Tuesday, May 6, 2014

Taman Flora (ITF) : Keinginan Mawar

Daisy brjalan bersama Mawar ke kelas seterusnya. Muka Mawar kelihatan masam. Daisy juga tak sanggup utk mnegur Mawar. Perjalanan yang sepi. Krikk.... krikk...

Mawar : Geram betul dgn Apple! I rasa cuti sem nanti I nak clash. Asyik buat orang sakit hati je. Macam I ni bukan apa2 bg dia!

Daisy diam seribu bahasa. Biarlah  kawan rapatnya itu berasa lega sedikit dapat kongsikn kelukaan hati yg dihadapinya. Daisy mnepuk nepuk lembut lengan kawannya itu.

Daisy sebenarnya berasa senang dgn kputusan yg ingin dbuat Mawar thadap Apple. Tapi tidaklah ditunjukkan perasaan itu. Niatnya utk jaga hubungan dgn Mawar. Dia sayangkn Mawar. Cuma tidak tahu apa tindakan yg spatutnya dia lakukn supaya mereka berdua dpt win-win situation.

Win disebelah Daisy ialah kawannya itu tidak akan terus dekat dengan zina. Iaitu dengan bercouple itu.

Manakala win disebelah Mawar adalah dapat jalankn khidupn sbg seorang pelajar perempuan yg tenang tanpa gangguan emosi. Selain itu, persahabatannya dgn Daisy akan lebih akrab sehingga mncapai ukhuwah. Saling lengkap melengkapi, berteraskn iman.

Risalah The Open Minded

bismillah

back.middle.front
ceciter.pena.format;

logo.tajuk.masa.tempat diskusi.gambar.reference site (fb)

content:
1.mukaddimah.kenapa kena baca
2.isi
3.isi + simple sunnah

insyaAllah bakal terbit, sem depan!

by #MendekatiMu

May Allah ease :)

Monday, May 5, 2014

Wassap Share (WS) : Aku tak tau peranan manusia pndakwah!

" Assalamualaikum . Saya ada terbaca entri ni
dekat blog budak tomato . Mohon baca ,
semoga bermanfaat :')

Aku tak nampak apa point jadi manusia
yang menyebar dakwah .

Aku tak nampak apa point jadi manusia
yang menyebar dakwah , dalam masa yang
sama masih seronok hidup dalam jahiliyah .

Aku tak nampak apa point kencang di
twitter , Facebook , wechat , blog , tapi diri
sendiri nak bangun solat subuh pun kena
orang kejut .

Ah sila terasa Budak Tomato . Kau pun dua
kali lima !

Aku tak faham kenapa manusia boleh
berbaik dengan berpuluh ribu manusia , tapi
dengan keluarga sendiri , hancur . Aku
ulang , HANCUR !

Situasi 1:
Dengan kawan , mulut manis , senyum , nak
marah pun tak sampai hati . Dengan adik
sendiri ? Kau maki .

Dengan housemate , belanja dia makan pun
kau sudi . Dengan abang sendiri ? Kau buat
perangai minta kaki .

Dengan kakak yang jaga counter restoran ,
kau cakap sopan-sopan . Dengan kakak
sendiri ? Bila dia tegur untuk kebaikan kau ,
kau melawan .

Dengan lecturer , dia nasihat , kau tunduk
diam . Dengan mak ayah ? Kau hentam .
Kawan buat apa , kau boleh sabar . Adik
baru kacau sikit , dah hilang sabar . Apecer
bro ? Apecer ?

Dekat alam maya , bukan main kencang
dakwah . Bukan main lagi tunjuk imej
muslimin , muslimah sejati . Tak layan
ajnabi , tegur kalau orang mencarut . Pesan
suruh baca Al Mulk sebelum tidur . Pesan
suruh baca Al Kahfi setiap Jumaat . Tapi
diri sendiri tak amal . Lepas tu pujuk hati ,
kata " Alaa relaks lah boh , bukan diorang
tahu aku baca ke tidak ."

Aku sendiri , tak terlepas dari buat
kesalahan . Malah jika nak dibandingkan
aku dengan kalian , mungkin saja dosa aku
lagi berlambak . Menggunung tinggi .

For sure , siapalah yang taknak jadi baik .
Siapa yang tak nak masuk syurga kan ?

Kalau tanya peminum arak tegar , tanya
pelajar paling bermasalah , tanya samseng
jalanan , tanya pengkid dan lesbian , tanya
gay dan pondan di luar sana . Mereka juga
nak ke syurga . Mereka juga nak jadi baik
sebenarnya .

Tugas kita , bukan sekadar menyeru dengan
lafaz . Bukan lantang hanya di mulut . Tapi
tunjukkan dengan perbuatan sekali .

Kalau kita skater, pastikan jadi skater yang
boleh jadi contoh kepada skaters yang lain .
Waktu solat , kita berhenti skating . Pergi
solat dulu .

Kalau kita student , jadi student yang
meletakkan Allah sebagai yang utama . Tak
bazir pun masa kalau kita tinggalkan
sekejap waktu study kita untuk pergi solat .
Malah tak mustahil , 4 flat dalam tangan . A
lurus dalam genggaman .

Jom , jadi manusia yang hidup dalam
iman . Bukan manusia yang hidup dalam
khayalan .

Situasi 2 :
Tengah syok-syok menaip , tweeting ,
dakwah katanya . Sekali mak ketuk pintu
bilik , " Man , dah kemas bilik belum ?
Cepatlah , ada tetamu nak datang kan lepas
ni ."

Kita pun melenting . Marah bukan main
sebab rasa macam konsentrasi dakwah kita
terganggu .
Alamak . Dakwah terganggu atau ego
terganggu ?

Kemudian tak sampai lima minit , ayah pula
terpacak depan pintu bilik , " Man sudahlah
duduk depan laptop , mari tolong orang lain
kemas rumah , sidai kain ."

Lagi sekali hati rasa panas je . Terus
mencebik , buat muka tak puas hati .
Aduh . *tepuk dahi*

Malu lah kalau macam ni perangai
pendakwah .

Di alam maya , bukan main
baik . Di dunia nyata , lembik . Sikit-sikit
nak marah .

Tiba-tiba adik kecil pula masuk bilik , buat
bising . Kita bengang lagi . Suruh dia keluar
bilik .

Kalau macam inilah , lebih baik tak payah
sembang kencang di alam maya , kalau
hubungan dengan keluarga pun tak boleh
jaga .

Kadang-kadang itulah . Perkara yang pada
kita , ia remeh , sebenarnya itulah cermin
sebenar diri . Apa yang remeh sebenarnya
dalam dunia ni ? Sedangkan amalan sebesar
zarah juga , kira besar partikel atom ke apa
kan , juga boleh membezakan sama ada ke
syurga atau neraka .

Ha sini nak pesan .
Kita masuk syurga , bukan sebab banyaknya
amalan . Bukan juga sebab pahala yang
menggunung . Tapi redha Allah .

Sebab redha Allah pada kitalah , kita ke
syurga .

Ulamak dulu-dulu selalu pesan , " Tugas
kita buat ibadah . Tugas masukkan ke
syurga atau neraka , tugas Allah . Kalau dah
pahala seluas lautan , kalau Allah tak
redha , tak dapat juga merasa untuk ke
syurga . "

Jadi , selamat beramal
- Copy by blog budak tomato"

WS daripada adik Khadijah Chenatlia Azouz :)
Wassap Group (WG) : Srikandi JPM

Syukran Khadijah <3

Diari Kekwa : Gigihnya Mak Aku!

5 Rejab 1435H

Hari ini  aku berniat nak puasa. walaupun sempat sahur dlm tempoh imsak sahaja. Alhamdulillah dapatlah sapu margerin dkat 2 keping roti.

sbelum tu aku cek dulu subuh masuk waktu pukul brapa. nak tanya mak, mak sdg solat sunat. pasti mak dah sahur lama before imsak. aku prgi ke bilik adik utk gunakn apps waktu solat dia. oh no... sudah imsak derr!

lpas subuh bjemaah (masbuk) di bilik mak dan abah , aku kembali ke bilik. ohh... lambaian katil mmanggil manggil.

spatutnya smlm dah niat nk hafaz 1-2 ayat alquran dlm sehari berulang ulang setiap lepas solat fardhu. huh... tgklah nafsu aku tu... aku tidur dlm brtelekung... nahh...

tolak rezeki!

terdengar bunyi orang mncangkul dkt luar rumah. luar dinding bilik. agak2nya siapa ya?? mak kah?

tp mak kn puasa... mgkin abah atau adik!

aku bngun dlm pukul 8.30 pg tu.. sblum tu dah dgr dah bunyi tv tanyalah ustaz. tp mamai2 jaa..

trdengar bunyi radio terbuka kt dapur. mgkin mak ada di dapur. ku periksa bilik mak abah aku.

Allahu, abah ada kt bilik!

cek bilik adik

Allahuakbar, adik masih terbaring!

huuu.... maklah yg mncangkul tu!

hati : sob... sob... aku yg lg muda ni x bangun bntu mak dr awal pd td! Subhanallah... Gigihnya mak...

sudahlah berpuasa... matahari pun sudah mula mmbahangi kampung aku ni... mak... mak... huu~~

nak nak pula.. aku ke dapur. dapur sudah kemas! tggal pggan mngkuk je blum basuh. penuh dlm singki. mlm td aku bralasan utk kilatkn dapur. itulah jdnya! mak yg buat... skali lg... sob...

Sunday, April 20, 2014

Kerja?

Bismillahirrahmanirrahim.

[situasi]

Akak : Mar, awak tak nak kerja ke? Kat Sakan ada kerja kosong.

Ana : Hahaha... Taknaklah...

Akak : Awak ni... Tengoklah, budak skrg ni mmg memilih kerja je...

Ana : Eh... mana ade. saya nak kena jaga Fatimah laaa... (alasan)

*Fatimah = anak buah kami yg berusia 7 bulan, alhamdulillah

Hakikat

Subhanallah.... tidak ana sedari. ana juga tergolong dlm perangai anak muda yang 'memilih kerja'
walaupun belum bergraduasi.

yang dibuat adalah mncipta alasan.

teringat usrah terakhir dgn sahabat2 JPM di uitm. pada mlm terakhir bergelar pelajar di uitm kampus alor gajah. sem hadapan fakulti ana iaitu fakulti sains pentadbiran dan pengajian polisi akan dipindahkn ke uitm kampus seremban 3 (privatization).

dalam usrah 'home sweet home' itu, seorang sahabat mngingatkn;

"jgn cipta alasan tp binalah ruang"

sungguh, terasa nafsu dijentik pd malam itu.

Keegoan

waktu mndengar akak mmberi saranan dan teguran tu, mmg keegoan tu sedikit mnguasai diri ini. ego yg merasakn diri ini buknlah tergolong dlm kalangan 'memilih' itu.

ku kikis keegoan itu hari demi hari. (moga Allah bntu)

keegoan itu bg ana mgkin boleh mmbawa ana utk mmndang rendah pd kerja2 yg kononnya nmpak tiada nilai.

bukan begitu, dlm rancangan 'al khawater musim ke 4' ada episod yg mnegur pnonton utk jaga kebersihan dan tidak mmndang bhwa kerja mmbersih itu tugas cleaner.

ahmad al sughairi, selaku pngacara al khawater mngajukn soalan yg mnyentuh hati,

"adakah kalian yakin bahawa kalian tidak akan bekerja sbg cleaner suatu hari nnti" 

katanya apabila mndapati pelajar2 di sebuah sekolah yg mmbuang sampah merata-rata dalam kwsn gelanggang permainan.

astaghfirullah.... moga Allah hindarkn kita dpd bersikap sedemikian.

Sibuk?

Alhamdulillah. sekarang musim cuti pelajar diploma uitm.

hari ke hari perlu difokuskn dgn ketaatan pd kedua ibu bapa. insyaAllah.

tambahan, di rumah ada anak buah yg masih kecil. alhamdulillah mak letakkn kpercayaan kpd kami utk jaganya. suapkn nestum, mandikn, cebokkan, dan awasi pergeraknnya yg semakin lasak. dpt ringankn 'sedikit' beban mak. terasa mcm ibu2. hehe. tp, ibu2 sebenar, mereka tersangatlah hebat. tak terkata.

Momentum

sedikit sukar utk kekalkn momentum dlm beramal. mungkin kerana berada jauh dgn sahabat2 yg sentiasa saling ingat mngingatkn.

InsyaAllah.... ku harap diri sndiri mmpu istiqamah. sntiasa sedar akn ksilapan dan usaha utk tidak ulangi. Allahu... sama2 ya, sahabat2ku.

Ihsan

kita ada Allah. Allah lihat kita.