Saturday, July 31, 2021

Lembut Hati

Dengan nama Allah yg Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.
Allahumma solli 'ala Muhammad wa'ala ali Muhammad.

31/07/2021, 3.00pm-3.26pm.

Bila susah dicari, bila tak diperlukan, ditolak ke tepi.
Itu lumrah manusia kan.

Berbudi bahasa.
Kalau di tempat kerja, semua orang kebiasaannya mengakui mereka sibuk..

Tidak mahu saya panjangkan cerita, cuma ingin berkongsi prinsip saya.
Saya selalu berangan-angan utk menjadi "orang yg terbaik" mengikut hadis Nabi s.a.w. yg mengatakan bahawa, "orang yg terbaik adalah orang yg bermanfaat utk manusia lain"

Diambil kesempatan? Pada sesetengah orang melihat pada pandangan sedemikian. Alhamdulillah, setakat ni setiap perkara yg saya lakukan adalah dalam keadaan "sedar" (sedar yg mungkin orang menggunakan kebaikan kita utk kepentingan diri mereka) cuma di dalam hati itu ada reda atau tidak atau mungkin mengambil masa setelah dipujuk-pujuk oleh iman. Berbaik sangka, jika sukar berbaik sangka pada dia, berbaik sangkalah pada aturan Allah yang sedang menguji kepekaan kita untuk menyambut tawaran pahala dari-Nya, terutamanya pahala "sabar".

Pernah dengar, bila seseorang perlukan bantuan walhal dia telah jadi punca kepada masalah, tetapi dia kata, "takpe, cakap je dengan dia.. aku tau hati dia lembut tu,"

Dan sebaliknya, bila orang yg diminta bantuan itu sekadar melaksanakan tugasnya, tapi memberi kesan buruk padanya, dia akan "mengata" kerja orang itu.

Lumrah kan?
Pernah dengar, "betulkan yang biasa, biasakan yang betul"?

Ada perkara yg lumrah, tapi sebenarnya barah yang menanah.

Orang yg mengambil kesempatan atas kebaikan orang lain, takkan merugikan orang yg diambil kesempatan. Mungkin, akan rasa dia menang. Tetapi, orang yg memberi manfaat itu lebih "berjaya" di sisi-Nya jika dia betul-betul IKHLAS.

Bila sampai masa kita memerlukan bantuan mereka, mereka menolak, "aku sibuk!" Dan kita dikemudiankan, lalu bila sampai masa kita cuba lagi, dan masih dijawab "aku sibuk!" 

Bila meminta pada kita, sesopan bicara. Bila tak diperlukan, diherdik pula.

MasyaAllah, bersyukurnya saya, bahawa Allah masih menyedarkan saya bahawa ujian kesabaran ini adalah sebahagian didikan dari-Nya untuk achieve jadi orang bertaqwa. Moga layak jadi hamba yg dicintai-Nya dan mendapat kasih-Nya sentiasa.

Ni semua warna warni ragam manusia di dunia. Faham. 

Tunjukkan kami (jalan mendekat pada-Mu) sentiasa ya Allah.

Catatan,
SMardianaMS.
21 Zulhijjah 1442H.

Thursday, July 29, 2021

Pemergian

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.
Allahumma solli'ala Muhammad wa'ala ali Muhammad.

29/07/2021, 8.20am-8.37am.

Kak Eja, atau nama penuhnya, Saharizal Binti Abdul Rahman, telah pergi meninggalkan dunia ini semalam, 28/07/2021.
Innalillahi wainna ilaihi rajiun.
"Usahlah berpanjangan meratapi pemergian ini," pujuk diri.
Wahai teman,
Sekarang, kita lebih dekat, bukan?

Jika mahu dicoret, banyak kebaikan kak Eja, selalu beri dorongan pada saya sewaktu bekerja sebagai pelatih SLIM (Protege) di PKNSB, Jalan Chan Sow Lin dulu. Selesa untuk saya membawa diri sebagai budak kampung dengan Kak Eja, serta kakak-kakak bahagian Production yg lain.
Sedih, tak sangka. Kita tidak sempat bertemu lagi di dunia ini.
Allah.. Ya Allah, rahmatilah roh-Nya di sana.

Pemergian kak Eja memberi peringatan kepada saya. Akan perasaan dan persediaan. 

"Esok atau lusa, kita tak tahu mungkin giliran kita pula," monolog hati.
Kematian itu datang tanpa memberitahu dengan lebih awal. Dan, di mana-mana, dan bila-bila sahaja.

Kalau diikutkan, pelbagai hajat kita mahukan daripada Tuhan, tentang ketetapan pada masa kita mati nanti.
Izinkanlah ya Allah.
Sempat berkumpul bersama keluarga tercinta, lengkap semua ada.
Matikanlah kami dengan kematian yg baik.
Jadikanlah kematianku diredhai oleh diriku (dengan terdahulu diredhai-Mu), dan diredhai orang di sekelilingku.
Aamiin.

Jika kita punyai keluarga, sahabat yang kita sangat sayangi dan cintai, telah pergi meninggalkan alam fana ini, hadiahkanlah mereka. Jadikan pemergian ini kesempatan untuk kita lebih mudah memberi hadiah kepada mereka. Sedekahkanlah bacaan ayat suci Al-Quran kepada mereka, niatkanlah sedekah ke atas mereka, doakanlah kebaikan buat mereka. Moga kita sentiasa miliki hubungan akrab dengan mereka di sini dan di sana. Sungguh, Allah Maha Pengasih, Maha Pengampun.

Catatan,
SMardianaMS.
19 Zulhijjah 1442H.

Tuesday, July 27, 2021

Suratan

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.
Allahumma solli 'ala Muhammad wa'ala ali Muhammad.

27/06/2021, 8.06am-8.20am.

Semalam/malam tadi saya teringatkan tentang "kesihatan menurut Islam" yg saya pernah catatkan di Catatan MimRa (fb). MasyaAllah. Lama dah saya tak publish apa-apa dekat page tu. Last penulisan, mungkin bulan Februari atau Mac yang lepas, melainkan petikan yg saya share dpd IG saya pada bulan Ramadhan (Mei) haritu.

Scroll punya scroll, MasyaAllah. Terasa, where am i now? Catatan-catatan dalam tu penuh dengan nilai dan buah fikiran. Sesuatu yg punyai makna dan tujuan. Nostalgia. Dan, tertanya pada diri, "how did i stop for a long time?"

Catatan dalam tu basically peringatan buat saya sendiri. Itulah manfaatnya pada diri saya. Saya tak boleh nak expect ramai orang peroleh manfaat dari situ, tapi sedikit sebanyak memberi peringatan pada diri. Niat saham selepas mati, saya serahkan pada Allah.

Terus terlintas lirik lagu "Dalil Cinta". Sebab lagu tu pun seolah-olah membacakan surat untuk diri yang ditulis pada masa lalu.

"Ke hadapan diriku,
Di hari kemudian?
Apa khabar dirimu?
Tertanya ku bagaimana..

Apakah kau berduka?
Hadapi hari itu.
Masihkah ingat dahulu,
Duka sama pernah dirasa?"

Subhanallah. Alhamdulillah.
Terima kasih Allah, sebab kembalikan saya lagi.

Pagi ini pula,
Terlintas kat fikiran.
Satu lirik juga,
"Cintakan bunga akan layu,
Cintakan manusia akan mati,
Cintakan Allah, kekal abadi,
Itulah cinta yg hakiki."

Ya Allah,
Tetapkan aku/kami dalam agama-Mu.
Dalam keredaan-Mu.

Catatan,
SMardianaMS.
17 Zulhijjah 1442H.

Malam tadi saya organised buku catatan saya. Moga beri motivasi kepada saya untuk terus menuntut ilmu Allah secara istiqamah, walau dengan apa jalan sekalipun, insyaAllah, moga Allah izin. Sebelum nafas terakhir❤️

Thursday, July 1, 2021

Kena Marah

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.
Allahumma solli'ala Muhammad wa'ala ali Muhammad.

01/07/2021, 1.12pm, 2.22pm, 5.33pm-5.49pm.

Siapa suka kan? kena marah.
Tapi, tula. Banyak points (kesalahan) pula saya dapat harini, especially ada satu yang melibatkan jika diisukan (sebab pending) boleh sampai ke BOD kerana melibatkan RM.
1. Own use, store
2. Contribution, RM
3. Log ticket

Ada tu, kecewa dimarahi sebab perihal kerja yang saya support (bukan task HR/Admin). Tapi, tidak kurang juga yang memang skop sendiri. Hehe.

Ada juga dalam masa baru-baru kena marah tadi, biasalah, mesti rasa down, sampai rasa: 
- banyak sangat kerja kan... see... i'm not compatible dah; utk handle all the multitasking 
- i'll search for other job... 
- saya bukan berdendam, tapi tercabar.. (almost ke dendam - tapi bukan dendam pada orang tapi dendam pada punca burden/workloads)
Ni masa mood "ambil hati" (terasa) lah.
Gituhhh..

Alhamdulillah bila dah petang ni dah berkurang (rasa kecewa tu) sebab masa meeting dengan HOD yang lain after take lunch break tadi, sir susuli teguran dengan bagi tempoh (until 01 Disember 2021) dan guide sedikit sebanyak. Sir kata HOD meeting akan terus dibuat every week sampailah paperwork yang sir mentioned dalam meeting achieved.

---

Hmm.. biasanya hari yang buat saya upset ni saya lawan dengan makan samyang🔥 tengoklah nanti.. 😌

InsyaAllah malam ni ada daurah, 9.15malam-10.30malam, diajak oleh kak Fathihah (akk usrah/naqibah) sebagai pengganti usrah minggu ini. Hopefully, tidak terlampau mengantuk nanti.. aamiin!

Link Daurah:
https://www.youtube.com/watch?v=AsoN0t3PmL0
Tajuk: "Atheis - Golongan yang menolak Tuhan dan agama"

SMardianaMS,
20 Zulkaedah 1442H.