Sunday, August 18, 2019

Review Novel Mustafa Kamal Ataturk


Review Novel Mustafa Kamal Ataturk
Bismillahirrahmanirrahim.
Allahumma solli ‘ala Muhammad wa ‘ala ali Muhammad.

Alhamdulillahirabbil ‘alamin!
Eventually saya berjaya mengkhatamkan novel ni. Urishii (I’m happy~)… Tak sangka, sebab tak jadi give up. Serius laa.

Jadi, ini adalah kali pertama saya tamatkan baca novel berlatarbelakangkan sejarah. Sebelum ni ada sahaja baca “Hassan al-Banna” & “Rabiatul Adawiyah”, tapi, yang tu more kepada nak mengenali seorang ilmuwan/pendakwah dan juga kisah hidup wali Allah S.W.T.. Kali ni berbeza, saya bertindak ‘berani’ mencuba baca novel yang terkandung di dalamnya tarikh-tarikh dan tahun-tahun bersejarah, kisah perang, tentang peralihan pemerintahan, strategi dan manipulasi, kuasa, dan masyaAllah banyak lagi. Bukan senang nak catch up lagi-lagi masa plot novel tengah berkembang, then tiba-tiba dia sentuh one-by-one topik penting.

Inspirasi awal nak baca tentang novel berlatarbelakangkan sejarah ni, of course comes from arwah Ahmad Ammar! Sepatutnya nak baca tentang Badiuzzaman Said Nursi. Tapi, tak tahulah kenapa pak Mustafa ni tiba-tiba mendahuluinya. Mungkin lepas berkongsi dengan teman sebilik (the only person setakat ni yang saya sempat berkongsi minat tentang sejarah ni, syukur ada juga kawan, ngeh).

My points of review:

1. Plot/ringkasan: Awwalan novel ini, sudah tentu dimulai dengan memperkenalkan keluarga Mustafa. Ditakdirkan bahawa bapanya seorang Yahudi & ibunya adalah muslimah yang taat beragama. Plot dikembangkan bila mana si Mustafa ni cenderung kepada pegangan bapanya dan tidak berminat untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang agama seperti yang dikehendaki ibunya. Lebih-lebih lagi, bila dia dapat sokongan penuh daripada seorang pakciknya yang nampak potensi si Mustafa untuk jadi seorang yang akan berkuasa satu hari nanti pada masa tu. Then, satu demi satu level pimpinan yang dia dapat capai, melalui cara yang kotor. Sehinggalah dia mampu menjatuhkan Sultan Abdul Hamid, menumpaskan sesiapa sahaja yang menghalang kehendak dia sama ada dengan cara ‘menghilangkan’ orang itu ataupun ‘frame’.

2. Antara yang menyedihkan & menyakitkan, bila Mustafa mula menonjolkan sifat munafiknya dan agenda dia dalam berkhianat terhadap agama dengan cara yang penuh strategi dan mungkin juga konspirasi. Apabila dia menukar pemerintahan Islamiah kepada konvensional, sehinggakan azan dan bacan al-Quran diarahkan dilaungkan dan dibaca dalam bahasa Turki, manakala masjid-masjid dan sekolah-sekolah agama ditutup. Dalam pada itu, novel ni mula menyentuh perjuangan satu per satu tokoh pejuang Istanbul (Constantinople) namun, diakhiri dengan rampasan kuasa oleh dak Mustafa ni.

3. Aya Sofea. Masjid Aya Sofea. Sayu bila baca episod ni sebab…penulis mengingatkan kronologi bagaimana dahulu Sultan Muhammad Al-Fateh berjuang menyahut sabdaan Rasulullah s.a.w. bahawa Istanbul itu akan diperintah oleh pemimpin yang terbaik, askar dan rakyat yang terbaik, telah mendapat persetujuan tawanan dengan menukar bangunan itu daripada gereja kepada masjid dan at one point, bertukar kembali kepada episod suram dengan kewujudan Mustafa Kamal Ataturk. Akhirnya, dijadikan muzium.

4. Sifat buruknya, dalam masa yang sama dia tetap ada pengikut setia disebabkan dikaburi dengan kejayaan yang telah diraihnya dalam pentadbirannya yang menekankan kepada kemodenan dan sekular. Dia hina para ilmuwan, peminum arak yang tegar malah mempunyai kecenderungan kepada wanita-wanita cantik dan seksi. Na’uzubillah.

5. Kematiannya yang buruk tapi dirahsiakan daripada penyetahuan rakyat. Bagaimana urusan jenazahnya dilambat-lambatkan disebabkan terlalu banyak perselisihan pendapat dalam menetapkan di mana dia hendak dikuburkan dan sama ada untuk disembahyangkan atau tidak. Akhirnya jasadnya masih juga tidak diterima bumi.

6. Episod terakhir yang hampir ada sinar dengan kewujudan Adnan Menderes yang berjuang mengembalikan satu per satu apa yang telah dilupuskan semasa pemerintahan Mustafa selepas Allah menyelamatkannya dalam satu kemalangan pesawat yang hanya beliau sahaja yang hidup. Namun, kuasa Barat dan Israel telah menewaskannya serta pejuang-pejuang lain selepas satu tempoh selepas itu dengan menghasut dan menggunakan tentera Turki.

Hmm… Sedih sebenarnya membaca apa yang telah dilakukan oleh musuh agama dalam satu penceritaan. Macamanalah realitinya kan. Ya, kita pun sedang menghadapinya dengan situasi yang berbeza. Moga Allah merahmati pejuang-pejuang agama yang benar.

Catatan:
Mula dibaca – 18 April 2019
Selesai dibaca – 18 Ogos 2019

Wallahu’alam.

Yang me-review,
Siti Mardiana Binti Mohd Saini
18 Ogos 2019

No comments:

Post a Comment