Thursday, May 23, 2019

Ramadhan 1440H Akhir Fasa Kedua

Assalamualaikum, hai!
Kaifa halkum?

Alhamdulillah malam ni dah masuk 18 Ramadhan 1440H. Baru lepas Nuzul Quran. Sebenarnya, Mar sendiri tak tahu (tak sempat cari tahu) tentang peristiwa nuzul quran ni. Mungkin sebelum ni pernah belajar, tp, dah lupa dan tidak bertemu pulak dengan peringatannya, baik di sosial media mahupun radio atau saluran lain. Yang ada, ramai yg post "Selamat Menyambut Nuzul Quran" dan yg seangkatan dengannya.

Puasa, tak puasa (atas sebab keuzuran syar'i), kita dah pun melepasi fasa pertama dan sedang berada di akhir fasa kedua Ramadhan. MasyaAllah, dah cukup puas hati ke dengan rekod prestasi sepanjang 17 hari menghayati Ramadhan ni? Dup.. dap.. dup.. dap... Selang beberapa hari je dah nak masuk 10 hari terakhir... Sedih, risau selalu datang. Adakah tahun ni berpeluang bertemu dgn lailatul qadr? Harapnya, dua doa khusus bulan Ramadhan tu janganlah terlupa supaya dapat meningkatkan sifat "raja'" (pengharapan) kita kepada-Nya bagi satu-satunya malam yg tersangatlah beruntung bagi sesiapa yg bertemu dengannya dan dpt beramal sebanyak-banyaknya. Harap-harap, tiadalah gangguan keduniaan pada fasa terakhir ini... Huhu... Sungguh, hamba juga manusia biasa 😢 (Moga Allah jaga)

Akhirul kalam,
"Allahumma inna nas'aluka ridhokawaljannah, wana'uzubika min sakhotika wannar,"
"Allahumma innaka 'afuwwun karim, tuhibbul 'afwa fa'fu'anna," 💕

Sunday, April 14, 2019

Rezeki, Dengki, Doa

Yup, rezeki setiap orang berbeza-beza. Ada yg kelihatan mewah, ada juga yg nampak biasa-biasa.
Tapi, setiap daripadanya pasti dimulakan dan diiringi dgn *usaha, penat jerih* & ada juga rasa ingin *putus asa* .
Dan, usaha tetap diteruskan sebab *kepercayaan* kita kepada-Nya, yang Maha Memberi Rezeki.
Kerna Allah s.w.t. ada kata dalam ayat cinta-Nya, " *kamu bersyukur, Aku tambah* ,".
Jangan lupa *syukur & merasa cukup* dgn apa yg Dia beri.
......

Bila kita tengok orang berjaya, kita patut jadikan dia *inspirasi* sebab dia mampu ke tahap itu.

*Hati-hati* dengan "hati", jangan sampai rasa *dengki* yg menguasai, disebabkan orang itu orang yg kita tak berapa nak suka. Sebab, itu salah satu *penyakit hati,* yg akan menghasilkan *titik hitam* dekat hati.

Titik hitam tu bukanlah susah & tidaklah mudah utk *dinyahkan* melainkan kita bersihkannya dgn *taubat  & istighfar*.
......

Ya. Nampak kecil sbb satu je titik hitam.

But then, kita ingat satu dosa je yg kita buat sehari-hari? Untuk, hamba biasa macam kita, jawapannya, "Nope".

Bayangkanlah hati kita sekarang. Rasa-rasa, berapa je yg masih bersih dgn keimanan yg kita pertahankan?
.....

That's why kita tak boleh pandang remeh kpd sekecil-kecil dosa. Kalau hari ni umur kita 25 tahun, berapa banyak iman atau titik hitam yg kita dah semai?

Kita ingat benda tu tak affect kita ke? Tak affect kehidupan kita ke?

Then, janganlah tanya, kenapa kita doa selalu, Allah belum makbul. Kenapa bila kita buat something asyik tak menjadi.
.....

Kita buat contoh.
Contoh 1:
Pagi ni kita bangun, kita ingat Allah. Lepastu, kita kemas-kemas, kita ingat Allah. Kita nak tengok movie/main game, bila ingat je Allah, kita tak jadi buat/kita tangguhkan. Bila dtg kerja, dpt kerja menimbun, kita ingat Allah. Bila org nak ajak 'membawang' kita ingat Allah.
Lepastu, kita berdoa.
.....

Contoh 2:
Pagi ni kita bangun, kita tak ingat Allah. Lepastu, kita kemas-kemas, kita tak ingat Allah. Kita nak tengok movie/main game, bila tak ingat je Allah, kita marathon. Bila dtg kerja, dpt kerja menimbun, kita tak ingat Allah, kita merungut berpanjangan. Bila org nak ajak 'membawang' kita apa lagi? Bikin suasana lebih panas.

Lepastu, lepas solat, kita berdoa, tak lama.... 10 saat je.
.....

Agak-agak... Kita rasa??? Mana satu Allah s.w.t "malu" utk makbulkan?

Atau, Allah s.w.t. akan tunjukkan sifat 'sombong'-Nya?

Atau, Allah s.w.t. beri juga... Tapi, (na'zubillah) Allah bagi bukan kerana rahmat-Nya, tapi Allah bagi "istidraj" (bagi kpd kita apa yg kita nak, supayang kita lebih lupa kepada-Nya).
.....

Agak-agak... Kita rasa??? Mana satu Allah s.w.t "malu" utk makbulkan?

Atau, Allah s.w.t. akan tunjukkan sifat 'sombong'-Nya?

Atau, Allah s.w.t. beri juga... Tapi, (na'zubillah) Allah bagi bukan kerana rahmat-Nya, tapi Allah bagi "istidraj" (bagi kpd kita apa yg kita nak, supayang kita lebih lupa kepada-Nya).
.....

Jadi, "ijlis bina, tu'man sa'ah,".
Duduklah sebentar, berimanlah sejenak.

Kita baru je sebut pasal satu dosa - "dengki". Belum lagi dosa-dosa lain, sama ada kecil atau besar yg selama ni Allah Maha Baik, Dia tutupkan aib tu nak bagi  peluang kita bertaubat, antara kita dengan Dia.

Kita tak tahu kita mati bila.

-080840H/140419M-

Wednesday, March 20, 2019

Bila Kawan Dengan Orang Tua

Bismillah.
Selawat atas Nabi s.a.w..
190319

Orang tua = lingkungan umur seperti ibu bapa kita.

Bila kita banyak masa bersama dengan orang tua, kita boleh rasa DEKAT dengan ibu kita.
Kita duduk dekat dengan mereka, dan kita akan dengar banyak perkongsian berunsur kekeluargaan.
Mereka cerita tentang karenah anak, betapa bertuahnya perangai anak-anak itu, masing-masing.
Mereka berkongsi keunikan sifat anak-anak mereka masing-masing.
Ada yg ok, ada yg kurang ok.
Kita di situ duduk mendengar dan menganalisa.
Apa yg mereka suka, apa yg mereka tidak suka. Hampir kesemuanya sama.

Begitu juga ibu ayah kita.
Dalam setiap hati ibu dan ayah pasti ada pengharapan pada setiap anak mereka.
5 orang? 4 orang? 2 orang? Mahupun seorang sahaja anak yg mereka ada.

Kita tidak tahu dengan siapa pula ibu bapa kita berkongsi kisah kita terhadap mereka. Cerita baik kah? Atau hanya keluhan demi keluhan?
Kasihan ibu bapa kita, andai kita kurang tunjuk bakti pada mereka. Mereka semakin tua, dan kekurangan tenaga muda yg ada pada diri mereka.

Ada cita-cita yg mereka ingin capai pada masa mereka tp tidak kesampaian, mereka menyambung pula harapan itu kepada anak-anak mereka.
Dengan harapan anak-anak bisa menerimanya, dengan rela hati. Maka, sedaplah hati ibu bapa jika begitu... Tiada ragu untuk ukir senyuman lega.

Bila kita kawan dengan orang tua,
Kita akan sedar,
"Oh, ibu-ibu suka macam ni,"
"Oh, ibu-ibu tak suka macam ni,"
Jadi, ambillah pengajaran.
Yang baik jadikan ikutan, yang buruk jadikan sempadan 😃

Tuesday, March 19, 2019

Telefon Bimbit

Bismillah.
190319

Budak sekolah zaman skrg dah boleh bawa phone.
I entered the train and got a seat. There is a student is seating in front of me. He wear earphone and hold his handphone in front of his face.
'oh, yela... Budak skrg boleh bawa phone,'

Apa yg diorang guna pada phone tu ye, agaknya??
Then, unexpectedly the question return to me. Apa yg org dewasa asyikkan bila ada phone di sisi?
Oh yeah, of course la kita perlukannya!
Nak kerja sekarang pun kena alert dgn whatsapp...
Then,
Is that all??
Eh, no la..
It is as an entertainment sementara seorang diri takde pe nak buat. Gitu... ?
(To be continued)

Saturday, February 23, 2019

Peringatan

Bismillah.
Allahumma solli 'ala Muhammad wa 'ala ali Muhammad.
23022019

"PERINGATAN"
Percaya tak, yang kita ni perlukan peringatan selalu (walaupun bagi kita ia agak membosankan)?
Siapa yg tak mengaku dirinya selalu "lupa"? Tidak kisahlah, lupa pada satu-satu kerja ke, lupa kunci letak mana ke, sehinggalah seserius lupa yg kita belum solat...

Contohnya (nak menunjukkan peringatan itu perlu), dulu waktu sekolah, kita selalu diingatkan utk baca Surah al-Mulk sebelum tidur. Jadi, waktu tu memang kita tak lupa lah nak baca, lebih-lebih lagi jika tinggal di asrama, baca surah berkenaan adalah dibuat secara berjemaah. Bila dah habis sekolah, masuk universiti, kita masih lagi amalkan secara individu... Namun, tak lama. Sebab, dari semasa ke semasa pd waktu tu kita disibukkan dgn assignment serta aktiviti kokurikulum yg membuatkan kita sendiri tertidur dgn kerja-kerja yg tidak berkesudahan itu. Kita makin 'tak sempat' nak baca. Dan lama kelamaan kita pun dah lupa yg kita 'kena' baca surah tu kalau kita nak terhindar daripada azab kubur. Kemudian, lepas grad, kita masuk pula ke alam kerja, ada orang (kawan kita) ajak kita try dengar ceramah.. Best katanya ustaz/ustazah tu punya penyampaian.. Masa tulah Allah hantarkan peringatan kat kita. Ditakdirkan topik pada masa tu adalah kehidupan selepas kematian. Ustaz/ustazah tu pun selitkan tentang sunnah membaca Surah al-Mulk tu supaya Allah selamatkan kira daripada hukuman di kubur... Barulah kita teringat yg kita dulu pernah amalkan tp sekarang kita dah terleka dengan desakkan dunia. Masa tulah, kita akan buat keputusan samada kita nak buat turning point time tu juga atau, tangguh dulu lain masa (agak rugi).

Begitulah contoh perlunya kita kepada peringatan, kerana kita memang mudah lupa dari sekecil-kecil perkara sehinggalah sebesar-besar perkara. Termasuklah peringatan bersifat pada ilmu yang baru. Semoga hati dan diri kita terbuka untuk menerima dan 'mencari' peringatan (memandangkan kita pun tak tahu benda apa yg kita sedang lupa). InsyaAllah :)