20170411
Tiap hari,
Bila ada waktu bersendiri,
Akal mula memikirkan persoalan-persoalan mengenai diri sendiri.
Seperti tidak mengenal diri sendiri.
Ada waktu, bila buat itu dan ini serba tidak kena.
Bila ada kesedaran, ingatlah ia akan Allah, dan tangan serta hati mula berzikir.
Satu persatu kalimah pujian dan nama Ilahi dibisikkan oleh mulut dan diikat pada hati.
Masih juga, ada waktu terlupa.
Aku tak kenal diriku sendiri.
Bagaimana bisa,
Jika Tuhanku sendiri aku tidak cuba untuk kenal?
Mengenali Tuhanku akan membuatku rasa kecil, perhambaan diriku pada-Nya.
Membuatkanku kenal akan diriku ini.
Menyedari bahawa dia yg akan dan telah menentukan segalanya.
Dia mengetahui apakah sesuatu itu baik atau buruknya untukku.
Teganya aku, mengabaikan-Nya.
Astaghfirullah...
No comments:
Post a Comment