Tuesday, August 25, 2015

WS: Cukup. Fokus Akhirat!

"Bismillah~
Muhasabah pagi..

Cuba bayangkan.
Saat kita sedang berseronok.
Bumi bergegar dengan dahsyat.
Kita panik cari keluarga kita.
.
Kita cari tak jumpa, waktu tu manusia berlari, berlanggar
antara satu sama lain.
Kita nampak dunia waktu tu penuh dengan ketakutan, bukan
keseronokan lagi.
.
Bintang mulai jatuh.
Gunung, bukit terbelah.
Langit jatuh.
Haiwan dan manusia berlari untuk selamatkan diri.
.
Saat itu kita tidak dapat lari lagi.
Nak lari ke london? Sepanyol? Turkey? Korea?
Tidak.! Kau berhadapan dengan
'Hari Kiamat'.
.
Pintu taubat dah tutup.
Amalan tak banyak sebab seronok dengan 'dunia' .
Tibalah kita untuk dibicarakan di hadapan mahkamah Allah.
.
Waktu dekat dunia tak sempat......

•Tak sempat tutup aurat.
•Tak sempat baca Al Quran.
•Tak sempat nak qada' sembahyang.
•Tak sempat nak berdakwah.
•Tak sempat nak zikir, selawat, istighfar.
•Tak sempat nak pergi masjid.
Semua tak sempat.
.
Apa yang sempat?
Sempat bukak 'facebook','twitter','wechat'.
"aduh, amalan tak banyak, puasa tak qada' lagi."
"aduh, sapa nak tolong aku ni?"
"aduh, sempat tak aku nak solat, puasa, zikir semua tu?"
Jawapannya TIDAK!!.
.
Ya, sekarang kita masuk ke padang mahsyar dimana orang
yang terdahulu, orang kafir, orang alim, para syuhada', akan
di hisab .
Semua menjerit .
Matahari sejengkal atas kepala kita.
Malaikat bagi buku amalan kita.| Beruntung sapa dapat
terima tangan kanan. Rugilah sapa dapat terima tangan
kiri. Allah.
.
Waktu dihisab tu, Allah tunjukkan semua apa yang kita buat
dekat dunia. SEMUA!
Selesai dihisab, kita pergi titian As Sirat.
Ada yang, berlari sepantas kilat, naik kenderaan,
tunggangan, berjalan, merangkak, menyerot.
.
Semua bergantung pada amalan.
Selesai As Sirat, kita berjumpa dengan Timbangan Al Mizan.
Dimana, kita berat yang mana satu. Pahala? Dosa? Kita
sendiri tahu.
.
Lepastu, baru jumpa 'syurga' dan 'neraka'.
Rasulullah ada setiap perhentian kita. Rasulullah yang mula
mula dihisab.
.
Beruntunglah, kalau sapa dapat syurga.
Malanglah, kalau sapa dapat neraka.
.
p/s: dari sekarang tutup apa yang patut, tingkatkan amalan,
tunaikan apa yang patut. Sedar sedarlah. Cukup cukup dah
berseronok dengan dunia. Sekarang fokus akhirat."

*syukran kak Ika.
@JPM

Wednesday, July 29, 2015

Usah Berkira

Bismillah.
29 Julai 2015

Usah berkira.
Bagaimana bisa dipermudahkan
jika engkau tidak memudahkan orang lain.
Terutamanya orang yang terdekat denganmu.
Hatta kerabatmu, adik beradikmu, juga ibu bapakmu.
Tidakkah engkau berkira untuk membantu mereka tanpa mereka minta, tanpa diberitau,
walhal mereka telah banyak membantu kemajuan dan kebajikan dirimu?
Tanpa kamu minta, cuma dengan sedikit kata keluhan, yang mengundang kepekaan mereka untuk membantumu, tanpa kamu sangka.

MasyaAllah.
Oh topeng dunia!
(yang memejamkan kebaikan dan kebenaran)

Longgarkanlah perkiraan yang engkau pernah rungutkan.
Jangan sampai terlambat, ia melahirkan kebongkakkan dalam dirimu.
Fastabiqul khairat!
Mukmin terbaik adalah yang paling baik dengan keluarganya.
Ikhlaskan hati.

Monday, June 1, 2015

Salam Muslim Pondok

1 Jun 2015, Isnin

Ciri Pondok yang Hebat
1. mempunyai tradisi (yg hebat) tersendiri.
eg. universiti oxford, pondok gontor Indonesia, pondok pak teh

2. mempunyai tradisi keilmuan yg mantap.
- talaqqi (berguru dan bersanad)
-ta'adib (beradab)
-tahlil (belajar berfikir, mmbuat analisa)

3. bebas dpd campur tangan kerajaan dan politik.

4. mmpunyai kegiatan bermanfaat bersama masyarakat luar.

Friday, May 22, 2015

Please, Lah

Bismillahirrahmanirrahim.
Allahumma solli 'ala Muhammad wa 'ala ali Muhammad.
22 Mei 2015
Buat pelajar-pelajar degree,
Khususnya pelajar penerapan,
Please consider these;
Kau datang dari kelulusan diploma,
tapi, masih ikut-ikut orang.
Kau ada kumpulan assignment,
tapi masih tak tahu apa itu perbincangan.
Kau dah tahu degree ni sibuk,
tapi masih tak cuba ubah diri sendiri.
Kau dah belajar berpuluh tahun,
tapi tak pandai nak jaga adab dengan lecturer.
Kau sambung degree,
tapi tak ada keinginan nak belajar,
lebih baik berhenti dan buatlah something yang bermanfaat pada diri dan orang lain.
That is something that you have desired and will feel motivated to do.
Daripada membuat orang menyampah nak bekerja dengan kau,
disebabkan masalah diri kau yang tak ke sudahnya.

24 Mei 2015

Sahabat-sahabat yang sudah memulakan langkah ini,
Ayuh fikir untuk kebaikan diri sendiri.
Di dunia dan di akhirat.

Kenapa di dunia dan di akhirat?
Itulah 'keseimbangan'.
Kebaikan untuk diri sendiri hanya di dunia itu namanya "Selfish".
Jika mampu diimbangkan kedua alam itu,
InsyaAllah, tandanya kita mampu dekati-Nya,
melalui Hablumminallah dan Hablumminannas.

Dunia ini ujiannya sangat terasa pada hubungan dengan manusia.
Jadi, jika kita mampu menguruskannya,
Berilah penghargaan kepada diri sendiri
dengan menambahkan pula kemanisan pada hubungan pada Allah.
"Alhamduillah"
"Jika engkau bersyukur, Aku tambah,"

Monday, May 18, 2015

Dia - Dunia Lain

18 Mei 2015, Isnin
"Aku rasa dia ni ada di dunia lain, lah,"
Dia teruja.
Benarkah sehingga begitu sekali persepsi orang yang bercakap dan berdiskusi dengan dia?
Dia sudah lama mula memikirkan. hal seperti ini.
Bagaimanakah dan sejak bilakah,
dia memiliki perwatakan sebegitu?
Perbicaraannya pelik.
Perkataan yang digunakannya itu jarang sekali digunakan untuk perkataan seharian seperti orang kebiasaan.
Adakah dia yang pilihnya satu ketika dulu?
Atau ia berlaku tanpa disedari?
Atau dia memang belajar untuk jadi lain daripada yang lain?
Adakah itu efek membaca banyak buku?
Justeru itu,
Adakah hal sebegini,
memberi impak positif,
atau negatif?
Adakah perkara ini cuma perkara kecil, atau
boleh didorong kepada kejayaan yang lebih besar?
Dia terus memikirkannya.
Tanpa putus asa.
Jangan jemu.

#Hamba0000K