Friday, September 4, 2015
Maafkan Aku, Guru.
Allahumma solli 'ala Muhammad wa'ala ali Muhammad.
3 September 2015
MasyaAllah.
Bagaimanakah caranya?
Ana kagum melihat gambar-gambar rakan-rakan sekolah dahulu.
Bergambar dengan guru-guru.
Upload di FB.
Melawat mereka. Membuat mereka tersenyum dan ketawa.
Walaupun dah lama tinggalkan alam persekolahan.
Apakah rasanya?
Tadika Taman Kasih Sayang, JB.
SK Taman Suria, JB.
SRA Majidee Baru, JB.
SMK Dato Dol Said, Alor Gajah, Melaka.
MRSM AG.
Apa jeniskah murid atau pelajar seperti ana ini?
Berdosakah aku?
Nama guru-guru juga barangkali aku lupa.
Apakah aku ini jenis manusia tidak tahu bersyukur?
Camkah mereka padaku?
Sedangkan aku jarang mendekati mereka?
Yang aku mampu cuma meminta maaf atas angin.
Keluar rumah juga aku sukar.
Ibu bapaku memerlukan bantuanku.
Adakah ini juga alasan?
Ada satu ayat yang aku ingat daripada hasil bacaanku,
"Ada dua jenis insan yang mahukan kita lebih daripada mereka,
iaitu ibu bapa dan guru-guru."
InsyaAllah akan kuusahakan.
Guru-guruku,
Aku amat kesal dan meminta maaf.
Dahulu,
Aku tak berapa faham untuk memanfaatkan waktu bersama guru-guru.
Aku tahu untuk menghormatimu, namun aku gagal untuk bermesra denganmu.
Aku masih jahil.
Namun, andalah yang membantuku menjadi manusia sepertimana hari ini.
Saya rasa, alhamdulillah saya mula sedar semasa saya belajar di universiti.
Saya jadi sangat berminat untuk mendekati pensyarah-pensyarah.
Malah sebahagian pensyarah menjadi inspirasi saya.
Walaupun terkadang masih melakukan kesilapan.
Terlanjur dari landasan adab menuntut ilmu.
Syukur pada Allah kerana kurniakan nikmat rasa kesal dalam hati.
Mungkin cuma dulu aku buta, sekarang Allah sudah celikkan.
Terima kasih cikgu.
Maafkan pelajarmu ini.
Pengajaran
Ana yakin. Salah satu faktor jadi begini kerana kelemahan berkomunikasi.
Dan mungkin juga sifat ego diri sendiri.
Terlalu banyak diam pun ada side yang tidak baiknya.
Selain tu, sifat tidak peramah bersama kawan-kawan.
Bila kita kurang kawan. kita kurang connection.
Bila kurang connection,
ia berpotensi untuk putus hubungan, terutamanya bila ada kekangan jarak.
Ana sedar.
Cuma... Ana masih berusaha mencari jalan dan melaksanakan jalan memperbetulkannya.
Ana juga sedar bahawa mungkin sudah agak terlambat.
But its never too late right?
Sekali lagi, dilema sejak dulu,
Apakah ada kelonggaran dalam syariat untuk berkawan, bergaul dengan rakan-rakan lelaki, atas abab untuk bermasyarakat?
Jika, benar ada. Apakah spesifik batasannya atau caranya?
AllahuAkbar. La hawla wala quwwata illa billah. :(
Tuesday, September 1, 2015
"Kawan Dengan Lelaki"
Allahumma solli 'ala Muhammad wa 'ala ali Muhammad.
1 September 2015
Muqaddimah
InsyaAllah dalam kesempatan post kali ini ana ingin memuatkan pandangan ana tentang tajuk di atas.
Sebelum itu, ana ingin memohon maaf sebab kemungkinannya ana melanggar adab dalam menyampaikan dan berkongsi ilmu. Sebarang pembetulan harap ditegur.
Post kali ini adalah hasil lanjutan pertukaran pandangan antara ana dengan seorang ikhwan melalui whatsapp setelah teguran di fb ana. Alhamdulillah. Moga Allah terima.
Bismillah.
Pandangan Beliau
- Jangan bias apabila berkongsi pandangan (cth: bias jantina)
- Minta pandangan para ustaz.
- Boleh tambah sumber rujukan spt buku-buku dan kitab-kitab
- Upgrade-kan perkara asas yang dikongsi ttg 'aurat dan keperluan berkawan' berdasarkan tajuk asal.
- Perbincangan secara face to face lebih preferable.
kalo dgn wanita, bukan hanya mata, malah semua deria bleh jd aktif
sbb tu ada org yg ckp, "lelaki ni pandang bole tembus"
sstgh lelaki telinganya sgt tajam... berbisik paling halus pun bole dengar...
(ini jarang brlaku)
tapi yaa..
takda masalah brkawan dgn lelaki malah akhi galakkan...
bukan untuk mrnuju maksiat.. nauzubillah
tapi utk belajar menjaga
kalo kamu kenal rapat seorang lelaki, kamu akan dapati kamu da kenal kebanyakan sifat lelaki
demikian mudah kamu tahu, apa benda pd diri wanita buat lelaki tertarik
pada mata? Pakaian? Suara ka?
tp ya, perlu akhi bg amaran, terbuka jgn sampai terhanyut"
- 'Terbuka dan Hanyut'
Hanyut apabila kamu tak betah (tak kisah) pegang2 dengan muslimin, atau lbh teruk kamu 'over' dr muslimin
Cth: kehadapan dahulu memberi arahan
Atau bercakap terlalu lama dan panjang lbh dr muslimin
yg hok ni kalo dlm suatu majlis gabung min dan mat"
- 'Sifat Malu dan Akhlak Seorang Muslimah'
cth, guru suruh kamu bacakan satu risalah... Tp kamu enggan...
melanggar adab begini..
Sedangkan malu itu bole dikatakan sebahagian dr akhlak..
pecahan2 nya
ia masih bergantung dgn suasana dan penerimaan msyrkt"
Tuesday, August 25, 2015
WS: Cukup. Fokus Akhirat!
"Bismillah~
Muhasabah pagi..
Cuba bayangkan.
Saat kita sedang berseronok.
Bumi bergegar dengan dahsyat.
Kita panik cari keluarga kita.
.
Kita cari tak jumpa, waktu tu manusia berlari, berlanggar
antara satu sama lain.
Kita nampak dunia waktu tu penuh dengan ketakutan, bukan
keseronokan lagi.
.
Bintang mulai jatuh.
Gunung, bukit terbelah.
Langit jatuh.
Haiwan dan manusia berlari untuk selamatkan diri.
.
Saat itu kita tidak dapat lari lagi.
Nak lari ke london? Sepanyol? Turkey? Korea?
Tidak.! Kau berhadapan dengan
'Hari Kiamat'.
.
Pintu taubat dah tutup.
Amalan tak banyak sebab seronok dengan 'dunia' .
Tibalah kita untuk dibicarakan di hadapan mahkamah Allah.
.
Waktu dekat dunia tak sempat......
•Tak sempat tutup aurat.
•Tak sempat baca Al Quran.
•Tak sempat nak qada' sembahyang.
•Tak sempat nak berdakwah.
•Tak sempat nak zikir, selawat, istighfar.
•Tak sempat nak pergi masjid.
Semua tak sempat.
.
Apa yang sempat?
Sempat bukak 'facebook','twitter','wechat'.
"aduh, amalan tak banyak, puasa tak qada' lagi."
"aduh, sapa nak tolong aku ni?"
"aduh, sempat tak aku nak solat, puasa, zikir semua tu?"
Jawapannya TIDAK!!.
.
Ya, sekarang kita masuk ke padang mahsyar dimana orang
yang terdahulu, orang kafir, orang alim, para syuhada', akan
di hisab .
Semua menjerit .
Matahari sejengkal atas kepala kita.
Malaikat bagi buku amalan kita.| Beruntung sapa dapat
terima tangan kanan. Rugilah sapa dapat terima tangan
kiri. Allah.
.
Waktu dihisab tu, Allah tunjukkan semua apa yang kita buat
dekat dunia. SEMUA!
Selesai dihisab, kita pergi titian As Sirat.
Ada yang, berlari sepantas kilat, naik kenderaan,
tunggangan, berjalan, merangkak, menyerot.
.
Semua bergantung pada amalan.
Selesai As Sirat, kita berjumpa dengan Timbangan Al Mizan.
Dimana, kita berat yang mana satu. Pahala? Dosa? Kita
sendiri tahu.
.
Lepastu, baru jumpa 'syurga' dan 'neraka'.
Rasulullah ada setiap perhentian kita. Rasulullah yang mula
mula dihisab.
.
Beruntunglah, kalau sapa dapat syurga.
Malanglah, kalau sapa dapat neraka.
.
p/s: dari sekarang tutup apa yang patut, tingkatkan amalan,
tunaikan apa yang patut. Sedar sedarlah. Cukup cukup dah
berseronok dengan dunia. Sekarang fokus akhirat."
*syukran kak Ika.
@JPM
Wednesday, July 29, 2015
Usah Berkira
Bismillah.
29 Julai 2015
Usah berkira.
Bagaimana bisa dipermudahkan
jika engkau tidak memudahkan orang lain.
Terutamanya orang yang terdekat denganmu.
Hatta kerabatmu, adik beradikmu, juga ibu bapakmu.
Tidakkah engkau berkira untuk membantu mereka tanpa mereka minta, tanpa diberitau,
walhal mereka telah banyak membantu kemajuan dan kebajikan dirimu?
Tanpa kamu minta, cuma dengan sedikit kata keluhan, yang mengundang kepekaan mereka untuk membantumu, tanpa kamu sangka.
MasyaAllah.
Oh topeng dunia!
(yang memejamkan kebaikan dan kebenaran)
Longgarkanlah perkiraan yang engkau pernah rungutkan.
Jangan sampai terlambat, ia melahirkan kebongkakkan dalam dirimu.
Fastabiqul khairat!
Mukmin terbaik adalah yang paling baik dengan keluarganya.
Ikhlaskan hati.
Monday, June 1, 2015
Salam Muslim Pondok
1 Jun 2015, Isnin
Ciri Pondok yang Hebat
1. mempunyai tradisi (yg hebat) tersendiri.
eg. universiti oxford, pondok gontor Indonesia, pondok pak teh
2. mempunyai tradisi keilmuan yg mantap.
- talaqqi (berguru dan bersanad)
-ta'adib (beradab)
-tahlil (belajar berfikir, mmbuat analisa)
3. bebas dpd campur tangan kerajaan dan politik.
4. mmpunyai kegiatan bermanfaat bersama masyarakat luar.

