Saturday, January 9, 2010

TazKeeRaH 10 : Apa Gunanya Iman Sekiranya Tidak Diuji

www.iluvislam.com
Geekspro
Editor : kasihsayang

Dalam hidup ini kita terpaksa berdepan dengan dua situasi atau keadaan yang mana keadaan pertama dipanggil sebagai “hasanat” dan keadaan kedua dipanggil “as-Syiddah”.

Kedua-dua keadaan ini pasti akan dihadapi oleh setiap manusia.

Hasanat ialah segala kebaikan dan kesenangan yang menyenangkan hati manusia seperti diberikan tubuh badan yang sihat, mempunyai harta kekayaan yang banyak, mempunyai jawatan dan pangkat yang tinggi dan sebagainya. Hasanat inilah yang telah banyak menghancurkan iman manusia sejak zaman berzaman apabila ia tidak berjaya diolah dengan baik berdasarkan keimanan yang ada.

Sebagai contoh kita dapat lihat ialah bagaimana firaun yang telah diberikan kekuasaan dan kekayaan oleh Allah Taala lalu dengan kekayaan dan kekuasaan tersebut ia telah menderhakai Allah sehingga akhirnya dia telah dibinasakan oleh Allah akibat daripada sifat lupa kepada diri apabila memperoleh hasanat (kebaikan yang banyak).

Hasanat ini menjadi idaman setiap diri manusia akan tetapi apabila hasanat ini diberikan oleh Allah kepada manusia tidak ramai yang mampu mengolahnya dengan baik dan kebanyakan manusia tidak reti untuk bersyukur.

As-Syiddah pula adalah setiap kesukaran, kesempitan dan kesusahan yang menyebabkan hati manusia merasa berat untuk memikulnya dan merasakan tidak sanggup untuk berdepan dengannya seperti kemiskinan, ditimpa sakit, hilang harta benda, kematian ahli keluarga dan sebagainya.

As-Syyidah ini walaupun kita lihat ia sesuatu yang cukup berat untuk ditanggung tetapi sebenarnya ia lebih sedikit mendatangkan risiko terhadap iman manusia kerana kebiasaannya apabila ditimpa kesukaran dan kesempitan manusia menjadi mudah untuk mengingati Allah dan mengadu hal kepadaNya.

As-Syiddah ini tetap mendatangkan risiko kepada iman manusia sebenarnya kalau ia tidak berjaya diolah dengan baik namun risikonya kepada iman adalah lebih kurang sedikit jika hendak dibandingkan dengan hasanat yang sering kali menjadikan manusia lupa dan lalai kepada Allah. Lantaran itu, apabila kita meneliti sirah perjuangan Nabi s.a.w kita dapat melihat bahawa perjuangan Nabi adalah perjuangan yang dikelilingi oleh kesusahan demi kesusahan dan para sahabat yang mengikuti Nabi ketika itu bertambah secara mendadak iman mereka disebabkan As-Syiddah yang mereka hadapi.

Setiap kali ditimpa as-Syiddah pergantungan Nabi dan para sahabat kepada Allah semakin kuat serta mereka menyerahkan diri secara total kepada Allah Taala sebagaimana Firman Allah Taala dalam surah surah al-ahzab ayat 22 :

[33,22.jpg]

Maksudnya :

Dan pada masa orang-orang Yang beriman melihat tentera Al-Ahzaab, berkatalah mereka:" Inilah Yang telah dijanjikan Allah dan RasulNya kepada Kami dan benarlah (Apa Yang telah dijanjikan) Allah dan RasulNya". dan (angkatan tentera musuh Yang mereka lihat) itu tidak memberi sebarang kesan kepada mereka selain daripada menambahkan iman dan penyerahan diri mereka bulat-bulat kepada Allah. ( 33 : 22)

Selagi mana nyawa di kandung badan maka selagi itu kita akan berdepan dengan dua keadaan ini yang menuntut kita untuk mengolah setiap ujian ini dengan baik berdasarkan iman yang ada. Sama ada kita berdepan dengan hasanat mahupun as-Syiddah maka gunalah iman untuk mengolahnya. Iman itu sangat berguna apabila kita diuji oleh Allah Taala kerana dengan imanlah kita mampu membawa diri menjadi individu yang sentiasa bersyukur dan mengharapkan RahmatNya.

Lebih baik kita diuji sewaktu hidup di atas muka bumi ini berbanding ujian yang di akhirat kerana seberat mana ujian di dunia ia akan berakhir akan tetapi jika diuji dengan kesusahan di akhirat ia terlalu dahsyat untuk ditanggung.

Thursday, January 7, 2010

mY arTicle 2 : Zaman Air Batu


Assalamualaikum..
artikel kali ni ana buat search sndiri..
sbab kat skolah tadi,
cikgu sejarah kelas ana (4 Alfa)
iaitu Cikgu Dahlia telah memberi tugasan kpade kitorang
utk carik pasal 'Zaman Ais'
Dakkara,
inilah yang ana dapat..
Jom Kongsi Bersame!
>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>

Zaman Air Batu

Zaman air batu adalah tempoh di mana suhu iklim bumi turun menyebabkan peningkatan jumlah pembentukan air batu di kutub dan glasir "glaciers " gunung.

Zaman air batu adalah tempoh suhu menurun dalam jangka masa yang lama dalam iklim bumi, menyebabkan peningkatan dalam keluasan air batu di kawasan kutub dan glasier gunung. Secara geologi, zaman air batu sering digunakan untuk merujuk kepada tempoh lapisan air abtu di utara dan selatan hemisphere; dengan takrifan ini kita masih dalam zaman air batu. Secara "colloquially", dan untuk tempoh 4 juta tahun kebelakangan, takrifan zaman air batu digunakan untuk merujuk kepada tempoh lebih sejuk dengan litupan air batu yang luas di seluruh benua Amerika Utara dan Eropah: dalam sudut ini, zaman air batu terakhir berakhir kira-kira 10,000 tahun lalu. Rencana ini akan menggunakan tempoh galsiar untuk tempoh sejuk ketika zaman air batu dan 'antaraglacia' (interglacial) untuk tempoh panas.

Butir-butir artikel :
Tajuk : Zaman Air Batu
Jenis Bahan Bacaan : Internet/Artikel (tak pasti)
Sumber/Huraian(rekod) : http://ms.wikipedia.org/wiki/Zaman_Air_Batu

<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<

Sejarah Jepun


Prasejarah

Bangunan dari zaman Yayoi yang dibina semula.

Pada zaman ais, Jepun tercantum dalam benua Asia dari Sakhalin di utara dan Kyushu di selatan; memudahkan penghijrahan manusia, haiwan dan tumbuhan ke kepulauan Jepun dari kawasan yang kini adalah negara China dan Korea.

Budaya Jomon timbul sekitar 11,000 sebelum Masihi dengan berakhirnya zaman ais. Gaya hidup mereka berputik dari cara mesolitik ke neolitik. Masyarakat Jomon juga merupakan penghasil barang-barang tembikar yang terawal di dunia. Difahamkan bahawa kaum Jomon merupakan leluhur kaum Proto Jepun dan Ainu.

Permulaan era Yayoi di sekitar 300 SM ditandakan dengan kedatangan teknologi baru seperti penanaman padi dan sistem pengairan yang dibawa oleh pendatang dari Korea, China dan tempat-tempat lain di Asia.

Butir-butir artikel :
Tajuk : Sejarah Jepun-Prasejarah
Jenis Bahan Bacaan : Internet/Artikel
Sumber/Huraian(rekod) : http://ms.wikipedia.org/wiki/Sejarah_Jepun

NST 1 : Pride of Japan

PRIDE OF JAPAN: Teenaged golf star Ryo Ishikawa is being featured on Japanese postage stamps to mark his success in becoming the sport's youngest "top money winner". - AFP PHOTO/JIJI PRESS
..........................................................................................................................................................................

Salam..

Haha..
actually, atlit kat atas tu ana tak pernah pun tahu..
tapi,
disebabkan ade je kene mengene ngan "Japan",
tau-tau jelah ana ni seorang yang macamane..
hehehe~~
(^_^)

Wednesday, January 6, 2010

mY ArTicle 1 : Program Nilam : Lindungi Punca Air

Editor

Lindungi Punca Air

Laporan Kualiti Kehidupan Rakyat Malaysia 1999 menunjukkan kualiti air sungai meningkat daripada 55.8 peratus pada tahun 1885 kepada 27.5 peratus sejak dua tahun lepas. Ini bermakna tahap pencemaran sungai semakin kritikal. Sungai merupakan punca utama untuk kita mendapatkan air. Sekiranya kita memperoleh dari sumber tercemar sudah pasti kita tahap kehidupan rakyat Malaysia akan terancam. Setakat ini, tidak ada lagi penguatkuasaan yang tegas diambil untuk membendung masalah ini. Pencemaran disebabkan hakisan tanah berikutan kerja-kerja pembalakan pembinaan kilang dan setinggan di pinggir sungai, pembuangan sisa pepejal tidak terkawal serta kegiatan pertanian yang tidak terancang sememangnya amat memalukan. Fenomena ini membuatkan kita terpaksa membayar kos yang tinggi untuk mendapatkan air yang bersih. Walaupun pelbagai kaedah digunakan oleh Jabatan Bekalan Air bagi menjamin tahap kebersihan air yang dibekalkan ke rumah-rumah tetapi ada juga yang hilang keyakinan disebabkan sumber air yang mengalami pencemaran teruk angkara segelintir pihak yang tidak bertanggungjawab. Bak kata Perdana Menteri, Dato' Seri Dr. Mahathir Mohamed, mereka yang mengotori adalah golongan yang tidak sayangkan pusaka Tuhan yang akhirnya akan menyebabkan banyak kerugian dan kemusnahan.

Butir-butir artikel serta ulasan :
Tajuk : Lindungi Punca Air
Jenis Bahan Bacaan : Majalah/artikel
Editor : Wan Normi Hasan
Sumber/Huraian(rekod) : Dewan Kosmik, edisi Januari 2001, m/s 3
Ulasan : Sebenarnye majalah ni ana memang taip balik je dpd dlm majalah tu.. tapi, tak taulah butiran kat atas ni mencukupi ke tak.. Ana mmg takde edit ape2 la.. pasal Perdane Menteri tu, dengan tahun laporan kualiti air tu smue.. Tapi, ana rase isi dpd aritkel ni bermanfaat kalau nak tulis karangan.. sbab kadang2 soalan ade tanye pasal pencemaran..

Sunday, January 3, 2010

Anmitsu Hime - Princess Anmitsu.. KAWAII NA!!



Assalamualaikum..

Kawaii... kawaii..
-Inoue Mao-
..my favourite..
the cute and SUGOI actress

Anmitsu Hime 2 :
At age 16, a tomboy princess, Princess Anmitsu, has no love interest in her life and worries her parents. Despite their concern, Anmitsu runs away from the castle to venture into the commoners' life. During her daring adventure, she befriends a group of children who make a living by pick-pocketing. At the same time, she finally meets her prince charming Senbe, the leader of the group. However, she soon finds herself in an awkward position when she learns of the children's new plot: they are planning to steal the treasures from her own castle. Will she be able to put a stop to it without revealing her true identity?

???




INOUE MAO :
-Hana Yori Dango-
-Hana Yori Dango 2-
-Hana Yori Dango Final-
-Anmitsu Hime-

(^_^)
SUKI!!