Thursday, June 16, 2022

Awak umur 21 tahun?

Bismillahirrahmanirrahim.
Allahumma solli 'ala Muhammad wa 'ala ali Muhammad.

16.06.2022

Bila tanya anybody, dan dijawab dalam lingkungan umur macam ni, terus triggered dan nak kenal lebih. Sebab itu adalah lingkungan umur adik-adik usrah. Adik-adik yang berada dalam tanggungjawab untuk dipimpin bersama dalam jalan kebaikan dan untuk sama-sama keep improving.

- Ingin berkenalan dengan kalian

Saya selalu jadikan jarak umur sebagai cabaran untuk lebih ngam dengan adik-adik. Ia lebih kepada "beri alasan" kalau keep kata macam tu without usaha nak kenal diorang. Mengenali diorang tu termasuk untuk identify cara mana yang lebih sesuai pendekatan. Bukan mudah ya nak dekati jiwa-jiwa manusia, lebih-lebih lagi tak pernah jumpa face to face. Dan, cabaran untuk saya yang jenis "skema" berbanding adik-adik yang mungkin mereka lebih selesa jika pertemuan dapat dilakukan dengan lebih santai. Itulah yang sedang saya keep on cuba perbaiki. Selebihnya, saya serahkan pada Allah yang memegang hati mereka. Semoga jika saya tak berjaya dekati hati mereka, Allah tunjukkan mereka jalan lain pula. Jangan biarkan mereka terputus daripada jalan kebaikan mahupun jalan ilmu, itu yang penting. Usrah ni salah satu jalan sahaja.

Dalam menerokai jalan dakwah melalui usrah ni, kena reda bahawa inilah peredaran masa yang sedang dilalui. Pendekatan kepada mereka bercabang-cabang. Dalam kesungguhan mendekati mereka, perlu ada sikap berhati-hati pula, demi menjaga hati. Kita risau jika tersilap langkah boleh buat orang lebih menjauh... na'uzubillah, moga dilindungi daripada menjadi asbab hamba Allah yang lain menjauh dari jalan hidayah 😒

- Cabaran anak muda dan tali dakwah

Jadi anak muda sekarang ini terlalu banyak cabaran imannya. Saya juga sedar saya masih dalam lingkungan umur muda, walaupun mungkin saki baki, tetapi tetap tak terkecuali. Disebabkan "tidak terkecuali" itu membuatkan banyak rasa tarik tali dalam dakwah. Sebab rasa betapa aibnya diri ini yang Allah selamatkan daripada terbuka, membuatkan setiap kali itulah rasa malu nak ajak orang lain buat amal soleh. 

- Hiburan cabaran terberat dalam menjaga iman taqwa, jalan dakwah dan hidayah

Bagi saya cabaran terbesar sekarang adalah hiburan. Risau sangat-sangat. Saya juga sering kalah dengannya, dan perasaan menyesal selepasnya itu Allah sahajalah yang tahu.

Anak muda rata-rata sepanjang masa mencari hiburan. Hiburan dijadikan alat memberikan ketenangan, memberi kegembiraan, menghilangkan rasa bosan... sedang tanpa disedari alat itulah yang terus melenyapkan cahaya yang berbaki dalam diri.

Daripada mencari hiburan untuk dapatkan ketenangan, namun bila sudah dapat sekali, menjadi addictive dan menjadi sentiasa rasa tak puas dan mahukan lagi. Rasa tidak puas dan tidak cukup sekali itulah yang menjunamkan diri terus kepada mensia-siakan waktu yang berlalu dan tak kembali lagi.

Hiburan yang pada mulanya memberi bahagia dan gembira disebabkan approach hiburan itu kepada masalah diri kita, seolah-olah melenyapkan masalah padahal, tidak luak sedikit pun masalah itu daripada terurai.. ia hanya membantu kita lupa kepada masalah temporarily.

Begitu juga, mendapatkan hiburan untuk menghilangkan rasa bosan. Jiwa yang kosong akan cuba untuk mengisikannya. Dalam mengisikan kekosongan, cubalah usahakan mencari sesuatu yang "ber-inti" iaitu ada manfaatnya kepada diri kita. Mungkin yang dapat menyegarkan minda, menaikkan rasa simpati, mendidik rasa sabar, mengasah minda kepada pemikiran kritis, memikirkan ciptaan Allah dan sebagainya. Mencari manfaat termasuklah dalam menyekat kebinasaan yang dihidangkan. 

- Hiburan; pertembungan dengan perkara 'binasa'

Kebinasaan yang berbentuk pertembungan halal dan haram, unsur kemaksiatan, dan keterujaan kepada hasil tangan manusia yang tidak mereflekkan kesemuanya berlaku atas izin Allah, dan tidak teruja sebelah mata sahaja. Teruja sebelah mata itu melahirkan generasi yang terlalu obses, fanatik kepada sesuatu golongan tanpa melihat sisi kekurangan orang itu. Menjadikan semua pada matanya sempurna. Sedangkan Allah lah yang mentakdirkan semua itu, sebagai ujian apakah kita akan memuji-Nya atau terus "memuja" membuta tuli

Membuta tuli inilah memberi kesan kepada kita menjadikan kita lebih keliru apa tujuan kita yang sebenar. Ibarat lalang. Ikut majoriti. Zaman sekarang, majoriti itu tak menjanjikan kebenaran. Termasuklah yang kita 'iktiraf' pendapat "netizen", netizen itu siapa untuk diikuti? Tapi kita mudah ikut sebab semua orang berpihak kepadanya, kelihatan benar 'belaka'. "Kebenaran" yang diangkat dengan mengabaikan soal akhlak, menjaga perkataan, tabayyun, jaga aib, dan apa kesan baik yang kita dapat? Kebenaran yang membuahkan kebencian, permusuhan, pemulauan. Kebenaran yang mebuahkan rasa dengki, dan menghukum. Menghukum seolah-olah orang itu akan terus dalam perkara yang dibenci kita selama-lamanya. Apakah kita fikir kita mampu membuat perkara yang betul selama-lamanya? Namun, diberi alasan, orang itu yang menempah padah, kerana telah mendapat publisiti. Wah, so advanced ya you

Dalam media sosial, dalam kita mendapat keyakinan diri dengan kebebasan yang kita ada, kita mudah lupa untuk merendah diri.. dan kita lupa "kepada siapa" kita patut merendah diri.

- Cabaran untuk mengikuti atau kekuatan mendapatkan pengaruh yang baik: Akhir zaman

Sedarilah yang kita berada di akhir zaman. Jika adik-adik pernah dengar istilah "ghuraba'" (asing). Dan, kumpulan-kumpulan yang cenderung kepada jalan kebenaran hanya terbentuk dalam kumpulan kecil (minoriti). Akhir zaman, apabila "jalan agama akan dilihat sebagai janggal untuk dilakukan". MasyaAllah. Teringat ada ustaz kata (situasi) orang tak pelik kalau semua orang tak solat, malah yang melaksanakan solat itu yang ditanya, "engkau solat?" seolah-olah pelik. Sedangkan itulah syariat yang sama sejak Rasulullah s.a.w. membawa risalah itu.

Saya juga berduka cita, mengetahui kenyataan bahawa hatta zaman sekarang sebuah keluarga tidak mampu membangun kerohanian pada ahlinya. Ibu bapa tak dapat menjadi contoh ikutan kerana ibu bapa juga diuji dengan cabaran rumah tangga dan kerjaya zaman sekarang. Kepesesatan teknologi yang meragut komunikasi yang baik antara ahli keluarga.

Istilah mendewasakan diri seiring "trend" yang tiada hala tuju hakiki. Trend yang hanya diikuti untuk mendapatkan keselesaan, dan diterima masyarakat sebagai orang yang up-to-date.

Ada lagi yang bersangkut paut di fikiran ini. Namun, terhenti setakat ini.

---

Akhir kata, moga Allah lindungi kita semua.

Moga Allah jaga aku, engkau dan dia. Allahuakbar, tiada yang mustahil di dunia ini dengan kuasa dan izin-Nya.

"Sentiasalah melihat dan mendoakan anak-anak muda yang dilihat itu (barangkali di tepi jalan raya bermain basikal, ada juga yang bermain sukan di gelanggang, yang bermain gajet dan sebagainya) ada potensi untuk menjadi lebih baik malah akan mempertahankan agama suatu hari nanti,"

Catatan,

MimRa.

[17 Zulkaedah 1443H]

Monday, June 13, 2022

Resign dari jalan dakwah?

Bismillahirrahmanirrahim.
Allahumma solli'ala Muhammad wa'ala ali Muhammad.

13.06.2022

"Akak pernah tak terfikir untuk resign daripada melakukan dakwah?" itulah soalan yg dilontarkan kepada tokoh yg diziarahi pada beberapa minggu lepas oleh urusetia. Dan.. jujur, saya tak ingat apa jawapannya kerana soalan itu terus menembak diri ini, 'cause it was too related at that time. Saya fikir, saya yg paling kurang membantu dalam program sebelum-sebelumnya dah cukup menunjukkan saya ni yg paling tak berminat atau tidak komited untuk mengurusetia, tetapi akhirnya soalan dilontarkan oleh urusetia yg saya fikir dia sangatlah komited dan bertenaga setiap kali berprogram.

- Platform
Mengimbau permulaan saya berjaya menemukan "usrah" semula pada awal tahun lepas setelah 5 tahun terputus taliannya. Alhamdulillah syukur, tidak menyangka Allah mempermudahkan pencarian, walaupun segalanya dilakukan secara online. Lalu, setelah hampir setahun, dan anggota usrah ada yang berpindah, seseorang telah menghantar kiriman mesej merisik untuk menjadi mentor/co-mentor (erti kata sebagai "naqibah") kepada ahli-ahli baru persatuan peringkat universiti pula. Saya menolak. Namun, apabila dia bertanya mengapa dan cuba menerangkan alternatif kepada alasan penolakan yg saya beri, saya terasa ingin membantu. Dalam masa yang sama, saya berbaik sangka pada Allah, mungkin inilah platform yg Allah tawarkan kepada saya sebagai jalan dakwah. Saya sedar saya tidak arif dalam ilmu agama apatah lagi seni dalam dakwah, tapi, saya berserah pada Allah. Jika saya tidak ambil, adakah jalan dakwah lain yg mampu saya usahakan sendiri? Seburuk manapun saya, at least jika saya tersilap langkah, saya sedang berada pada jalan kebaikan. Itulah yg saya fikirkan.

- 'Lari dari medan perang'
Sesi demi sesi yang dikendalikan oleh mentor/co-mentor lain diteruskan. Hampir kesemuanya saya beri excused, sedang mereka pernah meminta tolong backup atas kesulitan pada saat-saat akhir namun tetap mereka juga yang mengendalikan. Giliran saya adalah selepas raya... Tetap saya mengharapkan semuanya dilambat-lambatkan, dilupakan atau dibatalkan supaya saya tak perlu melakukan persediaan. Terasa diri ini ibarat sedang lari dari medan perang; pada awalnya berkobar-kobar tetapi saat tekanan, malah berpatah balik meninggalkan. Dengan itu, saya pasti akan jadi orang yg hina.. namun beralasan dan berharap Allah akan tetap terima sebagai satu kelemahan.

Panggilan untuk menghadiri meeting program mula "berbunyi".. hati ini begitu liat untuk terima tanggungjawab yang pasti akan disebutkan. Dalam jiwa ini ada satu tekanan menyuruh agar menyampaikan mesej menarik diri daripada meneruskan peranan. Sebahagian jiwa lagi menyetujui. Namun, syukur Allah memberatkan tangan ke tujuan itu. Meeting dihadiri. Diikuti saja tugasan yang diagihkan. Interaksi adalah seperti acuh tidak acuh. Ditanya 2 patah, dijawab sepatah, cukup. Cuba saja follow the flow lagi. Cubalah saja bertahan lagi.

[13 Zulkaedah 1443H]

- "Perform"
- Kelemahan & Cabaran
- Moga istiqamah

Sunday, June 12, 2022

Zikir sahaja dulu

Bismillahirrahmanirrahim.
Allahumma solli'ala Muhammad wa'ala ali Muhammad.

12.06.2022

Ada suatu masa itu,
Tiada rasa apa.
Mungkin boleh kata,
Masa-masa yg kekosongan dalam diri.
Rasa nak buat amal soleh tu tiada,
Rasa nak membuat sesuatu yang sia-sia pun tidaklah sedang 'bernafsu' (berkeinginan).
Rasa "pale".

Tetapi, merasakan, ada yang memerhati, yang melihat pilihanku.
Aku nak bergerak ke jalan berpahala, mencari hiburan supaya mengenepikan rasa itu, atau terus dalam berfikir-fikir tentang itu, terapung.

"Berzikir sahajalah wahai diri... Pasti Allah akan menunjukkanmu ke jalan yang lebih baik" bisik nurani.
"Bukankah engkau pernah terpaut pada ayat 'berzikirlah kepada Allah sebanyak-banyaknya, maka kamu akan berjaya'?" sambungnya lagi.

Sambil duduk terpaku di atas sofa, saat itu mulut yang tiada rangsangan untuk menuturkan kata dari tadi, cuba digerakkan dengan zikir. Apa-apa zikir pun, asalkan zikrullah. Istighfar, tasbih, tahmid, takbir dan tahlil atau apa pun jua zikir itu.

Aku yakin Allah pasti tunjuk dan bimbing jalan-Nya untukku.

Hari ini sudah beberapa hari berlalu dari saat itu. Alhamdulillah, syukur dengan taufiq dan hidayah-Nya.
Haza min fadhli Rabbi ❤️

[12 Zulkaedah 1443H]

Saturday, June 11, 2022

Lima bulan yang lalu, 2022

Bismillahirrahmanirrahim.
Allahumma solli 'ala Muhammad wa 'ala ali Muhammad.

10-11 Jun 2022

In back 5 months (almost half year)  ago, banyak perkara yang berlaku. Saya percaya, semua orang pun begitu. Semua orang pun melalui 24 jam sehari dikalikan bagi tempoh 5 bulan itu. Bulan satu, bulan dua, bulan tiga, bulan empat, bulan lima dan eh, bulan enam sudah.

5 bulan inilah kita telah melepasi bulan Ramadan; kita telah beraya sakan (jangan lupa, peristiwa raya awal sehari!); kerajaan telah umumkan tidak perlu memakai pelitup muka di tempat terbuka; dan... 5 bulan ini jugalah aku, dia, dan engkau melalui suratan takdir yang berbeza-beza..

5 bulan ini, saya struggle dengan apa yang Allah takdirkan untuk saya, dan awak juga struggle dengan apa yang Allah takdirkan untuk awak. Keputusan berat mahupun ringan perlu dibuat setiap hari, memilih mana yang kita rasa itu yang terbaik. ie. nak keluar rumah, atau stay sahaja, nak bersosial atau berdiam diri sahaja, nak makan yang mahal atau yang murah, mahu beli barangan kehendak atau keperluan sahaja, mahu senyum atau bermuka basi sahaja, mahu menoleh belakang atau tidak, mahu pakai baju berseluar atau ber-skirt, tudung bawal atau shawl; itu semua melibatkan keputusan. Keputusan dibuat kadang tak sampai beberapa saat. Menimbang samada kalau buat salah satu, mana yang lebih beri kebaikan untuk diri atau orang lain, atau mana yang lebih mudarat untuk ditinggalkan. Jika kita bersandarkan Allah, sebelum melatakkan keputusan itu, kita remind pada diri untuk serahkan takdir selanjutnya kepada Allah yang Maha Berkuasa dan Maha Mengaturkan. Again, might be within few seconds. Bila kita serahkan takdir atas usaha yang kita buat kepada Allah, kita akan lebih kuat dan yakin pada diri sendiri. Kita percaya, ada takdir yang lebih baik Allah pasti aturkan kepada kita sama ada berbentuk ujian atau nikmat, sebab kita ingat pada-Nya, kita sedar kita ini hamba. Bila kita sedar kita ni hamba-Nya, maksudnya kita berada pada jalan yang betul, sebab itulah tujuan kita diciptakan; mengabdikan diri kepada-Nya. Buatlah apa-apa pun, kena sedar diri ni hamba. Tak boleh exceed limit yang macam kita ni lebih tahu apa yang lebih baik, tanpa meletakkan Allah yang tertinggi, setinggi-tingginya.

Sekian, yang berkesempatan.

Coretan,

MimRa.

[11 Zulkaedah 1443H]

Sunday, April 24, 2022

Driving at Night

Bismillahirrahmanirrahim.
Allahumma solli'ala Muhammad wa'ala ali Muhammad.

Saya dipaksaaa.

Petang tadi, akak Husna dah hantar kereta Wira, manual utk dipinjamkan kpd saya buat sementara waktu. *Precaution: kereta tu tak boleh makan habis utk hand brake disebabkan dh banyak modification dibuat ke atasnya. 

As for akak's return to her home, she asked Luqman to send her back. But...... Eventually, when the time came, they asked me to do that! I was like, 'nak cuba' but 'takut' at the same time.

This would be the first time i'm on the road (from the beginning - dari tempat parking, keluar pagar rumah then, on the roaaaad) after more than 10 times practicing only using Viva (manual). And, fyi, saya belum pernah sempat practice bawa kereta pada malam hari, even using that Viva. Petang td, baru cakap dengan ngah saya tak nak bawa kereta malam sebab mata tak boleh adapt bila lampu dari arah bertentangan. Tapi, bila ngah kata awal-awal dia dulu pun macam tu, saya jadi inspired lah juga. Rasa boleh try.

Dari Kg. Padang Lalang ke Kuala Sg. Baru (KSB).

Akak dan Luqman ada masa pergi.
Disebabkan kecuakan yg teramat semasa pergi tu (sehingga sampai rumah Kuala Sg. Baru - hantar akak), i asked Luqman to take over the way back home.. but, he didn't want to.. "awak kena belajar... masa ni lah awak nak belajar.." hellooooooo, saya stress diorang pushed macam niiii. Tapi, saya memang dipaksa.. tak dapat nak menangkan diri utk tak drive!

So below are the bebelan-ss along the way:
1. Belajar balance dekat bukit; biarkan kereta mengaum pun asalkan cukup tekan minyak utk gerakkan kereta - this night: 1 kali mati enjen sebelum keluar pagar rumah, 2 kali mati enjen on the road (masa simpang/traffic light)
2. Elak lubang, tapi jangan makan jalan orang; sama precaution bila ada kereta yg parking tepi jalan ka, atau ada motor ka, atau whatsoever yg seangkatan... The point is mengelak benda yg berada di tepi kiri mahupun lubang yg kat mana-mana. Kena marah ya dgn peminjam kereta ni.. kalau semua nak saya dpt tangkap malam ni pun payah gakkkk.. haihh.. mujur lepas hantar akak, Luqman bagi that point of elak lubang tu as "utk awal ni memang susah sikit, bahaya kalau elak lubang and tak reti jaga line, better utamakan make sure berada di line yg betul" pheww.. lega sikit.. hmm.. itula.. kita still meminjam, jadi nak tak ak memang kena juga adapt.
3. Janganlah hempet kiri sangat! - spjg belajar ngan K. Mawar elok je bab hempet-hempet ni saya tiada masalah... Mlm ni jd macam ni sebab saya tak biasa ngan jalan. Tub-tub kena marah. "Awak tak nampak ke?!... Awak nak masuk longkang ke, Mardiana?!" Argghhhh
4. Orang suruh hempet kanan dulu, bukan terus masuk! - ni masa betul-betul dah sampai rumah KSB tu. Kita dari line kiri, nak kena signal masuk kiri, berhenti (kalau ada kereta line kanan) - what I've done tadi, ada kereta line kanan tp saya terus belok. Mau mengamuk habis akak. Mmg mcm almost kena langgar tp takdelah kereta tu dekat sangat.. saya dah alang-alang dh makan jalan baik saya teruskan... Alhamdulillah, Allah selamatkan daripada dilanggar, cuma tak selamat dpd dimarahi.
5. Tukar gear kena laju. Maintain tekan minyak (masa tekan clutch nak tukar gear tu). Cth, gear 1 ke 2, 2 ke 3, 3 ke 4. Bila tak maintain kereta jd tiba-tiba slow.
6. Nak simpang je, tukar gear 2. This one disebabkan mlm ni banyak guna gear 4 that's why rasa ada gap, jadi kesilapannya, masa simpang banyak mengaum saya berada di gear 3, tak turunkan ke gear 2. "Tak boleh macam tu.."
7. Tak boleh kata "nak gear 4" atau "nak gear 3" je, rosaklah kereta nanti! - sebab kelakuan dan gear tak seiring. Takut yaaaa... Dari gear 4 tetiba jumpa traffic light atau simpang nak kena slow down, pastu either free gear or gear 2. Banyak benda nak krna catch up... Huhu.
8. Awak kena hadap, tak boleh kata "tak nak drive malam" "tak nak drive kat bukit", sbb awak akan kena jumpa jugak bila dalam keadaan sulit, yg memang kena lalui semua tu.
9. Line kiri atau line orang masuk simpang - this one another kerisauan sbb mmg tu perkara yg saya rasa susah nak brain sebab, takut kalau hempet kiri, nanti jadi kena keluar susur.. kalau masuk tengah, takut orang nak potong dari kiri. Allahu Rabbi... 
10. "Memanglah... Saya tak tahu, saya tak reti!" (me) - unacceptable words ya.. diorang reject bila saya kata macam tu. Kena juga! Tak boleh kata "tak" 😭😭😭 masa tu mmg rasa, Ya Allah, tolonglah faham saya! Then, rejected + scolded. Thanks sangat!! (akur)

Start drive around 10pm, sampai rumah semula 11.26pm.

"Allahumma la sahla illa ma ja'altahu sahla, wa anta taj'alul hazana iza syi'ta sahla,"
Selawat berulang spjg drive. Usaha menangkan diri dan bertawakkal apa jua yang bakal dihadapi.

Mak kata takyah bawa balik dulu Wira tu (ke Bangi). Nanti cuti seminggu raya, practice banyak-banyak, then baru bawa balik utk bawa ke tempat kerja. 

InsyaAllah. Moga Allah permudahkan, dan terus pelihara perjalanan ini. Aamiin.

22 Ramadan 1443H.

Saturday, February 19, 2022

Cita-cita Umar

Bismillahirrahmanirrahim.
Allahumma solli'ala Muhammad wa'ala ali Muhammad.

"Cikna.. cikna.. nanti bila Umar dah besar, Umar nak kerja dekat KL macam Cikna..

Nanti dekat KL, Umar nak sewa rumah Cikna..

Nanti bila Umar dah masuk universiti, Umar nak masuk bola sepak," [Umar]

"InsyaAllah..

Kenapa Umar nak kerja dekat KL? Sebab ada tren?

Eh, rumah Cikna tu untuk perempuan jee.. Umar nak sewa rumah Cikna sebab depan rumah Cikna tu ada tren? rumah Cikna best ke?

Nanti bila umar join bola sepak, Umar kena ingat utk solat pada waktunya.. sebab bila Umar join bola sepak, akan ada kawan-kawan yg tak jaga solat.. jadi Umar tak boleh ikut macam diorang, Umar kena tetap solat.. lepastu, bila main bola sepak, Umar kena pakai seluar panjang.. boleh ke pakai pendek?" [Cikna]

MasyaAllah.. terharu pula dengan Abdullah Umar, umur 7 tahun ni, anak buah saya.

Bila ada je masa sesuai utk sampaikan sesuatu mesej tu, I really love to and appreciate that time, alhamdulillah, haza min fadhli Rabbi.

Semoga Allah izinkan tercapai cita-cita anak buah seorang ini.

Masa dia sebut nak duduk KL dalam hati ni ada terkedu.. sebab..

'Umar, Umar tak tahu bila tinggal dekat KL tu banyak cabarannya.. yg sedikit sebanyak Allah izin bagi pengalaman dekat Cikna..

Moga Allah jaga Umar bila dapat tinggal di KL suatu hari nanti,'

Dia tak tahu kenapa Cikna ambil keputusan utk keluar dari KL dan tinggal dengan famili. Tapi takpe.. insyaAllah, Cikna yakin perjalanan kita idak akan sama. Cikna perempuan dan ada kelemahan tersendiri bila berjauhan dgn famili. InsyaAllah Umar boleh, nanti.

---

Sambil saya menaip ni, Umar pun ada baca juga.

Umar musykil tentang pakai seluar pendek tu, "ha.. pakai seluar panjang utk solat, pakai seluar pendek utk main bola kan?"

Jawapannya.. salah Umar. Cikna jelaskan pada Umar, "Umar boleh pakai seluar pendek, tapi kena pastikan lutut (paras aurat) Umar tu tertutup,"

Umar tambah, "Umar ada nampak, orang yg main sepak takraw pakai seluar pendek, lepastu seluar dekat dalam dia pakai seluar panjang,"

Cikna jawab, "ha macam tu boleh.. itu orang panggil 'legging',"

Sekian sahaja catatan memori perbualan antara Umar dan Cikna sambil Cikna goreng keropok ikan di dapur. Ini namanya slow talk by Cikna.. 😁

Catatan oleh,
Beloved Cikna.
17 Rejab 1443H.

Thursday, February 17, 2022

Morning Circle

Bismillahirrahmanirrahim.
Allahumma solli'ala Muhammad wa'ala ali Muhammad.

#teachermar

Harini hari ke-4 MAZ masuk sekolah (tadika) bersamaan hari ke-4 juga saya join morning circle sementara belum pukul 9 pagi (waktu mula kerja).

InsyaAllah, will share stories about Teacher Mar journey ☺️

15 Rejab 1443H.
MAZ = Muhammad Ardani Ma'az (he calls me "Cikna")

Sunday, February 13, 2022

Andai ia terlenyap

Andai kitab-kitab Al-Quran terlenyap dek kerana hilang, bencana alam, kebakaran, koyak, basah, malah andai ia dirampas oleh musuh Islam, atau apa jua musibah yg membuatkan tulisannya terhapus atau terhalang, maka apakah aku mampu menuturkan bait-bait ayat Al-Quran setiap hari selepas itu?

"Ya Allah, yang Maha Pemurah dgn kekuasaan-Mu dan cahaya-Mu, jadikanlah aku mampu mengahafaz kitab-Mu sebagaimana yg Engkau ajarkan,"

[11 Rejab 1443H]

Friday, February 11, 2022

6th Practice Driving

Bismillahirrahmanirrahim.
Allahumma solli 'ala Muhammad wa 'ala ali Muhammad.

Semalam, 10.02.2022 (Khamis).

6th: Belajar imbang clutch dan minyak dekat bukit

Masuk je kereta, cakap dengan kak Mawar, "harini terus balik rumah ya.. (taknak pusing dlm taman)". Kak Mawar tanya tak larat kee... Tapi xjawab pun, cakap benda lain. Haha.

Sekali, masuk je dlm kawasan taman, bas haritu (5th practice) tengah masuk lorong rumah... Tak jadilah nak skip pusing taman... Kena melencong lorong lain dulu. Haha.. ada lah hikmahnya.

Settle pusing satu round, terus masuk lorong rumah. Kak Mawar dah siap-siap bukakan kedua-dua belah pagar sebelum gerak ambil saya tadi. Cuak... "Semalam dah 2 kali mati enjen, harini berapa kali pula.." dalam hati. Kak Mawar tak berhenti bagi kata-kata semangat kata saya boleh (parking melepasi bukit depan rumah). Alhamdulillah yg bagusnya masa tu, child seat Ma'az tak pasang, so kitorg saling tukar tempat antara tempat driver dgn co-driver. Ma'az pun tak ikut sebab abang ada kat rumah. Boleh la tengok step kaki kak Mawar dengan jelas. Macam biasa, dlm masa yg sama ada risau jiran dengar bunyi tekan minyak tak ke sudah.. malu, walaupun tak kenal seorang jiran pun lagi. Huhu.

Handbreak dah siap-siap tarik.
Masa utk imbang clutch dgn minyak.
1 kali... gagal (mati enjen)
Kali kedua... gagal
Kali ketiga... gagal... penat and takut dah
"Erm.. kak Mawar lah ya parking," kata saya, pasrah (give up utk hari tu).
Kitorg tukar tempat.
Masa kak mawar nak buat tu, memang bersungguh-sungguh, teliti satu persatu tanya balik.
1. Bila mati enjen, nak start enjen balik make sure handbreak dah tarik, free-kan gear, kaki jangan tekan mana-mana 'paddles' (clutch, break & minyak) - ok, start enjen.
2. Masuk gear satu.
3. Tekan clutch half sampai kereta mula bergegar - tanpa tekan minyak.. kak Mawar kata jangan risau, kalau tarik handbreak time ni tanpa tekan minyak pun kereta takkan turun ke belakang (gostan).
4. "Jangan takut" banyak kali kak Mawar ulang.. huhu
5. Dalam gegaran angkat clutch secara perlahan tu (half level clutch), handbreak boleh lepas. Kena standby minyak utk tekan secukupnya and jangan takut nak tambah tekan minyak, kena laju.
6. 😭 "Boleh ke saya buatttttt"
7. Lepas kak Mawar tunjuk, kereta pun selamat masuk bawah bumbung tempat parking, ditanya kita, "Mar nak try buat tak?..."
Nak jawab taknak tapi hati kata jangan mengalah, masa ni peluang nak practice!

"Ok.. nak.." 😭(keraguannn)

Pastuuuu, alhamdulillah menjadi! Ya Allah 😭😭😭 part no. 3 tu paling mencabar before ni. Kak Mawar kata saya (salah) terlepaskan clutch laju and tinggi + tekan minyak serentak (jadi tak balance cara betul), tu yg mati enjen + takut tekan minyak (sbb takut terbabas tak sempat break)..

Sekali buat tu menjadi pastu kak Mawar offer utk repeat. Sis ikuuut... Alhamdulillah both menjadi.. cukup utk hari tu. Ya Allah tak sabar nak try nextime (minggu depan) walaupun masih ragu-ragu consistency boleh buat tu... 🀲🏼

Alhamdulillah...
Alhamdulillah..
Alhamdulillah.

Catatan,
SMardianaMS.
09 Rejab 1443H❤️

Friday, December 24, 2021

Imaging Unit Terakhir

Bismillahirrahmanirrahim.
Allahumma solli ‘ala Muhammad wa ‘ala ali Muhammad.

Sekembalinya saya dari tandas, Kak Bib beritahu ada call masuk tadi. Saya tengok hp, no. tu not saved as my contact, so saya biar sahaja kalau orang tu urgent dia akan call kali kedua. Dua minggu ni mood nak focus handover and ajar sebanyaknya kat kak Bib as my pengganti, jadi sebarang gangguan tu macam… urghh. Haha. Termasuklah bila ada yang mai untuk interview, kita terima satunya sebab fikir memang untuk dapatkan manpower, and lagi satu nak train kak Bib.

Suddenly, Ali Raza datang ofis tanya, “kak, ada printer rosak ke,” baru menjawab “eh, takde.. (sambil memikir ‘ada ke..’)” tetiba muncul kelibat wakil vendor printer pegang sebungkus silver plastic which I really familiar with it.. “the imaging unit!!!” jerit dalam hati. Terus sambut, “oh ada.. ada!.. untuk imaging unit ke?!” masyaAllah masa tu happy sangat. Sebab dah lama saya menahan sakit mata bila print/copy je, ada garis putih yang membuatkan cetakan sangat tak smooth. Sebelum ni dah pernah log ticket, tapi tak berjaya menjemput orang untuk datang buat servis. Bila haritu mengadu dekat Abang Wan (IT dari HQ) dan dia belek-belek, dia suggest untuk log ticket sekali lagi dan dalam masa yang sama dia try explain kat orang berkenaan. Saya pun log ticket dan mengolah ayat, taip se-detail mungkin tentang masalah, dan…. That’s it, they came!

Orang tu datang bagi ‘rawatan’ pada printer pagi tadi.. saya until habis break at 2.30pm masih tak dapat move on dengan kegembiraan. MasyaAllah. Tak kiralah tinggal seminggu lagi ke akan guna printer tu, quality is quality! Kak Bib sengih je tengok telatah saya. I just could not hide it! I answered to the vendor bila dia tanya ok kan.. “ok.. ok puas hati!” Dapat wakil vendor macam tadi pun such a seronok tadi.. sebab conversation santai dan dia keep on macam ‘puji’ dengan tindakan saya yang log ticket dengan very clear including attachments yang membantu membuatkan dia lebih faham masalah sebenar yang kami hadapi tentang printer tu. [Below are log ticket (untuk kenangan) a.k.a my case study.. heheh]

Log ticket

Attachment 1

Attachment 2
Attachment 3

I never expected diorang respon dengan begitu ‘laju’ dan log ticket saya tu mendapat perhatian. Lepas ni, no need untuk ‘menapak’ ke Inventory ofis yang bagai ‘hujung ke hujung dunia’ tu jaraknya.. huhu.. demi mendapatkan cetakan yang jelas. MasyaAllah.. 'cause I am too particular tentang benda teknikal macam tu, for me it’s my standard of hasil kerja. Bila tak dapat, ia kan sangat mengganggu emosi, satu je perkataan, “buruk,” and it will keep berpusing kat otak sampailah muncul perkara lain yang mampu mengatasinya. 

That’s how punca stress seorang Mardiana, “benda boleh simple yang tak dapat nak dielakkan untuk tetap menjadikan ia complicated.. sorry to myself.. but it’s ok dear.. that’s your 'uniqueness'. Sebab awak ada style sendiri pula untuk handle.. ok! Keep calm, and kembali pada Allah.. don’t force yourself to worry of not thinking the way other people think.. ilham itu datang dari Allah, kepada Allah jua saya mesti rujuk dan serahkan segala tindakan yang dipilih untuk lakukan”

I said to kak Bib, I am too happy and relieved sebab saya dapat collect another new achievement before I leave. Kak Bib fahaaam sahaja. Hihi. Petang tu saya dapat perkhabaran gembira lagi satu, tentang my ordering for ‘laminating film’ (plastic untuk laminate) yang kerap digunakan untuk kegunaan store (seperti membalut poster dan harga kawalan) tu insyaAllah expected akan sampai by 31/12/2021, means my last day. I know how important it is while nobody bother until they are asked to display those posters/price. Yelah.. dah namanya kita yang admin, kena sediakan semua tu.. haha. Diorang tahu department diorang saja! Hehe. Sabar, Mardiana.. sabar… I’m getting too excited to receive it! Allahuakbar.

Achievement apa lagi saya nak kumpul before ‘meninggalkan’?
Apa-apapun, segala puji hanya untuk Allah. Semua ni takkan terjadi tanpa izin-Nya. Syukur pada-Mu, ya Allah. Moga Allah ampuni dosa-dosa saya, sebab selalu rasa nikmat yang Allah bagi ni lebih daripada yang layak diterima. Allahu :’)

Coretan,
SMardianaMS.
19 Jamadilawwal 1443H,
24.12.2021
“My passion selalunya nak mudahkan urusan orang lain ‘in future’ [walau dengan menyusahkan diri sendiri 'sedikit'] even benda yang orang takkan recognized pun, insyaAllah, moga Allah izin”

Saturday, September 4, 2021

Tarbiah Kutip Sampah

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.
Allahumma solli 'ala Muhammad wa'ala ali Muhammad.

04/09/2021, 9.23am-9.55am.

-Catatan ringkas dan pantas shj ni-

Kutip sampah di tengah jalan.
Cuma teringat dulu masa sekolah especially lepas dah masuk maktab, memang praktikkan 'benda' ni (amalan kutip sampah). Sebab sayangkan sekolah la katakan.. huhu.. dan terdidik dengan ceramah atau nasihat yg didengari, anjurkan kita berbuat demikian kan. 

Then, nak kata amalan tu pudar, boleh dikatakan begitu juga lah dengan lahirnya pelbagai alasan/faktor. Sebelum Covid-19 muncul, biasanya alasan adalah:

1. Bergantung kepada jenis sampah - basah, kering, kecik, besar
2. Ke mana akan di buang?
3. Ambil masa tak untuk dibuang? (jumpa tong sampah) - ambil masa tu means, tong sampah tiada di situ. Means, jarak dan travel time untuk jumpa tong sampah utk dibuang. Sementara nak jumpa tong sampah tu, nak kena pegang je ke atau simpan dalam beg?
4. Kalau sampah tu basah atau kotor, kena pastikan ada tandas/pili air utk cuci tangan
5. Covid-19. Barangkali sampah tu ada CovidπŸ˜… 

Bila nampak sampah kat tengah jalan memang akan triggered lah. Sebab rasa, kalau tak kutip, rugi pahala, atau hilang peluang untuk jadi qudwah (da'wah bil hal - dakwah melalui akhlak). Cehh, padahal kat rumah selalu je berselerakπŸ˜‚

Cuma itulah yg dikatakan tarbiah.
Tarbiah yg tidak langsung. Sebenarnya tarbiah kutip sampah ni yang lebih penting itu dekat hati: ikhlas tak? rasa riak/ujub/sum'ah tak?

Jawapannya: tegaskan diri to say "no"
Yang dikatakan tarbiah itu tak perlu tunggu ikhlas baru nak buat. Tarbiah perlukan mujahadah (bersungguh-sungguh) danbia termasuk memaksa diri melakukan kebaikan. Keterpaksaan itu bermakna kita paksa nafsu kita buat baik. Dan jangan asyik nak mengelak saja buat baik. Kalau wujud rasa penyakit hati 3 berangkai seperti di atas tu, atasi dengan istighfar dan tajdid niat. MasyaAllah... *ini adalah nasihat buat diri*

Jadi,

Apa yg saya pelajari pada hari ini atau sejak semalam, saya didik diri saya perlahan-lahan utk amalkan semula amalan kutip sampah especially kat tempat kerja (kalau dulu di sekolah). Kenapa mention tempat kerja? Sebab most of my 24/7 are there lively/i move around. Cuma, mungkin pada situasi tertentu alasan-aalasan yg tersenarai di atas boleh jadi rational. Sebab, ia juga melibatkan personal hygiene, health and safety... Kan.... Kumannnn tuπŸ˜‚

Dari segi tandas (utk cuci tangan) tu, ada kelonggaran sebab dah ada sanitizer (hanya utk sampah kering & ringan sahajalah). Kalau besar sikit, sebab kalau dah melibatkan segenggam tangan, memanglah kena pastikan ada toilet atau sinki atau pili. Sampah kalau berabuk, ditambah dengan sanitize banyak kali, tangan pun boleh jadi tepu! πŸ˜‚

Haha.

Oh.. just nak selit situasi, berbalik kpd apa yg saya belajar harini. Semalam, saya kutip sampah guna tangan dan hati. Sebab dah lama tak buat kan, langkah pertama selalunya tersangatlah BERAT. Tapi, masyaAllah. "Tarbiah" kan.. harini bila nampak sampah, bila fikir "takkan tak kutip? Semalam boleh je kutip?" Then say no more to alasan. Dan moga istiqamah ya! InsyaAllah.

For me, this kind of statement applied to all kind of 'amal. Suka untuk saya highlightkan.

"takkan tak kutip? Semalam boleh je kutip?" 

Tarbiah kadang tak datang daripada nasihat atau teguran, tapi cara kita sendiri bimbing diri kita iaitu berdasarkan juga kepada apa yg kita pernah diajar suatu masa dulu. Sungguh ilmu itu masyaAllah, syukur Allah itu tidak lokek ilmu. Di mana sahaja ilmu kita boleh dapat.

Contoh lain:
"Takkan tak solat dhuha dah? Semalam kan buat?"
"Takkan tak baca al-Mulk harini? Dulu kan aku pernah amalkan?"
"Kenapa nak tengking? Dulu boleh je aku cakap lemah lembut?"

Tarbiah jenis ni, tak perlu tengok orang lain punss.. Macam orang selalu tak kasi kita cakap, "kalau orang tu mampu buat, kenapa aku tak boleh buat?"

Ala... Dia macam ni. Kita selalu rasa kita pada zaman dulu (masa lebih muda) ada suatu masa yg kita lebih baik daripada harini kan.. ha, macam tu laa.

Ok, sekian. Wassalamu.

SMardianaMS,
26 Muharram 1443H.

Wednesday, August 25, 2021

Mujahadah Talaqqi Kitab

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.
Allahumma solli 'ala Muhammad wa'ala ali Muhammad.

25/08/2021, 11.19pm-11.59pm.

MasyaAllah. Malam ni merupakan pengajian kitab tauhid siri ke-3, buat pertama kali saya berjaya tumpukan perhatian daripada awal sampai akhir (tanpa tertidur/terlelap). Alhamdulillah, syukur pada Allah.

Saya harap Allah kekalkan momentum seperti malam ini.

Saya catatkan di sini untuk beri motivasi kepada diri saya untuk masa mendatang. Menuntu ilmu itu perlukan usaha yg sungguh-sungguh. Tentang keikhlasan, perlu dididik sepanjang perjalanan.

Semasa siri 1 (11/08/2021), Allahuakbar, moga Allah ampuni saya... boleh dikatakan tak mampu mengutip apa-apa catatan disebabkan saya tertidur seawal pengajian baru bermula. Pengajaran yg saya dapati daripada hari itu adalah:
1. Adalah syarat sebelum memulakan mempelajari sesuatu kitab itu dengan mengenali penulisnya (secara terperinci - ie. perjalanan beliau menuntu ilmu dari satu level ke satu level yg lebih tinggi) terlebih dahulu. Pada malam itu, disebabkan saya "tidak bersedia" mendengar latar belakang penulis, saya telah dihanyutkan mimpi yg deras. Kerana pada malam itu, pada sangkaan saya, ustaz akan terus memulakan pelajaran pertama (tajuk pertama dlm kitab), menurutkan nasihat ustaz yg memesan untuk membaca kitab sebelum pengajian pertama bermula. MasyaAllah, sungguh pengalaman/pengajaran baru untuk saya.
2. "Qabiltu" adalah ucapan penerimaan apabila ustaz mengijazahkan sesuatu doa/zikir amalan, bermaksud "saya terima" mengikut konteks ucapan.
3. Kata adik saya, siri pertama memang akan "drag" masa dengan mukadimah yg disampaikan oleh ustaz. Saya ambil pandangan adik saya ini sebagai peringatan supaya akan datang lebih bersedia, insyaAllah.

Semasa siri 2 (18/08/2021), hari yang sangat mendebarkan buat saya. Saya sangat berdebar kerana merisaukan perkara yg berlaku minggu sebelum itu (siri 1: tertidur sepanjang pengajian) berulang kembali. Takut melanggar adab. Cabarannya, saya ada sedikit sakit kepala pada hari itu tetapi saya cuba gagahkan jua. Pengajarannya:
1. Tanpa mengetahui hujung siri-1, yg menjadi sambungan awwalan pada siri-2, ustaz menerangkan tentang kalimah "ali" (keluarga) dalam selawat yakni "Allahumma solli'ala Muhammad wa'ala ali Muhammad".. Subhanallah rupa-rupanya sangat meluas dan mencakupi beberapa makna antaranya merujuk kepada...
...1) nasab Rasulullah s.a.w.; 
...2) semua orang yg bertaqwa;
...3) para sahabat nabi s.a.w.;
...dan beberapa kategori makna lain.
2. Ustaz mengijazahkan satu amalan iaitu ayat 58 Surah Yasin utk dibaca sebanyak 28 kali setiap hari, seawal masuknya waktu Subuh.

Semasa siri-3 (25/08/2021), merujuk kepada awwalan post ini. Saya sangat bersyukur dengan tumpuan yg Allah izinkan. Walaupun pada awal pengajian saya agak sukar menangkap penerangan ustaz, tetapi, apabila ustaz mula mengembangkan isi, masyaAllah, saya berasa sangat bersemangat dan teruja. Sesuatu yang membuka mata hati dan fikiran saya. Moga Allah kurniakan hidayah berterusan, aamiin. Saya berasa rugi, kerana di dalam saya terlelap pada pertengahan siri 2, saya telah ketinggalan 2 point pertama dalam tajuk pertama kitab.

Secara ringkasnya, saya telah melalui 3 fasa cabaran menuntut ilmu:
1. Mengantuk & tidur sepanjang pengajian.
2. Sakit kepala ringan, tertidur pada pertengahan pengajian, tetapi sempat tersedar saat terdengar ustaz jngin mengijazahkan amalan.
3. Sedikit lewat (1-2 minit). Tetapi, alhamdulillah dapat menumpukan perhatian dari awal hingga akhir pengajian.

SMardianaMS,
17 Muharram 1443H.

Monday, August 23, 2021

Tawar

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.
Alahumma solli'ala Muhammad wa'ala ali Muhammad.

06/08/2021, 7.46am-8.26am.

Pagi ni saya keluarkan sebahagian ayam dari peti sejuk. "Masak apa saya harini?"
Kurma, atau kari.. kari lah.
"Asalkan masak,"
Ayam yg dah tak beku lagi tu saya bilas, masukkan air sama paras, dan tenggek di atas dapur. Api dinyalakan lebih daripada medium. Supaya laju sikit mendidih dan masak. Bawang merah, bawang putih, dan halia sikit, saya tumbuk dan masukkan dalam periuk. Rempah kari disebatikan dgn sedikit air, kemudian dituang juga. Daun kari housemate, saya ambil sikit, saya potong-potong supaya lebih halus dgn niat supaya kari tu lebih "berasa". Sebelum itu, saya ada juga letak serai. Mira (Rabithah) rasanya pernah sebut kari tak perlu letak serai. Saya tetap letak sebab nak selamatkan serai tu daripada terus kering. Sambil tunggu ayam lebih masak, kentang dan carrot saya potong utk dimasukkan kemudian. Ayam nampaknya masih belum betul-betul empuk. Rasa dahululah kuah tu. Tadinya pun ada letak garam dan sedikit gula, konon dikatakan akan menyeimbangkan rasa. Kuah diambil sedikit menggunakan sudu. Digoyang sedikit supaya tak terlalu panas, lalu dimasukkan dalam mulut.
"Mm.. makan sahajalah, Mardiana," saya berkata pada diri sendiri.

"Tak payah fikir apa yg sedang rasai ni menyedihkan sangat la, sedangkan orang lain lagi kesian,"
- Teguran yang sering menepis lamunan. Pasti akan diikuti membayangkan orang-orang yg macam dekat Ethiopia. Negara yg bancuh tanah jadi macam biskut utk makanan harian. Allah.. Bagaimana pula seorang ibu di sana yg mengandungkan anaknya tanpa makanan yg berzat, bagaimana pula nak itu membesar dengan diet seharian begitu. Tapi, mereka terus hidup. Saya jauh beza dgn mereka. Jauh.. Mengapa saya perlu melayan rasa "tawar" ini?

Bisikan begitu membantu utk move on, tetapi, hakikat tetap kekal. Rasa "tawar" itu setiap hari mendatangi, terutamanya bila makan.

Degil

Selalu saja saya "ter"-mention dekat orang-orang yg rapat dgn saya bahawa saya beralasan kurang makan, kerana kurang selera disebabkan kerinduan pada keluarga. Saya tahu saya tak patut. Apa tujuan saya, kan? Nak minta kesian? Itu bukan point...

(Tertangguh di sini)

SMardianaMS.

Saturday, August 14, 2021

Nekad

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.
Allahumma solli 'ala Muhammad wa'ala ali Muhammad.

14/08/2021, 8.14am-8.27am.

Beg belakang ditarik dari bawah katil,
Bungkus baju-baju yg sempat dibungkus.
Entah pukul berapa jadual KTM pagi ni.
Saya nak balik kampung.
Saya nekad.
Komuter sampai,
Saya duduk dekat kerusi panjang yg boleh berhadapan dgn kerusi panjang yg lain.
Tingkap tren yg besar, dengan memilih koc yg cerminnya tidak retak.
Saya duduk diam. Tren bergerak.
Pemandangan luar, daripada nampak bangunan-bangunan, kepada pokok-pokok dan semak-samun.
Stesen ke stesen melepasi.
Saya mula memikirkan takdir ini.
Ya. Saya berhenti kerja.
Sebab, kalau tak berhenti, entah macamana saya nak balik semula ke KL dan menghadap rutin yg mengeluhkan fikiran. Saya tahu, if saya berhenti serta merta macam ni, i will be titled as "absconded". I will never be accepted by the company dah.
Tak sabar nak sampai rumah jumpa mak abah.. ya Allah...

---
(Stop it)
Nope. I just cannot do that.
Life is not easy as like that.
Saya tak boleh bertindak terburu-buru macam tu. 
Kuatkan langkahmu.
Bertahan.

Saat dirimu rasa terhimpit,
Ingat, kamu buat kerana Allah.
Bukan kerana lainnya.
Bertahan.
Sedang orang yg telah mati, merayu-rayu utk kembali ke dunia untuk mencukupkan bekalan.
Kamu belum bersedia lagi.

Catatan,
MimRa.
05 Muharram 1443H.

Wednesday, August 4, 2021

Berasa Cukup

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.
Allahumma solli'ala Muhammad wa'ala ali Muhammad.

04/08/2021, 10.19am-10.43am.

Gaji masuk haritu, saya sedar ada kekurangan. Mungkin sebab ada kesilapan pada attendance yg dihantar. Saya boleh isukan "salary problem" maka insyaAllah payback akan masuk dalam gaji bulan seterusnya pula.

Duit kalau berkurang sikit mesti terasa. Dan, akan bertanya, bilalah ia akan meningkat luar biasa.
Pujukkan diri, "sabar... dgn apa yg saya dapat harini, saya perlu berasa cukup dgn rezeki yg Allah bagi,"
Berasa cukup dgn rezeki yg Allah beri. Bukan bermakna, tak perlu usahakan jadi banyak, tapi, biar kena pada situasi atau prosesnya. Bila dikecilkan kpd skop gaji semasa, memang selalu rasa, ya Allah gaji aku ini sikit.. tapi, hakikatnya, banyak lagi nikmat lain yg Allah izin jadi milik kita (pinjaman Allah di dunia), sedang org lain tak merasainya.

Setiap kali hati mula mengeluh, alhamdulillah syukur sangat ada satu bisikan nurani yg Allah izin untuk sentiasa didik hati untuk sabar dan bersyukur.

Pujuk...pujuk.. dan pujuk. 
"Sabar...apa yg aku ada sekarang ni Allah bagi cukup-cukup. Tidak akan ada kurangnya. Yang kurang itu sebab kau tak bersyukur..kau belum cukup bersyukur.. Bersyukurlah, wahai diri sang hamba. Muhasabahlah... Allah uji dan ingatkan, ke mana duit-duit tatkala "ada" itu dibelanjakan."

Dalam pada masa yg sama, sentiasa ingatkan diri, duit yg ada di tangan, rezeki kesihatan, makanan dan apa-apa saja, barangkali ada hak orang lain. Jadi, laksanakanlah "hal" yg sepatutnya.

Mohon Allah ampunkan dosa kita, saat bisikan nurani itu tak mampu memujuk hati seawalnya, disebabkan kesulitan yg dihadapi dan terasa sempit. Sudah sifatnya manusia itu berkeluh kesah. Tetapi pada hakikat sifat itu, Allah dah sediakan panduan supaya tetap kembali pada-Nya, walau apa jua yg dihadapi, susah dan senang. Dengan itu, Allah menilai mana hamba-Nya yg mengusahakan taqwa.

Ingatlah, wahai diri.
Pastikan dirimu sentiasa mendekat pada Tuhan. Dengan itu, insyaAllah Allah Maha Pengasih, takkan mudah melepaskan kita menjauh dari-Nya, dan terus melimpahkan kurniaan-Nya yg tak disangka-sangka.

Catatan,
SMardianaMS.
25 Zulhijjah 1442H.

Saturday, July 31, 2021

Lembut Hati

Dengan nama Allah yg Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.
Allahumma solli 'ala Muhammad wa'ala ali Muhammad.

31/07/2021, 3.00pm-3.26pm.

Bila susah dicari, bila tak diperlukan, ditolak ke tepi.
Itu lumrah manusia kan.

Berbudi bahasa.
Kalau di tempat kerja, semua orang kebiasaannya mengakui mereka sibuk..

Tidak mahu saya panjangkan cerita, cuma ingin berkongsi prinsip saya.
Saya selalu berangan-angan utk menjadi "orang yg terbaik" mengikut hadis Nabi s.a.w. yg mengatakan bahawa, "orang yg terbaik adalah orang yg bermanfaat utk manusia lain"

Diambil kesempatan? Pada sesetengah orang melihat pada pandangan sedemikian. Alhamdulillah, setakat ni setiap perkara yg saya lakukan adalah dalam keadaan "sedar" (sedar yg mungkin orang menggunakan kebaikan kita utk kepentingan diri mereka) cuma di dalam hati itu ada reda atau tidak atau mungkin mengambil masa setelah dipujuk-pujuk oleh iman. Berbaik sangka, jika sukar berbaik sangka pada dia, berbaik sangkalah pada aturan Allah yang sedang menguji kepekaan kita untuk menyambut tawaran pahala dari-Nya, terutamanya pahala "sabar".

Pernah dengar, bila seseorang perlukan bantuan walhal dia telah jadi punca kepada masalah, tetapi dia kata, "takpe, cakap je dengan dia.. aku tau hati dia lembut tu,"

Dan sebaliknya, bila orang yg diminta bantuan itu sekadar melaksanakan tugasnya, tapi memberi kesan buruk padanya, dia akan "mengata" kerja orang itu.

Lumrah kan?
Pernah dengar, "betulkan yang biasa, biasakan yang betul"?

Ada perkara yg lumrah, tapi sebenarnya barah yang menanah.

Orang yg mengambil kesempatan atas kebaikan orang lain, takkan merugikan orang yg diambil kesempatan. Mungkin, akan rasa dia menang. Tetapi, orang yg memberi manfaat itu lebih "berjaya" di sisi-Nya jika dia betul-betul IKHLAS.

Bila sampai masa kita memerlukan bantuan mereka, mereka menolak, "aku sibuk!" Dan kita dikemudiankan, lalu bila sampai masa kita cuba lagi, dan masih dijawab "aku sibuk!" 

Bila meminta pada kita, sesopan bicara. Bila tak diperlukan, diherdik pula.

MasyaAllah, bersyukurnya saya, bahawa Allah masih menyedarkan saya bahawa ujian kesabaran ini adalah sebahagian didikan dari-Nya untuk achieve jadi orang bertaqwa. Moga layak jadi hamba yg dicintai-Nya dan mendapat kasih-Nya sentiasa.

Ni semua warna warni ragam manusia di dunia. Faham. 

Tunjukkan kami (jalan mendekat pada-Mu) sentiasa ya Allah.

Catatan,
SMardianaMS.
21 Zulhijjah 1442H.

Thursday, July 29, 2021

Pemergian

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.
Allahumma solli'ala Muhammad wa'ala ali Muhammad.

29/07/2021, 8.20am-8.37am.

Kak Eja, atau nama penuhnya, Saharizal Binti Abdul Rahman, telah pergi meninggalkan dunia ini semalam, 28/07/2021.
Innalillahi wainna ilaihi rajiun.
"Usahlah berpanjangan meratapi pemergian ini," pujuk diri.
Wahai teman,
Sekarang, kita lebih dekat, bukan?

Jika mahu dicoret, banyak kebaikan kak Eja, selalu beri dorongan pada saya sewaktu bekerja sebagai pelatih SLIM (Protege) di PKNSB, Jalan Chan Sow Lin dulu. Selesa untuk saya membawa diri sebagai budak kampung dengan Kak Eja, serta kakak-kakak bahagian Production yg lain.
Sedih, tak sangka. Kita tidak sempat bertemu lagi di dunia ini.
Allah.. Ya Allah, rahmatilah roh-Nya di sana.

Pemergian kak Eja memberi peringatan kepada saya. Akan perasaan dan persediaan. 

"Esok atau lusa, kita tak tahu mungkin giliran kita pula," monolog hati.
Kematian itu datang tanpa memberitahu dengan lebih awal. Dan, di mana-mana, dan bila-bila sahaja.

Kalau diikutkan, pelbagai hajat kita mahukan daripada Tuhan, tentang ketetapan pada masa kita mati nanti.
Izinkanlah ya Allah.
Sempat berkumpul bersama keluarga tercinta, lengkap semua ada.
Matikanlah kami dengan kematian yg baik.
Jadikanlah kematianku diredhai oleh diriku (dengan terdahulu diredhai-Mu), dan diredhai orang di sekelilingku.
Aamiin.

Jika kita punyai keluarga, sahabat yang kita sangat sayangi dan cintai, telah pergi meninggalkan alam fana ini, hadiahkanlah mereka. Jadikan pemergian ini kesempatan untuk kita lebih mudah memberi hadiah kepada mereka. Sedekahkanlah bacaan ayat suci Al-Quran kepada mereka, niatkanlah sedekah ke atas mereka, doakanlah kebaikan buat mereka. Moga kita sentiasa miliki hubungan akrab dengan mereka di sini dan di sana. Sungguh, Allah Maha Pengasih, Maha Pengampun.

Catatan,
SMardianaMS.
19 Zulhijjah 1442H.

Tuesday, July 27, 2021

Suratan

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.
Allahumma solli 'ala Muhammad wa'ala ali Muhammad.

27/06/2021, 8.06am-8.20am.

Semalam/malam tadi saya teringatkan tentang "kesihatan menurut Islam" yg saya pernah catatkan di Catatan MimRa (fb). MasyaAllah. Lama dah saya tak publish apa-apa dekat page tu. Last penulisan, mungkin bulan Februari atau Mac yang lepas, melainkan petikan yg saya share dpd IG saya pada bulan Ramadhan (Mei) haritu.

Scroll punya scroll, MasyaAllah. Terasa, where am i now? Catatan-catatan dalam tu penuh dengan nilai dan buah fikiran. Sesuatu yg punyai makna dan tujuan. Nostalgia. Dan, tertanya pada diri, "how did i stop for a long time?"

Catatan dalam tu basically peringatan buat saya sendiri. Itulah manfaatnya pada diri saya. Saya tak boleh nak expect ramai orang peroleh manfaat dari situ, tapi sedikit sebanyak memberi peringatan pada diri. Niat saham selepas mati, saya serahkan pada Allah.

Terus terlintas lirik lagu "Dalil Cinta". Sebab lagu tu pun seolah-olah membacakan surat untuk diri yang ditulis pada masa lalu.

"Ke hadapan diriku,
Di hari kemudian?
Apa khabar dirimu?
Tertanya ku bagaimana..

Apakah kau berduka?
Hadapi hari itu.
Masihkah ingat dahulu,
Duka sama pernah dirasa?"

Subhanallah. Alhamdulillah.
Terima kasih Allah, sebab kembalikan saya lagi.

Pagi ini pula,
Terlintas kat fikiran.
Satu lirik juga,
"Cintakan bunga akan layu,
Cintakan manusia akan mati,
Cintakan Allah, kekal abadi,
Itulah cinta yg hakiki."

Ya Allah,
Tetapkan aku/kami dalam agama-Mu.
Dalam keredaan-Mu.

Catatan,
SMardianaMS.
17 Zulhijjah 1442H.

Malam tadi saya organised buku catatan saya. Moga beri motivasi kepada saya untuk terus menuntut ilmu Allah secara istiqamah, walau dengan apa jalan sekalipun, insyaAllah, moga Allah izin. Sebelum nafas terakhir❤️

Thursday, July 1, 2021

Kena Marah

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.
Allahumma solli'ala Muhammad wa'ala ali Muhammad.

01/07/2021, 1.12pm, 2.22pm, 5.33pm-5.49pm.

Siapa suka kan? kena marah.
Tapi, tula. Banyak points (kesalahan) pula saya dapat harini, especially ada satu yang melibatkan jika diisukan (sebab pending) boleh sampai ke BOD kerana melibatkan RM.
1. Own use, store
2. Contribution, RM
3. Log ticket

Ada tu, kecewa dimarahi sebab perihal kerja yang saya support (bukan task HR/Admin). Tapi, tidak kurang juga yang memang skop sendiri. Hehe.

Ada juga dalam masa baru-baru kena marah tadi, biasalah, mesti rasa down, sampai rasa: 
- banyak sangat kerja kan... see... i'm not compatible dah; utk handle all the multitasking 
- i'll search for other job... 
- saya bukan berdendam, tapi tercabar.. (almost ke dendam - tapi bukan dendam pada orang tapi dendam pada punca burden/workloads)
Ni masa mood "ambil hati" (terasa) lah.
Gituhhh..

Alhamdulillah bila dah petang ni dah berkurang (rasa kecewa tu) sebab masa meeting dengan HOD yang lain after take lunch break tadi, sir susuli teguran dengan bagi tempoh (until 01 Disember 2021) dan guide sedikit sebanyak. Sir kata HOD meeting akan terus dibuat every week sampailah paperwork yang sir mentioned dalam meeting achieved.

---

Hmm.. biasanya hari yang buat saya upset ni saya lawan dengan makan samyangπŸ”₯ tengoklah nanti.. 😌

InsyaAllah malam ni ada daurah, 9.15malam-10.30malam, diajak oleh kak Fathihah (akk usrah/naqibah) sebagai pengganti usrah minggu ini. Hopefully, tidak terlampau mengantuk nanti.. aamiin!

Link Daurah:
https://www.youtube.com/watch?v=AsoN0t3PmL0
Tajuk: "Atheis - Golongan yang menolak Tuhan dan agama"

SMardianaMS,
20 Zulkaedah 1442H.

Tuesday, June 29, 2021

Attached

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.
Allahumma solli'ala Muhammad wa'ala ali Muhammad.

29/06/2021, 8.43pm-9.30pm.

"Attached dengan Al-Quran,"

Lama dah, tak dapat rasa manisnya, rasa dekatnya jiwa dengan Al-Quran. Tidak tahulah "sibuk" (leka) lah sangat dengan urusan lain sehingga kadang-kadang ada tempoh yang "tidak sempat" baca Al-Quran bukan sehari, tetapi beberapa hari yang berterusan, astaghfirullahalazim.

Jauh sekali pada hafazan, memastikan hafazan yang terhafaz, tidak pudar. Bila kali terakhir tasmik yang berjaya recall keseluruhan hafazan? 

"Ya Allah, kasihanilah aku dengan (mengurniakan kepadaku kemampuan) meninggalkan maksiat selagi aku hidup, dan kasihanilah aku daripada memberatkan diriku dengan perkara-perkara yg tidak penting bagiku, dan kurniakanlah kepadaku anugerah melihat perkara yg Engkau suka. Ya Allah yg menciptakan langit dan bumi, yg memiliki keagungan, kemuliaan dan kekuasaan yg tidak pernah luput, aku memohon kepada-Mu. Ya Allah, yg Maha Pemurah dengan kekuasaan-Mu dan cahaya-Mu agar menjadikan aku mampu menghafaz kitab-Mu sebagaimana yg Engkau ajarkan. Dan kurniakanlah kepadaku (kesempatan) untuk membacanya sebagaimana yg Engkau kehendaki. Ya Allah, yg menciptakan langit dan bumi, yg memiliki keagungan, kemuliaan dan kekuasaan yg tidak pernah luput, aku memohon kepada-Mu ya Allah, yg Maha Pemurah dengan kekuasaan-Mu agar menjadikan penglihatanku terang dengan kitab-Mu, agar dilepaskan hatiku (daripada belenggunya) dengan kitab-Mu itu, dan dilapangkan dengannya dadaku, dan dibersihkan dengannya tubuhku, sesungguhkan tiada sesiapa yg sebenarnya dapat memberikan pertolongan selain-Mu, dan mendatangkannya melainkan Engkau. Dan tiada daya upaya melainkan dengan Allah yg Maha Tinggi lagi Maha Agung." (Riwayat al-Tirmizi)
- Doa ini, jika sempat, saya mensyaratkan diri agar dilintaskan pada hati setiap kali membaca surah Al-Fatihah iaitu, sebelum membaca sambungan Al-Quran yang saya telah berhenti pada sebelumnya.

Tajuk post kali ini, adalah perkataan yg datang dekat fikiran sejak tengahari tadi.
Ketika, saya seorang diri perlu ke Ibu Pejabat Polis di daerah tempat kerja untuk satu urusan permohonan menjalankan aktiviti di tempat kerja (dlm tempoh PKP 3.0). Sambil menunggu, Allah ringankan tangan untuk membuka aplikasi Al-Quran dengan niat untuk tasmik antara hafazan yg telah pudar. Iaitu, Surah Al-Kahfi, ayat 1-10. Pada awwalannya, tersengguk juga saya, menunggu panggilan bertemu dengan Ketua Polis yg tak kunjung tiba, sambil duduk di ruang menunggu yg tiada orang lain kecuali saya, dan 2-3 staf yg sesekali lalu lalang di ruang itu. Mula-mula, ingat nak putus asa dah, sebab mengantuk.

Tetapi, Allah ringankan tangan buat kali kedua. Alhamdulillah, nampaknya ada sedikit tautan jiwa pada tasmik itu, walaupun masih belum lancar. Kemudian, ditutup dan termenung menunggu panggilan. ---

Ketika pulang dari kerja, masyaAllah, perasaan yg dah lama tidak hadir, iaitu rasa berkobar-kobar; perjalanan menuju ke stesen menunggu tren punyai niat untuk sambung tasmik. Ada "aim" untuk meneruskan tasmik supaya lebih lancar.

"Aim" itu alhamdulillah, saya berjaya tunaikan daripada perlu berdiri, kemudian dapat tempat duduk. Tsumma alhamdulillah, nikmat rasa "attached" yang dah lama saya tak rasa. Allahuakbar, masyaAllah. Alhamdulillah.. Alhamdulillah❤️

Ketika dalam tren itu, semasa dapat tempat duduk, saya mula menangkap ayat mana yang saya tertukar/terskip, iaitu pada ayat 7 dan 8 (Surah al-Kahfi). Dalam hati, "oh, saya skipped!" masyaAllah seronok rasa, dapat menangkap kelemahan agar dapat diperbaiki.

Saya mengharapkan momentum perasaan seperti ini agar berterusan dan jangan tinggalkan saya. Sedih bila sedar jiwa tidak selekat masa-masa (dulu); yang rasa tidak boleh lepas dengan Al-Quran, walaupun kita sedar, kita mungkin bukanlah orang yang mahir dengannya seperti para ahli tafsir, hafizah, asatizah, dan qariah. Selagi saya Islam, Al-Quran punyai hak ke atas saya. Kelak, ia akan jadi teman dan beri syafaat kepada kita dari alam barzakh ke alam akhirat yang seterusnya, insyaAllah moga cukup bekalan itu.

Sesekali tu, ada juga terlintas di hati (berangan), andainya saya boleh request bakal teman hidup untuk hadiahkan saya satu surah yang boleh dihafaznya, sependek Surah Al-Mulk. Tetiber kan,, Nevermind.. ada ke orang suka disuruh-suruh untuk kepentingan diri kita sendiri?

Wallahu'alam. Semoga kita meraih kebaikan dan keberkatan pada setiap ibadah yang kita usahakan, insyaAllah 🌸

SMardianaMS,
18/19 Zulkaedah 1442H.