Thursday, June 16, 2022

Awak umur 21 tahun?

Bismillahirrahmanirrahim.
Allahumma solli 'ala Muhammad wa 'ala ali Muhammad.

16.06.2022

Bila tanya anybody, dan dijawab dalam lingkungan umur macam ni, terus triggered dan nak kenal lebih. Sebab itu adalah lingkungan umur adik-adik usrah. Adik-adik yang berada dalam tanggungjawab untuk dipimpin bersama dalam jalan kebaikan dan untuk sama-sama keep improving.

- Ingin berkenalan dengan kalian

Saya selalu jadikan jarak umur sebagai cabaran untuk lebih ngam dengan adik-adik. Ia lebih kepada "beri alasan" kalau keep kata macam tu without usaha nak kenal diorang. Mengenali diorang tu termasuk untuk identify cara mana yang lebih sesuai pendekatan. Bukan mudah ya nak dekati jiwa-jiwa manusia, lebih-lebih lagi tak pernah jumpa face to face. Dan, cabaran untuk saya yang jenis "skema" berbanding adik-adik yang mungkin mereka lebih selesa jika pertemuan dapat dilakukan dengan lebih santai. Itulah yang sedang saya keep on cuba perbaiki. Selebihnya, saya serahkan pada Allah yang memegang hati mereka. Semoga jika saya tak berjaya dekati hati mereka, Allah tunjukkan mereka jalan lain pula. Jangan biarkan mereka terputus daripada jalan kebaikan mahupun jalan ilmu, itu yang penting. Usrah ni salah satu jalan sahaja.

Dalam menerokai jalan dakwah melalui usrah ni, kena reda bahawa inilah peredaran masa yang sedang dilalui. Pendekatan kepada mereka bercabang-cabang. Dalam kesungguhan mendekati mereka, perlu ada sikap berhati-hati pula, demi menjaga hati. Kita risau jika tersilap langkah boleh buat orang lebih menjauh... na'uzubillah, moga dilindungi daripada menjadi asbab hamba Allah yang lain menjauh dari jalan hidayah 😢

- Cabaran anak muda dan tali dakwah

Jadi anak muda sekarang ini terlalu banyak cabaran imannya. Saya juga sedar saya masih dalam lingkungan umur muda, walaupun mungkin saki baki, tetapi tetap tak terkecuali. Disebabkan "tidak terkecuali" itu membuatkan banyak rasa tarik tali dalam dakwah. Sebab rasa betapa aibnya diri ini yang Allah selamatkan daripada terbuka, membuatkan setiap kali itulah rasa malu nak ajak orang lain buat amal soleh. 

- Hiburan cabaran terberat dalam menjaga iman taqwa, jalan dakwah dan hidayah

Bagi saya cabaran terbesar sekarang adalah hiburan. Risau sangat-sangat. Saya juga sering kalah dengannya, dan perasaan menyesal selepasnya itu Allah sahajalah yang tahu.

Anak muda rata-rata sepanjang masa mencari hiburan. Hiburan dijadikan alat memberikan ketenangan, memberi kegembiraan, menghilangkan rasa bosan... sedang tanpa disedari alat itulah yang terus melenyapkan cahaya yang berbaki dalam diri.

Daripada mencari hiburan untuk dapatkan ketenangan, namun bila sudah dapat sekali, menjadi addictive dan menjadi sentiasa rasa tak puas dan mahukan lagi. Rasa tidak puas dan tidak cukup sekali itulah yang menjunamkan diri terus kepada mensia-siakan waktu yang berlalu dan tak kembali lagi.

Hiburan yang pada mulanya memberi bahagia dan gembira disebabkan approach hiburan itu kepada masalah diri kita, seolah-olah melenyapkan masalah padahal, tidak luak sedikit pun masalah itu daripada terurai.. ia hanya membantu kita lupa kepada masalah temporarily.

Begitu juga, mendapatkan hiburan untuk menghilangkan rasa bosan. Jiwa yang kosong akan cuba untuk mengisikannya. Dalam mengisikan kekosongan, cubalah usahakan mencari sesuatu yang "ber-inti" iaitu ada manfaatnya kepada diri kita. Mungkin yang dapat menyegarkan minda, menaikkan rasa simpati, mendidik rasa sabar, mengasah minda kepada pemikiran kritis, memikirkan ciptaan Allah dan sebagainya. Mencari manfaat termasuklah dalam menyekat kebinasaan yang dihidangkan. 

- Hiburan; pertembungan dengan perkara 'binasa'

Kebinasaan yang berbentuk pertembungan halal dan haram, unsur kemaksiatan, dan keterujaan kepada hasil tangan manusia yang tidak mereflekkan kesemuanya berlaku atas izin Allah, dan tidak teruja sebelah mata sahaja. Teruja sebelah mata itu melahirkan generasi yang terlalu obses, fanatik kepada sesuatu golongan tanpa melihat sisi kekurangan orang itu. Menjadikan semua pada matanya sempurna. Sedangkan Allah lah yang mentakdirkan semua itu, sebagai ujian apakah kita akan memuji-Nya atau terus "memuja" membuta tuli

Membuta tuli inilah memberi kesan kepada kita menjadikan kita lebih keliru apa tujuan kita yang sebenar. Ibarat lalang. Ikut majoriti. Zaman sekarang, majoriti itu tak menjanjikan kebenaran. Termasuklah yang kita 'iktiraf' pendapat "netizen", netizen itu siapa untuk diikuti? Tapi kita mudah ikut sebab semua orang berpihak kepadanya, kelihatan benar 'belaka'. "Kebenaran" yang diangkat dengan mengabaikan soal akhlak, menjaga perkataan, tabayyun, jaga aib, dan apa kesan baik yang kita dapat? Kebenaran yang membuahkan kebencian, permusuhan, pemulauan. Kebenaran yang mebuahkan rasa dengki, dan menghukum. Menghukum seolah-olah orang itu akan terus dalam perkara yang dibenci kita selama-lamanya. Apakah kita fikir kita mampu membuat perkara yang betul selama-lamanya? Namun, diberi alasan, orang itu yang menempah padah, kerana telah mendapat publisiti. Wah, so advanced ya you

Dalam media sosial, dalam kita mendapat keyakinan diri dengan kebebasan yang kita ada, kita mudah lupa untuk merendah diri.. dan kita lupa "kepada siapa" kita patut merendah diri.

- Cabaran untuk mengikuti atau kekuatan mendapatkan pengaruh yang baik: Akhir zaman

Sedarilah yang kita berada di akhir zaman. Jika adik-adik pernah dengar istilah "ghuraba'" (asing). Dan, kumpulan-kumpulan yang cenderung kepada jalan kebenaran hanya terbentuk dalam kumpulan kecil (minoriti). Akhir zaman, apabila "jalan agama akan dilihat sebagai janggal untuk dilakukan". MasyaAllah. Teringat ada ustaz kata (situasi) orang tak pelik kalau semua orang tak solat, malah yang melaksanakan solat itu yang ditanya, "engkau solat?" seolah-olah pelik. Sedangkan itulah syariat yang sama sejak Rasulullah s.a.w. membawa risalah itu.

Saya juga berduka cita, mengetahui kenyataan bahawa hatta zaman sekarang sebuah keluarga tidak mampu membangun kerohanian pada ahlinya. Ibu bapa tak dapat menjadi contoh ikutan kerana ibu bapa juga diuji dengan cabaran rumah tangga dan kerjaya zaman sekarang. Kepesesatan teknologi yang meragut komunikasi yang baik antara ahli keluarga.

Istilah mendewasakan diri seiring "trend" yang tiada hala tuju hakiki. Trend yang hanya diikuti untuk mendapatkan keselesaan, dan diterima masyarakat sebagai orang yang up-to-date.

Ada lagi yang bersangkut paut di fikiran ini. Namun, terhenti setakat ini.

---

Akhir kata, moga Allah lindungi kita semua.

Moga Allah jaga aku, engkau dan dia. Allahuakbar, tiada yang mustahil di dunia ini dengan kuasa dan izin-Nya.

"Sentiasalah melihat dan mendoakan anak-anak muda yang dilihat itu (barangkali di tepi jalan raya bermain basikal, ada juga yang bermain sukan di gelanggang, yang bermain gajet dan sebagainya) ada potensi untuk menjadi lebih baik malah akan mempertahankan agama suatu hari nanti,"

Catatan,

MimRa.

[17 Zulkaedah 1443H]

Monday, June 13, 2022

Resign dari jalan dakwah?

Bismillahirrahmanirrahim.
Allahumma solli'ala Muhammad wa'ala ali Muhammad.

13.06.2022

"Akak pernah tak terfikir untuk resign daripada melakukan dakwah?" itulah soalan yg dilontarkan kepada tokoh yg diziarahi pada beberapa minggu lepas oleh urusetia. Dan.. jujur, saya tak ingat apa jawapannya kerana soalan itu terus menembak diri ini, 'cause it was too related at that time. Saya fikir, saya yg paling kurang membantu dalam program sebelum-sebelumnya dah cukup menunjukkan saya ni yg paling tak berminat atau tidak komited untuk mengurusetia, tetapi akhirnya soalan dilontarkan oleh urusetia yg saya fikir dia sangatlah komited dan bertenaga setiap kali berprogram.

- Platform
Mengimbau permulaan saya berjaya menemukan "usrah" semula pada awal tahun lepas setelah 5 tahun terputus taliannya. Alhamdulillah syukur, tidak menyangka Allah mempermudahkan pencarian, walaupun segalanya dilakukan secara online. Lalu, setelah hampir setahun, dan anggota usrah ada yang berpindah, seseorang telah menghantar kiriman mesej merisik untuk menjadi mentor/co-mentor (erti kata sebagai "naqibah") kepada ahli-ahli baru persatuan peringkat universiti pula. Saya menolak. Namun, apabila dia bertanya mengapa dan cuba menerangkan alternatif kepada alasan penolakan yg saya beri, saya terasa ingin membantu. Dalam masa yang sama, saya berbaik sangka pada Allah, mungkin inilah platform yg Allah tawarkan kepada saya sebagai jalan dakwah. Saya sedar saya tidak arif dalam ilmu agama apatah lagi seni dalam dakwah, tapi, saya berserah pada Allah. Jika saya tidak ambil, adakah jalan dakwah lain yg mampu saya usahakan sendiri? Seburuk manapun saya, at least jika saya tersilap langkah, saya sedang berada pada jalan kebaikan. Itulah yg saya fikirkan.

- 'Lari dari medan perang'
Sesi demi sesi yang dikendalikan oleh mentor/co-mentor lain diteruskan. Hampir kesemuanya saya beri excused, sedang mereka pernah meminta tolong backup atas kesulitan pada saat-saat akhir namun tetap mereka juga yang mengendalikan. Giliran saya adalah selepas raya... Tetap saya mengharapkan semuanya dilambat-lambatkan, dilupakan atau dibatalkan supaya saya tak perlu melakukan persediaan. Terasa diri ini ibarat sedang lari dari medan perang; pada awalnya berkobar-kobar tetapi saat tekanan, malah berpatah balik meninggalkan. Dengan itu, saya pasti akan jadi orang yg hina.. namun beralasan dan berharap Allah akan tetap terima sebagai satu kelemahan.

Panggilan untuk menghadiri meeting program mula "berbunyi".. hati ini begitu liat untuk terima tanggungjawab yang pasti akan disebutkan. Dalam jiwa ini ada satu tekanan menyuruh agar menyampaikan mesej menarik diri daripada meneruskan peranan. Sebahagian jiwa lagi menyetujui. Namun, syukur Allah memberatkan tangan ke tujuan itu. Meeting dihadiri. Diikuti saja tugasan yang diagihkan. Interaksi adalah seperti acuh tidak acuh. Ditanya 2 patah, dijawab sepatah, cukup. Cuba saja follow the flow lagi. Cubalah saja bertahan lagi.

[13 Zulkaedah 1443H]

- "Perform"
- Kelemahan & Cabaran
- Moga istiqamah

Sunday, June 12, 2022

Zikir sahaja dulu

Bismillahirrahmanirrahim.
Allahumma solli'ala Muhammad wa'ala ali Muhammad.

12.06.2022

Ada suatu masa itu,
Tiada rasa apa.
Mungkin boleh kata,
Masa-masa yg kekosongan dalam diri.
Rasa nak buat amal soleh tu tiada,
Rasa nak membuat sesuatu yang sia-sia pun tidaklah sedang 'bernafsu' (berkeinginan).
Rasa "pale".

Tetapi, merasakan, ada yang memerhati, yang melihat pilihanku.
Aku nak bergerak ke jalan berpahala, mencari hiburan supaya mengenepikan rasa itu, atau terus dalam berfikir-fikir tentang itu, terapung.

"Berzikir sahajalah wahai diri... Pasti Allah akan menunjukkanmu ke jalan yang lebih baik" bisik nurani.
"Bukankah engkau pernah terpaut pada ayat 'berzikirlah kepada Allah sebanyak-banyaknya, maka kamu akan berjaya'?" sambungnya lagi.

Sambil duduk terpaku di atas sofa, saat itu mulut yang tiada rangsangan untuk menuturkan kata dari tadi, cuba digerakkan dengan zikir. Apa-apa zikir pun, asalkan zikrullah. Istighfar, tasbih, tahmid, takbir dan tahlil atau apa pun jua zikir itu.

Aku yakin Allah pasti tunjuk dan bimbing jalan-Nya untukku.

Hari ini sudah beberapa hari berlalu dari saat itu. Alhamdulillah, syukur dengan taufiq dan hidayah-Nya.
Haza min fadhli Rabbi ❤️

[12 Zulkaedah 1443H]

Saturday, June 11, 2022

Lima bulan yang lalu, 2022

Bismillahirrahmanirrahim.
Allahumma solli 'ala Muhammad wa 'ala ali Muhammad.

10-11 Jun 2022

In back 5 months (almost half year)  ago, banyak perkara yang berlaku. Saya percaya, semua orang pun begitu. Semua orang pun melalui 24 jam sehari dikalikan bagi tempoh 5 bulan itu. Bulan satu, bulan dua, bulan tiga, bulan empat, bulan lima dan eh, bulan enam sudah.

5 bulan inilah kita telah melepasi bulan Ramadan; kita telah beraya sakan (jangan lupa, peristiwa raya awal sehari!); kerajaan telah umumkan tidak perlu memakai pelitup muka di tempat terbuka; dan... 5 bulan ini jugalah aku, dia, dan engkau melalui suratan takdir yang berbeza-beza..

5 bulan ini, saya struggle dengan apa yang Allah takdirkan untuk saya, dan awak juga struggle dengan apa yang Allah takdirkan untuk awak. Keputusan berat mahupun ringan perlu dibuat setiap hari, memilih mana yang kita rasa itu yang terbaik. ie. nak keluar rumah, atau stay sahaja, nak bersosial atau berdiam diri sahaja, nak makan yang mahal atau yang murah, mahu beli barangan kehendak atau keperluan sahaja, mahu senyum atau bermuka basi sahaja, mahu menoleh belakang atau tidak, mahu pakai baju berseluar atau ber-skirt, tudung bawal atau shawl; itu semua melibatkan keputusan. Keputusan dibuat kadang tak sampai beberapa saat. Menimbang samada kalau buat salah satu, mana yang lebih beri kebaikan untuk diri atau orang lain, atau mana yang lebih mudarat untuk ditinggalkan. Jika kita bersandarkan Allah, sebelum melatakkan keputusan itu, kita remind pada diri untuk serahkan takdir selanjutnya kepada Allah yang Maha Berkuasa dan Maha Mengaturkan. Again, might be within few seconds. Bila kita serahkan takdir atas usaha yang kita buat kepada Allah, kita akan lebih kuat dan yakin pada diri sendiri. Kita percaya, ada takdir yang lebih baik Allah pasti aturkan kepada kita sama ada berbentuk ujian atau nikmat, sebab kita ingat pada-Nya, kita sedar kita ini hamba. Bila kita sedar kita ni hamba-Nya, maksudnya kita berada pada jalan yang betul, sebab itulah tujuan kita diciptakan; mengabdikan diri kepada-Nya. Buatlah apa-apa pun, kena sedar diri ni hamba. Tak boleh exceed limit yang macam kita ni lebih tahu apa yang lebih baik, tanpa meletakkan Allah yang tertinggi, setinggi-tingginya.

Sekian, yang berkesempatan.

Coretan,

MimRa.

[11 Zulkaedah 1443H]