Bismillahirrahmanirrahim.
Allahumma solli 'ala Muhammad wa'ala ali Muhammad.
3 September 2015
MasyaAllah.
Bagaimanakah caranya?
Ana kagum melihat gambar-gambar rakan-rakan sekolah dahulu.
Bergambar dengan guru-guru.
Upload di FB.
Melawat mereka. Membuat mereka tersenyum dan ketawa.
Walaupun dah lama tinggalkan alam persekolahan.
Apakah rasanya?
Tadika Taman Kasih Sayang, JB.
SK Taman Suria, JB.
SRA Majidee Baru, JB.
SMK Dato Dol Said, Alor Gajah, Melaka.
MRSM AG.
Apa jeniskah murid atau pelajar seperti ana ini?
Berdosakah aku?
Nama guru-guru juga barangkali aku lupa.
Apakah aku ini jenis manusia tidak tahu bersyukur?
Camkah mereka padaku?
Sedangkan aku jarang mendekati mereka?
Yang aku mampu cuma meminta maaf atas angin.
Keluar rumah juga aku sukar.
Ibu bapaku memerlukan bantuanku.
Adakah ini juga alasan?
Ada satu ayat yang aku ingat daripada hasil bacaanku,
"Ada dua jenis insan yang mahukan kita lebih daripada mereka,
iaitu ibu bapa dan guru-guru."
InsyaAllah akan kuusahakan.
Guru-guruku,
Aku amat kesal dan meminta maaf.
Dahulu,
Aku tak berapa faham untuk memanfaatkan waktu bersama guru-guru.
Aku tahu untuk menghormatimu, namun aku gagal untuk bermesra denganmu.
Aku masih jahil.
Namun, andalah yang membantuku menjadi manusia sepertimana hari ini.
Saya rasa, alhamdulillah saya mula sedar semasa saya belajar di universiti.
Saya jadi sangat berminat untuk mendekati pensyarah-pensyarah.
Malah sebahagian pensyarah menjadi inspirasi saya.
Walaupun terkadang masih melakukan kesilapan.
Terlanjur dari landasan adab menuntut ilmu.
Syukur pada Allah kerana kurniakan nikmat rasa kesal dalam hati.
Mungkin cuma dulu aku buta, sekarang Allah sudah celikkan.
Terima kasih cikgu.
Maafkan pelajarmu ini.
Pengajaran
Ana yakin. Salah satu faktor jadi begini kerana kelemahan berkomunikasi.
Dan mungkin juga sifat ego diri sendiri.
Terlalu banyak diam pun ada side yang tidak baiknya.
Selain tu, sifat tidak peramah bersama kawan-kawan.
Bila kita kurang kawan. kita kurang connection.
Bila kurang connection,
ia berpotensi untuk putus hubungan, terutamanya bila ada kekangan jarak.
Ana sedar.
Cuma... Ana masih berusaha mencari jalan dan melaksanakan jalan memperbetulkannya.
Ana juga sedar bahawa mungkin sudah agak terlambat.
But its never too late right?
Sekali lagi, dilema sejak dulu,
Apakah ada kelonggaran dalam syariat untuk berkawan, bergaul dengan rakan-rakan lelaki, atas abab untuk bermasyarakat?
Jika, benar ada. Apakah spesifik batasannya atau caranya?
AllahuAkbar. La hawla wala quwwata illa billah. :(
Friday, September 4, 2015
Tuesday, September 1, 2015
"Kawan Dengan Lelaki"
Bismillahirrahmanirrahim.
Allahumma solli 'ala Muhammad wa 'ala ali Muhammad.
1 September 2015
Muqaddimah
InsyaAllah dalam kesempatan post kali ini ana ingin memuatkan pandangan ana tentang tajuk di atas.
Sebelum itu, ana ingin memohon maaf sebab kemungkinannya ana melanggar adab dalam menyampaikan dan berkongsi ilmu. Sebarang pembetulan harap ditegur.
Post kali ini adalah hasil lanjutan pertukaran pandangan antara ana dengan seorang ikhwan melalui whatsapp setelah teguran di fb ana. Alhamdulillah. Moga Allah terima.
Bismillah.
Pandangan Beliau
Hanyut apabila kamu tak betah (tak kisah) pegang2 dengan muslimin, atau lbh teruk kamu 'over' dr muslimin
Cth: kehadapan dahulu memberi arahan
Atau bercakap terlalu lama dan panjang lbh dr muslimin
yg hok ni kalo dlm suatu majlis gabung min dan mat"
Allahumma solli 'ala Muhammad wa 'ala ali Muhammad.
1 September 2015
Muqaddimah
InsyaAllah dalam kesempatan post kali ini ana ingin memuatkan pandangan ana tentang tajuk di atas.
Sebelum itu, ana ingin memohon maaf sebab kemungkinannya ana melanggar adab dalam menyampaikan dan berkongsi ilmu. Sebarang pembetulan harap ditegur.
Post kali ini adalah hasil lanjutan pertukaran pandangan antara ana dengan seorang ikhwan melalui whatsapp setelah teguran di fb ana. Alhamdulillah. Moga Allah terima.
Bismillah.
Pandangan Beliau
- Jangan bias apabila berkongsi pandangan (cth: bias jantina)
- Minta pandangan para ustaz.
- Boleh tambah sumber rujukan spt buku-buku dan kitab-kitab
- Upgrade-kan perkara asas yang dikongsi ttg 'aurat dan keperluan berkawan' berdasarkan tajuk asal.
- Perbincangan secara face to face lebih preferable.
Pandangan Ke-Dua : Pandangan beliau tentang "berkawan dengan perempuan" bagi perspektif lelaki.
"kbykan lelaki nak perempuan berkawan dengannya, apatah lagi kalo ada yg sudi nk jadi isterinya...
kalo dgn wanita, bukan hanya mata, malah semua deria bleh jd aktif
sbb tu ada org yg ckp, "lelaki ni pandang bole tembus"
sstgh lelaki telinganya sgt tajam... berbisik paling halus pun bole dengar...
(ini jarang brlaku)
tapi yaa..
takda masalah brkawan dgn lelaki malah akhi galakkan...
bukan untuk mrnuju maksiat.. nauzubillah
tapi utk belajar menjaga
kalo kamu kenal rapat seorang lelaki, kamu akan dapati kamu da kenal kebanyakan sifat lelaki
demikian mudah kamu tahu, apa benda pd diri wanita buat lelaki tertarik
pada mata? Pakaian? Suara ka?
tp ya, perlu akhi bg amaran, terbuka jgn sampai terhanyut"
kalo dgn wanita, bukan hanya mata, malah semua deria bleh jd aktif
sbb tu ada org yg ckp, "lelaki ni pandang bole tembus"
sstgh lelaki telinganya sgt tajam... berbisik paling halus pun bole dengar...
(ini jarang brlaku)
tapi yaa..
takda masalah brkawan dgn lelaki malah akhi galakkan...
bukan untuk mrnuju maksiat.. nauzubillah
tapi utk belajar menjaga
kalo kamu kenal rapat seorang lelaki, kamu akan dapati kamu da kenal kebanyakan sifat lelaki
demikian mudah kamu tahu, apa benda pd diri wanita buat lelaki tertarik
pada mata? Pakaian? Suara ka?
tp ya, perlu akhi bg amaran, terbuka jgn sampai terhanyut"
My Opinion:
Sekadar 'pernah' (dahulu), ana berkawan agak rapat dengan seorang muslimin. Namun, ana tak dapat nak buktikan bahawa ana tahu apa benda yang ada pada wanita yang boleh menarik lelaki.
Sebenarnya begini, ana masih belum jumpa satu penjelasan darpada ustaz-ustaz tentang perlunya berkawan rapat dengan lelaki. That's why ana sedikit fobia dan selalu rasa bersalah untuk berdekat-dekatan dengan mana-mana lelaki. Dan fobia yang dikatakan itu takda kena mengena dengan masa silam ana. Cumanya sepanjang ana cari info daripada buku-buku dan video ustaz (spt Ustaz Zaharuddin) dan sebuah buku dari Indonesia tulisan pasangan suami isteri (si isteri bernama Nunik Sulastika dalam buku Rahasia Menjadi Muslimah Cantik) dan artikel-artikel Islami, ana tak pernah jumpa yang membenarkan kawan dengan lelaki melainkan beberapa pengecualian.
Pengecualian yang ana masih ingat sperti; dalam hal-hal keselamatan, mendapatkan ilmu, pekerjaan dan mungkin ada yang lain-lain lagi.
- 'Terbuka dan Hanyut'
"terbuka itu kamu bole aja bergaul dengan sesiapa aja tapi kamu tetap mengekalkan siapa diri kamu...
Jaga batas pergaulan kamu..Hanyut apabila kamu tak betah (tak kisah) pegang2 dengan muslimin, atau lbh teruk kamu 'over' dr muslimin
Cth: kehadapan dahulu memberi arahan
Atau bercakap terlalu lama dan panjang lbh dr muslimin
yg hok ni kalo dlm suatu majlis gabung min dan mat"
My Opinion:
cth, guru suruh kamu bacakan satu risalah... Tp kamu enggan...
melanggar adab begini..
Sedangkan malu itu bole dikatakan sebahagian dr akhlak..
pecahan2 nya
ia masih bergantung dgn suasana dan penerimaan msyrkt"
Saya mungkin pernah berfikir sedemikian, yakni untuk bergaul dengan sesiapa sahaja. Namun, apabila memikirkan 'mengekalkan siapa diri kamu' juga yang mebataskan saya untuk bergaul. Mungkin itu dikatakan salah satu kekurangan diri saya. Saya meletakkan batas sebab saya memang dah lama observe dan meletakkan kepercayaan pada diri saya yang program atau aktiviti bergaul memang jarang mengambil kisah dan mengambil peduli kefahaman orang seprti saya (*kefahaman yang masih dangkal, saya tahu) contohnya, kena ada jarak, tak boleh nak rasa asyik atau seronok sangat yang membuatkan kita terlali seketika, tak dapat jaga pandangan, aurat mungkin boleh terlihat apabila melakukan pergerakan-pergerakan tertentu dsb.
Manakala point kedua (yang berbaris) itu pula saya telah mentionkan pada akhi itu bahawa saya lihat ia sebagai sedikit pendapat yang bersifat bias kepada lalaki iaitu pada sifat 'ego'. Ego di sini saya tak bermaksud yang bukan bukan cumanya pada saya ego yang saya maksudkan ialah 'yelah, sebagai seorang lelaki tak sanggup melihat wanita lebih daripadanya'
Bagi saya, apa salahnya jika seorang muslimah dikatakan bercakap lebih untuk memberikan isi-isi konkrit pada isi yang ingin disampaikannya. Mungkin jadi meleret atau dikatakan over atas kelamahan wanita apabila bercakap panjang kelihatan seperti membebel dan si lelaki tidak mahu meneruskan pendengaran mereka. Dan wanita juga kerap mengulangi apa yang telah disebutkannya pada sebelum itu.
untuk tajuk kecil ini, saya suka nak sertakan satu ayat yang selalu jadi muhasabah diri bila nak buat keputusan pada perkara berkenaan iaitu, "Agak-agaknya Rasulullah s.a.w. atau Fatimah, puteri baginda akan buat ke perkara seperti ini?"
- 'Sifat Malu dan Akhlak Seorang Muslimah'
"malu itu sifat yg baik, lebih baik lagi ada pd seorang wanita
tp malu yg tidak kena tempat adalah suatu masalah pulacth, guru suruh kamu bacakan satu risalah... Tp kamu enggan...
melanggar adab begini..
Sedangkan malu itu bole dikatakan sebahagian dr akhlak..
pecahan2 nya
ia masih bergantung dgn suasana dan penerimaan msyrkt"
My Opinion:
Tentang 'malu tidak kena pada tempat' itu, ana tertarik untuk selongkar lagi isinya. Sbb agak 'catchy' sedikit. Agak mengelirukan dengan sifat lain seperti pendiam dll. Walaubagaimanapun, ana masih salute dengan sesiapa saja yang menjadikan sifat 'malu pada tempat' dan banyak 'berdiam pada tempatnya' itu sebagai personaliti diri. Sebab banyak sunnah Rasulullah s.a.w. yang selalu menyuruh kita untuk tanamkan sifat malu dan 'diam' sebagai akhlak mukmin. Wallahu'alam. InsyaAllah.
Sekian, Wassalamu'alaikum.
*"Kawan dengan lelaki". Sesuai dengan gabar nostalgik ini. He is the most nearest boy to me, my younger brother. Alhamdulillah beberapa hari lepas Luqman telah berdaftar di UPM. Luqman lah yang selalu berkongsi-kongsi dengan ana tentang kawan-kawannya dan pandangannya tentang perempuan yang pernah dia lihat. Bye Luqman. Jumpa lagi nanti InsyaAllah :')
Walaubagaimanapun, still,, walaupun adik beradik, ade je pandangan yang x sama. Dan masing-masing nak tegakkan pendapat masing-masing. Kelakar.
Subscribe to:
Posts (Atom)