Bismillah.
Sollu 'alannabiy.
Anugerah Nasyid IKIM.fm 2014
10 Januari 2015
Mungkin jumlahnya sedikit
Anugerah seni muzik lain lebih gah
Gah di mata manusia
Mata keduniaan
Hatiku terpaut utk tontoninya
Contoh anugerah Islamik
Komenku, wallahu'alam
Moga Allah pelihara hati-hati mereka.
Hati si penganjur,
Hati-hati finalis,
Hati-hati org jemputan,
Hati-hati penonton,
Dan hati smua.
Yang paling kritikal,,,
Hati pemenang-pemenang
Terutamanya hati si hamba yang menang banyak kali.
Ujian nikmat oleh Allah
Moga tarbiyah pada mereka
Sebelum-sebelum ini
Dapat memimpin hati mereka
Andai hati mereka direbut syaitan durjana,
Keampuanan dan hidayah buat mereka aku pohonkan pada Allah.
Aku yakin,
Kmunculan mereka dalam industri itu asalnya diniatkan untuk Allah dan agama.
Kekuatan yang diberi untuk brdakwah cara popular itu tentu dugaannya besar.
Bagi yang sentiasa mngharapkan redha-Nya pasti sentiasa bersifat warak,
Yakni berhati-hati.
Andai diracuni
dek riak, ujub, putus asa,
Dan pelbagai mehnahnya,
Carilah pedoman yang jelas dan tenang
Berqiamullail lah...
Cucurkanlah air matamu yang dirindui syurga...
Berselawatlah...
Ucaplah syukur...
Ucaplah "innalillahi wa inna ilaihi rajiun"
Ya,
Aku x mnyumbang apa apa.
Aku x undi apa pun.
Yang aku mampu untuk cuba mnghayati lirik lirik lagu itu
Andai aku salah seorang pengundi,
Ketahuilah,
Hakikatnya aku hanya jadikannya medium mnyokong dakwah kalian.
Yang bisa mnarik hati ramai ke jalan-Nya.
Mungkin ada rasa cmburu,
Usaha insan-insan seperti mereka akan lebih berkesan.
Oh... Tenang wahai diri,
Allah nilai usahamu,
Jihadmu meraih redha dan mendekati ummah,
Allah juga menilai turun naik imanmu.
Allah takkan ciptakan sesuatu itu sia-sia.
Setiap ciptaannya mnjadi hikmah buat makhluk yang lain.
Pesan dan harapanku,
Jangan kita sombong,
Jangan kita ghairah dgn nikmat,
Jangan kita bangga diri
Jangan kita ketepikan urusan yang lebih utama sbg manusia dan muslim.
Siapa kita tanpa kenal Allah dan Rasulullah s.a.w?
No comments:
Post a Comment