Sunday, August 12, 2018

Tak Mampu Dakwah

Allahumma solli 'ala Muhammad wa 'ala ali Muhammad.

Ya.. awak kata, bila sekarang, jauh dgn famili, tiada persatuan, tinggal di bandar, tiada 'sahabat', kelas agama berbayar; semua jadi faktor tak dapat nak tingkatkan dakwah.

Kalau betul lah tak mampu,
Jagalah apa yg awak mampu tu.
Apa yg sepatutnya awak mampu?
Iaitu semua yg bersifat 'nafsi'.. atau individual.

1. Solat awal waktu
2. Zikrullah sepanjang masa
3. Baca Quran setiap hari jgn tinggal (kalau boleh selain rutin Yasin di pagi hari tu)
4. Cuba amal al mathurat seperti dahulu kala
5. Amalkan al Mulk & surah sajdah seperti dahulu kala
6. Bila balik kampung, tolong mak abah sedaya boleh.. jgn kasi ada yg miss apa yg mereka minta
7. Kebersihan dan kekemasan bilik, tempat, pakaian, dan lain-lain, jaga!
8. Akhlak, jaga, perkukuh!
9. Jaga pandangan. Jaga hati daripada fikir ajnabi. Kahwin? Fikir kemudian! Solehah kan diri dulu
10. Berbaik sangka. Tepis buruk sangka yang datang terhadap orang lain. Maafkan orang lain.
11. Jaga hubungan dengan manusia semampu boleh.
12. Jangan mengeluh. Haramkan perkataan "alamak" bila melatah. Banyakkan istighfar.
13. Teladani orang-orang yg dimuliakan Allah s.w.t..
14. Kawal nafsu duniawi. Belanja yg perlu dan berpada pada. Banyakkan infaq. Simpan duit utk ziarah Rasulullah s.a.w. dan baitullah 💕
15. Tolong adik beradik. Dyorang banyak bantu kita bila susah.
16. Jangan sia-siakan masa.
17. Tambah ilmu. Baca buku, dengar majlis ilmu.
18. Senyum. Fikirkan yang baik-baik. Tinggalkan perkara tak baik. Buat orang sekeliling tenang dengan kita.
19. Elakkan sertai perbincangan yg mendatangkan murka Allah.
20. Utamakan perkara yg lebih menjamin manfaat dan redha Allah.
21. Menghafaz dan amalkan hafazan.
22. Amalkan amalan sunnah. Basmalah, jaga pemakanan, gosok gigi, puasa bulanan ikut yg Rasulullah s.a.w. buat, dll.
23. Kurangkan, minimumkan ketawa. Bisa menggelapkan hatimu.
24. Qiamullail, jgn tinggal walaupun balik kampung.
25. Jgn susahkan orang lain.
26. Rancang masa supaya setiap jam itu bermanfaat.
27. Tidur awal supaya bangun awal. Jaga kesihatan tubuh badan. Cukup rehat supaya tidak ngantuk untuk beribadah.
28. Jaga batasan pergaulan.
29. Perkara sia-sia, tak perlu cakap. Takut Allah tak redha dan gelapkan hati bila bergurau berlebihan.
30. Jgn bertangguh
31. Mendoakan orang lain

Ingat & buat semua ni.
Kalau awak berjaya buat semua ni, dipersilakan utk memikirkan lebih jauh dpd ini. Dekati ummah. :')

Harini 12 Ogos 2018.
Esok, 1 zulhijjah 1439H. Bulan pengorbanan.
Be a new Mukmin starting now :)
Ya Allah, bantulah aku di jalan-Mu ini.

Sunday, August 5, 2018

Recovery :)

Assalamualaikum :)
Bismillahirrahmanirrahim.
*Dengan berlatarkan lagu Rabithah - Jalan Keluar.

O hisashiburi.
Yup, a year has passed since last post.
And, since that time too, i've started to get involved in business or likely to be called " entrepreneurship". Moga Allah limpahi keberkatan dalam apa jua yang Mar lakukan, juga kalian semua.

One of my business product is "perfumes". At first, i thought it is easy... But, time witnesses everything. Yet, until now, the first batch don't do well.
A "give up phase" already passed by. But, alhamdulillah, Allah comforts me up. Allah telah datangkan rakan-rakan sekerja (for the perfume case; my  IMR Kewangan Gang) yg Mar mmg tak expect langsung akan membantu sedikit sebanyak dalam push me up in getting more confident in selling product (for some of my products).

Antara kata yg diingati;

1. "jual lah Mar, asalnya Mar nak jual kan benda ni," -Bob, Kew- (masa tu Mar gave up, i thought nak bg dyorg free dpd benda tu tersimpan, tak memberi manfaat kepada sesiapa) &

2. "Macamana nak jual kalau malu" -Marzuki- (masa tu Mar ada mention Mar malu nak ganggu kawasan kerja dyorg sbb dyorg insist suruh Mar biar perfume ada kat kaunter unit/dept. sebelah).

Yes, they were just simple words that came from their mouth. Mar ingat rasa sebak sejurus waktu Kak Dalila (who is same as my mother age) hulur RM5 terus nak beli perfume bau Lavender. Sedangkan, sebelum ni punyalah Mar sorok perfume tu (lebih 15 botol) dlm laci dlm keadaan terikat antara satu sama lain, sbb tiada kekuatan dan keberanian untuk promote perfume2 tu... Alhamdulillah.. apa yg mampu Mar ucapkan, "inna haza larizquna ma lahu minnafad," and thank you, friends.

It's ok, Mardiana... Slow pun takpaa, asalkan you are not quitting from this "business" journey. You are still learning, dear. Then, learn how much u can! Jangan lupa Allah. That's it!

*Hari ini, Mar ambil inisiatif untuk kaji keberkesanan perfume yg Mar jual iaitu bau "Lemongrass" ('LemonG' in short) samada dia menghalau nyamuk dpd berterbangan menggangu ruang istirehat di rumah kita. InsyaAllah, i think it works :)

Tuesday, April 11, 2017

Mengenal diri

20170411

Tiap hari,
Bila ada waktu bersendiri,
Akal mula memikirkan persoalan-persoalan mengenai diri sendiri.
Seperti tidak mengenal diri sendiri.
Ada waktu, bila buat itu dan ini serba tidak kena.

Bila ada kesedaran, ingatlah ia akan Allah, dan tangan serta hati mula berzikir.
Satu persatu kalimah pujian dan nama Ilahi dibisikkan oleh mulut dan diikat pada hati.
Masih juga, ada waktu terlupa.

Aku tak kenal diriku sendiri.
Bagaimana bisa,
Jika Tuhanku sendiri aku tidak cuba untuk kenal?
Mengenali Tuhanku akan membuatku rasa kecil, perhambaan diriku pada-Nya.
Membuatkanku kenal akan diriku ini.
Menyedari bahawa dia yg akan dan telah menentukan segalanya.
Dia mengetahui apakah sesuatu itu baik atau buruknya untukku.

Teganya aku, mengabaikan-Nya.
Astaghfirullah...

Saturday, March 18, 2017

Niat vs. harapan vs. angan-angan

Bismillahirrahmanirrahim.
18.3.2017

Mana satu yang ada pada kau?
Niat?
Harapan?
Atau...
Angan-angan?

Sumber inspirasi ini daripada Ustaz Pahrol Juoi @ikim.fm

Install apps, ke tidak?

Bismillahirrahmanirrahim.
18 mac 2017.

Bila bosan, atau ada masa terluang, syaitan atau nafsu tu sentiasa kreatif cari jalan supaya kita leka.
Bila tiada games, atau aplikasi editing, mula lah mencari. Macamlah kerja dah settle, sampai ada masa nak buat atau cari semua tu. Macamlah tiada aktiviti bermanfaat atau 'ibadah' yang menang dalam fikiran dan perbuatan.

Begitulah keadaannya, bila berada dalam zon selesa.
Kau ada 'cita-cita'.
Masa 24 jam bukan hanya untuk itu, tetapi banyak lagi tanggungjawab, ketaatan, hak masa dan makhluk lain beratur menunggu kau untuk tunaikan.

Bangkitlah.
Mujahadah.
Kuatlah, jangan kalah!