Selawat dan salam dipanjatkan kepada Rasulullah s.a.w serta ke atas keluarga Baginda s.a.w..
10-11/06/2021, 11.46pm-12.35am.
Dalam kita merasa sempit dengan kehidupan,
Tanpa disedari, sebenarnya peluang yang luas terbentang di hadapan kita yang Allah hamparkan.
Pada setiap ujian/masalah/kesulitan itu ada hikmah.
Pada setiap masalah itu ada peluang untuk kita menambah nilai dalam diri. Pada setiap check point, ada bendera yang kita pasti cabut, untuk ke check point seterusnya.
Kita takkan mampu ke check point seterusnya, melainkan kita telah terdahulu mencabut bendera pada check point sebelumnya.
Jika sebelum ini, kita cuma ada 10 nilai, maka apabila sesuatu cabaran mendatangi diri dan kita mampu menghadapinya walau segetir mana ia menekan, insyaAllah akan beri sesuatu nilai tambah. Daripada 10 kepada +1 +1 +1 dan ++ lagi. Kita akhirnya tetap berjaya mengharunginya. Semestinya, dengan berbekalkan sabar, maka nilai itu akan lebih berkualiti, lebih mahal, dan kukuh masyaAllah. Peliharalah sabarmu ke darjat tertinggi di sisi-Nya.
Maka ia akan sangat berguna untuk perjalanan yang mendatang.
Hidup ini sebuah pengembaraan, kan.
Mungkin, engkau tak mampu mengembara seperti cara orang lain yang mampu, iaitu mengembara ke segenap pelusuk dunia. Tapi, kita lihatlah pada kemampuan dan kaca mata kehidupan kita yang lebih luas. Kita meletakkan diri kita seadanya.
Kita kuat hari ini adalah hasil kekuatan kita sebelum ini, dengan izin Allah.
Kita kuat.
Ya, kita kuat❤️
Hug and trust yourself, dear.
Ingat prinsip hidup yang pernah engkau tanam,
"Dunia di tangan, akhirat di hati,"
Allah menantikan hamba-hamba-Nya, yang merasakan dan meyakini bahawa Dia sentiasa bersama-sama mereka yang bersusah-payah (mujahadah) untuk berada pada jalan taqwa.
❤️❤️❤️Giving love to ourselves 'cause we deserve it❤️❤️❤️
Look at how strong you are now, Subhanallah😊
---
Setinggi-tinggi penghargaan kepada insan-insan yang menitipkan ucapan kekuatan/keyakinan kepada saya semasa saya dijangkiti Covid-19 tempoh hari. Siapa sangka, ucapan ringkas, boleh memberi makna yang berpanjangan. Semoga Allah melimpahkan rahmat-Nya kepada mereka.
Inna haza larizquna ma lahu minnafad.
SMardianaMS,
29/30 Syawal 1442H.
No comments:
Post a Comment