Monday, November 3, 2014

Menghitung Hari

3 November 2014, 10 Muharram 1436H

“Menghitung hari,
Detik demi detik,
Masa terus berlalu…” –Krisdayanti-

Bismillahirrahmanirrahim.
Subhanallah, Alhamdulillah
Allahumma solli ‘ala Muhammad wa ‘ala ali Muhammad

Insya-Allah tak lama lagi umur ana genap 20 tahun.
MasyaAllah.

Walaupun perlu melepasi beberapa hari lagi, perasaan yang undefined asyik selubungi diri, persoalan seperti, “Apa erti birthday saya nanti?” berputar-putar kat kepala.

Buku: Hidup Penuh Erti

Hadiah yang berharga daripada diri sendiri, hakikatnya hidayah daripada Allah untuk membeli buku ‘Hidup Penuh Erti’ yang ditulis oleh Hilal Asyraf dan Aiman Azlan, sangat bermakna buat insan yang ingin menjadi hamba Allah yang lebih baik agar diredhai hidupnya di dunia ini.

Buku tu seolah-olah cerminan fikiran ana. Kebanyakan tajuk yang disentuh dalam buku tu, terutamanya oleh Hilal Asyraf membantu diri ana mencari solusi keserabutan yang berada dalam fikiran ana.

Antara perkataan yang melekat dalam hati daripada banyak-banyak muka surat yang ana sudah baca (setakat ni);

“Kematangan – Disiplin – Berdikari – Orang Beriman”

MUET

Insya-Allah ini ialah minggu terakhir persediaan untuk menjawab lagi tiga papers MUET iaitu Reading, Listening dan Writing (8 November 2014).

Persediaan usaha sendiri. Tanpa bimbingan guru membuatkan ana agak ragu-ragu dengan keupayaan diri sendiri. Tapi InsyaAllah ana akan tetap berusaha, kalau boleh ana nak menjangkau kemampuan sedia ada ana, cabar diri, not better but the best, Insya-Allah. I love English! (at bottom of my heart)

Ana sangat berterima kasih kepada adik ana, Luqman yang banyak bantu ana secara teknikal dan tips sejak Speaking Test haritu lagi. Memandangkan buku MUET pun ana terleka untuk beli, jadi adik ana setia bantu capture pages daripada buku MUET dia dari Kedah dan send pada ana yang berada di Melaka ini. Alhamdulillah, whatsapp menjadi alat perantaraan. Adik yang baik dan hebat, subhanallah, Alhamdulillah.

Result Part 5, Diploma Pentadbiran Awam

“Belajarlah melupakan kelmarin,
Usah khuatirkan esok hari,
Bekerjalah untuk hari ini,
Itulah semangat para sahabat Rasulullah s.a.w.”

Mungkin banyak yang ana nak tukar daripada quote di atas, tiba-tiba rasa macam tak sesuai.

‘Belajarlah daripada masa lalu,
Ambil iktibar,
Jalanilah hari ini kerana Allah,
Lebih baik,
Allah sentiasa bersama kita,
Allah kenal kita,
Allah tahu hati kita,
Allah tahu turun dan naiknya iman kita,
Dan rancanglah hari esok dan hari-hari yang mendatang.’

Walaupun result akan keluar tidak lama lagi, Alhamdulillah ana dah tahu result sem terakhir ni. Alhamdulillah, kesyukuran itu lahir mendahului rasa kecewa dan sedikit sedih.

Berdasarkan result yang ana dapat, GPA dan CGPA sem ni adalah yang tercorot. Jauh terjatuh ke dasar. Syukur, tidak gagal. Namun, gagal pada beberapa sudut yang tidak tersurat pada slip.

Walaupun kekecewaan dan kesedihan tu dah jadi parut pada performance akademik ana. Ana sedar ana tak boleh berterusan rasa kegagalan tu adalah kegagalan yang berpanjangan. Muhasabah dan muhasabah. Lagi, bermuhasabah.

Apabila diingatkan dan dibandingkan semula dengan performances sebelum ini, jauh lebih baik, “Kenapa ya?” – Jawapannya merangkumi banyak faktor.

Namun, walaupun rasa kecewa dan sedih itu ada, dalam beberapa sudut lain ana rasa itu hanyalah ujian yang tersurat. Hakikatnya, apabila ana fikir spirit ana pada sem ni jauh lebih baik daripada sem-sem lepas. Especially, dari segi kefokusan yang ana usahakan setiap kali hadiri kuliah. Yang lain biarlah Allah sahaja yang tahu.

Ya, still… Pasti ada sebab, atau kifarah daripada kesilapan yang ana dah buat juga membuatkan result jadi seperti itu. Jelas juga. Mungkin hubungan dengan manusia atau makhluk? Wallahu’alam.

“Kita tak boleh terus fikir yang setiap insan itu pasti buat kesilapan,
Sebab kadangkala, kita secara tidak sedar telah menjadikan itu excuse/ alasan  untuk terus membuat kesilapan.
Cuba kita labelkan setiap kesilapan itu adalah ‘DOSA’. Kerana dosa itu jelas mengundang murka Allah.
Mudah-mudahan itu membuatkan kita lebih takut untuk membuat sesuatu yang Allah tak redha.” –SMardianaMS, 10 Muharram 1436H

Ana ada bertekad untuk lebih serius dalam akademik untuk akan datang, InsyaAllah. Pimpinan Allah sentiasa didoakan.

7 November 2014 – 20 tahun hidup di alam dunia

Moga Allah sentiasa berkati, redhai, pimpini dan rahmati hidup ana.

Hakikatnya, umur kita bukannya meningkat apabila datangnya birthday, tapi, setiap masa yang berlalu, setiap detik, setiap saat itu membezakan umur kita yang sekarang dengan yang dah lepas.

Yang perlu kita doa bukannya umur yang panjang, tapi, amalan yang bertambah untuk bekalan ke alam seterusnya. Amalan yang diredhai dan diterima di sisi Allah. Tanpa berhala-berhala lain wujud dalam hati yang membuatkan diri mempersekutukan Allah. Kerana iman itu meyakini di hati, mengakui dengan lidah dan menzahirkan dengan perbuatan.

Bertambahnya umur, membezakan diri kita dengan yang sebelumnya, adakah lebih baik, lebih matang, lebih beriman ataupun tiada perubahan atau lebih buruk (Na’uzubillah).

Akhir Kalam

“Demi masa,
Sesungguhnya manusia kerugian,
Melainkan yang beriman dan beramal soleh,
Dan berpesan-pesan dengan kebenaran,
Dan berpesan-pesan dengan kesabaran.”

Wallahu’alam.

No comments:

Post a Comment