Allahumma solli 'ala Muhammad wa 'ala ali Muhammad.
1 Februari 2015
Muqaddimah
I just want to note (so that, InsyaAllah i can read it again, to think) the issue that my father have shared to my family. Tapi, tak lah bulat-bulat. Ana taip apa yang ana faham berdasarkan apa yang ayah ana dah sampaikan pada kami.
Ana bukan menaip entri ini untuk memanaskan diri kita, cuma nak minta sangat-sangat umat hari ni terutamanya saudara-saudaraku yang lahir di Malaysia ini untuk sama-sama refleksi diri. Muhasabah gitu.
Mata-mata,,,
1. Wartawan
Wartawan-wartawan yang melaporkan tentang Islam itu begitu, dan begini (keburukan, keganasan) memang memperkatakan perkara yang betul. Mereka cuma melaporkan apa yang ada di hadapan mata mereka. Mereka turun padang, saksikan dan kupas perkara yang sebenar.
2. Nama
Kita yang menamakan (membentuk) orang yang lahir sebagai umat Islam. Lahir-lahir bayi itu, kita yang menamakan 'si fulan'. Adakah nama itu sendiri yang membentuk peribadi seseorang? Benarkah cara seseorang itu dibentuk sejak lahir untuk menjadi insan yang tak mempunyai ciri-ciri terrorist?
Apa yang sedang kita pertaruhkan ini?
Apa yang kita nak marahkan?
Diorang yang gembar-gemburkan hal ni sedang berdusta kah?
Betul ke cara kita bertindak bila isu 'terrorist' atau 'Islamaphobia' naik?
Apa ya tindakan kita?
Mengamuk? Kutuk pihak berkenaan?
Kat fb?
Haii,, Lisan je kah?
Akhlak yang Rasulullah ajar tu mana dia?
Tercabut sekejap?
Ya, Rasulullah s.a.w memang marah sehingga para sahabat dapat melihat raut kemarahan yang Rasulullah s.a.w tunjukkan pada wajah baginda apabila agama dipijak. Namun, bagaimana cara Rasulullah s.a.w. bertindak?
Hikmah.
Dullu, cara berhikmah Rasulullah s.a.w. salah satunya dengan berperang.
Rasanya, kalau nak dilakukan sekarang ni dikatakan berhikmah ke?
Rasulullah s.a.w dah kata yang tiada hijrah selepas hijrah Rasulullah s.a.w. melainkan?
.. Jihad nafsu dan hati
Siapa nafsu dan niat tu?
Kita lah,,,
Jadi, apa maksudnya?
Kita masih nak mempertahankan yang kita ini tidak 'terrorist'?
Ana pun sedang tercari-cari erti 'terrorist' atau 'terrorism'.
Antara yang sempat dipaut link nya:
- http://www.aboutjihad.com/terrorism/islam_jihad_terrorism.php
- http://www.jihadwatch.org/
Wallahu'alam
No comments:
Post a Comment