Saturday, March 18, 2017

Niat vs. harapan vs. angan-angan

Bismillahirrahmanirrahim.
18.3.2017

Mana satu yang ada pada kau?
Niat?
Harapan?
Atau...
Angan-angan?

Sumber inspirasi ini daripada Ustaz Pahrol Juoi @ikim.fm

Install apps, ke tidak?

Bismillahirrahmanirrahim.
18 mac 2017.

Bila bosan, atau ada masa terluang, syaitan atau nafsu tu sentiasa kreatif cari jalan supaya kita leka.
Bila tiada games, atau aplikasi editing, mula lah mencari. Macamlah kerja dah settle, sampai ada masa nak buat atau cari semua tu. Macamlah tiada aktiviti bermanfaat atau 'ibadah' yang menang dalam fikiran dan perbuatan.

Begitulah keadaannya, bila berada dalam zon selesa.
Kau ada 'cita-cita'.
Masa 24 jam bukan hanya untuk itu, tetapi banyak lagi tanggungjawab, ketaatan, hak masa dan makhluk lain beratur menunggu kau untuk tunaikan.

Bangkitlah.
Mujahadah.
Kuatlah, jangan kalah!

Wednesday, February 15, 2017

Masak-masak 3 menu + 1

15.2.2017, Rabu
Bismillah.

Alhamdulillah, fuhh. Rehat jap.

Hmm, seronok sebenaunya bila kita cuba merajinkan diri, tanpa kritikan.

Resepi hari ini
1. Ayam Masak Asam Podeh/pedas
2. Sayur Campur
3. 'Tongkeng' Goreng
4. Panaskan lauk semalam - Ikan Selar Masak Lemak Cili Api

-----

1. Ayam Masak Asam Podeh/pedas

#TUMIS (tumbuk atau blender)
Bawang merah 2
Bawang putih 3
Lengkuas sebesar ibu jari
Halia sebesar ibu jari
Belacan sebesar ibu jari
Cili boh 1 senduk penuh (based on saiz dan jumlah ayam)

#ISI
Beberapa ketul ayam (1/2 ekor, ayam tak berapa nak besau)
Carrot

#KUAH
Asam jawa
Serai (kecil) 3
Daun limau purut 3
Garam kasau/kasar

-----

2. Sayur Campur

#TUMIS (basic)
Bawang merah
Bawang putih
Ikan bilis
Sos tiram sedikit
Garam halus

#TheVEGETABLES
Saderi
Carrots
Broccoli
Kacang Pis

-----

3. 'Tongkeng' Goreng

*Perapkan sebentar ayam/tongkeng dengan tepung goreng (saya guna tepung Bestari, pedas)

#TEPUNG
Tepung bestari
Tepung boreh/beras

-----

4. Panaskan lauk semalam - Ikan Selar Masak Lemak Cili Api

#BAHAN
Ikan selar 4 ekor
Kelapa/santan sebiji, 2 kali perah (air perahan, agak-agak saiz & jumlah ikan)
Bawang merah sebiji, saiz sederhana
Cili api 17
Belacan
Kunyit serbuk ikut warna
Garam kasau/kasar

*Sepatutnya letak asam keping kalau tak silap
*Jangan sampai pecah minyak, kocakkan perlahan, secara konsisten

-----

Sambungan cerita.

Iye. Seronok alhamdulillah. Lebih-lebih lagi bila start masak tu lebih awal, before pkul 10 pagi. Then, dapat siapkan 4 resepi tu dalam pukul 12.30 tghari, include masak nasi.

'Puas hati aku!'

Rasa produktif pula minggu ni (dari segi memasak).
Tak sure kalau ada efek dpd minum susu kambing cap Lazz (iklan dalam ikim.fm). Tak banyak pun minum, and tak ikut sukatan. Asalkan minum je... (Ish.. ish... Jgn ikut saya)

Siang tak tidur (lepas dah start buat kerja rumah). But, malam memang 'menonong' tidur awal, tak kisah apa terjadi kat sekeliling.

*Nostalgia; teringat waktu-waktu mengelak untuk masak. Mungkin different situation, motivation, pressure (mak suruh) :D dan berapa ramai kepala yang involve (teamwork bersama mak & siblings, kuikuii~).

Tuesday, February 14, 2017

Doa dari jauh, adik-beradik

14.2.2017
Bismillah.

Subhanallah.
Sesungguhnya, bila kita yakin yg Allah akan tunjukkan kebesaranNya kepada hamba pendosa seperti kita, insyaAllah itulah yg Allah akan tunaikan.

Pernah dengar, "Allah ialah seperti apa yg disangka hambaNya,"?

-----

Petang td, sambil ana mengambil gambar sunflower (spt post before ni), kereta kakak ana pun turun dari bukit mini di halaman rumah kami. Kutoleh kereta myvi putih itu, alhamdulillah, sampai juga akhirnya. Kusambung tangkap gambar, cari angle dalam kebingunan.

-----

Nga-ngah masuk dlm rumah, tergesa-gesa. Belum solat Asar katanya. Tak kusangka ada sesuatu yg berlaku kepadanya tadi.

"Mak!... Mak tau tak, adek nyaris-nyaris accident td!..." Nga2h buat semua org terkejut.
*'adek' tu nga2h laa hai.

Ana pun... "Ya Allah," kata hati.

-----

Iya. Itulah hikmahnya, berbalik kepada tajuk. Sebaik sahaja mendengar berita nga-ngah tu, ana teringat saat ana prepare  untuk goreng sukun tadi;

Ana sedar jam dah lepas pukul 6, dalam pukul 6.10-6.15 PM macam tu, tapi, belum dengar bunyi aircond kereta nga2h dipadamkan seperti selalu, iaitu sebelum pukul 6. Lebih pukul 6 dikira rare, kalau ada hal.

'Ya Allah, selamatkanlah perjalanan nga2h,' detik hati. Kugaul potongan sukun bersama bancuhan tepung beras dan tepung pisang goreng.

'Hmm, untungnya jadi org baik, insyaAllah ada org doakan bila dia belum balik,' lintasan hatiku. Rasanya waktu tu dah nak pukul 6.30.

Then, apa yg berlaku?
*Berlaku seperti di atas.

-----

Memang tak sangka, Allah nak tunjuk berkaitan 'doa' tu. Tak sangka...

Alhamdulillah kakak ana selamat.

"..sunflower banyak..."

"Mardiana, awak dah ambik gamba sunflower banyak ni ke belum?!" Mak jerit dari luar, outside.

14.2.2017
Bismillah.

Hmm, sedang saya menggoreng sukun, itulah yg dilaungkan mak dari luar.

"Ambiklah gambar sunflower tengah banyak tu, bukan selalu dapat banyak macam tu. Lepas ni tak tau lagi bila dapat tengok," sambung mak.

Ku balik-balikkan sukun di dalam kuali, sebelum tinggalkan dapur. Tudung kucapai, handphone kuambil.

-----

Sesi bergambar pun selesai.
Hmm.. Saya pun bingung.
Ya Allah, angle mana lah lagi nak ambil bg gambar lebih cantik, awesome?

Mana satu ya?