Sunday, April 14, 2019

Rezeki, Dengki, Doa

Yup, rezeki setiap orang berbeza-beza. Ada yg kelihatan mewah, ada juga yg nampak biasa-biasa.
Tapi, setiap daripadanya pasti dimulakan dan diiringi dgn *usaha, penat jerih* & ada juga rasa ingin *putus asa* .
Dan, usaha tetap diteruskan sebab *kepercayaan* kita kepada-Nya, yang Maha Memberi Rezeki.
Kerna Allah s.w.t. ada kata dalam ayat cinta-Nya, " *kamu bersyukur, Aku tambah* ,".
Jangan lupa *syukur & merasa cukup* dgn apa yg Dia beri.
......

Bila kita tengok orang berjaya, kita patut jadikan dia *inspirasi* sebab dia mampu ke tahap itu.

*Hati-hati* dengan "hati", jangan sampai rasa *dengki* yg menguasai, disebabkan orang itu orang yg kita tak berapa nak suka. Sebab, itu salah satu *penyakit hati,* yg akan menghasilkan *titik hitam* dekat hati.

Titik hitam tu bukanlah susah & tidaklah mudah utk *dinyahkan* melainkan kita bersihkannya dgn *taubat  & istighfar*.
......

Ya. Nampak kecil sbb satu je titik hitam.

But then, kita ingat satu dosa je yg kita buat sehari-hari? Untuk, hamba biasa macam kita, jawapannya, "Nope".

Bayangkanlah hati kita sekarang. Rasa-rasa, berapa je yg masih bersih dgn keimanan yg kita pertahankan?
.....

That's why kita tak boleh pandang remeh kpd sekecil-kecil dosa. Kalau hari ni umur kita 25 tahun, berapa banyak iman atau titik hitam yg kita dah semai?

Kita ingat benda tu tak affect kita ke? Tak affect kehidupan kita ke?

Then, janganlah tanya, kenapa kita doa selalu, Allah belum makbul. Kenapa bila kita buat something asyik tak menjadi.
.....

Kita buat contoh.
Contoh 1:
Pagi ni kita bangun, kita ingat Allah. Lepastu, kita kemas-kemas, kita ingat Allah. Kita nak tengok movie/main game, bila ingat je Allah, kita tak jadi buat/kita tangguhkan. Bila dtg kerja, dpt kerja menimbun, kita ingat Allah. Bila org nak ajak 'membawang' kita ingat Allah.
Lepastu, kita berdoa.
.....

Contoh 2:
Pagi ni kita bangun, kita tak ingat Allah. Lepastu, kita kemas-kemas, kita tak ingat Allah. Kita nak tengok movie/main game, bila tak ingat je Allah, kita marathon. Bila dtg kerja, dpt kerja menimbun, kita tak ingat Allah, kita merungut berpanjangan. Bila org nak ajak 'membawang' kita apa lagi? Bikin suasana lebih panas.

Lepastu, lepas solat, kita berdoa, tak lama.... 10 saat je.
.....

Agak-agak... Kita rasa??? Mana satu Allah s.w.t "malu" utk makbulkan?

Atau, Allah s.w.t. akan tunjukkan sifat 'sombong'-Nya?

Atau, Allah s.w.t. beri juga... Tapi, (na'zubillah) Allah bagi bukan kerana rahmat-Nya, tapi Allah bagi "istidraj" (bagi kpd kita apa yg kita nak, supayang kita lebih lupa kepada-Nya).
.....

Agak-agak... Kita rasa??? Mana satu Allah s.w.t "malu" utk makbulkan?

Atau, Allah s.w.t. akan tunjukkan sifat 'sombong'-Nya?

Atau, Allah s.w.t. beri juga... Tapi, (na'zubillah) Allah bagi bukan kerana rahmat-Nya, tapi Allah bagi "istidraj" (bagi kpd kita apa yg kita nak, supayang kita lebih lupa kepada-Nya).
.....

Jadi, "ijlis bina, tu'man sa'ah,".
Duduklah sebentar, berimanlah sejenak.

Kita baru je sebut pasal satu dosa - "dengki". Belum lagi dosa-dosa lain, sama ada kecil atau besar yg selama ni Allah Maha Baik, Dia tutupkan aib tu nak bagi  peluang kita bertaubat, antara kita dengan Dia.

Kita tak tahu kita mati bila.

-080840H/140419M-

No comments:

Post a Comment