Wednesday, August 17, 2016
Lebih Mahal Daripada EMAS
Selawat ke atasmu.
17.08.2016
Biar aku jadikan,
Tintaku,
Percakapanku,
Masaku,
Fikiranku,
Lebih mahal daripada EMAS
Ya Allah,
Ke mana perginya ilmu- ilmu yang telah
Engkau anugerah-dan-amanahkan kepadaku?
Sesungguhnya aku telah menzalimi diriku sendiri. Maka, ampunilah aku. Keluarkanlah aku daripada golongan yang zalim.
Friday, January 29, 2016
Membina Pegangan, Memilih Haluan
Allahumma solli 'ala Muhammad wa'ala ali Muhammad.
29 Jan 2016
*CC kepada studen universiti
Sebab, bagi orang yang dikatakan 'mencari hidayah' atau 'mencari pengalaman baru' atau apa-apa sahajalah label bagi orang yang nak ada satu-satu aktiviti yang dijadikan pemanis rasa hidup di universiti, insan ini akan terdedah kepada banyak entiti atau badan yang berbeza-beza.
Semua badan mempunyai perjuangan atau objektif atau goal yang tersendiri.
Termasuklah, persatuan yang berlandaskan agama tetapi, lebih daripada satu. Maksudnya, ada persatuan A dan persatuan B, yang "Islamik".
Pelik, atau tidak bagi anda?
It's ok. yang penting (1) niat kita.
Dan bagaimana kita menilai, bukan menilai untuk mengatakan persatuan ni betul dan persatuan ni salah, 100%. Tetapi, bagaimana kita garap elemen-elemen di dalamnya bagi sesuai dengan "yang baik jadikan pedoman, yang buruk jadikan sempadan".
Sebab, di universiti, most of the members of a club are students, who are the group of people that comes to learn, from zero to at least something. Students are people who always in dilemma of right and wrong, for them to follow, to engage with, or to avoid. So, their words, what they bring, who they are, might be vary from one and another and might be from own assumptions which are not reliable.
Yang penting (2), kita sendiri perlu menilai tanpa rely on apa yang orang kata, disertaikan dengan panduan dan ilmu.
Contohnya lah, kita nak kata, "dia ni meragukan, lah. Ada jugak si fulan kata dia ni bla... bla.. bla... Dan aku sendiri pernah nampak dia dengan geng atau kelab dia ni buat bla.. bla.. bla.."
Macamana kita menilai, boleh banyak cara.
"Antara" cara basic untuk merungkai satu per satu "kebenaran",
dengan 5W1H.
Who,
Why,
Where,
Which,
When, and
How.
Yang penting (3), kita menilai bukan untuk menghukum seseorang atau satu-satu entiti,
Tetapi, bagi menjadikan sesuatu "perbuatan" itu sesuatu yang perlu kita ikut, atau tinggalkan.
Bagi yang berani sikit, yang 'buruk' itu akan dicegah dengan cara-cara tertentu, sewajarnya dan berhikmah.
Tentang mengikut gerak hati, biarlah 'status hati' yang kita nak 'ikutkan' itu kita yakin pada waktu tu, iman kita, atau keyakinan (tanpa waswas kita) tengah tinggi, bukan waktu kita masih lebih daripada 50% kata, "eh, betul kot..." atau "eh, salah kot..."
sepatutnya, dalam 60-100%, kata nak ikutkan gerak hati, perlu dengan, "Insya-Allah (keyakinan dengan rasa bertawakkal), apa yang akan aku buat atau ikut ni betul".
Ingat! ini bermakna, tak sepanjang masa kita perlu ikutkan gerak hati. Yang penting (4), jauhi syubhah! If not, adalah gangguan pada fikiran yang buat kita tak dapat fokus atas khusyuk pada apa yang kita tengah atau akan lakukan. Kalau ada rasa syubhah, cuba dapatkan pendapat atau nasihat orang yang kita boleh percayai yang sesuai dengan skop dilemma yang dialami tu. "SUMBER" ilmu itu penting (5).
Wallahu'alam. InsyaAllah :)
Saturday, February 7, 2015
Gemuk a.k.a Lebih Makan
Allahumma solli 'ala Muhammad wa 'ala ali Muhammad
:)
*have been thought since 14 January 2015, and before
7 Februari 2015
Kenapa seseorang tu sampai berbadan besar ya?
Just thinking and wondering (without discovering)
Bukankah seseorang tu, berbadan besar
Bermakna,
yang dia makan banyak,
Makan banyak bermakna dia lebih makan,
Lebih makan bermakna dia lebih makanan,
Lebih makanan bermakna dia lebih berbelanja,
Lebih berbelanja bermakna dia lebih pakai duit,
Lebih pakai duit?
Banyak duit kah?
Keperluan kah?
Membazir kah, gitu?
Gagal kawal nafsu kah?
Jadi, wajarkah seseorang ahli ibadah itu berbadan besar?
*Jihad daripada membesarkan badan.
InsyaAllah,
selagi belum ada sebab munasabah dan relevan untuk berupa demikian.
Wallahu'alam :D
ini mungkin juga satu gurauan.
*Hihi
Jauh Dari Usrah
Allahumma solli 'ala Muhammad wa'ala ali Muhammad.
7 Februari 2015
Siapa tahu,
Si penaip ini sudah jauh,,,
... daripada usrah.
Sehinggakan, terucap jua di bibir ini,
"entahlah, mungkin sebab iman tengah turun, sampai ana jadi konfius bezanya keutamaan antara datang majlis ilmu dengan hadiri usrah,"
"oh yela, usrah kan keluarga. mana sama datang kuliah dengan hubungan keluarga"
"oh, ya! kan beza usrah dengan ceramah.
kita takkan kenal orang yang datang ceramah yang duduk sebelah kita,
tapi dalam usrah kita akan kenal antara satu sama lain"
MasyaAllah.
"Oh..." dan "oh" dan "oh.." lagi.
"eh, apalah. dulu time usrah kita yang terangkan pasal beza usrah dengan kuliah,
sekarang kita sendiri yang tak faham."
*nampak sangat tak fikir dalam-dalam.
Ya,,
dah lama tak lazimi dengar istilah-istilah seperti;
... mutaba'ah 'amal
... muwassafat tarbiyyah
... syadid
... hafazan
... denda diri
... taaruf
... tadabbur
dan banyak lagi.
Allahu...
Jazakillahikhairan buat sahabatku yang sudi menziarahiku,
Dear Puteri Nurdiana :)
Saturday, January 31, 2015
Erti Sambung Ijazah
we will no longer called a 'teenager' but an ADULT.
after that, our life standard may differ,,
an ideal time to find a halal couple, perhaps?
Sunday, May 18, 2014
The Perfume and Aurah
Allahumma solli 'ala Muhammad wa 'ala ali Muhammad.
*Maaf, post ini bukanlah in English! :)
Scene:
(Pagi)
Ana bersiap untuk ke UiTM Lendu untuk selesaikan beberapa kerja. Kucalitkan sedikit perfume yang baru kubeli tempoh hari di sebuah booth di Tesco. Adik masuk rumah melalui pintu belakang atau dikenali sebagai pintu kucing (sbb asal buka pintu je, para kucing akan serbu masuk)
Adik : Mak, bau apa ni?!Mak : Bau kucing awaklah...
Ana (dalam hati) : Kalau bau tahi kucing takdelah dia pelik. Bau perfume ni kah?
Sebelum berangkat ke UiTM, semasa bersalaman dengan mak,
Mak : Wanginya!
(Petang)
Ana sudah balik rumah. Bila duduk dekat ngan mak,
Mak : Hish, bau minyak wangi awak ni kuat sangatlah! Awak tau tak haram?
Ana : Mmm, saya tau... Tapi saya ingat tak kuat sangat. Sebab saya tak bau...
Mak : Tak kiralah. Bila kata haram sama je macam awak dedahkan aurat awak tu! Punyalah awak sungguh-sungguh tutup aurat awak. Rupa-rupanya sebenarnya macam terbuka.
Huuu...
Ku bermuhasabah...
Trowback
Dulu-dulu, memang den tak mau pakai perfume. Fobia atau 'anti' pun ada... Risaukan melampaui batas bila mendengar ceramah agama yang menyebutkan bahawa apabila lelaki terbau wangian yang dipakai oleh wanita, sama seperti zina.
Dan ana juga pernah menasihati sahabat mengenai itu apabila ana dapati bahawa sahabat ana itu memakai perfume yang 'agak kuat' baunya sehingga ada sang lelaki yang menegurnya "Wanginya..." (sama macam mak ana punya intonasi. Jawapan sahabat ana pun sama seperti ana, "Ingatkan tak bau..." (lebih kurang macam tula...
Naik je sem, seorang sahabat ana yang lain ada jual perfume. Ana takdelah nak halang. Sebab wangian juga Allah dan Rasulullah s.a.w. suka. Sahabat ana yg jual perfume ni se biro dengan ana merangkap Amirah biro. Memandangkan biro kami biro yang mengendalikan 'Bulatan Gembira', kami lah yang bertanggungjawab utk buat salinan pamplet setiap minggu. Dan kebiasaannya, kami perlu menginfakkan sedikit wang kami untuk itu. (Mudah-mudahan Allah terima). So, amirah ana offer, "Mar tak nak beli ke?" Then, ana jawab "Eh, takpelah..."
"Macam ni lah... Anti fotostat kan pamplet ni, dan ana akan tebus dengan sebotol perfume ikut pilihan anti" (said her)
Haaa??? Betulkah? Free? *Ana ni pula memang jarang menolak pemberian orang. So, I took that change. Ngee :D Alhamdulillah.
Begitulah sejarah pertama kali membeli dan berjinak-jinak memakai perfume...
Pakai Perfume, Nampak Ringan
Nampak ringan sebab beberapa titis ja dicalit pada pakaian, sudah keluar aromanya.Namun, tidak disedari sama ada masih dalam batas hukum atau pun melampauinya.
Manakah langkah berhati-hati kita, ya?
Berzina dan membuka aurat?
Fuhhh... Berpeluh dahi memikirkan usaha untuk jauhinya...
Kan???
Tapi, khas ditujukan untuk muslimah la...
Yang laki-laki tu, takdak hukum tuu... Nun!
Nak Buang kah Perfume tu?
Simpanlah... Atau pakailah setakat diri sendiri bau, orang lain tak bau melainkan bila terlalu dekat dengan kita seperti bersalaman, berpelukan dan berlaga pipi. *Macam comel je! (Se-mahram, gitu... or... Ukhuwah)
Pakai di dalam rumah pun boleh, melainkan ada yang bukan mahram dalam rumah tu seperti sepupu lelaki, dan yang seangkatan.
Pakailah sedikit, sebab, bila kita wangi, kan orang suka mendekati kita, Allah pun suka yang indah, Rasulullah s.a.w. pun sentiasa wangi, syaitan pula suka yang busuk dan yang buruk-buruk.
Let's Cover Our Aurah (LCOA)
Dengan ini, ana ingin sama-sama support usaha sahabat-sahabat ana yang menjayakan kempen LCOA yang bertapak di UiTM Lendu. Ana tabik usaha kuat mereka. Waktu cuti semester ni mereka bertungkus lumus untuk deal dengan pihak luar seperti peniaga, penyewa fasiliti dan sebagainya khususnya untuk karnival yang bakal menanti pada awal semester hadapan. Sebelum-sebelum ni pun mereka dah buat teaser yang macam-macam. Awesome! *Subhanallah...
Ana buat post ni yang berkaitan dengan kempen LCOA atas kesedaran yang ana takde membantu apa-apa pun sebelum ni. Mudah-mudahan tercapailah objektif kempen mereka itu. Jaido boleh! (Jaido = Izaida Fazira)
Go go go, InsyaAllah... Bila kita bantu agama Allah, Allah akan bantu kita! :)
Ganbatte ne! Bittaufiq wannajah, minna...
Rasul Yang Kata
Saturday, May 17, 2014
Kerisauan Seorang Ummah
Allahumma solli 'ala Muhammad wa'ala ali Muhammad
"Ya Allah, janganlah Engkau pesongkan hati kami sesudah Engkau beri hidayah (petunjuk) kepada kami..."
Muqaddimah
Masya-Allah. Ana baru sahaja menziarahi page Murtads in Malaysia and Singapore.
Malaysia
Hasbunallah wa ni'mal wakil, ni'mal maula wani'man nasir.
Ya Allah, lindungilah kami"
Ancaman Ummah
Bila buat karangan, selalunya isi-isi yang kita guna (klise) iaitu gejala sosial meliputi buli, dadah, khalwat, dan macam-macam lagi.
Secara umumnya, semua itu datang daripada status aqidah ummah ini.
Dear,
masalah ummah bukan setakat gejala sosial tu sahaja. mohon ketahuilah... itu kira bibit-bibit sahaja.
Ini bukan 'satu hal':
- Ajaran sesat, syiah, bid'ah, wahabi, dll
- Khurafat
- Serangan pemikiran dari Barat, budaya kuning, 5F, dll
- Segala -isme yang berkaitan; liberalisme, sekularisme, pluralisme, dll
- Riddah (Murtad)
- dan macam-macam lagi...
- Malas menuntut ilmu
- Tidak jaga aqidah
- sikap tidak ambil peduli akan orang lain
- Takbur, sombong, ego
- Keras hati
- dan banyak lagi...
Daripada soalan classmate ana tu, dapat dilihat bahwa sbenarnya kita cakna walaupun hanya tempias sahaja ttg isu di Malaysia. Cumanya kadang kala kita memahaminya dengan ilmu yang sedikit. Sebagai cth ayat Quran tu, perlu diteliti tafsirannya kalau nak beri pendapat ke apa. Dangkalnya ilmu kita :(
Tuesday, May 13, 2014
Memanah itu Sunnah!
Allahumma solli 'ala Muhammad wa 'ala ali Muhammad
WS : Diskusi Purdah
1. pemakain purdah nie mengikut kehendak
2. kalau rasa wajah cantik sehingga boleh timbulkan fitnah, better pakai
takut kaum muslimin yg tgh jalan terlanggaq tiang / jatuh longkang
3. Innamal a'malu binniyyat
4. Menurut tnya ustaz kat skolah dulu nk jauhi fitnah pakai
Cont.... Namun... Org yg mmandang wanita bpurdah itu prlu jauhi prasangka...
N tp kalo pakai menyebabkn fitnah sunat x pakai
5. Kn ikut pandangan sekeliling
6. Sy rasa klau nak bdakwah ni tak perlu la.. Sbb kita nak dkat dgn sahabat2 kita yg kat luar tu.. Klau berpurdah,msti dorg rasa rendah diri..
7. (sokong no.6) Lg2 pnceramah kn...
Nnti audience x fokus..
Duk ttanya muka bliau mcmna
Haha... Kalakar pula... Boleh jd stress..
8. kalau pikir ttg audience, mcmna pula dgn niat???
9. Klau tgok sekeliling pon dah boleh faham.. Org yg free hair mane nak rapat ngan yg pkai tdung labuh.. Ni pulak klau berpurdah.. Mkin susah la nak dekat ngan org mcm tu kan. Allahua'lam
10. Dr Sayyid Muhammad Tantawi hafizahullah ada berkata
Jika keadaan sekeliling nye perempuan apakah faedah nye berpurdah?
Dan apabila keadaan sekeliling nye ada laki2 maka dibolehkan berpurdah..
11. Menilai dr sedut semua aspect manusia dan allah
Hablumminallah wa hablumminannas...
Soalan ke-2: "Anda bdua prnh rasa nk pakai purdah???"
Jawapan daripada Muslimat H:
tak pernah..pernah ditawarkan oleh hamba Allah..tapi saya tolak..
S: "Then... Why???"
Hmm niat tu ada.. Tp rasa ilmu msih xckup sbb org expect tinggi pd yg berpurdah ni..
Soalan ke-3 [utk Muslimin S.A.] : "Seandainya satu hr nnti, Anda dh berkahwin... Anda nk isteri anda pkai purdah ke???"
Mula2..kne tgok dulu sape isteri sy tu..background dia..rutin dia..family..kawan2. .
Ok..sy xkn suro isteri sy pkai purdah.. Kn sng..
S : "Then Why???"
Akan tetapi...
Itu bergantung pada dirinya sendiri..sy xkn halang..
Sbb skuad (laki)sy ad yg siblings dia sume berpurdah..
Soalan ke-4 [utk Muslimin A] : "Anda nk isteri anda bpurdah atau x? Sertakn sbb2 kukuh..."
Hmm..kalau perhati keadaan skrg xmemudaratkn kalau xpakai purdah..
So , saya xmenggalakkn utk pakai purdah..
S : "Mmudaratkn tu mcamna ya???"
Contoh...
Kalau xpakai purdah tu...ada laki2 dijalanan akan follow smpai rumah
Tu dah mudarat latu
Then kalau kecik kan skop..
Kat U pun nk pkai tudung pun dah mcm2 isu..
Lg malaysia ni xkeluar salji...
So,xde keperluan yg mustahak utk berpurdah lg...
Akan tetapi...
Jikalau akan dtg...keadaan kita ni memudaratkan..
Mungkin perlu.
Soalan ke-5 (umum) : "Korang pernah x nmpk wanita pki purdah mase dlm uitm kite ni.
Ape korang rase bile lihat beliau ?"
Ada nmpk..
pernah,
Rare
Husnu dzon..
S : "Kan. Ia menjadi perhatian org rmi kan ?"
tapi kadang2 cam tak rasa apa2 pun
Mcm lain dari yg lain.
S : "Rase2 korang leb timbul fitnah x bile org pki purdah ?"
Leh#
Ttg kt uitm tu... Soaln khas utk muslimin kot...
Sbb kami muslimat tau n knal orgnya.. Cma dh nama pkai purdah tntu dyorg xnk dkenali
Korang tau kn. Ad syiah embunyi dlm uitm kita ?
Saya xkate org pki purdah itu syiah.
Soalan je. :D
Wallahu'alam
Ap pndgn korang eh ? :D
astaghfirullah..
Ustazah kata ada..tp dalm kuantiti yg sedikit
Xdelh. Dulu.
Konklusi:
1. Maaf. Tp isu purdah ni atas khendak masing2.. Sapa2 xde hak nak bsangka buruk.. Tu antara dia dan Allah
2. true2... Allah knows every single thing...
yg pnting... Allah nilai dia yg brpurdah dan kta yg brsangkasangka ni... masyaAllah...
@JPM 2013-2014
Syukran kepada semua yang terlibat dalam forum wassap ni.
Wallahu'alam.
- Subhanallah. Macam-macam pandangan yang diberi serta soalan yg berbangkit. Apa yang ana nak highlightkan di sini' smua di atas hanyalah sekadar pandangan dpd para mahasiswa dan mahasiswi. Boleh diambil untuk buat survey. Mudah2an membantu.
Moga Allah Redha :)
Saturday, May 10, 2014
WS : Nail Polish For Muslim?
"K.F. : Bismillahirahmanirrahim
Assalamualaikum
Jap nak tnjuk something
N.L.H. : macam mana ni. rasanya boleh pakai ke ada menyerupai orang bukan islam tak kalau kita pakai ni. macam cantik je
K.F. : Dlm article ni dia ckp
Kajian dh dibuat pastu tgk
Air boleh lalu kat kuku tu
Tapi mcm........
M : mcm pelik ja
N.L.H. : wah. bestnye. air boleh lalu kat kuku tu la ek. jap. macam getah je. makna setiap kali pakai. kena tanggalkan dari kuku. pas tu amik wuduk ke. macam.... katakan kak fiqah apa dia
haha. amboi. mardiana sambung.
K.F. : X sesuai dgn imej seorg muslim.
aha kan.
M : saya sokong k fiqah
tp skdr pdngn..
dr segi hukum perlu rujuk juga
K.F. : Yup betul2
N.L.H. : rasanya ni salah satu cara nak kelirukan umat Islam ke. Allah. betul aaa tu. sokong kak fiqah dan mardiana. macam pelik dan tak sesuai dgn imej islam.
M : jauhi syubhah , hidupmu akn bahagia...
heee.. cewah
N.L.H. : haha. amboi. berfalsafah mardiana
M : tu smua fesyen jaa..
N.L.H. : betul la tu
macam2 sekarang ni kan.
M : utk apa nk pakei
pakailah inai
, hi'ie dh lama x pkai inai
N.L.H : dugaan jadi org muslim di akhir zaman. banyak dugaan. banyak kekeliruan. jadi org yg terasing. tapi takpe. selagi ada iman yg teguh.
aha la. da lama tak pakai inai
M : tp, mmg pelik lah nail polish tu... pelik sbb mcm kata nina, buek pe la nk ikut2 sgt mcm kuitic... ada unsur tasyabbuh tu... lgpun, xsmua org yg akn nmpak org yg pkai nail polish tu tau dyorg pkai yg for muslim. boleh jd fitnah. jauhi mudharat. x nmpak lebih pd faedah.
ada cop jakim ka???
kalau dia kata ada buat kajian, insyaAllah kalau ada tanda jakim tu myakinkn lah.. sbb dyorg akn test bnyak prkara"
@srikandi JPM
Syukran Kak Fiqah & Nina Liyana Hairudin
*sekadar perkongsian dan pandangan kami yg masih dangkal ilmu.
-walaupun kita tidak tahu ttg hukum, bila nk buat kputusan tu, gunaknlah ilmu yg takat kita ada selain mngharapkn pndngan insan2 yg lebih layak sprti para asatizah dan alim ulamak atau pnuntut ilmu dlm bidang bkenaan.
Moga Allah terima usaha itu.
Elakkan syubhah :D
Wallahu'alam.
Tegur kesilapan kami, syukran!
Friday, April 18, 2014
Hingga Ke Akhirnya
Ana nak sampaikan lirik lagu di bawah ini.
Sebelum ni belum pernah check lagu ni untuk hablumminallah atau hablumminannas. Dengar kat radio Ikim.fm, rasa macam best je... Then download.
Ku fikir lagu ini tentang jodoh iaitu dengan just dengar lirik-lirik itu (rupanya untuk 'Dia' = my Pencipta). Ana jadikanlah ia sebagai motivasi bila dah terjerat dengan yang dikatakan 'fitrah' itu...
Sedikit sebanyak lagu ni membantu.
Apa yang ana faham dengan kefahaman 'jodoh' itu adalah tak perlu nak tercari-cari,
"siapa jodoh aku? siapa jodoh aku?"
(walaupun sekadar dalam hati) sebab, insya-Allah suatu masa nanti Allah akan bagi.
Sekarang, kita kena sama-sama berusaha untuk jadi yang solehah atau yang soleh. Harap bersihkan niat. Hidup kita bukannya bertujuan nak cari jodoh semata (Baitul Muslim - Ustaziatul Alam), tetapi, nak capai baitul muslim itu, kena jadi 'Individu Muslim' dahulu... lagipun, kita kan sekarang dalam baitul muslim sebagai seorang anak. Masih dalam daerah, kan?
Mudah-mudahan, dengan usaha nak jadi baik itu, Allah S.W.T. balas dengan setimpal atau lebih baik.
Man jadda wajada.
"Lelaki yang baik untuk perempuan yang baik"
"Penzina perempuan untuk penzina lelaki"
Ustazah Fatimah Syarha pernah kata,
"Seorang perempit yang sedang berusaha untuk jadi baik itu mungkin yang lebih baik untuk kita."
*syaratnya, 'berusaha untuk jadi baik'.
tak mustahil, ada orang yang rasa diri dia dah baik. Nakkan orang yang terzahir baik sahaja. And what is the result? Allah knows...
Allah jaga aib kita. Ingat. Allah jaga aib kita.
Allah knows everything in our mind, heart, our soul, iman, and 'nafsu'.
Jaga Allah, Allah akan jaga kita. [pesan buat diri ini!]
Variance Ft. Izzat Mahadi - Hingga Ke Akhirnya
- Nyata aku ada Dia
- Puas ku cari di sana
- Masih belum terjumpa
- Nyata aku ada Dia
- Lama ku cari di sini
- Mungkin akan berjumpa
- Cinta jauh di mata
- Bila detik bertemu erti sebuah harapan
- Cinta jauh di mata
- Hingga takdir menentu pasti akan bertemu
- Nyata aku ada Dia
- Bertenang mengundang cinta
- Bukti aku ada Dia
- Di sana di sini ada
- Peneman, akrab, jaga, lena, alpa, leka
- Cinta jauh di mata
- Bila detik bertemu erti sebuah harapan
- Cinta jauh di mata
- Hingga takdir menentu pasti akan bertemu
- Cinta jauh di mata
- Kasih sedikit tidak kurang
- Dan menghilang
- Cinta jauh di mata
- Sayang makin bertambah mekar
- Hingga akhirnya
Friday, January 24, 2014
Biawak Makan Kucing, What Can We Do?
Semoga semua sihat dan dilimpahkan rahmat daripada Allah S.W.T.
Today is Jumaah, let's do the Sunnah as much as we can. Insya-Allah.
Sebenarnya, ada kisah di sebalik persoalan ini. Experience diri sendiri. Bagi menyingkatkan masa, lebih baik ana...
Straight to the point:
Apa perasaan atau tindakan kita apabila melihat kejadian seekor biawak yang sedang memamah bangkai kucing. Lebih-lebih lagi, kucing yang anda suka?
In my opinion,
Terkejut -> Bersimpati -> Biarkan(option) -> Muhasabah diri (THE MOST IMPORTANT ACTION!)
1) Terkejut
Kerana jarang sekali melihat mana-mana kucing pun, yang sifatnya comel yang akhirnya menjadi jamahan seekor biawak. Mula-mula memang sukar untuk diterima. Namun, bila memikirkan iman pada qada' dan qadar, aku redha.
2) Berasa simpati
Kasihan kan, bila kita nampak seekor kucing yang tubuhnya disiat-siat oleh seekor biawak, iaitu haiwan reptilia (sepupu sepapat dengan cicak - the reptile that I dislike the most!)
Sebelum ini kita lihat ia berkejaran dengan kucing lain, namun di saat ini, sudahlah tidak bernyawa lagi, lantas dirobek-robek dek biawak yang muka gengster tu...
3) Kenapa 'Biarkan' dan '(option)'?
Ya. Sebab, apa yang kita boleh buat? Dandan nak tanam? Nak halau biawak tu? Nak pukul biawak tu?
What we can do?
Lebih-lebih lagi kalau kita berada di tempat yang bukan kawasan rumah kita. Mano nak cari cangkul atau at least sudip tanah tu? dan mana pulak kita nak tanam??
Then, that's why ana cadangkan agar kita biarkan saja. Itu kan memang makanan biawak tu. Sunnatullah kan namanya? win-win condition. Biawak tu dapat makan utk terus hidup dan kita boleh la bertindak dengan lakukan step sterusnya, iaitu 'Muhasabah Diri'
4) Muhasabah diri
Bila lihat bangkai itu. Teringatkan mati. Macamanalah balasan kita bila sampai masanya nanti, kan? Adakah sama macam keadaan kucing tu? atau lebih teruk. Allah, mudah-mudahan tidak seperti itu. Allah, kami taknak daging kami dijamah oleh haiwan-haiwan berbisa di dalam kubur nanti tanpa belas ihsan daripada sesiapa.
So, what can we do?
Masya-Allah, soalan berbalik pada ana. Sungguh hina diri ini. Tak layak utk masuk syurga, namun, tidak pula sanggup walau hanya menggambarkan azabnya neraka itu. Na'uzubillah. Astaghfirullah.
Sakit, sahabat-sahabat. Sakit apabila sudah mati pasti lebih sakit daripada waktu kita hidup. Sbb pastinya sakit saat mati itu tiada ubatnya. Dan tiada orang lain tau dan boleh bantu pun. Takde orang dengar rayuan, raungan kita. Waktu tu memang face-to-face, direct Allah balas. Belum lagi ke alam yang seterusnya, yakni alan akhirat yang lain... Allahu...
Moga diri kita ini, dengan dosa yang sedia ada, kita sentiasa beringat dan memohon keampunan Allah, walau dengan hanya mengucapkan' "Astaghfirullah" (sekecil-kecil memohon ampun) hingga ke tahap Taubatan Nasuha. Insya-Allah.
Sahabat-sahabat, ingatkanlah daku sangat ku terleka apatah lagi saat aku tega untuk lakukan maksiat kepada Allah. S.W.T.. Kerna aku mudah lupa.
Wallahu'alam.
Baiklah. Alhamdulillah. Setakat itu sahaja kesempatan ini.
Wassalamu'alaikum warahmatullah.
# Moga Allah Redha keatasmu dan keatasku
Wednesday, January 15, 2014
Jihad Puasa Sunat
Assalamualaikum... Kaifa halkum?
Alhamdulillah wa syafakumullah :)
15 Januari 2014 (Rabu; 13 Rabi'ul awwal)
Alhamdulillah perjalanan hrni sangat seronok. Alhamdulillah...
1st : Dpt merasai jihad utk teruskn puasa walaupun x smpat sahur (sbb sblum ni alasan x puasa sunat / ganti adalah krn x bersahur, jd tiada energy --ve mindset) -ada kisah yg menggerakkn hati utk jihad puasa ini, insyaAllah-
2nd : Study PAD310 -Malaysian Politics- bsama Farah, classmate tersayang. Sbb insyaAllah esok ada quiz. Kelainan study kali ni sbb keadaan 'memanfaatkn setiap masa' mnjadi sgt ketara pd hari ini, walaupun dlm kelas yg bukan subjek berkenaan.
3rd : semangat study shingga perasaan ngantuk kalah (pd hari ini)
4th : STREET DAKWAH! :D bersama sahabat2 JPM menyebarkn sunnah dgn cara media; edaran sticker yg 'kawai desu!'
5th : Berbuka dgn utamakn amalan sunnah (tiada kurma, berbuka dgn minum air putih dahulu, barulah yg lain). Kemudian, tringatkn pesanan sahabat usrah utk solat maghrib dahulu sbg tanda syukur pd Allah. Dan, barulah menjamah menu pd hr ini.
Selain itu;
6th : Solat zuhur buat pertama kali di surau kawasan dewan kuliah/bilik2 lecturer/kpp2 (selama ni di bilik - kolej). Tanpa memakai telekung; iaitu dgn mggunakan stokin yg dikhaskn utk solat. Serta insyaAllah sgalanya patuh syariat (mnutup aurat yg spatutnya).
7th : Hari pertama guna penutup dagu (yg dibeli selepas sahaja meeting mlm semalam dpd salah seorang sahabat kepimpinan jpm). Excited dan jihad baru.
8th : dan juga nikmat2 lain yg ana sedar mahupun tidak sedar yg telah Allah kurniakn pd ana dan umat Rasulullah s.a.w.. Alhamdulillah...
Alkisah...
#waktumenjamuselera
Selepas solat maghrib;
Sedang ana eager stelah suapan pertama pd hr ini, mata tertoleh pada bungkusan air katira yg blum dbuka.
"Allahuakbar .. Lupa! Lupa nk minum air dulu!"
What should i do! Otoke!
'kalau minum, maksudnya saya x tggu selesai mkn' (x beradab/ x ikut sunnah ya, hal ni??)
'kalau minum air dulu td, xdelah banyak baki air nanti yg x habis..'
'Alamak (Allahuakbar...), saya beli air sejuk! Hrtu syafiqah sahabatku dh pesan xelok minum air sejuk lpas mkn! Sbb nnti lemak2 dlm bdn beku semula!'
Masya-Allah... :D macam2 yg terlintas d fikiran ni. Smuanya pun manis.
Alhamdulillah selepas selesai mkn sampai licin, tiba masa utk minum air semampu yakni sebanyak yg boleh.
Namun, hanya separuh yg ana mampu minum. Dengan baki setengah lg, ana decide utk buang.
(maaf kerana membazir, namun atas memikirkn sbb2 lain, kuteruskan jua pembuangannya)
Ketika proses nk buang...
Ana dah ikat mati plastik air berkenaan memikirkn sbg langkah bjaga-jaga utk x bocor bilamana ia terletak dlm plastik sampah. Kucampakkn ia ke dlm bakul sampah.
Namun, selangkh kaki nk beredar dr bakul sampah, teringatkn pula akhlak org Jepun bhwa mereka akan pastikan sampah yg mereka buang tidak berair sblum mmbuangnya.
Kuambil semula bungkusan air td dpd bakul sampah dan kubawa ke tandas. Entah apa sahaja yg dpikirkn oleh kwn2 se-level(kolej) yg melihat. Kumasuk ke dlm tandas dan kucurahkn air td ke dlm tandas. Flushhhh!!! Settle... Bawa plastik bungkusan itu kembali ke bilik dan barulah ana buang dgn tenang dan yakin. (x mampu ana keringkn plastik itu ya..)
Sekian...
Masa utk solat isya'!
Haiya2 bissur'ah! :D
Wassalamualaikum warahmatullah...
#selawatatasmu
Thursday, January 2, 2014
Siapa kata, Nak Syurga!
Apalah yg nk dkeluhkn ujian dan perjuangan d dunia ini nk dibandingkn nikmat syurga itu.
kutiplah dan bekalkanlah memori manis mgharungi suka duka dlm perjuangan krn gnjaran syurga teramatlah hebat.
apalah yg slalu saya duk fikir nk juga senang saat d dunia ini. sdgkn, seandainya tidak perlu melalui neraka, tntu enak...
perjuangan rasulullah x pernah berhenti sejak ia bermula. tiada yg disiakn demi memastikan mndapat khidupn yg sejahtera d akhirat kelak yakni syurga.
masyaAllah... selama ni saya x nmpak. bila buat kerja sikit mesti rasa "nak rehat jugak!"
na'uzubillah itu kmungkinan besar atau sudah pasti mmbuatkn saya mnyesal d akhirat kelak. tambahan lg, saya seorang yg asyik fikir2, menyesali kesiaan dan kelalaian yg telah saya isi dlm hidup.
Allah... Ampuni dosaku yg telah lalu.
d akhirat nnti, x mungkin aku akan berasa kesal, mlainkn aku akn dcampakkn ke neraka yg cukup azab dan ngeri itu terlebih dahulu... saya x nak duduk kt neraka... saya takut mnerima balasan2 yg dahsyat tuuu :'(
x mungkin kekesalan tu berlaku melainkn waktu d dunia ni saya x gunakn sebaiknya...
Allah... aku dambakan khidupn d syurgawi... bersama org2 soleh... bertemu dgn rasulullah s.a.w. dan para sahabat yg hebat2 dlm mmperjuangkn agama d dunia ini. masa d dunia tidak dbiar tercemar dgn perkara yg luar dpd kredhaan Allah. penuh dgn perjuangan dan dugaan yg sgt berat.
mereka berperang dmi menegakkn atau menyampaikn islam.
apa je perjuangan dan pngorbanan yg saya pernah lakukn nk dibandingkn dgn mereka... al-fateh, dll..
even nk bawa imej islam dgn baik pun gagal. bgaimanalah zmn rasulullah dahulu.... x pernah bfoya-foya... x sempat pun... dan takkan pernah foya2 tu berlaku...
aku... aku... dan aku... pula?!
Allah... pimpinku ke jln redhaMu, ya Allah..
Saturday, November 30, 2013
"Lets Tighten Our Ukhuwah"
Pada : 2 Disember 2013
Di Masjid Al-Hikmah
Selepas Solat 'Isya'
Mesej buat ahli-ahli :
"Assalamu'alaikum sahabat2 yg dirindui. Bagaimana iman dan amal? Jom kita jejak ukhuwah kita yg telah terbina dr sem lepas. InsyaAllah pd isnin mlm (2/12/2013); Bulatan Gembira (jpm) akan diadakn di masjid alhikmah, selepas isya'. Pertemuan bertajuk: "lets tighten our ukhuwah!". Moga Allah redha dengan hubungan kita keranaNya :) Jom3!"
Senarai rujukan artikel/pamplet :
Buku :
Abu Ahmad Yasin. (2010). Wasiat 4 Imam. Perniagaan Jahabersa.
Zahazan Mohamad, & Nik Wafdi. (2011). 101 Rekreasi Hati. Telaga Biru Sdn. Bhd..
Hilal Asyraf. (2012). Fanzuru Maka Lihatlah. Perpustakaan Negara Malaysia. Galeri Ilmu Sdn. Bhd..
Laman web :
Wanita Pertubuhan IKRAM Malaysia. (2013). Memahami konsep ukhuwah Islamiah.
http://wanita.ikram.org.my/
Tuesday, October 29, 2013
Vloggers, Pelajari Daripada Mereka
Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakah
"Addinunnasihah"; "Agama itu nasihat" (Hadis 40: ke 7 Imam Nawawi)
Alhamdulillah... sejak semalam, ana berfikir tentang kebaikan yang kita boleh grab from those vloggers i mean from Youtube. Mungkin ana agak ketinggalan zaman berbanding orang lain, kerana setahu ana, fenomena vloggers sudah lama dipopularkan. Then, ana baru sedar... huhu~
Mat Luthfi?
Apabila disebut nama Mat Luthfi, dan Anwar Hadi, ana yakin ramai sungguh orang yang kenal dan meminati mereka. Ana ingat lagi masa mula-mula kenal nama Mat Luthfi... memang blank sungguh, tak kenal siapa dia, tetapi, yang peliknya orang sibuk berbicara tentangnya. "Nak Mat Luthfi...la..." hmm... Siapa dia??
First thought ana adalah, ana fikir 'mungkin dia seangkatan dengan Mat Sentul...' (memang jauh sungguh daripada realiti) tapi, yang peliknya, kenapa famous pada golongan remaja ni pula??? tell me, why! (heee..)
Lama kelamaan, bila singkap beberapa video daripada utube, mmg jumpa video oleh Mat Luthfi, tapi, memang tidak berkenan langsung. In short, lama kelamaan, adalah yang tertarik kepada pengisian yang dibawa.
Fahami Pemikiran
Mengambil pesanan daripada Ustaz Zaharuddin (UZAR), beliau kata, kalau kita mendengar sesuatu ucapan itu, bukan hanya kita ambil apa yang dia sedang sampaikan, tapi, kita cuba fahami jenis pemikiran yang dibawa oleh seseorang itu.
Dan, pesanan ini memang ana gunakan sepanjang masa, Insya-Allah, kerana ana yakin pengajaran yang ana dapat. Alhamdulillah, setakat ini. Cuma kadang kala tu, tidak dapat diaplikasikan secara 100% atas gangguan dan halangan yang selalunya berpunca daripada diri sendiri. MasyaAllah. "Astaghfirullah"
But, point di atas bukanlah point utama yang ana nak sampaikan. Sekadar muqaddimah... ya? Gomen ne...
OK! Bismillahirrahmanirrahim (Moga ana tak tersilap dalam mengambil pelajaran)
Di sini bukanlah ana nak sebut tentang pemikiran yang dibawa oleh insan-insan di atas. Sebab mereka sudah menjadi orang yang dicontohi bagi golongan remaja. Ya... Mungkin, boleh kata, kerana mereka berpelajaran tinggi... (wallahu'alam...) dan dapat menjaga sensitiviti penonton ketika menyampaikan video. Dan mungkin juga, mereka ada memasukkan mesej-mesej kebaikan atau keagamaan dalam video-video mereka itu. Ana tak tahu, bagaimana relitinya, up to them... Innamal a'malu binniyyat, kan?
Jadi, bagaimana pula dengan mereka (vloggers)yang bukan seperti mereka?
Sebagai contoh, orang yang membuat video-video itu untuk menghiburkan orang lain dan sekadar mengisi masa lapang atau cipta hobi. Dan perhaps, nak popular? (wallahu'alam) Bagaimana tanggapan anda semua?
Its about DA'WAH
Yes.. Da'wah.. Dalam proses nak mengajak 'amar makruf nahi munkar', kita perlu memahami orang yang kita nak da'wahkan (mad'u). Supaya, proses da'wah akan menjadi lebih smooth kerana kita faham apa yang kita perlu sampaikan dan dengan cara apa. Yang penting, kita ambil kira jugalah, 'matlamat tidak menghalalkan cara' [kaedah fiqh : Al-umur bi maqasidiha]
Ana akui, dalam ramai-ramai kawan ana, ana belum dapat mendekati golongan yang agak kasar atau orang kata, berlemah-lembut, atau apa-apa sahajalah yang seangkatan. Mungkin, ana belum cukup kuat untuk menghadapi golongan seperti itu. Jadi, apa yang kita boleh buat untuk selami cara hidup mereka? Salah satunya adalah dengan cara menonton video mereka lah...
tetapi, seperti yang ana sebutkan sebelum ini, 'matlamat tak menghalalkan cara'; iaitu, dalam video-video yang kita nak tonton dengan niat fahami mereka ini, janganlah sampai kita pilih video yang menambah dosa kita pula. Contohnya, macam video yang mendedahkan aurat secara clear (menambah dosa kita yang melihat), atau gossip/mengumpat/ memburuk-burukkan orang (dengan sebut nama) dan kita tahu kita memang takkan dapat klu pun daripada video.
Husnuzzon / Berbaik-sangka dan Berilah Pandangan Kasih Sayang kepada Mereka
Jadi budaya negatif masyarakat untuk cari keburukan sesuatu itu untuk dikritik-kritik... and I've ever done it before, ketika zaman 'tidak tahu/jahil'. but, that's not the akhlak that Islam tought us. So, be patient and hear what they want to share, eventhough, it can be bored.. In da'wah, cannot have that term ('bored') right? So, dengarlah dan fahamilah dengan mata hati. Insya-Allah. Yang baik jadikan contoh atau panduan dakwah, yang buruk pula dijadikan satu perkara yang kita nak cari solusinya untuk perbaiki.
Lama kelamaan, kita akan rasa macam kawan mereka... boleh ketawa tengok perkongsian yang mereka nak sampaikan. Tambahlah baik sangka kita pada golongan seperti mereka. Dan, satu je yang sangat saya highlight kan pada diri saya, bahawa, sebenarnya, amar makruf nahi munkar itu, bukan orang yang pakai tudung je boleh lakukan, mereka yang dikatakan 'free hair' pun boleh...
Apa yang menyentuh hati ana, apabila salah satu tajuk post insan yang ana ikuti ini, tentang pandangannya tentang 'bertudung, untuk tutup lovebites, dan elak daripada dilihat oleh ibubapa'... banyak lagi sebenarnya... sebenarnya baru seorang sahaja yang ana tonton beberapa videonya.. tp, banyak membuat ana berfikir, dan reflek diri ana yang dulu-dulu, serta dakwah ana yang sekarang.. Masya-Allah... semuanya bantuan Allah.
Bagi, sahabat-sahabat muslimat, seorang ini yang ana tonton videonya di utube, cuba taipkan 'ftnfdzl'. Banyak yang ana belajar daripada apa yang dia nak sampaikan dan mengubah perspektif ana pada orang-orang macam dia. Ana kagum juga dengan dia... Semoga Allah beri hidayahNya pada ana, kita dan pada dia juga. Pangkat kakak pada ana, dia tu.. hihi...
CopyPaste from youtube:
1. Mat Luthfi - http://www.youtube.com/matluthfi90
2. Aman Wan - http://www.youtube.com/AmanWan
3. Anwar Hadi - http://www.youtube.com/IniAnwarHadi
4. Maria Elena - http://www.youtube.com/shortnap
5. Aiman Azlan - http://www.youtube.com/aimanazlan90
6.Jinny Boy - http://www.youtube.com/jinnyboytv
7. KyoPropaganda - http://www.youtube.com/kyopropaganda
8. Mentol Pecah - http://www.youtube.com/mentolpecah
9. Polkadot Dougnut - http://www.youtube.com/maccaboyz91
10. Ustaz al-Andre - http://www.youtube.com/1994khairul
11. Shahrin Cool - http://www.youtube.com/shahrincool
12. Danial Smile - http://www.youtube.com/Danialsmile97
13. Iman Syippo - http://www.youtube.com/starwars6751
14. Mr The Allshared - http://www.youtube.com/MrTheAllshared
15. Khairul Nizam - http://www.youtube.com/matjey93
Yang Penting Sekarang ini!
Daripada banyak-banyak ana bercoret di atas, wallahu'alam... Mungkin ini cara dan kemampuan ana untuk da'wah... banyak lagi cara lain, kan? terserah... Yang penting, Allah lihat usaha kita... Keberkesanannya, bab lain pula, ya.. Insya-Allah... Ingat, dakwah bukannya jalan yang penuh senang dan selesa... tetapi, dijamin penuh dengan ujian... Wallahu'alam...
Harap faham, ya! Syukran...
Thursday, October 24, 2013
Inspirasi Kontemporeri
Alhamdulillah, sepanjang permulaan cuti semester ini hingga ke hari ini, ceramah mereka menjadi santapan rohani. Ijlis bina tu'man sa'ah. Semuanya ku tapau dari Youtube. ^_^
Bismillahirrahmanirrahim...
1.Ustaz Zahazan Mohamed
Tajuk: 1; Agar Hati Sentiasa Hidup, 2; Rumah Yang Disinari Cahaya
- Nada beliau tenang-tenang sahaja
- Sentiasa mengaitkan dengan para sahabat Rasulullah s.a.w. , yakni kita dapat menghayati kehidupan para sahabat dengan hadis-hadis Rasulullah s.a.w.
2.Aa Gym (KH Abdullah Gymnastiar)
- Nada yang turun naik mengikut apa yang ingin disampaikan, bijak dalam menarik perhatian pendengar
- Sentiasa meraikan pendengar yang berbeza peringkat umur dengan memberi contoh-contoh yang sesuai
- Sentiasa merendah diri dan berlemah-lembut
- Doa di pengakhiran ucapan beliau sangat menyentuh jiwa-jiwa ramai pendengar
3.Ustazah Fatimah Syarha
- Pendiriannya tegas; untuk isu fiqah, iaitu dalam menerangkan apa yang benar dan betapa sportingnya Islam ini dalam soal hukum
- Peminat hujah dan penerangan Yusuf Al-Qaradhawi
- Kebanyakan penilaian ana terhadap sesuatu, dekat sungguh dengan pemikiran beliau (tapi, tentu sahaja beliau berfikir dengan hujah Al-Quran dan As-Sunnah, ana pula cuma mengaitkan dengan ilmu yang ana pelajari tentang agama yang masih banyak yang kurang ini)
Insya-Allah...
Thursday, October 10, 2013
Penipu!
Ohh... Dialah penipu,
Pandai berkata-kata,
Namun, tidak dibuatnya...
Ohh... Dialah penipu,
Azamnya bukan main tinggi,
Namun, hanya idealistik
bukannya realistik.
Dibuat pada awalnya
Ditinggal tanpa istiqamah Lillahi Taala
Kepada siapakah dia menipu?
Mampukah dia menipu pada Allah azzawajalla?
Dialah aku
Ohh.. Aku telah pun menzalimi diriku sendiri
Allah... Allah... Allah...
Semester ini sudah sampai ke pengakhirannya
Yang ku lihat,
Banyak yang sia-sia
Ohh.. itu bukan tujuanku
Yang ku ingin adalah redhaMu
Akanku mulakan langkah Baru
Hari Demi hari
Sucikan hati...
Jernihkan jiwa
Tingkatkan iman
Memperkasa peribadi Islami
Sahabat, bantulah sahabatmu..
Kejutkanlah dia saat khayal
Dek fatamorgana dunia
Penuh ujian dan kejutan
Kejutkanlah dia
Sapalah dia
Cintailah dia dengan erti cinta yang sebenar
Pimpinlah dia
Dia... Dia... Dia...
Akulah dia,
Dan engkau juga dia
Sahabat hingga ke syurga
Till jannah
"dan berpesan-pesan kepada kebenaran,
Dan berpesan-pesan dengan kesabaran"
Kita sahabat, bukan???
Friday, September 13, 2013
Cinta Fitrah
Yang dimaksudkan, cinta fitrah
Cinta si Hawa kepada si Adam
Alhamdulillah, mujurlah
Setakat ini,
Cinta fitrah itu tiada siapa yang tahu
Telah ditanya pada sahabat-sahabat
Mereka tidak melihat bahawa
Hakikatnya perasaan itu telah lama bertaman di hati
Alhamdulillah, berjaya dipelihara cinta ini
Namun, Allah S.W.T. Maha Mengetahui
segalanya
Cinta suci hanya milik Ilahi
Inginku sebutkan di sini
Mengapa aku teguhkan diri
Untuk tidak tetap pada cinta fitrah itu
iaitu, tidak bertindak apa-apa ke arah merealisasikannya
"Cintakan bunga akan layu
cintakan manusia akan mati
cintakan Allah kekal abadi
itulah... cinta hakiki"
Cinta fitrah itu bisa berubah-ubah
kepada siapa jua ia terkena,
Selagi mana cinta fitrahku itu belum dihalalkan
Selagi itu ia tidak bisa aku yakini
Bukanlah aku tidak pernah khuwatir,
Seandainya tiada siapa yang ingin jadi teman hidup suatu masa nanti,
Seperti mana yang dikhuwatiri oleh pemudi universiti...
Tidak meletakkan sabar di puncak tertinggi
Lalu, diiyakan saja kepada siapa yang menghulurkan diri
Wahai...
Aku juga wanita
Yang kuat emosinya... Yang kuat prasangkaannya
Hidupku begini
Demi raih redha Ilahi
Biarlah diteruskan perjuangan ini
Biar dimantapkan peribadi Islami
"Allah dan Rasulullah s.a.w.
Mak dan Abah"
Masih belum cukup tinggi kutaruhi cinta
pada mereka
Lagikan pula aku ingin mencintai seorang lagi
"Wahai suami..."
Masya-Allah
Inginku ingatkan di sini
Buat diriku, dan buat kalian semua
Kahidupan kita bukanlah hanya di sini
Aku sebagai mahasiswi
Pengakhiran kehidupanku bukanlah hanya di universiti
Mehnah sebenar dunia sedang menanti
Jodoh itu milik Ilahi
Janganlah bersedih hati
Kerna Allah sentiasa bersama dengan orang yang mengerti
Istikharah...
Moga Allah redha...
Thursday, September 12, 2013
Aku, Wanita, dan Tudungnya
Memakai purdah, tidak pula berniqab
Atau apa jua seangkatan dengannya
Aku bukanlah jua wanita bertudung pendek
Yang cuma menjadikan terma 'menutup aurat'
sebagai sebab memakai tudung mahupun selendang
Kerna aku tahu dan faham,
'Menutup aurat' bukan sekadar itu sahaja
Padangan kasih sayangku berkata;
Moga 'mereka' membuka hati demi merebut hidayah dari-Nya
Moga mereka tahu dan faham, bahawa
Aurat itu; meliputi hampir seluruh tubuhnya
Dada, bentuk badan, warna kulitnya;
Suara, pandangan mata, jua liuk-lenggok tubuhnya
Semuanya dikira
Muslimah itu bagaimana, sebenarnya?
Bagaimana kita tafsirkan serta mengaplikasikannya,
dalam hidup kita?
Moga menjadi wanita bidadari dunia dan syurga...
Hendaknya









