Saturday, June 5, 2010

Koe O Kikasete - Bing Bang

Honto ni suki!!

Melanjutkan Pelajaran Ke Jepun

MELANJUTKAN PELAJARAN KE JEPUN
(http://www.sabahan.net/forum/showthread.php?tid=1555)

Seorang kenalan dalam maya telah bertanya kepada saya,bagaimana caranya melanjutkan pelajaran ke Jepun.Oleh kerana tujuan saya bukan melanjutkan pelajaran,saya agak tersentak dengan soalan tersebut.Untuk beberapa masa,saya biarkan soalan ini dan saya berusaha untuk mendapat jawapan dan akhirnya saya telah menemui seorang warga Malaysia yang memangnya tahu selok belok cara-cara untuk melanjutkan pelajaran di Jepun.Saya telahpun memberi jawapan tersebut kepada kenalan maya.Maka itu saya mengambil kesempatan ini untuk menulis dalam SDN,manalah tahu ada warga SDN yang berminat untuk melanjutkan pelajaran ke Jepun terutama sekali bagi mereka yang masih bersekolah.


Tanggungan Sendiri
Ada dua pembahagian yang besar tentang pembiayaan belajar di Jepun ini. Yang pertama ialah biaya sendiri, iaitu ditanggung oleh ibu bapa masing-masing, dan yang kedua ialah biasiswa. Mari kita pergi kepada pembiayaan pertama iaitu tanggungan sendiri. Apabila belajar di bawah tanggungan ibu bapa, maka bidang pilihan amatlah luas, daripada sains, falsafah, sejarah, ekonomi, bahasa, kejuruteraan, perubatan dan sebagainya. Cuma seperti juga di negara-negara lain, kos pendidikan berbeza mengikut bidang. Bidang sains dan teknikal memakan kos yang besar sedangkan bidang lain agak rendah kosnya.

Bidang yang paling baik peluang pasarannya di Jepun sudah tentulah bidang kejuruteraan, kerana Jepun memiliki teknologi yang terkedepan berbanding negara maju yang lain. Bidang kejuruteraan biasanya terbahagi kepada mekanikal, elektrik dan elektronik, kimia, bioteknologi, semikonduktor dan lain-lain. Kejuruteraan ini boleh dipraktikkan di seluruh dunia, tambahan pula kilang Jepun kini wujud di mana sahaja. Untuk bidang ini, pelajar lepasan SPM perlulah memasuki Sekolah Bahasa Jepun (Nihongo Gakko)yang ada hampir di seluruh Jepun selama satu atau dua tahun. Kemudian, pelajar boleh pilih sama ada ingin ke universiti (peringkat ijazah) atau ke kolej teknikal (Koto Senmon Gakko)(bersamaan peringkat diploma). Tidak semestinya masuk universiti, peluang pekerjaan lebih cerah, kerana di unviersiti, pelajar lebih banyak belajar teori berbanding praktikal, sedangkan di kolej teknikal, lebih banyak praktikalnya seperti eksperimen dan sebagainya, menyebabkan banyak syarikat lebih cenderung mengambil pelajar kolej teknikal bekerja. Pelajaran di kolej teknikal ini ialah selama lima tahun, di mana pelajar-pelajar Jepun yang telah tamat sekolah menengah rendah (bersamaan tingkatan tiga, 15 tahun) akan masuk ke kolej dari tahun satu. Pelajar Malaysia lepasan SPM yang telah tamat Sekolah Bahasa Jepun akan terus masuk ke tahun tiga. Selepas tamat tahun lima, pelajar kolej teknikal boleh melanjutkan pelajaran di universiti bermula tahun tiga hingga tahun empat secara kebiasaanya. Pelajar jurusan kejuruteraan di universiti yang berminat melakukan R&D akan melanjutkan pengajian ke peringkat sarjana, manakala yang lain akan terus ke alam pekerjaan.

Bagaimanapun, sekiranya ada yang berminat, saya amat menggalakkan supaya mereka mengambil kursus pengurusan, ekonomi, atau pemikiran di Jepun, kerana bagi saya teknologi boleh dibeli, cuma cara berfikir dan cara pengurusan Jepunlah yang menyebabkan mereka mampu menjadi kuasa besar ekonomi dunia. Cara pengurusan dan pemikiran inilah yang perlu kita belajar daripada Jepun supaya kita dapat menguruskan negara kita dengan lebih baik lagi.

Terdapat beberapa bidang di Jepun yang tidak begitu diiktiraf di Malaysia seperti perubatan dan undang-undang, kerana mungkin sistem Jepun dan Malaysia yang berbeza piawainya, oleh itu, haruslah berhati-hati memilih kursus.

Biasiswa
Terdapat beberapa agensi kerajaan dan swasta yang mengeluarkan biasiswa untuk mereka yang ingin melanjutkan pelajaran ke Jepun. Bagaimanapun, biasiswa kerajaan biasanya hanya dikeluarkan untuk bidang-bidang kritikal seperti kejuruteraan dan sains sahaja. Saya senaraikan beberapa yang signifikan.

Biasiswa Kementerian Pendidikan, Sains dan Kebudayaan Jepun (Monbukagaku-sho)

Setiap tahun, akan ada peperiksaan di Malaysia dan hampir di seluruh dunia untuk mendapatkan biasiswa ini. Soalannya ialah di peringkat A-Level atau diploma, dan persaingannya sangat sengit. Oleh itu, seseorang perlulah bersedia dari awal untuk merebut biasiswa ini.

Biasiswa JPA

Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) menyediakan banyak program untuk ke Jepun. Antaranya ialah:-

* Ambang Asuhan Jepun (AAJ) : Kursus persediaan di Universiti Malaya selama dua tahun, di mana tahun pertama ialah pendidikan asas kejuruteraan dalam Bahasa Melayu dan Inggeris, dan pelajaran Bahasa Jepun, serta pelajaran dalam Bahasa Jepun sepenuhnya pada tahun kedua. Pelajar akan dihantar ke Jepun pada tahun ketiga dan akan mendaftar di kebanyakannya universiti awam di Jepun bermula tahun pertama. 10 pelajar terbaik setiap tahun akan mendapat biasiswa Monbukagasho, bukan daripada JPA.
* Pusat Persediaan Kajian Teknikal ke Jepun (PPKTJ) : Kursus persediaan untuk ke kolej-kolej teknikal di seluruh Jepun (peringkat diploma) selama dua tahun di Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Kampus Jalan Semarak. Pelajar akan belajar selama dua tahun di UTM dan tiga tahun lagi di kolej teknikal di Jepun (tahun 3, 4, 5). Selepas tamat di kolej teknikal dan memperolehi diploma, pelajar yang berhasrat menyambung pelajaran di universiti adalah dikehendaki memohon semula biasiswa kepada JPA, dan JPA biasanya hanya meluluskan biasiswa untuk bidang-bidang kritikal sahaja. Pelajar juga boleh menyambung pelajaran ke universiti dengan biayaan sendiri. Bagaimanapun, perlu diingat, yuran di universiti di sini agak mahal dan peperiksaan kemasukan ke universiti-universiti berbeza tahap kesukarannya mengikut taraf unversiti tersebut.
* Program guru untuk melatih guru-guru bahasa Jepun (yang saya tidak tahu mendalam)
* Program untuk pegawai kerajaan (juga saya tidak tahu mendalam)

Biasiswa Yayasan Pelajaran MARA (YPM)

YPM juga mengeluarkan biasiswa di bawah projek dasar pandang ke timur. Kerajaan Malaysia meminjam wang daripada Bank Kerjasama Antarabangsa Jepun (JBIC) dengan kadar faedah yang rendah dan tempoh pemulangan yang panjang untuk membiayai pendidikan ke Jepun. Wang ini diuruskan oleh Unit Dana, Yayasan Pelajaran MARA (YPM). Program yang dijalankan oleh YPM ialah Program Ijazah Berkembar Jepun (JAD). Sewaktu kontrak pertama 1993-1997, program ini dikenali sebagai JMC (Pusat Matrikulasi Jepun), yang mana pelajar akan belajar asas kejuruteraan dan bahasa Jepun selama dua tahun di Malaysia sebelum mendaftar empat tahun di universiti di Jepun. Bermula kontrak kedua (1999-2005), ia dikenali sebagai JAD iaitu dua tahun di Malaysia (tahun asas dan tahun pertama universiti) dan tiga tahun di Jepun (bermula tahun dua hingga tahun empat). Kontrak ketiga kini telah bermula di Unisel, tetapi masa belajar di Jepun telah dipendekkan iaitu tiga tahun di Malaysia dan dua tahun di Jepun. Terdapat lebih kurang 20 universiti konsortium yang bersetuju mengambil pelajar-pelajar ini jika lulus peperiksaan dan temuduga, dan kebanyakan universiti ini ialah universiti swasta yang mana yuran pengajiannya jauh lebih mahal daripada universiti awam. Terdapat juga beberapa universiti awam yang merupakan ahli konsortium. Bidang yang dibenarkan di JAD ini biasanya hanyalah kejuruteraan.

Biasiswa PETRONAS

Pelajar di bawah tajaan PETRONAS biasanya mengambil masa agak lama menamatkan pengajian, kerana mereka terpaksa bermula dari Sekolah Bahasa Jepun di Jepun, kemudian terpaksa mengambil peperiksaan kemasukan ke universiti (yang sememangnya sukar) sama seperti pelajar Jepun lain. Bagaimanapun, pelajar-pelajar ini biasanya sangat berdikari. Bidang yang dibenarkan oleh Petrnoas biasanya lebih luas, meliputi kejuruteraan, sains, ekonomi dan pengurusan.

Begitulah sedikit sebanyak beberapa biasiswa untuk ke Jepun. Yang penting ialah semasa memohon dan temuduga. Pelajar perlulah pandai menonjolkan diri supaya dipilih menerima biasiswa ini.

Petua OM 1-25

Petua Orang Melayu 1-25
(Portal Alumni Kolej EON UUM)
http://www.exkolejeon.org/forums.php?m=posts&q=213&n=last

1)Bernanah jari disebabkan jarum,duri, dan tulang ikan
Ambil 3 sulur bawang merah lalu ditumbuk jangan sampai lumat.Kemudian bubuh 1 sudu besar minyak kelapa dan dibungkus dengan menggunakan daun pisang dan dipanaskan ke atas api.Apabila sudah agak panas, tampalkan ramuan tersebut pada tempat yang sakit dan dibalutkan dengan kain pembalut luka.Buatlah sebanyak 3 kali sehari.

2)Bau mulut
Ambil beberapa helai daun sireh diramaskan ke dalam air dan berkumur.Buatlah selama beberapa hari.

3)Resdung
Ambil isi terung kemal dan amalkan memakannya atau ambil daun kacang kayu kemudian jemur sehingga kering dan dibuat hisap seperti rokok.Boleh juga amalkan mencium bunga daun bawang merah sentiasa.

4)Kunyit mengurangkan rabun mata
Sediakan 20 helai daun sireh dan satu oz kunyit dan keduanya diparut.Letakkan di atas penapis dan tuangkan air panas dan diperah.Minum air yang sudah ditapis itu satu gelas pada setiap hari.

5)Perut masuk angin
Setiap kali anda minum teh atau kopi masukkan daun delima yang sudah dipotong kecil-kecil. Amalkan selama 1 bulan.

6)Perut Memulas
Ambil pucuk ciku secukupnya dan didihkan.Selepas air itu sejuk minumlah.

7)Telingga bernanah
Ambil kunyit tua sebesar ibu jari kaki, diparut dan diambil airnya dan ditambahkan dengan satu sudu teh.Masukkan ke dalam telingga yang bernanah secara terus menerus selama 1 minggu.

Rambut Ubat Kaki Pecah
Ambillah rambut yang gugur (rambut sendiri) satu genggam, kemudian rambut itu terus dibakar dan abunya dicampurkan dengan minyak kelapa.Waktu mahu tidur malam,bahagian kaki yang pecah itu dibersihkan terlebih dahulu.Kemudian sapukan minyak dari abu rambut itu dengan menggunakan kapas di bahagian kaki yang bengkak.Bila sudah disapu pakailah sarung kaki yang agak longgar supaya cadar tempat tidur tidak kotor.

9)Jerawat
(a)Masukkan sebungkus daun teh (masih hijau) ke dalam air yang mendidih.Kemudian wap air teh itu dihadapkan ke muka.Buatlah sentiasa sehingga jerawat di muka anda hilang.

(b)Kupaskan ubi kentang dan hiriskan nipis-nipis lalu segera ditampalkan pada muka dan biarkan sehingga ubi kentang itu kering.Amalkan sedemikian setiap hari.

10)Rambut beruban
Ambil biji buah betik daripada buah betik yang sudah masak sebanyak 2 sudu besar.Jemur biji betik itu sampai betul-betul kering.Kemudian digoreng sampai hangus (jangan guna minyak) serta disusuli dengan tumbuk biji itu sampai halus.Campur debu biji betik itu dengan minyak kelapa dan kacau sampai merata.Setelah rambut anda dicuci bersih, lumurkan ramuan itu pada bahagian kepala yang beruban, seelok-eloknya sewaktu hendak tidur.

11)Melebatkan tumbuh rambut
Potong pokok pisang dan batang yang tertinggal itu dibuat lubang di atasnya seperti tempurung. Pagi-pagi esoknya bubuh bair yang betul-betul sejuk ke dalam lubang itu dan dibiarkan beberapa minit.Kemudian terus ambil air dari lubang itu dan digosokkan ke atas kepala yang botak.Buatlah sedemikian setiap hari.

12)Membuang tahi lalat hidup
Ambil getah daun kemboja, bubuh pada tempat tersebut dan tampalkan dengan kapas.Buatlah sedemikian sehingga hilang.Begitu juga dengan caranya membuang ketaut kulit dan mengubat tapak kaki yang pecah-pecah.

13)Muka kasar dan berbintik-bintik hitam
Cari buah mentimum, diparut dan diperah lalu diambil airnya.Gunakannya untuk mencuci muka anda sewaktu hendak tidur.Boleh juga tempel atau tampalkan hampas mentimum itu ke wajah anda.Pada sebelah petangnya, mandi dengan air suam dan cuci muka anda berkali-kali dengan air suam.

14)Menghilangkan kesan jerawat
Basuh muka dengan air kelapa muda.Biarkan air itu di muka selama-lamanya 1 jam dan biar ia kering sendiri tanpa dilap.Kemudian cucilah dengan air sejuk.

15)Menghilangkan urat-urat yang timbul di kaki
Ambil segengam kacang hijau lalu direbus tanpa gula dan jangan hancurkan.Makanlah pada waktu pagi dan malam.Selain itu setiap kali mahu tidur, angkatlah kaki ke atas setinggi mungkin dengan menyandarkan badan pada dinding dalam masa 10 minit.Selepas itu barulah tidur.

16)Daun petai cina ubat seri muka
Cari daun petai cina yang masih muda dan ramas pada telapak tangan.Sapukanlah pada seluruh tubuh dan wajah anda sewaktu mandi.Kemudian tunggu beberapa saat baru dibersihkan dengan air yang bersih.Amalkan pada waktu mandi pagi dan petang selama lebih kurang 1 bulan.

17)Kudis buta
Cari 5 atau 6 helai daun jambu batu, giling hingga lumat.Ia kemudian dicampurkan dengan santan dari segengam kelapa parut perah.Kemudian dibungkus dalam kain jarang dan digosokkan pada kudis buta itu.

1Bulu ketiak
Cari ubi kunyit dan kapur sireh.Cabut semua bulu ketiak anda dan celupkan ibu kunyit itu ke dalam kapur sireh dan gosoklah pada ketiak anda sehingga rata dalam beberapa minit dan kemudian basuh.

19)Cacar air
Ambil 5 helai daun jarak dan direbus lalu dimandikan kepada mereka yang mengalaminya.Air rebusan itu hendaklah agak panas sedikit namun bolehlah dilihat kepada pesakit itu sama ada kanak-kanak atau yang sudah dewasa.Gosok juga daun jarak yang sudah direbus itu pada badan pesakit.Lakukan selama 3 hari berturut-turut.

20)Menghilangkan bekas kurap di badan
Bakar kulit kerang sebanyak 12 biji selama 20 minit.Bila kulit kerang itu terbakar jiruslah dengan air panas mendidih.Kulit kerang yang lumat ditumbuk dicampurkan dengan 1 sudu belerang kuning.Biarkan 2 ramuan itu sebati selama 1 jam dan campurkan pula dengan setengah cawan minyak tanah.Sapukan ramuan itu ke bekas kurap.

21)Menghilangkan bau ketiak
Campurkan hampas tea dengan sedikit air garam sapukan pada ketiak dan biarkan beberapa minit kemudian basuh dengan air hangat atau air sejuk.Lakukan secara kerap setiap hari.

22)Ubat panau
Daun gelenggang dicampurkan dengan kapur lalu digosok pada badan yang terkena panau itu.

23)Menghilangkan parut cacar air
Ambil segengam beras dan dibersihkan.Ambil 5 helai daun asam jawa dan sebuku kunyit hidup ditumbuk halus bersama-sama beras tadi untuk dijadikan bedak.Pakailah ketika hendak tidur selama seminggu.

24)Gatal-gatal malam
Ambil kelapa muda yang kulitnya masih hijau dan satu gelas madu asli, campurkan kedua-duanya dan minum selama 3 hari berturut-turut.

25)Gatal-gatal pada kemaluan perempuan
Ambil seikat daun sireh dan direbuskan dengan air biasa.Minum air tersebut setiap kali lepas kencing dan cucilah kemaluan anda dengan air tersebut.

Tuesday, April 27, 2010

TazKeeRaH 21 : Manisnya Taubat

Manisnya Taubat
Oleh : safwah_21
Editor : naadherah

Bismillahirrahmanirrahim..Seringkali hati bertanya, minda ligat berfikir, mengasak soalan bertalu-talu pada diri, mengapa manusia susah nak buat baik? Mengapa segelintir manusia lebih suka memilih untuk buat jahat? Kadang- kadang ingin saja ku temuramah mereka "terlibat dengan urusan sebegitu", ..Kenapa jadi jahat? Tak takut Tuhan ke? Tak nak masuk syurga ke? Dah tak sayang keluarga?kenapa, mengapa, dan untuk apa...Namun, hati ini masih sedar, mereka juga manusia, juga punya naluri, punya akal dan perasaan, juga punya nafsu, sama sepertiku..adalah tidak wajar untuk menghukum mereka seratus peratus. Kadang-kadang soalan- soalanku dijawab secara tidak langsung oleh "mereka", terpapar di dada-dada akhbar, juga di majalah-majalah..Jawab mereka,
"bukan kami tak nak jadi baik, kami nak..kami nak masuk syurga..tapi kami jahat..alang-alang dah buat jahat, biar sampai masuk neraka"
"keluarga pun dah tak nak terima kami.masyarakat mula menyisihkan kami. kami hina di mata mereka.kami tak layak untuk berdiri satu barisan bersama pak imam, tak layak nak bersalaman dengan pak lebai"
"ayah dan mak dah tak nak tengok muka saya lagi. mereka malu atas perbuatan saya. kekasih saya lari meninggalkan saya dan anak yang saya kandungkan. mak tak nak mengaku saya ni anak dia. saya dah tak suci, saya dah tak ada apa-apa.."Itu antara jawapan-jwapan daripada "mereka"..Sebenarnya banyak lagi kisah-kisah sebegini yang dipaparkan untuk tatapan kita, untuk dijadikan teladan, bukannya ikutan..tapi, yang menghairankan aku, semakin banyak kisah sebegini didedahkan kepada masyarakat, maka masyarakat seharusnya sedar dan menjadikannya sebagai iktibar, memulakan langkah untuk mendidik anak-anak kecil yang masih bersih fitrahnya, memantapkan pendidikan bagi anak-anak yang sudah mulai dewasa, dengan pelbagai pengisian agama, agar tidak mengikut jejak langkah "mereka" itu. Namun, apa yang berlaku adalah sebaliknya. Bermula dari kes yang kita anggap remeh-temeh sehinggalah kes yang membawa ke tali gantung, semuanya seakan dipandang ringan oleh masyarakat. Malah mereka seakan berlumba-lumba, untuk mencari publisiti murahan, memenuhi dada-dada akhbar, gembira melihat wajahnya ditayangkan di kaca televisyen, tersenyum megah kerana dia dikenali ramai, namanya menjadi bualan di sana- sini, kerana terbait dengan kes RASUAH, BUNUH, ROGOL, dan tak kurang juga yang sibuk memenuhi lebuh raya, merempit sana sini tak tentu hala, kononnya hendak mati di JALAN YANG LURUS. Belum termasuk lagi kes-kes HARUAN MAKAN ANAK, pelajar SEKOLAH AGAMA buang anak, tambah lagi dengan masalah politiknya, dan bermacam- macam jenis 'penyakit' lagi, yang kini sedang menular di kalangan masyarakat kita, yang kelajuan penularannya mengalahkan penularan virus H1N1.Aduhai manusia, aduhai bangsaku..Mengapa kalian memilih jalan sesempit ini. maka akan dijawab mereka,
"kerana ini sudah ditakdirkan Allah"Aduhai, mengapa kalian sanggup menghukum diri sendiri, sedang Allah telah berfirman bahawa tidak akan berubah nasib sesuatu kaum itu kecuali dengan tangan mereka sendiri. Mengapa masih memilih untuk menjadi jahat sedang jalan untuk menjadi baik itu adalah lebih senang daripada menjadi jahat!. Mengapa berputus asa dari rahmat Allah, sedangkan ketika 1 pintu rahmat Allah telah tertutup untuk kita, maka akan dibukakan untuk kita 99 pintu yang lain. Subhanallah, begitu sekali sayang Allah pada kita. Begitu sekali baiknya Allah pada kita, tapi mengapa kita jadikan Allah murka atas segala perbuatan kita? dan kita berkata,
"aku dah jadi jahat, mana mungkin Allah akan menerima aku sebagai hambaNya".Masya Allah, pernahkah kalian mendengarkan kisah tentang seseorang yang kehilangan untanya di padang pasir? seseorang yang berkenderaan di tengah-tengah padang pasir, kemudian haiwan yang ditungganginya itu lari meninggalkannya, sedangkan di atas haiwan itu terdapat bekalan makanan dan minumannnya.Dia berputus asa untuk menemui haiwan dan bekalannya. Lalu dia duduk berteduh di bawah sebatang pohon dan berbaring, kerana dia benar-benar berputus asa untuk menemui haiwan tunggangannya itu. Kemudian dia tertidur.Sejurus dia bangun dari tidurnya, dia mencari lagi untanya itu dengan berjalan kaki namun dia tidak menjumpainya. dia berjalan lagi, namun gagal menjumpainya. Dia mencarinya untuk kali ketiga, namun usahanya itu masih gagal.Apabila dia kembali ke tempat tidurnya sebelum itu, tatkala dia duduk termenung, tanpa diduganya, tiba-tiba unta tunggangannya yang hilang itu muncul kembali, lengkap dengan bekalan yang dibawanya. Kemudian, dia segera memegang tali tambatannya. Bayangkan kalau kita berada di tengah padang pasir yang luas dan panas yang terik, hampir berputus asa untuk mencari unta yang hilang, tetapi tiba-tiba unta itu muncul kembali di hadapan kita. Mana mungkin kita tidak gembira, gembira yang bukan kepalang..namun sahabatku, sesungguhnya, Allah s.w.t itu lebih jauh lagi gembiranya dengan taubat seorang hamba berbanding dengan musafir yang menemui untanya di padang pasir itu tadi.Wahai sahabatku sekalian, ayuh, bersangka baiklah dengan Allah. Sebagaimana kita gembira bertemu dengan kekasih hati, malah Allah lebih gembira daripada itu. Sebagaimana kita menyayangi kekasih hati sepenuh jiwa, namun sayangnya Allah lebih daripada itu, betapa luasnya nikmat pemberian Allah, tapi sayang hanya kita sahaja yang tidak tahu untuk menghargai pemberiannnya.Banggalah menjadi hamba Allah, tanamkanlah rasa cinta pada Allah dalam diri kita, kerana cinta Allah pada hambaNya sangat tidak ternilai. Demi cinta Allah pada hambaNya, Allah telah berfirman,
" dan Dialah Tuhan yang menerima taubat daripada hamba-hambaNya yang bertaubat, serta memaafkan kejahatan-kejahatan yang telah mereka lakukan dan Dia mengetahui apa yang kamu kerjakan", surah an-nisa (4:16).Sungguh, Allah telah membukakan pintu rahmatNya di siang hari untuk menerima taubat hamba-hambaNya di waktu siang, dan membukakan pintu rahmat pada malam hari hari, untuk menerima taubat hamba-hambaNya pada malam hari. Tapi, melihat keadaan kita pada hari ini, yang masih lagi dengan ego dan sombong yang menebal pada diri..cita-cita tinggi dijulang, mengimpi syurga Allah, namun tanpa sedar, amalan- amalan yang kita lakukan itu semakin membuatkan kita jauh dari syurgaNya, jauh dari rahmatNya..Amatlah rugi bagi mereka yang telah diberi peringatan, tapi masih bermegah-megah dengan diri sendri, tanpa sedar apa yang kita miliki ini semuanya adalah milik Allah. Alangkah sedihnya Allah, seakan tiada siapa lagi yang memerlukanNya, seakan tiada siapa yang mahukan taubatnya diterima, seakan tiada siapa yang mahu dosanya diampunkan, dan..seakan tiada siapa yang berlumba-lumba untuk meraih cintaNya Yang Maha Pengasih, lagi Pemurah itu..

Sunday, April 25, 2010

TazKeeRaH 20 : Hati Kita Keras

Hati Kita Keras
www.iluvislam.com
Mohd Hafez Sabri
Dihantar Oleh: insan mencari
Editor: MawarYangTinggi


Hati adalah sumber ilham dan pertimbangan, tempat lahirnya cinta dan benci, keimanan dan kekufuran, taubat dan sikap degil, ketenangan dan kebimbangan. Hati juga sumber kebahagiaan jika kita mampu membersihkannya namun sebaliknya ia merupakan sumber bencana jika kita gemar menodainya. Aktiviti yang dilakukan sering berpunca daripada lurus atau bengkoknya hati.

Abu Hurairah r.a. berkata, “Hati adalah raja, sedangkan anggota badan adalah tentera. Jika raja itu baik, maka akan baik pula lah tenteranya..Jika raja itu buruk, maka akan buruk pula tenteranya”.

Hati yang keras mempunyai tanda-tanda yang boleh dikenali, di antara yang terpenting adalah seperti berikut:

1. Malas melakukan ketaatan dan amal kebajikan

Terutama malas untuk melaksanakan ibadah, malah mungkin memandang ringan. Misalnya tidak serius dalam menunaikan solat, atau berasa berat dan enggan melaksanakan ibadah-ibadah sunnah. Allah telah menyifatkan kaum munafikin dalam firman-Nya yang bermaksud, “Dan mereka tidak mengerjakan sembahyang, melainkan dengan malas dan tidak (pula) menafkahkan (harta) mereka, melainkan dengan rasa enggan.” (Surah At-Taubah, ayat 54)

2. Tidak berasa gerun dengan ayat al-Quran

Ketika disampaikan ayat-ayat yang berkenaan dengan janji dan ancaman Allah, hatinya tidak terpengaruh sama sekali, tidak mahu khusyuk atau tunduk, dan juga lalai daripada membaca al-Quran serta mendengarkannya. Bahkan enggan dan berpaling daripadanya. Sedangkan Allah S.W.T memberi ingatan yang ertinya, “Maka beri peringatanlah dengan al-Quran orang yang takut dengan ancaman Ku.” (Surah Al-Qaf, ayat 45)

3. Berlebihan mencintai dunia dan melupakan akhirat


Segala keinginannya tertumpu untuk urusan dunia semata-mata. Segala sesuatu ditimbang dari segi keperluan dunia. Cinta, benci dan hubungan sesama manusia hanya untuk urusan dunia sahaja. Penghujungnya jadilah dia seorang yang dengki, ego dan individulistik, bakhil serta tamak terhadap dunia.

4. Kurang mengagungkan Allah

Sehingga hilang rasa cemburu dalam hati, kekuatan iman menjadi lemah, tidak marah ketika larangan Allah diperlekehkan orang lain, tidak mengamal yang makruf serta tidak peduli terhadap segala kemaksiatan dan dosa.