Monday, August 23, 2021

Tawar

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.
Alahumma solli'ala Muhammad wa'ala ali Muhammad.

06/08/2021, 7.46am-8.26am.

Pagi ni saya keluarkan sebahagian ayam dari peti sejuk. "Masak apa saya harini?"
Kurma, atau kari.. kari lah.
"Asalkan masak,"
Ayam yg dah tak beku lagi tu saya bilas, masukkan air sama paras, dan tenggek di atas dapur. Api dinyalakan lebih daripada medium. Supaya laju sikit mendidih dan masak. Bawang merah, bawang putih, dan halia sikit, saya tumbuk dan masukkan dalam periuk. Rempah kari disebatikan dgn sedikit air, kemudian dituang juga. Daun kari housemate, saya ambil sikit, saya potong-potong supaya lebih halus dgn niat supaya kari tu lebih "berasa". Sebelum itu, saya ada juga letak serai. Mira (Rabithah) rasanya pernah sebut kari tak perlu letak serai. Saya tetap letak sebab nak selamatkan serai tu daripada terus kering. Sambil tunggu ayam lebih masak, kentang dan carrot saya potong utk dimasukkan kemudian. Ayam nampaknya masih belum betul-betul empuk. Rasa dahululah kuah tu. Tadinya pun ada letak garam dan sedikit gula, konon dikatakan akan menyeimbangkan rasa. Kuah diambil sedikit menggunakan sudu. Digoyang sedikit supaya tak terlalu panas, lalu dimasukkan dalam mulut.
"Mm.. makan sahajalah, Mardiana," saya berkata pada diri sendiri.

"Tak payah fikir apa yg sedang rasai ni menyedihkan sangat la, sedangkan orang lain lagi kesian,"
- Teguran yang sering menepis lamunan. Pasti akan diikuti membayangkan orang-orang yg macam dekat Ethiopia. Negara yg bancuh tanah jadi macam biskut utk makanan harian. Allah.. Bagaimana pula seorang ibu di sana yg mengandungkan anaknya tanpa makanan yg berzat, bagaimana pula nak itu membesar dengan diet seharian begitu. Tapi, mereka terus hidup. Saya jauh beza dgn mereka. Jauh.. Mengapa saya perlu melayan rasa "tawar" ini?

Bisikan begitu membantu utk move on, tetapi, hakikat tetap kekal. Rasa "tawar" itu setiap hari mendatangi, terutamanya bila makan.

Degil

Selalu saja saya "ter"-mention dekat orang-orang yg rapat dgn saya bahawa saya beralasan kurang makan, kerana kurang selera disebabkan kerinduan pada keluarga. Saya tahu saya tak patut. Apa tujuan saya, kan? Nak minta kesian? Itu bukan point...

(Tertangguh di sini)

SMardianaMS.

No comments:

Post a Comment