Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatu
Semoga semua sihat dan dilimpahkan rahmat daripada Allah S.W.T.
Today is Jumaah, let's do the Sunnah as much as we can. Insya-Allah.
Sebenarnya, ada kisah di sebalik persoalan ini. Experience diri sendiri. Bagi menyingkatkan masa, lebih baik ana...
Straight to the point:
Apa perasaan atau tindakan kita apabila melihat kejadian seekor biawak yang sedang memamah bangkai kucing. Lebih-lebih lagi, kucing yang anda suka?
In my opinion,
Terkejut -> Bersimpati -> Biarkan(option) -> Muhasabah diri (THE MOST IMPORTANT ACTION!)
1) Terkejut
Kerana jarang sekali melihat mana-mana kucing pun, yang sifatnya comel yang akhirnya menjadi jamahan seekor biawak. Mula-mula memang sukar untuk diterima. Namun, bila memikirkan iman pada qada' dan qadar, aku redha.
2) Berasa simpati
Kasihan kan, bila kita nampak seekor kucing yang tubuhnya disiat-siat oleh seekor biawak, iaitu haiwan reptilia (sepupu sepapat dengan cicak - the reptile that I dislike the most!)
Sebelum ini kita lihat ia berkejaran dengan kucing lain, namun di saat ini, sudahlah tidak bernyawa lagi, lantas dirobek-robek dek biawak yang muka gengster tu...
3) Kenapa 'Biarkan' dan '(option)'?
Ya. Sebab, apa yang kita boleh buat? Dandan nak tanam? Nak halau biawak tu? Nak pukul biawak tu?
What we can do?
Lebih-lebih lagi kalau kita berada di tempat yang bukan kawasan rumah kita. Mano nak cari cangkul atau at least sudip tanah tu? dan mana pulak kita nak tanam??
Then, that's why ana cadangkan agar kita biarkan saja. Itu kan memang makanan biawak tu. Sunnatullah kan namanya? win-win condition. Biawak tu dapat makan utk terus hidup dan kita boleh la bertindak dengan lakukan step sterusnya, iaitu 'Muhasabah Diri'
4) Muhasabah diri
Bila lihat bangkai itu. Teringatkan mati. Macamanalah balasan kita bila sampai masanya nanti, kan? Adakah sama macam keadaan kucing tu? atau lebih teruk. Allah, mudah-mudahan tidak seperti itu. Allah, kami taknak daging kami dijamah oleh haiwan-haiwan berbisa di dalam kubur nanti tanpa belas ihsan daripada sesiapa.
So, what can we do?
Masya-Allah, soalan berbalik pada ana. Sungguh hina diri ini. Tak layak utk masuk syurga, namun, tidak pula sanggup walau hanya menggambarkan azabnya neraka itu. Na'uzubillah. Astaghfirullah.
Sakit, sahabat-sahabat. Sakit apabila sudah mati pasti lebih sakit daripada waktu kita hidup. Sbb pastinya sakit saat mati itu tiada ubatnya. Dan tiada orang lain tau dan boleh bantu pun. Takde orang dengar rayuan, raungan kita. Waktu tu memang face-to-face, direct Allah balas. Belum lagi ke alam yang seterusnya, yakni alan akhirat yang lain... Allahu...
Moga diri kita ini, dengan dosa yang sedia ada, kita sentiasa beringat dan memohon keampunan Allah, walau dengan hanya mengucapkan' "Astaghfirullah" (sekecil-kecil memohon ampun) hingga ke tahap Taubatan Nasuha. Insya-Allah.
Sahabat-sahabat, ingatkanlah daku sangat ku terleka apatah lagi saat aku tega untuk lakukan maksiat kepada Allah. S.W.T.. Kerna aku mudah lupa.
Wallahu'alam.
Baiklah. Alhamdulillah. Setakat itu sahaja kesempatan ini.
Wassalamu'alaikum warahmatullah.
# Moga Allah Redha keatasmu dan keatasku
No comments:
Post a Comment