin lelaki ramai yang pandang tapi Allah tak pandang. Allah. Kita rasa mcam nak keluarkan rotan macam nak pukul anak kita tengok orang solat subuh pukul 7. Kenapa susah sngat ? Kita sayang awak lillahitaala tapi kita sedih kalau awak sendiri tak sayang diri awak.

Dear mawar agama,
Kita tahu proses berhijrah tu perit. Dulu kita pun selalu memberontak. Semua benda tak betul. Semuanya salah. Tapikan awak, cuba awak ikut sahaja jalan tarbiyyah. Ikut dengan hati yang tenang. Paksa hati untuk merelakan. Awak akan rasa sesuatu. Lapang dan tenang. Dekati dengan sahabat yang solehah. Percayalah. Awak, kita sayang awak kerana Allah.

Daripada,
Yang belum solehah. Sedang berusaha."

@Srikandi JPM

Syukran to Intan Natasya Abu Bakar
:')

- Subhanallah, how meaningful this message is!
- Alhamdulillah...

Monday, September 29, 2014

Kuliah Muamalat, PISHAS

29 September 2014
Oleh Ustz Adam

...Tukar duit
Serentak

...Tukar Barang
Kuantiti sama berat
Eg. Beras dgn beras
Serentak, x bertangguh

...Kesan Riba'
1) Allah isytihar perang pd org beri dan mkn riba'
Tinggalkn saki baki riba,
Klau x dpt tinggal,
Bsedia utk dperangi Allah dan Rasul

Cara utk btaubat
Ambil duit pokok,
Atau principla shj, itu hak kita.
Selebihnya, infakkanlah ke mana2 shj.

2) Hilangnya kberkatan hidup,
Dan Allah tambahkn kberkatan hidup dgn bersedekah
-lihat hasil pd dunia skrg yg mngamalkn riba'
-org kaya btambah kaya, miskin btambah miskin
-eg. Negara2 dunia ketiga; Africa dll.
-org kaya hidup sntiasa dgn rasa xcukup, xcukup... Hidup xterurus dan tnteram.
Senang mnerima ujian harta

3) di akhirat: xdterima amalannya
-sedekah, haji, jihad & psaudaraan

4) spt berzina dgn saudara/kluarga sndiri

5) tmasuk dlm 7 dosa besar

Di Malaysia
Dwi-sistem
1. Konvensional sejak British
2. Islamik thn 1983; Tabung Haji- utk prgi haji (1969)

Transaksi konvensional
Bukan Islam shj yg mngharamkn riba,
Tp, dlm kitab Old Testament  yahudi pun dah ada.

Nilai riba
Jumlah kta bayar balik - Principle

Kesan pd Orang lain

1) eksploitasi kwangan planggan

2) mlunturkan moral
-ambil ksempatan
-hilang rasa mnolong (ta'awun)
-sdgkn org lain terdesak prlukn duit

3) timbul sikap malas bkerja, utk brusaha dptkn duit
-jln pintas utk dpt untung cara mudah

Sunday, September 28, 2014

WS: Conversation Dgn Allah

Yusuf Al-Qaradhawi
MENEMUKAN KHUSYUK YANG HILANG.

Saya masih banyak kekurangan. Apa yang saya lakukan SEBELUM masuk waktu solat, saya ambil masa dalam 1-15 minit untuk diam dari
melakukan apa jua kerja.

1. Yang saya lakukan hanyalah berkomunikasi dengan Allah. Tidak
memohon. Tetapi sekadar bercerita. Saya suka bercerita kepada Allah.
Tentang kerja, tentang hidup, tentang keluarga, anak-anak. Tentang apa
saja.

2. Kemudian setelah masuk waktu solat, saya bangun untuk mengambil
wuduk dalam KESEDARAN bahawa saya sedang dalam perjalanan untuk
bertemu denganNya secara formal.

Saya ingin memujiNya, saya ingin memohon (mengikut doa dalam solat) dan saya ingin berterima kasih pada Nya.

3. Sepanjang wuduk… saya SEDAR bahawa Yang ingin saya temu adalah Allah. Saya pastikan wuduk saya sempurna. Saya minta agar segala anggota wuduk saya dilindungi Allah dari melakukan kejahatan dan
kemaksiatan.

4. Dalam perjalanan untuk memulakan solat saya tetap jaga kesedaran
bahawa saya dalam persediaan jumpa Allah.

Saya bentang sejadah dan tetap kesedaran bahawa saya ingin bertemu Allah tidak saya lepaskan.

5. Ketika saya berdiri untuk mula takbir, saya istighfar dahulu.
Memohon keampunan pada Allah seawal lagi agar pujian saya benar-benar datang dari hati yang bersih. Berulang-ulang saya istighfar.

6. Kemudian saya mengangkat Takbir dan saya menyedariNya. Saya memanggil Allah Yang Maha Besar, Yang saya rindui.

7. Saya tidak “membaca” Doa iftitah. Tetapi saya memuji Allah dalam Doa Iftitah. Mulut ini berkomunikasi dalam bahasa arab. Namun hati ini memahami apa yang diucapkan adalah….

“Ya Allah, Engkaulah Tuhan Yang Maha Besar sebesar-sebesarnya ya
Allah. Ya Allah Segala puji bagiMu ya Allah sebanyak-banyaknya ya
Allah. Ya Allah, Maha Suci Engkau di pagi dan petang ya Allah.”

“Ya Allah ku hadapkan wajahku kepadaMu Tuhan yang menjadikan langit
dan bumi dengan benar-benar lurus dan berserah kepadaMu ya Allah. Ya
Allah, aku ini bukan dari kalangan orang-orang yang musyrik ya Allah.”

“Ya Allah sesungguhnya ya Allah, solatku ya Allah, ibadahku ya Allah,
hidupku ya Allah, matiku ya Allah adalah hanya untukMu ya Allah.”

“Ya Allah, tidak ada sekutu bagiMu ya Allah, dan aku diperintahkan
untuk tidak menyukutukanMu ya Allah dan aku ini dari golongan orang yang berserah diri.

8. Kemudian, saya terus memujiNya dalam Al-Fatihah. Sebuah lagi skrip hadiah dari Allah untuk kita berkomunikasi denganNya. Kita
berkomunikasi di dalam bahasa arab namun kita faham yang sedang kita
komunikasikan dengan Allah adalah….

“Ya Allah, Aku berlindung kepadaMu dari kejahatan syaitan yang terkutuk ya Allah.”

“Ya Allah, Dengan namaMu ya Allah Tuhan Yang Maha Pemurah dan
Penyayang ya Allah”.

“Ya Allah, Segala puji bagiMu Tuhan yang memelihara segala alam ya Allah. Engkaulah yang Maha Pemurah dan Maha Penyayang ya Allah.
Engkaulah raja yang menguasai hari pembalasan ya Allah.

Ya Allah…. kepadaMu-lah kami sembah Ya Allah .. dan kepadaMu-lah kami
mohon pertolongan ya Allah. (saya selalu tidak mampu menahan kesayuan tika saat ini. Saya sangat rindu padaNya hingga seluruh tubuh ini bergetar)

Tunjukilah kami jalan yang lurus ya Allah. Jalan mereka yang telah
Engkau beri nikmat ya Allah, bukan jalan yang Engkau murkai dan bukan jalan yang sesat ya Allah.”

ALLAHUKABAR indahnya solat. Ini baru selesai Al-Fatihah.

9. Kemudian kita baca surah yang mudah dan kita fahami.

10. Diamlah sejenak sebelum kita rukuk. Tuqmaninah sebentar. Sedarilah kita rukuk untuk hormat dan memuji Allah.

11. Lalu rukuklah. Namun diam dahulu. Rukunnya adalah rukuk bukan
bacaan rukuk. Diamlah namun sedar dan berterima kasih pada Allah. Terima kasih yang datang dari hati ini.

Lalu ketika ini pujilah Allah dengan benar. Pujilah Allah dari hati.
Bukan bacaan sekadar dari bibir semata-mata.

” Ya Allah, Maha SuciMu Tuhan yang Maha Agung ya Allah.”

Selepas pujian pertama… diam lagi… rukuklah dengan benar disamping
fizikal kita benar-benar rehat. Tulang-tulang kita kembali kepada tempatnya. Darah mengalir ke otak kerana kedudukan otak sama dengan jantung.

Pujilah lagi untuk seterusnya hingga 3 kali.

12. Bangunlah dengan perlahan, dengan hormat dalam setiap pergerakan
solat. SEDARlah terus bahawa kita sedang bertemu dengan Allah. TUHAN..bukan bos, bukan menteri, bukan kawan-kawan, bukan mak ayah….tetapi Allah…. TUHAN yang menjadikan kita dan tempat kita kembali. Allah..

Iktidal… diam sebentar (tuqmaninah) lalu nyatakan pada Allah….

“Ya Allah, untukMu segala pujian ya Allah.”

Andai semuanya milik Allah segala pujian, adakah pujian milik kita?
siapa kita yang sering ingin dipuji?
Siapa kita yang sering kecewa ketika orang lain tidak memuji kita?
Siapa kita?…. Astaghfirullah.

13. Sujud….. Diamlah sebentar. Sedarlah ketika sujud ini, jasad ini
kembali kepada asalnya yakni tanah. Kita tidak ada apa-apanya lagi.
Segala pujian adalah milik Allah. Kita ini tiada apa-apanya. Kita
mengharapkan redha Allah semata-mata.

Sujudlah…
sedarlah Allah…
lalu pujilah Allah….

“Ya Allah, Maha SuciMu Tuhan yang Maha Tinggi ya Allah”

Diamlah sebentar untuk pujian kedua dan ketiga agar benar-benar pujian
itu dari hati kita dalam kesedaran padaNya.

14. Kemudian duduklah dengan penuh tunduk dan mengharap padaNya.
Mohonlah satu persatu. Bukan membaca dengan laju…. tetapi mohonlah… mohonlah. Diri kita sangat memerlukan kasih sayang daripadaNya.

“Ya Allah, ampunilah aku ya Allah”

“Ya Allah, rahmatilah aku ya Allah”

“Ya Allah, cukupkanlah segala keperluanku ya Allah”

“Ya Allah, angkatlah darjatku ya Allah” (angkat darjat bukan naik jawatan, jadi kaya raya, jadi terkenal, sentiasa dipuji. Bukan..bukan.
Angkat darjat adalah agar Allah melindungi maruah kita. Tidak
mengaibkan kita. Andai Allah mengaibkan segala kejahatan dan
kemaksiatan kita…. Allahurabbi… tidak tertahan untuk mampu terus hidup).

“Ya Allah, Murahkan rezekiku ya Allah”

“Ya Allah, bukakan pintu hatiku untuk hidayah/petunjukMu ya Allah”

“Ya Allah, sihatkanlah aku ya Allah”

“Ya Allah, maafkanlah aku ya Allah.”

Andai ini dibaca dengan baik, Allahhurabbi…sujud seterusnya pasti akan
lebih berserah kita padaNya.

****
Jika ini dapat didirikan dengan baik, nikmatilah sendiri keindahan
solat. Betapa nikmatnya solat dan nikmatnya solat kita tidak pernah
sama sejak kita mendirikannya dulu hingga sekarang. Bahkan nikmat solat ini semakin meningkat dari satu waktu ke waktu yang lain.

Dulu saya tertanya-tanya bagaimana mereka yang dekat dengan Allah
sentiasa menunggu-nunggu waktu solat.

Allahurabbi…. ketika menikmati nikmatnya solat… barulah kita faham mengapa solat itu sering ditunggu-tunggu.

Dari tinta Dr Fuad Latip
5 Sept 2014.
—  at Bandar Dungun,Terengganu Darul Iman.

@Mawar Berduri
Syukran, Hafizah Lokaman :)

Wednesday, September 24, 2014

Tanggungjawab Isteri

24 September 2014
Kuliah Maghrib
PISHAS
Disampaikan oleh Ustz Zuhaili

1. mntaati suami

x btentangan dgn agama
"...sujud kpd suami..." -hadis-
(satu bntuk kiasan; syurga isteri tletak pd tlapak kaki suami)
slagi slari dgn pkaran yg x btentangan dgn syariat
cth suruh bzina, larang dpd solat fardu (kcuali amalan sunat; minta izin suami

mnuruti prkara makruf
jgn taat pkara mbuta tuli (xde asas)

2. jaga harta dan maruah suami

blanjakn pd pkara yg diamanahkn pd suami
atau perkara makruf
boleh ambil klau llaki kedekut dan skadar yg perlu

Taggungjawab Suami yg Ke-3

24 September 2014
Kuliah Maghrib
PISHAS
Disampaikan oleh Ustz Zuhaili

"Berlemah lembut,..."

mnjaga kmuliaan dan khormatan
belikn pakaian, utk tutup aurat
btanggungjawab mnegur dan mnasihati
isteri prlu mnghormati
slagi x btentangan dgn syarak

baik perkataan dan perbuatan
lmah lmbut dlm pcakapn
bukn lmah longlai
tetapi,
dgn adam
bukan tengking, kata kata kesat/ berbaur pnghinaan

panggil dgn pnggilan yg baik
dan mnasihati
bsesuaian
jgn spt khatib sampaikn khutbah

x tengking atau keji kekurangan isteri nya
cth Rasulullah dihidangkn dgn hidangan yg sdikit masin;
puji dulu,
ajak rasa bersama,
akn rasa masin,
walaupun dpuji pd awalnya.
x direct.

pggil dan seru dgn panggilan baik dan disukai
cth Saidatina Aisyah al humaira (kemerah merahan)
stiap pnggilan itu adalah doa
stiap bani adam itu akn dbangkitkn dgn nama pggilannya

perbuatan

x mngasari scara fizikal tanpa sebb yg dbenarkn syarak
mmukul
mnampar
kcuali kes2 tertentu
cth bhadapan dgn isteru yg nusyuz (mnderhakai suami),
(suami pun boleh nusyuz; x tunaikn hak dan nafkah kpd isteri)
1. asingkan tempat tidur
2. mmberi nasihat, konsep musyawarah
3. pukul; spti pukul anak umur tujuh tahun sbb x solat; dgn tujuan mndidik bukn atas dasar amarah
mggunakn satu alat
spt ranting kayu, bukn rotan
bukn dtempat yg mnyakitmn atau sensitif
4. ceraikn dgn cara baik

x mnghina atau rendahkn martabat wanita dhadapan org lain
mmbongkar aib
sama ada dlm bntuk boleh didengari
atau dbelakang isteri
sama juga spt isteri perlu jaga khormatan suami

sgala hal yg bkaitan 'bawah selimut' jgn dceritakn pd org lain
rujuk kpd jabatan agama
dtakuti akn berbalik / terpalit pd diri sndiri

mnggembirakn hati isteri
bg hadiah
ikut kmampuan
krna banyak pngorbanan yg telah dilakukn
cth ibu kita sndiri

mberikn kemaafan kpd isteri bila mlakukan ksilapan
jgn berdendam

mnghormati kluarga isteri
yakni kluarga mertua
eratkn silaturrahim
tmasuk ipar duai
spaya hubungan kluarga bkembang
dgalakkn selalu mnziarahi mereka
anggap sbg ibu bapa sndiri
dgalakkn bersedekah
sama spt ibu bapa kta sendiri
bbuat baik,
mnghormati mereka
tanpa mereka mngkin x dpt isteri solehah hasil didikn mreka

bsikap adil kpd isteri isteri
poligami; kahwin lbih dpd satu
adil fizikal (material) dan batin (mental, kasih sayang)
bela wanita, lindung wanita
1. dr segi nafkah
kisah Rasulullah, dua isteri, dgn unta
klau x blaku adil, dkhuatiri bahu akn berat sblah
2. giliran bmalam
yg pnting msyuwarah
3. bawa mngembara/ jln2/ bmusafir

"sbaik kamu adalah yg paling baik dgn kluarganya, dan akulah yg terbaik dlm mlayani isteri" -hadis-

tggungjawab ke 4 : pndidikn

gunakn kbijaksanaan
prlu ada ilmu
ilmu rumahtangga
dpt uruskn rumahtangga dgn baik dan harmoni
hala tuju rumahtangga adalah bsar
stiap rumah tanggan ada konflik
x kira ustz atau ustazah
tp tidaklah shingga bawa perceraian
kerana Allah

surah at tahrim ayat 6
"plihara diri kamu dan kluarga kamu dpd api neraka..."
mmpertanggungjawabkn kpd suami utk plihara diri dan kluarga dpd jd bhn bakar api neraka.
wujudkn negara yg sakinah

Friday, September 19, 2014

"Siswi Anggun is Power"

Seminar Kerjaya : Siswi Anggun is Power
19 September 2014
Di Bilik Seminar, Perpustakaan UiTM Seremban 3
Anjuran PEERS

FORMAL & CORPORATE LOOK

rules of aksesori:

free hair:
jam
cincin; satu tgn satu
gelang
rantai
anting2

bertudung:
krongsang yg nmpak; x lebih diameter 3 jari, lbih kecil, lbih xnmpak lahi bagus
aksesori yg firm, x bergerak

Office Wear:
x jarang
blouse /kemeja
sntiasa bawa blazer, bsedia; kalau tidak

*there are more... but insyaAllah next time will be updated :)

Wednesday, September 17, 2014

Mahar dan Nafkah, Kuliah PISHAS

Kuliah Munakahat
17 September 2014, Rabu
PISHAS, UiTM S3

makanan isteri =ilmu

si suami perlu ada basic ilmu fardhu ain,
btanggungjawab beri didikn agama pa isterinya
sama ada formal atau informal
eg. mnegur utk plihara aurat

kalau x mampu,
beri nafkah beri duit utk upah guru; al quran, tajwid, dll;
jmput ke rumah,
atau bawa ke masjid atau majlis ilmu

msti dua ke tiga kali mngimami solat bsama isteri
selepas solat;
masa atau saat syahdu,
saling bermaafan
ciri kluarga sakinah
si isteri kagum pd suami
saat dapat mngimami
jd perisai dpd azab api neraka,
dpt pimpin ke syurga

dlm mmberi nafkah,
mngikut kmampuan.
dlm kesempitan,
yakini Allah akn beri kesenangan sesudah mmberi kesusahn.
jgn bersedih.
Allah takkan bebankn apa yg tidak mampu dtanggung

syarat Allah limpahkn rezeki,
mereka ini org yg bertaqwa...
dgn syarat rezeki berkat,
jalannya baik

istidraj
Allah bg nikmat,
saat buat maksiat
Allah bg leka... leka... leka...
takut2 Allah laknat
eg. Qarun, sampai mati

pahala sedeqah;
sama ada,
nafkah zahir dan batin dtunaikn

mbelanjakan harta
lbih afdhal diberi kpd kluarga

berdosa
jika mngabaikn nafkah

isu semasa;
pndg enteng bhwa nikah itu pkara kecil hanya utk mngesahkn hubungan

laksanakn tanggungjawab;
sbg suami,
dan sbg isteri

perkahwinan itu
adalah ibadah
adalah jihad
bukan utk dikhayalkn.
msti mpunyai;
matlamat yg jelas
jgn bseronok seolah olah dunia ini kamu punya
ibarat ambil anak org + dosa dosanya sekali
berkongsi dosa isteri
jgn seronok2;
boleh tp dgn terapkn nilai agama dlm kluarga
kalau sehingga kawin lari,
itu bukn jihad;
mmblakangkn wali

isteri itu bukan milik kita,
ia adalah pinjaman
dan suatu hr akn dkembalikn pd Allah
ada syarat
eg. mcm nk buat loan, cntract
sblum kawin jgn prcaya yg dia akn bg itu ini

perempuan patut tanya
apa hala tuju si lelaki
eg. klau dh stahun x prnah sbut yg dia ingin mnghwini, tinggalknlah
bukn tempat utk berseronok

sbenar maksud cinta,
selepas lafaz nikah
barulah kamu tahu!

kita, remaja
mudah terikut nafsu

lelaki itu pemimpin bg wanita

cinta sblum kahwin
mudah utk terpedaya
madah yg tiada faedah
mlainkn yg ketiga, syaitan
yg mnghasut
buka pintu ke arah penzinaan

nk tau berkat dlm pkahwinan,
jaga pergauln sblum nikah

nk bcinta dgn manusia,
kna dahulukn cinta pd Allah
krna Allah yg mmberi kasih sayang
limpah kurnia dr sifat rahmat Allah

Tuesday, September 16, 2014

"Tempat ni 'keras'", Yakinlah Pada Allah

Bismillahirrahmanirrahim
Allahumma solli 'ala Muhammad wa 'ala ali Muhammad

"Anti tau, level anti ni 'keras'?" seorang sahabat yg dihormati lg disayangi bertanya.

Mungkin, tempat ini keras...
Wallahu'alam
Oh... yeke?
Haa?

Hmm...
Im shocked a while (actually)

Sahabatku...
Wallahu'alam
Ana pun xtau...
tapi,
apa2 pun yg berlaku,
ana try utk 'endure'

either 'endure' atau 'ignore'
but, i choose to 'endure'

ya... mungkin benar
cukup dgn mndengar deskripsi oleh sahabat ana;
"ana lalu kt level anti, ana x boleh tahan...
rasa mcm tak boleh nk bernafas.."
*bukan sbb busuk, ok?

Ana cuma berpegang pd ini,
Walaupun ana selalu je rasa berdebar-debar,
especially bila stay-up anytime..
Cumanya...
Ana cuba utk lawan rasa tuu
Ana akui ana boleh kata perasaan 'takut' itu mnyelubungi dan mnguji ana..
tapi,
ana pasti, sesuatu perkara tu takkan berlaku tanpa izin Allah

ana berpegang pd apa yg mak ana ajar
kalau rasa mcm iman turun naik tu,
rasa malas,
mak ana ajar baca;
"inna Rabbi 'ala kulli syai'in hafiiz"
(sambil letak tgn di dada)
sperti yg translatekn oleh sahabat ana tu;
"Sesunngguhnya Tuhanku ialah sebaik-baik Penjaga atas tiap-tiap sesuatu"
dan,
"a'uzubikalimatillahi tammati min syarrima khalaq"
*ada dlm al-Mathurat beserta maksudnya

yes, its true...
Allah knows everything.
what i felt... how lack of confidence am i..
its just,
ana berusaha utk kuatkn diri utk tetap yakin bahawa Allah yang Maha Melindungi ana (juga kalian yg mmbaca)
sbb ana perlu tetap berjaga (bila perlu)
sehingga lewat mlm atau awal pagi,

sbb kat situ Allah nk uji akidah ana,
keyakinan kita kpd Allah sbg Pelindung, Penjaga, dan Maha Berkuasa atas setiap sesuatu...

Sesuatu itu takkan berlaku tanpa izinnya...
Wallahu'alam

wabillahi taufiq walhidayah
"inna Rabbi 'ala kulli syai'in hafiiz"

Monday, September 15, 2014

The Time, Final Examination, Pre-Ending of Diploma

Bismillahirrahmanirrahim
A week *before, study without being pressurized by time, insyaAllah!

the time,
...not to be wasted
...flexibly
...smile
...enjoy

Lillahi ta'ala

the time,
...will pass
...will not repeat
...should be appreciated
"stand up, wake up!" - Dragon Zakura

Alhamdulillah
InsyaAllah

Allah... Allah... Allah
Allahumma solli 'ala Muhammad
wa 'ala ali Muhammad
for beloved, Mak & Abah

"before"; (the final examination, last semester, part 5, Diploma in Public Administration, UiTM Seremban 3)
1) LAW299 (Business Law)
2) PAD320 (Local Government Administration)
3) PAD369 (Industrial Relations)
4) PAD370 (Public Financial Administration)
5) PAD380 (Current Affairs in Southeast Asia)
6) PAD390 (Development Administration)
The Marathon:
Start : 25/9/2014
Last : 16/10/2014
*the timetable was a shared picture from my batch-mate, syukran to the person, whoever he or she is :)

SMardianaMS, 15 September 2014

Wednesday, September 10, 2014

Zakura & ZOPFAN

Bismillah

Inspired by episode 7 of Dragon Zakura drama, on "memory tree" that motivated me a lot!

Alhamdulillah some scatches interprating the principles of ZOPFAN for tomorrow common test paper PAD380, Current Affairs in Southeast Asian a.k.a CASIA.

May Allah ease!

InsyaAllah, enjoy it! :D

Akidah Muslimin, PISHAS

10 September 2014

Kiblat doa? - langit, tempat turun rahmat. Xkisah nk mnghadap mana. Kcuali jika di masjid nabawi mnghadaplah ke makam rasulullah s.a.w. sbg syafaat. Mnghadap makhluk yg paling mulia.
Kiblat solat - Kaabah

Golongan wahabi - haramkn ziarah ke makam rasulullah s.a.w.

Sunday, August 24, 2014

Pn. Azura, an FSPPP Alumni's 7 Hot Tips

*Majlis Pra-Graduasi, Diploma Pentadbiran Awam, S3
23 Ogos 2014

:)

Bismillahirrahmanirrahim

1... set ur goal
2... knowledge is power
3... action
4... keep on doing until u achieve
5... think +ve
6... networking
7... go beyond

-puan azura hanim hashim, alumni fsppp-

+ richard branson's quote

insyaAllah :)

Friday, August 15, 2014

Inspired by Dato' Lat Shariman

15 Ogos 2014, Jumaat
Majlis Anugerah Dekan
Sesi Dis' 13 - Apr' 14

Dato' Lat Shariman;

"...friend supporting system
...kita kna bjaya bsama kawan2
...kita nak masuk syurga pun nk kawan2 kita masuk sama
...pluang tonjolkn kpimpinan
...apa guna kita blajar sains politik tp x guna
...hormat org tua trutama skali ibu bapak
...cium tgn dan pluk
...jasa tu x boleh dmeasure/disukat
...masa x bnyak
...mesti ada 'geram'; bukan patient + angry + -ve ; geram utk capai satu tahap yg lbih tinggi
...slogan: pride(kbanggaan), passion; dlm hati kita, kita yg kena buat, "if i cannot do it, the world cannot do it"
...get close to people u admire, kalau org x cari kita, kita cari
...suka ckap baik pasal org
...put yourself in congress, putrajaya"

insyaAllah :)

Wednesday, August 13, 2014

Cinta Antara Aku dan DIA

13 ogos 2014

Bismillahirrahmanirrahim.
Allahumma solli ala Muhammad wa ala ali Muhammad

btulkn niat dtg majlis ilmu kerana Allah
"Abdullah"
...ada kita: seseorang cinta pd wanita tp dia takut; jgn tertipu
...nak kenal seseorang jgn dgn bercinta

...Rasulullah...
...bulan purnama
...bayangkn kamu Siti Khadijah;
...utamakn agama dpd rupa
...utuskan maisarah(lelaki) bsama Rasulullah - trip bdagang
...nak kenal seseorang; bdagang dan bkerja bersama
...kawin atas saranan dan cdangan Maisarah
...surah at taubah ayat 24
...cinta pertama: perjuangan pd agama Allah

...prasyarat;
1)cinta Allah
2)cinta Rasulullah
3)cinta perjuangan agama Allah

...israk mikraj...
...Rasulullah nk btemu dgn Allah
...gelaran 'hamba' : surah al israk ayat 1
...title paling tinggi bg seseorang makhluk
...tp, kbanyakan manusia mrendahkn gelaran hamba itu
...solat; direct dpd Allah kpd Rasulullah
...satu satunya ibadah yg ada org ajak org lain

...apa itu iman?...
...iman itu naik dan mnurun
..."iman org zmn skarang kluar dan masuk"
...seruan, "wahai orang2 yang beriman..."
...sami'na wa atha'na
...solat adalah pmisah antara kita dgn dunia
..."Allahu akbar(azan)"
...(Allah Maha Besar)
..."Aku yang Maha Besar"
...kalau kita benar2 briman, tiada istilah dosa kecil

brapa kali Allah slamatkn kamu?
brapa bnyak kali kamu kufur?

...bsyukur bila dberi nikmat
...syurga dan neraka dcipta utk pendosa
...syurga adalah utk pndosa yg bertaubat

jgn tunggu ramadhan dpan
...Allah turun 2/3 malam
...Allah pilih utk btemu dgn hambanya
...mnangislah. bpura puralah nangis

seorang hamba xkn cari alasan, tp cari jalan...
perkara pertama adalah yakin

jgn pndang pndosa sperti tiada masa dpan
jgn pndang ulamak sperti tiada masa silam

...tiada istilah lambat dlm Islam
...hadis; kalau esok kiamat, tanam benih
...org briman x cari alasan, akn cari jalan; kreatif, inovatif

...cari jalan, bukan cari alasan
...xde alasan!

...Allah akn tanya sampai kta checkmate

...hudud, qisas, jgn cari alasan, cari jln

...kalau x mampu kawal nafsu bfore kahwin
...dpt jaminkah lpas kahwin xkn lempiaskn

...kekurangan dredhai, kelebihan disyukuri. bukannya cari ksempurnaan.
(bersahabat)
...terlebih dahulu memaafkn kerana Allah

Assignment Questions for The Fifth Semester, The Last

PAD380 Current Affairs in Southeast Asia

Q1 : analyse the relevancy of ASEAN+3 grouping to the South East Asia region

PAD320 Logal Government Administration

Q7 : identify any local government of your choice and explain its main functions and services and the challenges they face in carrying out their respective functions.
You need to address the following points:
A.what are the main obligatory functions that are carried out?
B.under section 101 of Local Government Act,171, identify which of the descretionary services are provided by the council
C.services that have been privatised and issues with privatisation
D.the challenges the council faces in providing their services and efforts taken to improve the delivery of their services.

Monday, July 21, 2014

Ceramah Nuzul Quran

21/7/2014, PISHAS Seremban 3

"Umatku masih dlm keadaan baik slagi mana dia mmbesarkn dan mmuliakn ramadhan."

Realiti Malaysia

Puasa...
...tp brapa ramai yg puasa tapi x solat?

*sheikh wabah al zuhaili

Mghidupkan Ramadhan

...bukn terhenti di mlm hr
...tarawih
...tadarus
...sedekah; tabung gaza
...dtg majlis ilmu; kelas, kuliah, tutorial; dlm keadaan cuba utk mmahami pngisian
...baca quran lbih afdhal diamalkan bbanding mnghadiri mjlis ilmu

Imam Malik fokus baca quran dan mnolak ajakn utk mghadiri mana2 mjlis ilmu.

Imam Abu Hanifah
malik
Syafie
Ahmad Hambali
*mereka selama 40 thn solat subuh mnggunakn wudhuk solat isya'

Ihya ramadhan pd zmn Rasulullah

Dua tiga mlm je nabi solat scara brjemaah
Rasulullah bimbang kalau truskn bjemaah nnti solat trawih jd wajib
*Rasulullah kasihan pd umatnya

Yg mmbezakn kita dgn ulamak silam adalah 'semangat'

Ramadhan ajar kita mnjadi;
" 'uluhul himmah "
-smgt juang yg tggi-

Usrah
...hafal hadis
...hafal quran

Takzir
...boleh rampas harta org yg x tunaikn zakat

Hiasi mlm raya dgn takbir raya
...tp kalau raya haji boleh takbir smpai hr tasyrik

*mlunjurkn kaki lama2 (bdosa)
...sbb calarkn adab

Ceramah Khatam Quran @PISHAS

...Wanita uzur...

Boleh berzikir
Boleh berdoa spt yg diajarkn pd saidatina aisyah
Boleh baca kitab, tafsir
Bukan xnak solat, tp, printah utk x boleh solat

...Cara menegur cara hikmah (xsemestinya lembut)...

Bijaksana
Cari org yg dia hormat utk tgurnya
Ikut keadaan

...Puasa enam...

3 pndgn
1)qadak dulu
2)puasa sunat dulu
3)gabung niat

Wednesday, July 16, 2014

Israel To Expand Gaza Campaign As Truce Fails

16/7/2014
#aljazeera.com

Intensify...strengthen
Resume...menyambung semula
Strike...serangan
Enclave...kawasan
Consult...berunding
Remarks...mengatakan/komen
Strip...?
Disarm...melucutkan senjata
Swap...pertukaran
Hawkish(hawk)...mengawasi dgn ketat
Escalation...peningkatan
Imply...mengatakan/menandakan
Mediation...pengantaraan
Traitor...pengkhianat
Consensus...general agreement

Definition of Public Finance Administration

Finance means the dealing of money. It deals with raising or collection of money and the spending of money. Public Finance Administration is the study of the revenue and expenditure of government. According to the Hoover Comission (1949), it involves three items. Firstly, the machinery and methods of fund.  For example, the preparation of budget. Secondly, the raising and spending of money. According to budget 2014, Malaysia is facing deficit which mean more spending and less revenue. Lastly, to achieve modern government. As in Malaysia, we are pursuing the good life that was expected by people towards government. Good life means good knowledge, good property, good livelihood and good job.

#trying.to.answer

"Rise in Guardian"

...kpercayaan
...tarbiyyatul aulad, the best way
...kcenderungan kanak2 dan jalannya
...syaitan & ketakutan
...how the west educate and influence children vs. Malaysia

#myperception.towards.themovie

Kelebihan Mnuntut Ilmu

a.umpama hujan yg turun ats tanah

1. tanah lmbut - serap dan tumbuh tanaman; terima dan sampaikn. winwin
2. tnh keras - xboleh serap, boleh takung air utk manfaat hidupn lain, jd tasik, prigi ; boleh sampaikn, org lain dpt mnfaat tp diri sndiri x dpt win loss
3. tnh keras - xboleh serap, x boleh takung air: x bmnfaat pd diri dan org lain. loss loss

b.org yg blajar dan ajar org dpt 2 gnjran

1. dtg duduk dpn
2. dtg duduk blkg: malu dan Allah pun malu pd
3. dtg then balik; berpaling Allah pun bpaling drNya

#catatan.kuliahmaghrib@pishas.S3

Tuesday, July 15, 2014

"Khaibar Ya Yahud!" Dan Ughyur

Bismillahirrahmanirrahim
Allahumma solli 'ala Muhammad wa 'ala ali Muhammad

Muqaddimah

Pada 12 Julai tempoh hari, ana ada terima satu wassap share yg amatlah panjang.

Mana tak panjang, memandangkan itu adala copypaste daripada sebuah blog, a famous blog, by Mr Gabbana in APG blog.

What i did, i just read a little.
*sorry to say

First Topic

What cought my attention in the copypaste-post, is the meaningful quote or 'seruan/laungan';

"Khaibar khaibar ya Yahud! Jaisy Muhammad saufa yau'd!"

Then a discussion about the quote was made, with below resolution;

"Khaibar tu nme tmpt
Org yahudi klh trok mse prang khaibar
Kte laungkn prkataan tu utk gerunkn hati org yahudi..
Jaisy tu askr
Khaibar2 wahai org yahudi..
Ya'ud tu mcm xkn klah r
Mksd jaisy muhammad saufa ya'ud-tentera muhammad akn tiba"

@ArtDeenDipS3

-Thanks to Uthman who explained everything to the group.

-Eventually, later, in another group, someone was asking about the same topic.

-Alhamdulillah, fortunately, i just needed to copy and paste like above, to the conversation.

-Then, the knowledge is shared!
Subhanallah :)

The Second Topic - Ughyur People

"Carilah ttg kaum Ughyur ni.

Satu klu, mereka merupakan orang turki yg menetap berhampiran dgn cina.

Kisah mereka, lagi teruk & lagi lama drpd kisah gaza."

Subsequently, he continued with a 'renungan';

"Ni cume utk ilmu tambahan je
Kite mmg digembar-gemburkan dgn topik2 'hot'

Tapi, adakah kita masih boleh dikira ummat nabi muhammad sekiranya kita hanya mengambil kira & mengambil berat ttg sebahagian sahaja drpd ummat nabi muhammad?

Renungan & teguran utk diri sendiri terutamanya...

Wallahu'alam"

@ArtDeenDipS3

-Syukran to our Diploma Vice President, Iman for that sudden-arisen topic.

-InsyaAllah im still searching for better understanding about the ughyur issue, a conflict, a war, perhaps.

#WS

Hamas Rejects Egypt Ceasefire Plan For Gaza

Excerpt refered from aljazera.com

Alhamdulillah
Vocabularies learnt today (15/7/2014)

Excerpt...petikan
Convene...mengadakan/bersidang
Ferocity...keganasan
Alleged...yg dituduh
ceasefire...gencatan senjata
Truce...gencatan senjata
Chiefly...terutamanya
Siege...pengepungan
Corsing...?
Bloodshed...pertumpahan darah
Casualties...mangsa
civilian...awam
Offensive...serangan
Fatality...kematian

:)

Monday, July 14, 2014

Semua Hidayah Allah Kita Sudah Miliki, kah?

"Pergh... Dia kata dia belum sampai seru!" (memandang hina org lain)

Bismillahirrahmanirrahim
Allahumma solli 'ala Muhammad wa 'ala ali Muhammad

Ramai antara kita yakni termasuklah golongan 'pendakwah' accuse atau bersangka buruk pada org yg dirasai buat keingkaran pd Allah S.W.T. eg. tak tutup aurat dengan sempurna, couple dan berkelakuan buruk di khalayak ramai eg. merokok, tergedik-gedik dan macam-macam lagi (bnyak sungguh!)
:(

Tanpa disedari, kita sendiri dah buat perkara yg Allah tak redha. Iaitu 'berburuk sangka' itu sendiri atau mmndang rendah org lain dgn rasa diri ini lebih baik.

Bg golongan 'pendakwah muda' pula, memang selalu dengar dpd mulut atau statement non-orally mad'u 'degil' mereka mngatakan,

"nanti nantilah pakai tudung, belum sampai seru..."

"nanti nanti lah aku berubah... Hidayah tak sampai lg"

*jgn berbolak balik dgn hidayah Allah. Bila kita rasa Allah sentuh kita sikit, kita patut bertindak dan sedar. Allah sayangkan umat Islam, yakni umat Rasulullah s.a.w. yg di'special'kan Allah pada umat nabi-nabi yang terdahulu. :')

Ok. Then, para da'ie tu 'terkutuk' sedikit di dalam hati (perhaps in whisper or monologue)

"hishh, tak sedar-sedar lagi ke"

"banyak sangat dosa, tu yg tak nampak semua kebenaran ni"

*MasyaAllah. Kalah sungguh upon nafsu dan hasutan syaitan. Na'uzubillah.

So, kita nak kata yg kita ni lebih baik lah?
So, kita nak kata yg kita dah dapat hidayah lah?
So, kita nak kata yg kita ni dah jalankan dakwah dgn sempurna lah?!

Then?

*Istighfar, "Astaghfirullahal'azim..."

Ya Allah, ya Tuhan kami...
Kami telah zalimi diri kami,
Maka ampunilah dosa-dosa kami,
Jika tidak,
Tergolonglah kami,
Dalam golongan orang-orang yg rugi..." :'(

Siapa kita?

...nak hukum orang itu ini
...nak rasa diri ni lebih baik, gitu

Sedangkan Allah yang Maha Mengetahui. Allah yang Maha Mengampuni.

Alhamdulillah, ya.
Benar, bahawa kita dah dapat hidayah utk ajak orang lain, berdakwah, amar makruf nahi munkar (*smua pun maksud yg sama)
Hidayah utk faham yg itu adalah salah, dan ini adalah benar
Hidayah utk ada rasa benci kpd maksiat, yg tidak pula kita patut membenci orang/pelaku nya

Namun, itu semua cuma sekelumit daripada berjuta-juta (tidak terkira, hakikatnya) hidayah Allah.

Apa maknanya?

Maknanya, kita yg kena sedar diri, muhasabah diri ni.

Mmg patut kita fikir ttg orang lain, yakni tentang ummah.
Tp, jgn lupa utk koreksi kelemahan dan dan kekurangan diri.
Betapa banyaknya.
Betapa kita tak lari dari buat silap/dosa,
sama ada kita perasan/sedar atau tidak.

The point is, we should continuously pray not only for ourselves, but also our ummah, our friends, of course our parents, relatives and others.

People cannot run from judging people for the first time, its called first impression or perspective. (my own theory. Hh)

Thats why in Hassan al-Banna  taught us the Usrah pillars.

Taaruf
Tafahum
Takaful

Those are the starters of dakwah to others.

Last quote,

"Rabbana la tuzigh qulubana ba'da izhadaitana wahablana milladu'nka rahmah, innaka a'ntal wahhab"

Wallahu'ala.
Wabillahi taufiq wal hidayah.
:)