Allahumma solli'ala Muhammad wa'ala ali Muhammad.
29/07/2021, 8.20am-8.37am.
Kak Eja, atau nama penuhnya, Saharizal Binti Abdul Rahman, telah pergi meninggalkan dunia ini semalam, 28/07/2021.
Innalillahi wainna ilaihi rajiun.
"Usahlah berpanjangan meratapi pemergian ini," pujuk diri.
Wahai teman,
Sekarang, kita lebih dekat, bukan?
Jika mahu dicoret, banyak kebaikan kak Eja, selalu beri dorongan pada saya sewaktu bekerja sebagai pelatih SLIM (Protege) di PKNSB, Jalan Chan Sow Lin dulu. Selesa untuk saya membawa diri sebagai budak kampung dengan Kak Eja, serta kakak-kakak bahagian Production yg lain.
Sedih, tak sangka. Kita tidak sempat bertemu lagi di dunia ini.
Allah.. Ya Allah, rahmatilah roh-Nya di sana.
Pemergian kak Eja memberi peringatan kepada saya. Akan perasaan dan persediaan.
"Esok atau lusa, kita tak tahu mungkin giliran kita pula," monolog hati.
Kematian itu datang tanpa memberitahu dengan lebih awal. Dan, di mana-mana, dan bila-bila sahaja.
Kalau diikutkan, pelbagai hajat kita mahukan daripada Tuhan, tentang ketetapan pada masa kita mati nanti.
Izinkanlah ya Allah.
Sempat berkumpul bersama keluarga tercinta, lengkap semua ada.
Matikanlah kami dengan kematian yg baik.
Jadikanlah kematianku diredhai oleh diriku (dengan terdahulu diredhai-Mu), dan diredhai orang di sekelilingku.
Aamiin.
Jika kita punyai keluarga, sahabat yang kita sangat sayangi dan cintai, telah pergi meninggalkan alam fana ini, hadiahkanlah mereka. Jadikan pemergian ini kesempatan untuk kita lebih mudah memberi hadiah kepada mereka. Sedekahkanlah bacaan ayat suci Al-Quran kepada mereka, niatkanlah sedekah ke atas mereka, doakanlah kebaikan buat mereka. Moga kita sentiasa miliki hubungan akrab dengan mereka di sini dan di sana. Sungguh, Allah Maha Pengasih, Maha Pengampun.
Catatan,
SMardianaMS.
19 Zulhijjah 1442H.
No comments:
Post a Comment