Allahumma solli'ala Muhammad wa'ala ali Muhammad.
29/06/2021, 8.43pm-9.30pm.
"Attached dengan Al-Quran,"
Lama dah, tak dapat rasa manisnya, rasa dekatnya jiwa dengan Al-Quran. Tidak tahulah "sibuk" (leka) lah sangat dengan urusan lain sehingga kadang-kadang ada tempoh yang "tidak sempat" baca Al-Quran bukan sehari, tetapi beberapa hari yang berterusan, astaghfirullahalazim.
Jauh sekali pada hafazan, memastikan hafazan yang terhafaz, tidak pudar. Bila kali terakhir tasmik yang berjaya recall keseluruhan hafazan?
"Ya Allah, kasihanilah aku dengan (mengurniakan kepadaku kemampuan) meninggalkan maksiat selagi aku hidup, dan kasihanilah aku daripada memberatkan diriku dengan perkara-perkara yg tidak penting bagiku, dan kurniakanlah kepadaku anugerah melihat perkara yg Engkau suka. Ya Allah yg menciptakan langit dan bumi, yg memiliki keagungan, kemuliaan dan kekuasaan yg tidak pernah luput, aku memohon kepada-Mu. Ya Allah, yg Maha Pemurah dengan kekuasaan-Mu dan cahaya-Mu agar menjadikan aku mampu menghafaz kitab-Mu sebagaimana yg Engkau ajarkan. Dan kurniakanlah kepadaku (kesempatan) untuk membacanya sebagaimana yg Engkau kehendaki. Ya Allah, yg menciptakan langit dan bumi, yg memiliki keagungan, kemuliaan dan kekuasaan yg tidak pernah luput, aku memohon kepada-Mu ya Allah, yg Maha Pemurah dengan kekuasaan-Mu agar menjadikan penglihatanku terang dengan kitab-Mu, agar dilepaskan hatiku (daripada belenggunya) dengan kitab-Mu itu, dan dilapangkan dengannya dadaku, dan dibersihkan dengannya tubuhku, sesungguhkan tiada sesiapa yg sebenarnya dapat memberikan pertolongan selain-Mu, dan mendatangkannya melainkan Engkau. Dan tiada daya upaya melainkan dengan Allah yg Maha Tinggi lagi Maha Agung." (Riwayat al-Tirmizi)
- Doa ini, jika sempat, saya mensyaratkan diri agar dilintaskan pada hati setiap kali membaca surah Al-Fatihah iaitu, sebelum membaca sambungan Al-Quran yang saya telah berhenti pada sebelumnya.
Tajuk post kali ini, adalah perkataan yg datang dekat fikiran sejak tengahari tadi.
Ketika, saya seorang diri perlu ke Ibu Pejabat Polis di daerah tempat kerja untuk satu urusan permohonan menjalankan aktiviti di tempat kerja (dlm tempoh PKP 3.0). Sambil menunggu, Allah ringankan tangan untuk membuka aplikasi Al-Quran dengan niat untuk tasmik antara hafazan yg telah pudar. Iaitu, Surah Al-Kahfi, ayat 1-10. Pada awwalannya, tersengguk juga saya, menunggu panggilan bertemu dengan Ketua Polis yg tak kunjung tiba, sambil duduk di ruang menunggu yg tiada orang lain kecuali saya, dan 2-3 staf yg sesekali lalu lalang di ruang itu. Mula-mula, ingat nak putus asa dah, sebab mengantuk.
Tetapi, Allah ringankan tangan buat kali kedua. Alhamdulillah, nampaknya ada sedikit tautan jiwa pada tasmik itu, walaupun masih belum lancar. Kemudian, ditutup dan termenung menunggu panggilan. ---
Ketika pulang dari kerja, masyaAllah, perasaan yg dah lama tidak hadir, iaitu rasa berkobar-kobar; perjalanan menuju ke stesen menunggu tren punyai niat untuk sambung tasmik. Ada "aim" untuk meneruskan tasmik supaya lebih lancar.
"Aim" itu alhamdulillah, saya berjaya tunaikan daripada perlu berdiri, kemudian dapat tempat duduk. Tsumma alhamdulillah, nikmat rasa "attached" yang dah lama saya tak rasa. Allahuakbar, masyaAllah. Alhamdulillah.. Alhamdulillah❤️
Ketika dalam tren itu, semasa dapat tempat duduk, saya mula menangkap ayat mana yang saya tertukar/terskip, iaitu pada ayat 7 dan 8 (Surah al-Kahfi). Dalam hati, "oh, saya skipped!" masyaAllah seronok rasa, dapat menangkap kelemahan agar dapat diperbaiki.
Saya mengharapkan momentum perasaan seperti ini agar berterusan dan jangan tinggalkan saya. Sedih bila sedar jiwa tidak selekat masa-masa (dulu); yang rasa tidak boleh lepas dengan Al-Quran, walaupun kita sedar, kita mungkin bukanlah orang yang mahir dengannya seperti para ahli tafsir, hafizah, asatizah, dan qariah. Selagi saya Islam, Al-Quran punyai hak ke atas saya. Kelak, ia akan jadi teman dan beri syafaat kepada kita dari alam barzakh ke alam akhirat yang seterusnya, insyaAllah moga cukup bekalan itu.
Sesekali tu, ada juga terlintas di hati (berangan), andainya saya boleh request bakal teman hidup untuk hadiahkan saya satu surah yang boleh dihafaznya, sependek Surah Al-Mulk. Tetiber kan,, Nevermind.. ada ke orang suka disuruh-suruh untuk kepentingan diri kita sendiri?
Wallahu'alam. Semoga kita meraih kebaikan dan keberkatan pada setiap ibadah yang kita usahakan, insyaAllah 🌸
SMardianaMS,
18/19 Zulkaedah 1442H.