Review Novel Mustafa
Kamal Ataturk
Bismillahirrahmanirrahim.
Allahumma solli ‘ala
Muhammad wa ‘ala ali Muhammad.
Alhamdulillahirabbil ‘alamin!
Eventually saya berjaya mengkhatamkan novel
ni. Urishii (I’m happy~)… Tak sangka, sebab tak jadi give up.
Serius laa.
Jadi, ini adalah kali
pertama saya tamatkan baca novel berlatarbelakangkan sejarah. Sebelum ni ada
sahaja baca “Hassan al-Banna” & “Rabiatul Adawiyah”, tapi, yang tu more
kepada nak mengenali seorang ilmuwan/pendakwah dan juga kisah hidup wali Allah
S.W.T.. Kali ni berbeza, saya bertindak ‘berani’ mencuba baca novel yang
terkandung di dalamnya tarikh-tarikh dan tahun-tahun bersejarah, kisah
perang, tentang peralihan pemerintahan, strategi dan manipulasi, kuasa, dan
masyaAllah banyak lagi. Bukan senang nak catch up lagi-lagi masa plot
novel tengah berkembang, then tiba-tiba dia sentuh one-by-one topik penting.
Inspirasi awal nak
baca tentang novel berlatarbelakangkan sejarah ni, of course comes from
arwah Ahmad Ammar! Sepatutnya nak baca tentang Badiuzzaman Said Nursi. Tapi,
tak tahulah kenapa pak Mustafa ni tiba-tiba mendahuluinya. Mungkin lepas
berkongsi dengan teman sebilik (the only person setakat ni yang saya
sempat berkongsi minat tentang sejarah ni, syukur ada juga kawan, ngeh).
My points of review:
1. Plot/ringkasan: Awwalan
novel ini, sudah tentu dimulai dengan memperkenalkan keluarga Mustafa.
Ditakdirkan bahawa bapanya seorang Yahudi & ibunya adalah muslimah yang
taat beragama. Plot dikembangkan bila mana si Mustafa ni cenderung kepada
pegangan bapanya dan tidak berminat untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang
agama seperti yang dikehendaki ibunya. Lebih-lebih lagi, bila dia dapat
sokongan penuh daripada seorang pakciknya yang nampak potensi si Mustafa untuk
jadi seorang yang akan berkuasa satu hari nanti pada masa tu. Then, satu demi
satu level pimpinan yang dia dapat capai, melalui cara yang kotor. Sehinggalah
dia mampu menjatuhkan Sultan Abdul Hamid, menumpaskan sesiapa sahaja yang
menghalang kehendak dia sama ada dengan cara ‘menghilangkan’ orang itu ataupun ‘frame’.
2. Antara yang
menyedihkan & menyakitkan, bila Mustafa mula menonjolkan sifat munafiknya
dan agenda dia dalam berkhianat terhadap agama dengan cara yang penuh strategi
dan mungkin juga konspirasi. Apabila dia menukar pemerintahan Islamiah kepada
konvensional, sehinggakan azan dan bacan al-Quran diarahkan dilaungkan dan
dibaca dalam bahasa Turki, manakala masjid-masjid dan sekolah-sekolah agama
ditutup. Dalam pada itu, novel ni mula menyentuh perjuangan satu per satu tokoh
pejuang Istanbul (Constantinople) namun, diakhiri dengan rampasan kuasa oleh
dak Mustafa ni.
3. Aya Sofea. Masjid
Aya Sofea. Sayu bila baca episod ni sebab…penulis mengingatkan kronologi
bagaimana dahulu Sultan Muhammad Al-Fateh berjuang menyahut sabdaan Rasulullah
s.a.w. bahawa Istanbul itu akan diperintah oleh pemimpin yang terbaik, askar
dan rakyat yang terbaik, telah mendapat persetujuan tawanan dengan menukar bangunan
itu daripada gereja kepada masjid dan at one point, bertukar kembali kepada episod
suram dengan kewujudan Mustafa Kamal Ataturk. Akhirnya, dijadikan muzium.
4. Sifat buruknya,
dalam masa yang sama dia tetap ada pengikut setia disebabkan dikaburi dengan
kejayaan yang telah diraihnya dalam pentadbirannya yang menekankan kepada
kemodenan dan sekular. Dia hina para ilmuwan, peminum arak yang tegar malah
mempunyai kecenderungan kepada wanita-wanita cantik dan seksi. Na’uzubillah.
5. Kematiannya yang
buruk tapi dirahsiakan daripada penyetahuan rakyat. Bagaimana urusan jenazahnya
dilambat-lambatkan disebabkan terlalu banyak perselisihan pendapat dalam menetapkan
di mana dia hendak dikuburkan dan sama ada untuk disembahyangkan atau tidak.
Akhirnya jasadnya masih juga tidak diterima bumi.
6. Episod terakhir
yang hampir ada sinar dengan kewujudan Adnan Menderes yang berjuang mengembalikan
satu per satu apa yang telah dilupuskan semasa pemerintahan Mustafa selepas
Allah menyelamatkannya dalam satu kemalangan pesawat yang hanya beliau sahaja
yang hidup. Namun, kuasa Barat dan Israel telah menewaskannya serta
pejuang-pejuang lain selepas satu tempoh selepas itu dengan menghasut dan
menggunakan tentera Turki.
Hmm… Sedih sebenarnya
membaca apa yang telah dilakukan oleh musuh agama dalam satu penceritaan.
Macamanalah realitinya kan. Ya, kita pun sedang menghadapinya dengan situasi
yang berbeza. Moga Allah merahmati pejuang-pejuang agama yang benar.
Catatan:
Mula dibaca – 18 April 2019
Selesai dibaca – 18
Ogos 2019
Wallahu’alam.
Yang me-review,
Siti Mardiana Binti Mohd Saini
18 Ogos 2019