Bismillahirrahmanirrahim.
Allahumma solli 'ala Muhammad wa'ala ali Muhammad.
3 September 2015
MasyaAllah.
Bagaimanakah caranya?
Ana kagum melihat gambar-gambar rakan-rakan sekolah dahulu.
Bergambar dengan guru-guru.
Upload di FB.
Melawat mereka. Membuat mereka tersenyum dan ketawa.
Walaupun dah lama tinggalkan alam persekolahan.
Apakah rasanya?
Tadika Taman Kasih Sayang, JB.
SK Taman Suria, JB.
SRA Majidee Baru, JB.
SMK Dato Dol Said, Alor Gajah, Melaka.
MRSM AG.
Apa jeniskah murid atau pelajar seperti ana ini?
Berdosakah aku?
Nama guru-guru juga barangkali aku lupa.
Apakah aku ini jenis manusia tidak tahu bersyukur?
Camkah mereka padaku?
Sedangkan aku jarang mendekati mereka?
Yang aku mampu cuma meminta maaf atas angin.
Keluar rumah juga aku sukar.
Ibu bapaku memerlukan bantuanku.
Adakah ini juga alasan?
Ada satu ayat yang aku ingat daripada hasil bacaanku,
"Ada dua jenis insan yang mahukan kita lebih daripada mereka,
iaitu ibu bapa dan guru-guru."
InsyaAllah akan kuusahakan.
Guru-guruku,
Aku amat kesal dan meminta maaf.
Dahulu,
Aku tak berapa faham untuk memanfaatkan waktu bersama guru-guru.
Aku tahu untuk menghormatimu, namun aku gagal untuk bermesra denganmu.
Aku masih jahil.
Namun, andalah yang membantuku menjadi manusia sepertimana hari ini.
Saya rasa, alhamdulillah saya mula sedar semasa saya belajar di universiti.
Saya jadi sangat berminat untuk mendekati pensyarah-pensyarah.
Malah sebahagian pensyarah menjadi inspirasi saya.
Walaupun terkadang masih melakukan kesilapan.
Terlanjur dari landasan adab menuntut ilmu.
Syukur pada Allah kerana kurniakan nikmat rasa kesal dalam hati.
Mungkin cuma dulu aku buta, sekarang Allah sudah celikkan.
Terima kasih cikgu.
Maafkan pelajarmu ini.
Pengajaran
Ana yakin. Salah satu faktor jadi begini kerana kelemahan berkomunikasi.
Dan mungkin juga sifat ego diri sendiri.
Terlalu banyak diam pun ada side yang tidak baiknya.
Selain tu, sifat tidak peramah bersama kawan-kawan.
Bila kita kurang kawan. kita kurang connection.
Bila kurang connection,
ia berpotensi untuk putus hubungan, terutamanya bila ada kekangan jarak.
Ana sedar.
Cuma... Ana masih berusaha mencari jalan dan melaksanakan jalan memperbetulkannya.
Ana juga sedar bahawa mungkin sudah agak terlambat.
But its never too late right?
Sekali lagi, dilema sejak dulu,
Apakah ada kelonggaran dalam syariat untuk berkawan, bergaul dengan rakan-rakan lelaki, atas abab untuk bermasyarakat?
Jika, benar ada. Apakah spesifik batasannya atau caranya?
AllahuAkbar. La hawla wala quwwata illa billah. :(
No comments:
Post a Comment