Wednesday, August 26, 2020

Ku Ingin Berubah

Lirik
Rabithah - Ku Ingin Berubah

"Allah, entah sampai bila?
Ku di ulit gelisah,
Diriku seakan rebah,
Bagai tiada arah,

Allah, aku mengakui,
Aku hamba hina,
Penuh dengan dosa,
Namun sampai bila?

Allah ku ingin berubah,
Namun amat payah,
Kurniakan hidayah,
Allah engkau tahu,
Betapa seksanya,
Tikaku berdosa,
Di ulit resah gelisah...

Oh, aku pernah cuba
Namun tak berjaya,
Ku masih ulangi,
Dosa dosaku lagi.

Allah, entah sampai bila?
Ku rebah bangkit rebah bangkit
KU INGIN BANGKIT SELAMANYA!
Tiada lagi rebah!

Allah ku ingin berubah,
Namun amat payah,
Kurniakan hidayah,
Allah engkau tahu,
Di sudut hatiku,
Ku cinta dirimu,
Hatiku rindu padamu.

Aku tidak tenang,
Selagi ku tak berlinang,
Air mata keinsafan..."

Selalu Untukmu

Lirik
If-One - Selalu Untukmu

"Bukan aku tak tahu
Bukan aku tak duga
Semuanya dalam cerita
Ada disetiap peristiwa

Bukan aku tak mencinta
Bukan aku membenci
Semua kita kan lalui
Kuat kan rasa dengan hati

Menangislah dibahu ku
Ku selalu ada untuk mu
Selamanya ada di hati ku

Selamanya kita akan bersua
Hingga akan ke syurga

Bukan salah mu
Bukan salah ku
Dosa kita jarakkan kita

Menangislah dibahu ku
Ku disini ada untuk mu
Menangislah dibahu ku
Ku disini hanya untuk mu

Menangis lah disisi ku
Ku selalu mendengar mu
Cerita kita diri kita
Hidup kita selamanya
Diri mu"

Playlist Walimah 240819

Tuesday, August 25, 2020

Jadi Yang Boleh Diharap

Bismillahirrahmanirrahim.
Allahumma solli 'ala Muhammad wa'ala ali Muhammad.

Topik kali ni adalah umum. Boleh jadi berlaku di tempat kerja, di rumah sewa, di rumah (home sweet home), dalam pasukan, dalam persahabatan dan yang seangkatan lah, mahupun di tengah-tengah jalan yang kita tidak kenal pun tetapi ada seseorang yang datang pada kita dengan keperluan yang tersendiri.

Apa perasaan kita bila seseorang datang kepada kita mengharapkan pertolongan. Barangkali dia dalam kesempitan mungkin dari segi kewangan; sesat jalan (di tempat awam); seseorang itu terlalu sibuk lalu memerlukan bantuan kita untuk melakukan sebahagian kerja yang sepatutnya kerja dia; atau seseorang yang kerap menyuruh kita melakukan segala perkara sedangkan orang lain yang ada tidak diberi tugasan sebanyak itu (terutamanya merujuk kepada ibunda tercinta kita)?

Mungkin kita akan menjawab...
"Saya sibuklah,"
"Sorry, tak dapat tolong,"
"Kerja kau, kau buatlah,"
"Aku pun ada kerja aku,"
"Buat sendirilah,"
"Tangan ini cuma ada dua,"
"Tidak habis buat yang ini, kau dah suruh buat yang ini,"
Allahuakbar...

Sangka-sangka

Mungkin sebahagian jiwa kita mengatakan bahawa orang itu mula mengambil kesempatan ke atas diri kita.
Tapi... Terserah kepada kita. Bagi saya, semua itu bergantung kepada diri kita dalam melihatnya. Dan perlu ingat, sangkaan itulah yang akan membentuk tindakan kita pada masa mendatang. Kalau kita bersangka baik, mungkin kita akan melakukannya dengan berlapang dada (tenang), tapi jika sebaliknya, nampaknya terpaksalah kita lakukannya dengan rasa berat hati, tidak ikhlas, adanya penambahan bagi prasangka yang lain dan sampai ke sudah dihasut-hasut dengan bisikan syaitan yang mahukan persengketaan. Hasilnya barangkali di jiwa ini akan berasa tidak puas hati yang membuak-buak. Dan mungkin menunggu masa untuk meletus untuk menzahirkan amarah yang telah lama dipendam. Atau barangkali juga berakhir dengan diam tidak bertegur sapa. Dua-dua itu terletak pada pilihan kita. Ibarat jalan kanan atau kiri yang ingin kita belok.

Tetap perlu bijak membezakan atau meletakkan sempadan

Walaubagaimana kita berusaha untuk melakukan sesuatu kebajikan dengan niat kerana Allah itu, tidak dapat disangkal bahawa kita perlu tetap meletakkan sempadannya. Saya tidak mahu kata semua perkara ada hadnya, tetapi bak kata orang setiap sesuatu perlu dilakukan dengan berpada-pada (dengan rasionalisasi tersendiri). Di sini saya tidaklah pula bermaksud melawan perintah Allah untuk "fastabiqul khairat" (berlumba-lumba melakukan kebaikan) cuma perlu dalam menggunakan kebijaksaan dan meletakkan sesuatu pada tempatnya.

Kita tetap perlu melihat kepada keutamaan atau prioriti. Mengutamakan perkara yang lebih utama.

Tapi kadang tu, apabila melihatkan perkara yang boleh dibantu itu lebih mudah atau tidak mengambil masa, apa salahnya kita lakukan sebentar. Berbanding kita sedang menghadap perkara yang rumit untuk diselesaikan. Dari 2 jam perkara rumit yg tidak kunjung selesai, ambillah 5 minit sebentar untuk kita memenuhi hajat seseorang. Subhanallah, terlalu indah jika kita dapat fikir ganjaran yang Allah akan beri kita bila kita berjaya memenuhi hajat seseorang dengan ikhlas. Tidak perlu pada penghargaan si peminta, cukup dengan kita berbaik sangka pada limpahan rahmat yang Allah akan beri kepada kita. Allah Maha Baik, tidak terucap banyak mana nikmat yang Allah telah beri pada kita, masyaAllah. Hanya dengan 5 minit, hati yang gelisah melakukan perkara rumit dapat dilapangkan dengan memudahkan urusan orang lain. Subhanallahi wabihamdihi subhanallahil'azim, baiknya Allah kat kita.

Apabila memenuhi hajat seseorang, perasaan yang perlu diletak tepi adalah "berkira-kira". That's why, apabila melakukan sesuatu perlu perbetul dan perjelas niat. Kalau kita fikir buat kerana orang, kita mudah berkira sebab mungkin akan fikir "apa pulangan yang aku akan dapat?" Itu normal kan... Life is about give and take

Kalau dah namanya orang tu yang minta, memanglah buat kerana orang, macamana nak kata buat kerana Allah? 
- Yup. Secara zahir memang begitu yang kita nampak, kan. Tapi, bukankah segala yang berlaku di atas muka bumi ini, adalah atas aturan Allah. Apa yang hadir atau datang pada kita pada satu-satu masa yang nampak tidak diminta, dijangka, semua itu telah Allah rancang untuk kita. Perancangan Allah tidak pernah tidak cantik andai kita sentiasa cari dan mencari hikmah di atas setiap yang berlaku. Everything must be a reason! 🌟
Allah datangkan seseorang pada kita itu hanyalah sebagai "objek"/asbab untuk menguji kita. Ya lah, bukankah kita hidup di dunia ini untuk diuji? "Subjek"-nya adalah what would we do with the object that Allah amanahkan to us. Ha kan dah bercampur baur bahasa tu. Biasalah kan... Hehe. Yang penting, sampai maksudnya.

Berbalik kepada keutamaan. Ya, at the end of the day kalau kita bantu orang pun, kita kena bijak seimbangkan masa mengikut keutamaan. Jangan mudah meletakkan janji untuk membantu orang. Tapi, dengan sebut "insyaAllah" (bukan style Melayu punya maksud) iaitu berusaha untuk melakukannya dengan kesempatan dan kemampuan yang ada. Jika perlu menolak kerana kita pun ada amanah yang lebih utama disiapkan, tolak dengan cara baik. Perkataan "maaf" itu melembutkan hati. Jadi, ringankanlah pada bibir walaupun tak ada salah pun di situ. Gunakan sebagai akhlak tidak semestinya perlu ada sebab konkrit sampai perlu ada hujah. "Selama-lamanya, kelembutan takkan tunduk dengan kekerasan" (dalam drama "Warkah Cinta" kalau tidak silap.. haha). Begitulah...

Kepuasan

Selain dengan hanya memikirkan ganjaran yang bakal menanti kita di sisi Allah, sebenarnya bibit-bibit rahmat yang Allah beri pada kita dapat dirasai seawal dapat melihat orang yang kita bantu itu gembira. Bila hajat terlaksana, tidakkah seseorang itu akan berasa tersangat-sangat gembira. Bayangkan kita dapat selesaikan masalah yang mereka tidak dapat selesaikan seorang diri. Subhanallah, ibarat diri kitalah... Saat kita tersangatlah perlukan bantuan seseorang, tiba-tiba, ada seseorang datang menjadi pemudah cara. Tidakkah kita bersa sangat lega dan bersyukur. Kekusutan dapat diuraikan satu per satu. Kadang kita datang dengan 10 keserabutan yang memang kita buntu tidak jumpa jalan penyelesaian dan hanya dengan seorang yang kita jumpa itu dia boleh bantu kita selesaikannya dalam masa yang tersangat singkat, masyaAllah! Ya, kadang kita tak mampu lakukan seorang diri... 

Sebab itu kita kena ada hubungan baik dengan semua orang. Jaga akhlak kita, bicara kita, pandangan kita, tindakan kita dan keputusan kita, kerana barangkali kita akan memerlukan bantuannya. Adalah sifat lumrah manusia, siapa yang gemar ada orang yang minta bantuan daripada kita sedangkan dia itu berbuat buruk pada kita? Kita akan berkira-kira, bukan? "Aku tolong kau, nanti kau malah menyusahkan aku juga nanti," (astaghfirullahalazim.. yalah kita pun manusia kan..haha) Jadi semuanya akan ibarat roda yang berputar-putar. Hari ini hari kita, esok hari dia pula. Sentiasa berbuat baik tak kira tempat, masa dan keadaan. Jadi, jika roda itu berputar, insyaAllah akan terberhenti untuk turn kita pada tempat yang sesuai. 

Kepercayaan

Tidak semua orang, seseorang itu akan cenderung untuk meminta tolong melainkan dia ada yang dinamakan "kepercayaan". Dalam banyak-banyak orang, kenapa kita? Why me?

Dia boleh jadi dua sebab sebenarnya.. sama ada kita memang orang pertama yang diminta tolong atau sebenarnya orang itu dah cuba cari orang lain dahulu tetapi kitalah jua "mangsa" terakhirnya. Haha. Tak baik kata mangsa. Padahal, kitalah orang yang paling bertuah bila dapat tolong dia (eceh). 

Perkara yang melibatkan kepercayaan ini mengingatkan saya kepada famili. Eh, bukanlah bermaksud dalam famili ada percaya atau tidak percaya. Kita lihat pada pengurusan rumah. Kat rumah tidak sama dengan tempat kerja yang ada tugasan hakiki, job description dan sebagainya yang kita perlu buat just follow the specified tasks sahaja. Di rumah, kita lebih kepada.... melakukannya atas kesedaran atau tanggungjawab diri sendiri pada rumah mahupun dalam menjunjung perintah 'mam' besar (mak). Hehe.

Yalah, kadang adik-beradik ramai yang ada tapi kitaaaaa juga yang disuruhnya. Lepas itu, bukan 1-2, tapi semua! Kadang rasa tak menang tangan, dan tak patut pun ada. Tapi.... Dialah ibunda tercinta kita. Untung dalam ramai-ramai, kita juga yang boleh diharap... Walaupun sedikit slow bila buat seorang diri. Penat kan, lepas satu, satu. Bayangkan ibu kita kat minda cuma terpetik nama kita sahaja untuk suruh buat itu ini. Bukan sebab pilih kasih, engkau kuli dan dia putera/puteri.

Kadang, sebab seorang ibu itu sudah terkesan dengan anaknya yang lain, sebab itu cari kita. Terkesan yang macamana tu?
Ya. Terkesanlah sebagai contoh, ibu kita tahu jika dia minta pada anak yang A, begini responnya; jika suruh pada yang B, sibuk buat hal sendiri; manakala yang lain pula lain cara pedulinya. Dan ada juga ibu kita berasa segan dengan sesetengah anak perempuan yang sudah ada suami untuk disuruhnya, ibunda berasa segan nak beri arahan mengatasi si suami kepada anak. Ada juga yang ibu segan menyuruh anak yang banyak beri duit padanya. Moga kita, mak kita tak pernah rasa segan seperti itu. Siapalah kita untuk mak rasa segan pada kita melainkan kita yang cipta keadaan itu? Kita yang buat ibu kita segan. Astaghfirullahalazim. Patutnya kita adalah hak mak ayah untuk berbuat apa sahaja. Kerana tugas kita untuk berbakti kepada kedua ibu bapa yang sudah bersusah payah dan berkorban banyak untuk kita. *Termasuklah jua ibu bapa yang sebahagian kita punyai kisah tersendiri dibuang, tetapi tetap kewajipannya untuk berbakti kerana itu arahan Allah dan nabi s.a.w.. Kewajipan seorang anak untuk berbuat baik kepada kedua ibu bapa tidak kira andai ibu bapa mereka telah dahulu berbuat jahat pada mereka melainkan jika disuruh melakukan perkara yang Allah larang yakni melampaui batas.

Jadi berbalik kepada tadi, mak kita suruh kita sebab beliau percaya pada kita. Yang tak mampu dibuat seperti disuruh itu tidak mengapalah. Cuba lagi. Atau mohonlah maaf kepadanya kerana tidak mampu. Jagalah tutur bicara kita di hadapan mereka; kerna hati mereka semakin sensitif. Ibu bapa kita sudah semakin tua, namun banyak perkara yang mereka ingin capai yang tidak mampu lagi dibuat oleh mereka. Jadi, kitalah harapan mereka untuk mereka dapat lihat keinginan mereka tercapai. Bukankah akan menimbulkan kesenangan pada hati mereka?

Redha Allah terletak pada redha kedua ibu bapa. InsyaAllah bila mak abah senang hati dengan kita, Allah pun akan senang dengan kita dan limpahkan rahmat-Nya mencurah curah ibarat hujan lebat yang melimpahi bumi, nikmatnya. Sebab itulah kita jalani hari-hari kita di mana-mana pun Allah mudahkan. Sebab yang satu itu; iaitu sebab kita dah bagi hati mak dan abah senang dan tenteram ❤️

Akhirul kalam

Jangan cepat sangat kata tak boleh tolong. Sebaliknya, fikirlah sebentar sama ada kita benar-benar boleh tolong atau tidak. Bila kita mudahkan urusan orang, insyaAllah Allah akan mudahkan urusan kita. Bila kita tutup aib orang, insyaAllah Allah pelihara aib kita.

Bila kita sabar menanti jodoh, insyaAllah jodoh yang terbaik akan sampai tepat pada masanya... Eh!

Baiklah, sekian sahaja.
Semoga bermanfaat kepada diri saya dan anda yang membaca juga.

Catatan,
SMardianaMs.
6 Muharram 1442H,
25 Ogos 2020.

Dah mula go through one by one matlamat tahun hijrah yang baru ini ke belum?? Tak mengapa, pelan-pelan kayuh. Moga Allah mudahkan urusan kita semuanya! 

Saturday, August 22, 2020

Sisi Yang Baik

Bismillahirrahmanirrahim.
Allahumma solli 'ala Muhammad wa'ala ali Muhammad.

Yakinilah,
Seburuk mana pun fi'il dan akhlak seseorang itu, pada mereka tetap ada sisi yang baik.

Barangkali ujian kehidupan mendorong mereka kepada melakukan perkara yang tidak baik. 
Barangkali bukan atas kehendak mereka.
Barangkali mereka kesempitan, terpaksa.

Ciptalah 70 alasan untuk berbaik sangka kepada manusia.
Itulah yang agama ajarkan.

Mungkin sukar tetapi usahakanlah.
Kerana Allah menilai usahamu.
Pandanglah manusia dengan pandangan kasih sayang.

Naluri.
Naluri adalah sesuatu yang menggerakkan hati untuk melakukan perkara yang baik.
Cuma... Ia tetap bergantung kepada pilihan. Jika naluri itu yang dipilihnya, InsyaAllah jalan yang dilaluinya tepat meskipun berduri.
Jika sebaliknya, mungkin jalan itu indah tapi disulami kebinasaan.
Namun, tetap jika seseorang hamba itu kembali, sesungguhnya Allah Maha Mengasihani lagi Maha Mengampuni.

Sekian.

Nukilan,
SMardianaMs.
3 Muharram 1442H,
22 Julai 2020.
Masih berusaha untuk menyelesaikan bacaan buku "Maaf Tuhan, Kami Sedang Sibuk!" buat kali kedua kerana pada kali pertama (03/03/20-07/04/20) tidak sempat untuk menulis review hasil pembacaan. Rabbi yassir wala tu'assir.

Thursday, August 20, 2020

HR Journey... Solat Hajat

Bismillahirrahmanirrahim.
Allahumma solli 'ala Muhammad wa 'ala ali Muhammad.

Mak selalu pesan sebelum berpisah untuk kembali ke kota, "buat solat hajat,".
Mak selalu/sentiasa pesan walaupun tak ada spesifik tujuan mak bagi, tak kiralah mak tahu anak dia tengah ada masalah atau tak ada pun, atau mungkin juga muka ini nampak...bermasalah. Naluri ibu jarang/tak pernah salah.

Masa senang, kadang tak tahu nak hajatkan apa. Sebab mungkin rasa dah cukup. But, when it comes to hardship, that advice always rolling around the head. Dan masa tu selalu seolah-olah tak sempat untuk buat solat hajat pula. Dan pasti fikir, "aku patut hajatkan lebih awal lagi,"
Betapa menguji dan memanipulasinya dunia ini.
Tipu daya, helah dunia.
Saya tak mahu kalah dengan dunia.

HR & Admin - career

Alhamdulillah, saya dah melepasi 3 bulan pertama. Too adventurous to learn. But, yet more challenges are coming non stop, tanpa belas ihsan. Kerana Yang Maha Mengasihani cuma Allah. Bila bekerja dengan manusia, apa yang kita boleh harapkan? Setiap manusia ada kepentingan tersendiri. Bukan sebab siapa salah siapa betul. It's about give and take. Tapi, bukan semua orang ada kesedaran ke situ, kerana mereka terlalu sibuk memikirkan hal mereka. Mungkin sebahagian manusia merasai kehidupan sosial (bermasyarakat) bukan suatu yang penting, jadi mereka hanya lihat pada skala kecil, iaitu diri mereka atau keluarga mereka. Dan bagi mereka manusia lain takkan beri apa-apa kesan pada mereka. Mereka tak sedar orang lain telah penat dengan fi'il mereka. Jika benar tidak mengganggu/membebankan tidak mengapalah.

Saya tak sangka ia menjadi semakin berat untuk dipikul. Tapi, saya yakin Allah tengah ajarkan saya sesuatu. Tanpa keyakinan ini, na'uzubillah saya tak tahu ke mana jalan yang saya pilih. Alhamdulillah syukur, walau sehina mana hamba-Nya ini dalam melakukan taat kepada-Nya tapi Dia tetap mencurahkan rahmat-Nya. Memberikan cahaya pada hati yang sedang ditimpa kegelapan. Haza min fadhli Rabbi. Moga Allah terus ikat saya pada tali rahmat-Nya. Dan moga kita tidak sekalipun lupa untuk sentiasa kembali (bertaubat) kepada-Nya. Dari Allah kita datang, kepada Allah jualah kita patut kembali.

HR Journey - blogging

Sudah lama saya mahu mewarnai blog saya dengan pengalaman yang saya lalui dalam bidang baru ini. Bukan tempat untuk meluah rasa jika ada tapi tempat untuk saya sematkan secebis kekuatan dan satu per satu pengajaran atau pembelajaran yang saya dapat. Tapi, saya akui kelemahan untuk menyempatkan diri untuk tujuan ini. Semuanya masih tersenarai dalam fikiran. Terlalu banyak aspek pada urusan kerja yang perlu difikir dalam tempoh 9 jam bekerja lalu dibawa ke rumah dan tidak berkesudahan. Alhamdulillah mujur Allah beri nikmat tidur pada malam hari.

Ya. Nak menyusun ayat pun perlukan masa. Supaya yang terhasil itu yang terbaik yang boleh. Suntingan tetap boleh dibuat daripada semasa ke semasa.

- When HR mix with Admin

Berbelah-belah bahagi diri saya apabila saya perlu perform kedua-duanya serentak. Kedua-duanya bukannya datang ikut turn, tapi bercampur baur dalam 9 jam keberadaan saya di pejabat.

Bezanya, kerja admin kebiasaannya bermain dengan data. Perlukan fokus agar tidak tersilap perkiraan atau analisa dan kemasukan data dengan tepat.
Lalu, didatangi pula dengan perkara yang bekaitan HR. Konsultasi, daya mendengar, memahami, membina kronologi dan keperluan untuk membuat keputusan pada waktu yang singkat begitu menyesakkan dada, memeningkan kepala.
Two absolutely vice versa scope of jobs to be mixed to produce an "ice cream". What flavour of ice cream it would be?
MasyaAllah, Allahuakbar.

Selalu rasa syukur akan hikmah ditempatkan di dalam isolated office. I can scream whenever I want, I can flood into tears as much as I need to get the spirit back, as long as the line is clear. And also, I can smile the widest that I can when I feel comforted. But, suddenly people still come tanpa diingini (walaupun diduga). Tetapi itulah kerja of mine. Dan kerja perlu diteruskan... Ya, perlu sentiasa pasakkan bahawa kerja itu ibadah... kerja ini ibadah... saya sedang beribadah.. dan ada yang menanti saya kelak dengan kesabaran yang saya perjuangkan. No more keluhan should be allowed. Walaupun "argggh," sakitnya menahan kesabaran itu.

Walau apa pun berlaku, "La hawla wala quwwata illa billah," diulang-ulangi.

Dan,
Baiklah.
Cukuplah untuk yang pertama didahulukan ini. Seperti biasa. Terkadang tajuk hanya sebagai mukadimah, selebihnya adalah huraian yang berjurai. Apalah... 

Tapi, tidak mengapa. Mungkin ada hamba Allah yang boleh memahami dan mengambil manfaat. Kita tunggu hasilnya di akhirat nanti, insyaAllah.

Nukilan,
SMardianaMs.
2 Muharram 1442H (telah masuk),
20 Julai 2020.
Sentiasa mengendahkan masalah dengan melihat bahawa nikmat yang Allah telah beri lebih besar mengatasi segalanya. Dengan syukur, insyaAllah ada redha dan ketenangan ❤️