Bismillahirrahmanirrahim.
Allahumma
solli ‘ala Muhammad wa ‘ala ali Muhammad.
17 Oktober
2015,
(O hisashiburi
na)
Muqaddimah
Tiba-tiba
terasa sakit hati bila tengah sedap menonton TV (JDT vs. ATM), iklan waktu
separuh masa pertama mempromosikan filem bertajuk “BADI” dengan caption ‘Mati
belum tentu pergi’.
Sensitiviti
1.
Menakut-nakutkan manusia dengan mengagungkan
keseraman jin dan iblis.
2.
Menyalahgunakan istilah “MATI”.
Sedih & Kecewa
Terasa kesal
sebab majoriti filem di Malaysia belum mampu menyerapkan unsur ilmiah dalam industri
perfileman. Sedih sebab medium yang sepatutnya boleh beri impak yang tinggi
kepafda pemikiran rakyat tak dimanfaatkan untuk menyebarluaskan jaringan
kebaikan.
Macamanalah negara
kita nak hasilkan rakyat yang berilmu. No encouragement from media. Kerajaan sibuk
keluarkan polisi atau program yang kononnya mengobjektifkan itu dan ini secara
zahir. Tapi, kuasa ke atas media tak disekat. Cuma nak mengagungkan amalan
sendiri untuk dapat sokongan dari rakyat.
Sudah tiada
kekuatan lain melainkan janji-janji di mulut. Diluah mati mak, ditelan mati
bapak. Nak berhenti fikirkan risiko, nak teruskan, fikirkan peluang nak terus berkuasa.
Inikah bukti
mereka dipimpin oleh akal yang sentiasa memikirkan bahawa kuasa mereka itu
hanya pinjaman Allah? Itukah bukti bahawa setiap tindak tanduk mereka adalah
usaha untuk mengotakan amanah Allah?
Rakyat
terperangkap dengan kuasa atasan. Rakyat terperangkap dengan pengaruh negative yang
tak ditepis secara pulun habis.
Qul ‘a’u zubirabbinnas…
Bismillahirrahmanirrahim.
“Katakanlah:
“Aku berlindung kepada Tuhan yang menguasai subuh (fajar), dari kejahatan
(makhluk yang) Dia ciptakan, dan dari kejahatan malam apabila telah gelap
gelita, dan dari kejahatan (perempuan-perempuan) penyihir yang meniup pada
buhul-buhul (talinya), dan dari kejahatan orang yang dengki apabila dia dengki.””
(Surah
An-Naas 114:1-6)
Cadangan
Cadangan saya, kurangkan korupsi. Buktikan kepada saya dan negara yang anda mampu matikan korupsi di negara ni.
Saya teringin mencabar, buatlah apa pun. Apa-apa pun peruntukan. Kalau setahun kerajaan cuma fokuskan membanteras jenayah korupsi, saya yakin negara mampu membangun dengan pantas dan sekelip mata suatu hari nanti. Korbankanlah kehendak peribadi dan keduniaan, kuasa dan harta. Amankanlah negara dan dunia.
Saya yakin masalah pertama menggagalkan pembangunan negara dari segala aspek berpunca sungguh daripada amalan korupsi teruk di negara ni. Mati iman, mati akhlak, mati ekonomi. Tak perlu bercita-cita tinggi kalau satu pengorbanan yang sangat tinggi ni tak pernah ditimbang rasa. Mulakanlah dengan 'Bismillah'. Moga Allah redha.
*Allahumma,
Ihdinassiraathal mustaqim :(