Friday, March 18, 2011

TazKeeRaH 41 : Gagal Bersikap Waqi’iyyah Punca Salah Faham Terhadap Islam

Gagal Bersikap Waqi’iyyah Punca Salah Faham Terhadap Islam
www.murabbi.net
Dihantar Oleh : Lukhman Abdul Taib
Editor: KAKLONG

Oleh: Lukhman Abdul Taib
lukhman.taib@live.iium.edu.my


Dalam kegawatan dan kebejatan akhlak manusia yang semakin menurun nilainya, timbul kesedaran dalam diri sekelompok insan yang insaf atas kesilapannya yang lalu. Lantas segera kembali ke pangkal jalan untuk menelusuri jalan yang lurus. Ketika itulah, lembaran mashaf al-Qur’an dibuka kembali. Kuliah-kuliah agama dan pengisian rohani yang ditinggalkan suatu ketika dahulu kini menjadi makanan seharian rohaninya. Ustaz ustazah juga menjadi teman karib, pembimbing dalam mencari keredhaan Allah.


Namun, dalam usaha murni untuk menghayati kembali ajaran Islam betereraskan al-Qur’an dan as-Sunnah, muncul beberapa kelompok yang memahami secara ekstrim yang sedikit sebanyak mencalarkan imej Islam sebagai agama rahmatan lil-‘alamin. Remaja yang kembali ke pangkal jalan, berasa sedikit berat untuk mengamalkan ajaran Islam, apabila dia mula-mula didedahkan dengan larangan-larangan Allah SWT. Ini tidak boleh, itu tidak boleh, ini berdosa, itu haram. Akhirnya, remaja itu menjadi insan yang bermindakan segalanya haram.


Padahal, Rasulullah SAW sendiri tidak mengajarkan para Sahabat tentang larangan-larangan Allah SWT pada permulaan Islam. Sebaliknya Baginda hanya menekankan aspek akidah dan motivasi para Sahabat ketika itu, memandangkan mereka masih berdepan dengan dugaan dan tentangan daripada Musyrikin Makkah.


Diriwayatkan dalam sebuah hadis, ada tiga orang Sahabat yang berazam untuk berpuasa selama-lamanya, tidak tidur malam selama-lamanya dan tidak berkahwin selama-lamanya. Apabila keazaman mereka itu sampai kepada Rasulullah SAW, baginda bersabda:


“Maka, barangsiapa yang membenci sunnahku, maka dia bukanlah dari golonganku.” (Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim)



Ini kerana, Rasulullah SAW juga manusia biasa seperti kita. Walaupun baginda merupakan Rasul utusan Allah, baginda menjalani kehidupannya seperti manusia lain. Baginda tidur seperti kita. Baginda makan, seperti kita. Baginda berkahwin, seperti kita. Semuanya itu adalah fitrah manusia. Apa yang membezakan kita dengan Rasulullah ialah baginda mampu mengawal fitrahnya agar tidak dikuasai hawa nafsu. Sementara kita terdedah kepada peluang untuk dikuasai hawa nafsu yang tidak pernah kenyang.


Ada juga, remaja yang ingin mengenali Islam (tetapi dengan jalan pintas), akhirnya memahami Islam itu memudah-mudahkan, bukannya memudahkan. Sehingga segala-gala dalam ibadahnya dilakukan sambil lewa atas slogan “memudah-mudahkan”. Padahal, Rasulullah SAW sendiri bertegas dalam soal kualiti ibadah dan kerja. Baginda menekankan bahawa Islam itu mudah, tidak menyusahkan penganutnya.


Begitu juga, ada sesetengah kelompok, sebagai contohnya apabila berbicara tentang bab ikhtilat (pergaulan) antara lelaki dengan perempuan, mereka begitu berkeras dengan pendirian mereka apabila hendak merancang sesebuah program. Bagi mereka, perempuan di tempat lain, lelaki di tempat lain. Walaupun dalam keadaan yang tidak mewajarkan dan tidak dapat dielakkan, mereka begitu keras kepala. Lebih malang, apabila mereka hanya bijak berkata-kata tetapi satu cadangan dan pelaksanaan pun tiada daripada mereka. Walhal, sebenarnya pergaulan itu dapat dikawal dan dipantau dengan mewujudkan sebuah unit pemantauan disiplin. Mereka gagal memahami situasi dan hanya tahu berteori sahaja.


Demikian juga, dalam bab remaja dan cinta misalnya, ada sesetengah kelompok yang berpegang dengan pendirian “bercinta selepas berkahwin” begitu keras menyelar pasangan-pasangan kekasih yang belum insaf, menjadikan mereka semakin jauh dari Islam. Kelompok ini juga begitu keras mengingatkan kepada remaja yang baru insaf tentang “haramnya” bercinta sebelum berkahwin, tanpa mereka mengambil tahu tentang penderitaan batin remaja ini. Andai diluahkan penderitaan itu kepada kelompok ini, mereka tetap berkata, “Jangan bercinta sebelum berkahwin!”


Tiada suatu saranan atau langkah susulan diambil untuk membantu remaja ini. Malah hanya dibiarkan. Lebih teruk, nasihat dan saranan yang diharapkan, sebaliknya larangan dan tempikan keras yang diterima. Akhirnya, bertambah parah jiwa remaja tersebut, menyebabkan dia mula merasakan Islam itu keras sifatnya. Lantas mengambil jalan yang sudah jelas haramnya untuk mengubati penderitaannya.


Kegagalan para pendakwah untuk bersikap waqi’iyyah (realistik) dan mengaplikasikan apa yang dipelajari pada tempatnya menyebabkan imej Islam itu tercemar. Label konservatif, tradisionalis, syadid (keras) dan utopia (tidak realistik) adalah hasil daripada pendakwah yang tidak memahami situasi. Para pendakwah tidak seharusnya terus-terusan menimba ilmu untuk dijadikan bekal. Tetapi, para pendakwah juga perlulah belajar kemahiran-kemahiran dan mengetahui tentang perkembangan dunia semasa.


Para pendakwah harus keluar dari ‘kepompong’ dunia mereka. Terokailah dunia, belajarlah untuk memahami situasi sekarang. Selamilah jiwa dan perasaan remaja, mereka sesungguhnya memerlukan kalian untuk memahami mereka, bukan sekadar mengeluarkan hukum haram-halal semata-mata!


Bukankah Rasulullah SAW pernah berpesan kepada kita dalam sabda baginda:


“Permudahkanlah, jangan menyusahkan. Tenangkanlah, dan janganlah melakukan sesuatu yang menyebabkan orang menjauhkan diri dari kamu.” (Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim).


Sumber:
* Penulis ialah pelajar matrikulasi di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dalam aliran Sains Fizikal. Juga, sedang menuntut secara talaqqi dengan beberapa orang alim ualam di sekitar Petaling Jaya. Blog: http://DaieSiber.blogspot.com

Thursday, February 3, 2011

TazKeeRaH 41 : Bisikan Nafsu dan Syaitan

Bisikan Nafsu Dan Syaitan


Syaitan dan nafsu tipuannya sangat halus,
Selalu sahaja membisik-bisikkan di dalam hati, menyedapkan hati,
Di antara bisikan-bisikannya biasanya begini sungguh menghiburkan jiwa kita:
Engkau masih muda! Buatlah apa sahaja, tidak mengapa,
Kalau berdosa pun masa tua nanti bertaubatlah, taubat Tuhan terima,
Jika engkau buat dosa Tuhan itu bukankah Maha Pengasih bertaubatlah, habislah dosa,
Masa muda hanya sekali, di waktu muda enjoy-enjoylah dahulu,
setelah tua beribadahlah banyak-banyak,
Adakalanya dia bisikkan kita begini: Di dalam membuat dosa buatlah baik,
Satu kejahatan baru satu dosa, satu kebaikan diberi sepuluh kebaikan,
Kalau buat sepuluh kejahatan, satu kebaikan sudah sama,
Betapa pula kalau lebih dari satu kebaikan sudah mengatasinya,
Tidak kurang juga bisikannya:
Buat jahat tidak mengapa, yang penting hati baik,
Tuhan bukankah pandang hati, tidak pandang lahir,
Ada juga apabila lahirnya tidak membuat dosa-dosa besar, sudah tidak terasa berdosa lagi,
Tidak terfikir hati juga membuat dosa,
Dosa batin payah dikesan,
Maka hati pun terasa senang, bahawa dia merasakan dia tidak membuat dosa,
Padahal sombong, riya', ujub, ingin dipuji, tidak suka dikeji adalah dosa yang tersembunyi,
Ia berlaku begitu sahaja tanpa disedari,
Kalaupun ada terasa kerana ia bukan bersifat perbuatan, tidak terasa itu adalah dosa,
Dia tertipu di dalam sangkaannya,
Dia lupa hati juga turut berdosa,
Bahkan sebenarnya dosa batin lebih banyak daripada dosa lahir,
Biasanya dengan dosa batin jarang orang bertaubat, hingga dibawa mati.


Wal'iya zubillah

- Perkongsian seorang sahabat -


Sunday, December 12, 2010

TazKeeRah 40 : Perkara Yang Sukar Dihalang



Bismillahirrahmanirrahim~~
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih..
Aduhai!...
...
E'emm..
Belum bersedia ni..
ok..
(^_^)

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakah~
kaifa khalkum, para pembaca?
Tajuk post utk kali ni, ana akan berkongsi serba sedikit mengenai;
'Perkara Yang Sukar Dihalang'
serta cara mengatasinya...
Dalam hayah kita di atas al-ardh' ciptaan Rabbil 'Alamin,
kita sering alpa dengan arus kemodenan dunia...
tanpa kita sangkakan,
hati kita,
yang kita sentiasa ingin mantapkan dengan nur aqidah Islamiah,
diracuni dek nafsu yang sukar dihalang daripada
menumpahkan titik hitam pada hati..
mahukah kita biarkan ia begitu??

TIDAKK!!
dan..
katakanlah "Aku tak nak!!!.."

Baik!

Ringkasnya di sini adalah, 'Perkara Yang Sukar Dihalang' ada tiga..
  1. meramal hari-hari yang buruk,
  2. perasaan hasad dengki, dan
  3. prasangka buruk

Meramal hari-hari buruk tu, biaselah... Siape yg tak pernah?? Lagi-lagilah orang macam ana.. Sebagai contohnye, dalam drama.. asal si polan tu accident je,pinggan orang rumah jatuh pecah, memanglah! itu drama, yang kau sibuk percaya sangat tu buat pe? tak semestinye la... Mungkin ye dan mungkinnye tidak.. Hati pun dah berbolak balik.. kebetulan pulak bateri hp dah habis.. tak charge dr tdnye.. telepon rumah pulak takde, sbb kadang2je ade kat rumah.. kilat pun menyambar.. GUNGG!! Hujan semakin lebat.. Jantung berdegup semakin kencang sama seperti bayu di luarnya..

Tiba-tiba...

Tukk!! Tukk!! Tukk!!

"Assalamualaikum! Minah, abang balik ni! Cepatlah bukak pintu.."

'Ya Allah, leganya hati ini..'

Almaklum.. dari tadi tak ingat Allah SWT...

Oleh itu, cara yang paling mudah menurut Ustazah Siti Nor Baayah(btul ke ejaan ni?) di dalam rancangan Semanis Kurma bertajuk 'prasangka', adalah dengan hentikannya..

Barasa hasad dengki. Adooii.. ana tak berani nak sentuh mengenai ni.. takut post dalm blog, diri sendiri tak beringat.. bukannye bermaksud yang ana ni berhasad dengki sesama saudara se-Islam ana sendiri, tapi, tempiasnya mungkin ade skit.. Maklumlah.. dah nak setahun berjinak di asrama.. macam2 ragam manusia yang dikenalpasti.. Tapi, sebenernya tidak boleh, ye tuan puan.. kerana secara fikrah ana, apabile hati kita dah disuntuh oleh perasaan itu, Allah mungkin akan mengujinya.. samada, oleh nafsu kita sendiri, kawan2, atau syaitanirrajim.. Berlindunglah kita kepada Allah!

seperti firman Allah SWT di dalam Surah An-Nas(ayat 1-6), mafhumnya;

Katakanlah (wahai Muhammad): "Aku berlindung kepada (Allah) Tuhan memelihara sekalian manusia, (1) "Yang menguasai sekalian manusia. (2) "Tuhan yang berhak disembah oleh sekalian manusia, (3) Dari kejahatan pembisik, penghasut yang timbul tenggelam, (4) yang melemparkan bisikan dan hasutan ke dalam hati manusia, (5) (iaitu pembisik dan penghasut) dari kalangan jin dan manusia.(6)"

dengan itu, beristighfarlah sebagai pedomannya.

Apabila anda mula berprasangka buruk, maka janganlah anda pula memastikannya!

Pasangan pencegahan (Rumusnya);

  1. Hentikan meramal
  2. Beristighfar
  3. Jangan memastikannya

kerana dalam Al-Quran ada menyebut bahawa kalau kita berprasangka buruk, mungkin ianya akan boleh mendatangkan dosa (yang memudaratkan di akhirat kelak) kepada diri kita.

Wallahu'alam..

Post buat kali pertamanya ana cuba karang berdasarkan catatan nota yang ana ambil sesambil menonton rancangan Semanis Kurma tv9(Dekat di Hati) sewaktu kaum Adam sedang bersiap sedia untuk ke masjid pada hari Jumaat(10 Dis. 2010, 12.52 p.m)...

Alhamdulillah, mudah-mudahan ada berkahnya.. Aamiin..

p/s : Syukran kerana setia membaca sehingga noktah terakhir buat post pada kali ini!!

'Mencari mardhotillah..'

Wassalamualaikum Warahmatullah~

Sunday, November 21, 2010

TazKeeRah 39 : Cara Mengkhusyukkan Solat








stock photo : Putra Mosque is the principal mosque of Putrajaya, Malaysia.



stock photo : muslim man praying


Saturday, November 20, 2010

Islamic Calendar - Hijri Date Converter

Today's Date: Saturday, 11/20/110
Gregorian Calender
MonthDayYear
Hijri / Islamic Calender
MonthDayYear

Day of the Week: