Saturday, October 17, 2015

Khurafat Media

Bismillahirrahmanirrahim.
Allahumma solli ‘ala Muhammad wa ‘ala ali Muhammad.


17 Oktober 2015,
(O hisashiburi na)

Muqaddimah

Tiba-tiba terasa sakit hati bila tengah sedap menonton TV (JDT vs. ATM), iklan waktu separuh masa pertama mempromosikan filem bertajuk “BADI” dengan caption ‘Mati belum tentu pergi’.

Sensitiviti
1.       Menakut-nakutkan manusia dengan mengagungkan keseraman jin dan iblis.
2.       Menyalahgunakan istilah “MATI”.

Sedih & Kecewa

Terasa kesal sebab majoriti filem di Malaysia belum mampu menyerapkan unsur ilmiah dalam industri perfileman. Sedih sebab medium yang sepatutnya boleh beri impak yang tinggi kepafda pemikiran rakyat tak dimanfaatkan untuk menyebarluaskan jaringan kebaikan.

Macamanalah negara kita nak hasilkan rakyat yang berilmu. No encouragement from media. Kerajaan sibuk keluarkan polisi atau program yang kononnya mengobjektifkan itu dan ini secara zahir. Tapi, kuasa ke atas media tak disekat. Cuma nak mengagungkan amalan sendiri untuk dapat sokongan dari rakyat.

Sudah tiada kekuatan lain melainkan janji-janji di mulut. Diluah mati mak, ditelan mati bapak. Nak berhenti fikirkan risiko, nak teruskan, fikirkan peluang nak terus berkuasa.

Inikah bukti mereka dipimpin oleh akal yang sentiasa memikirkan bahawa kuasa mereka itu hanya pinjaman Allah? Itukah bukti bahawa setiap tindak tanduk mereka adalah usaha untuk mengotakan amanah Allah?

Rakyat terperangkap dengan kuasa atasan. Rakyat terperangkap dengan pengaruh negative yang tak ditepis secara pulun habis.

Qul ‘a’u zubirabbinnas…

Bismillahirrahmanirrahim.

“Katakanlah: “Aku berlindung kepada Tuhan yang menguasai subuh (fajar), dari kejahatan (makhluk yang) Dia ciptakan, dan dari kejahatan malam apabila telah gelap gelita, dan dari kejahatan (perempuan-perempuan) penyihir yang meniup pada buhul-buhul (talinya), dan dari kejahatan orang yang dengki apabila dia dengki.””
(Surah An-Naas 114:1-6)

Cadangan

Cadangan saya, kurangkan korupsi. Buktikan kepada saya dan negara yang anda mampu matikan korupsi di negara ni.

Saya teringin mencabar, buatlah apa pun. Apa-apa pun peruntukan. Kalau setahun kerajaan cuma fokuskan membanteras jenayah korupsi, saya yakin negara mampu membangun dengan pantas dan sekelip mata suatu hari nanti. Korbankanlah kehendak peribadi dan keduniaan, kuasa dan harta. Amankanlah negara dan dunia.

Saya yakin masalah pertama menggagalkan pembangunan negara dari segala aspek berpunca sungguh daripada amalan korupsi teruk di negara ni. Mati iman, mati akhlak, mati ekonomi. Tak perlu bercita-cita tinggi kalau satu pengorbanan yang sangat tinggi ni tak pernah ditimbang rasa. Mulakanlah dengan 'Bismillah'. Moga Allah redha.


*Allahumma, Ihdinassiraathal mustaqim :( 

No comments:

Post a Comment