Tuesday, July 7, 2020

“Keseorangan - Bersendirian – Sepi” (023)

Bismillahirrahmanirrahim.
Allahumma solli ‘ala Muhammad wa ‘ala ali Muhammad.
Fuh! Hehe. Rindu kat blog.

---

“Kita akan jumpa hikmah hanya apabila kita cari,” (MimRa, 060720)

Terngiang-ngiang di fikiran gurauan oleh abang, “Awak ada kawan-kawan ke?”
Dahulu, semasa bekerja dalam dua organisasi yang berbeza, gurauan itu dapat dinafikan sebab dapat bekerja dengan ramai kawan dan dapat bergaul seperti belia-belia yang lain tetapi kini tidak lagi. Jawapan kepada gurauan itu lebih kepada, “Ya, tidak ada,” Dan ia agak membawa diri ini kepada rasa “Oh, tidak ada orang yang memilih untuk berteman dengan aku. Buktinya, selepas aku keluar daripada sesebuah organisasi, aku tidak bisa “hang-out” dengan mereka,”

Pada asalnya, ia sesuatu yang agak menyedihkan, bukan? Namun, hikmah itu perlu digali. Tidak mungkin keadaan ini sesuatu keadaan yang begitu buruk, cuba fikirkan lagi! Ya, kita yang kena usaha cari positiviti supaya kita boleh keluar daripada kedukaan kepada kebahagiaan. Kadang, sesuatu keadaan yang memang kita tidak boleh terlepas daripadanya; Allah takdirkan sesuatu untuk kita berfikir dan bukan untuk kita keluhkan. Dan dengan itu kita boleh jadi lebih bijak dan tidak memandang sesuatu itu hanya sebagai masalah semata-mata. Kalau kita mengeluh, layakkah kita dikira sebagai orang yang bersabar?

Bagaimana saya boleh atasi pemikiran merasa diri keseorangan?

1. Usah merasa lemah! – Ya. Bila kita rasa keseorangan, adakah bermakna yang kita sedang akui yang kita tidak boleh berdiri sendiri? Adakah ia bermaksud kita perlu bergantung kepada orang lain? Habis tu, sampai bila? Sebab, apabila sahaja berasa sebegitu adakah secara tidak langsung perkara yang kita merancang untuk lakukan atas dasar keperluan (contohnya, membeli barangan keperluan) terbantut hanya kerana tidak ada kawan untuk bersamaku? Bermakna? Kita ini lemah? Oh tidak! Jadi, kehidupan perlu diteruskan. “move on” Memikirkannya, hanya akan membuat kita terus merasa diri ini tidak bernilai sedangkan kita bukan sebegitu. Memikirkannya hanya membuang masa kita untuk mengorak langkah. Kita nak tunggu sampai bila orang nak datang pada kita? Kehidupan tidak selalu seperti yang kita impikan, tetapi, Allah Maha Mengetahui kegusaran yang kita lalui, dan Dia sentiasa bersama dengan kita terutamanya bila kita meyakininya.

2. Sebenarnya bukan selalu kita melalui keadaan sebegitu, cuma kita ini yang kurang bersyukur dengan masa-masa yang kita ada bila ada orang di sekeliling kita. Saat tiadalah dicari.

3. Bersyukurlah, kita hanya merasa “keseorangan” pada sesetengah masa sahaja jika dibandingkan dengan orang yang benar-benar terpaksa menerima takdirnya untuk tidak dapat bergaul normal seperti kita yang masih boleh bergaul ketika keluar bekerja, ada saudara mara ketika pulang ke kampung dan sempat merasai fasa-fasa mepunyai kawan berkumpulan. Ada orang itu, kehidupannya hanya terhad di rumahnya disebabkan penyakit yang dihidapi. Ada orang tidak boleh bergerak, terlantar di atas katil dan hanya televisyen sebagai peneman. Ada orang, kehidupan dia memang disisihkan, usah kata tidak ada kawan malah orang memang tidak mahu berkawan dengannya dan bukan dia meminta untuk jadi sebegitu. Jadi bersyukurlah, kita hanya ditakdirkan beberapa ketika sahaja mungkin akibat kebosanan, kegagalan merancang aktiviti, pertindihan program atau sebagainya sedangkan mereka lebih merasainya lebih lama dan memakan masa.

4. Apabila kita mula mengatasinya, insyaAllah akan datang kita boleh kata “Selamat Tinggal” kepada keadaan itu. Sebab, kita sudah pun merekodkan satu solusi yang kalau kita jumpa lagi keadaan sebegitu, kita sudah tahu bagaimana untuk mengendahkannya. Keadaan apa ya? Ya, keadaan yang merasakan diri keseorangan.

5. Padah tidak merancang masa. Hari esok perlu dirancang seawal hari ini. Cuba bayangkan kalau awak dah merancang hari itu nak kena buat apa, dan selepas itu perlu buat apa, agak-agak ada masa ke mahu fikir pasal nasib diri macam itu? Mesti hari kita itu akan jadi bermatlamat. Tidak akan peduli dengan nasib apa, yang penting kita nak checked-kan “to-do list” itu tidak kira apa.

Habis kalau dah memang tidak ada aktiviti, mahu buat apa? Alahai… Usahalah, fikirkanlah lagi potensi diri! Takkanlah sampai macam itu sekali. Cipta aktiviti. Kalau pun mungkin sahaja tidur solusinya, tidur itu pun perlu dirancang bila mula dan akhirnya. Jangan sampai masa solat pun dilanggarnya. Tapi, seriuslah… takkanlah tidak ada perkara yang mendatangkan hasil yang boleh awak fikir dan lakukan?

6. Mencipta pergaulan cara sendiri. Berbalik kepada “perancangan” Rancanglah program sendiri untuk kita bergaul dengan masyarakat. Kalau sudah pergaulan secara bersahaja kita tidak mampu, mungkin dengan cara kita cari dan susun aktiviti atau program untuk kita sertai, dengan cara itu kita boleh bercampur dengan masyarakat. Cuma, hal seperti ini biasanya lebih kepada tekad/matlamat lah. Tidak semua orang minat ke arah itu. Lagi-lagi masih dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (Pemulihan) ini, mungkin juga kita masih lagi ada banyak kekangan untuk melakukannya. Apabila kita bercampur dengan masyarakat, fikiran kita akan lebih terbuka. Kita dapat memerhatikan kepelbagaian cara orang lain bergaul dan berkomunikasi jika dibandingkan jika kita hanya bergaul dalam kalangan kawan yang kita kenal. Dan yang penting, pada masa itu, kita tidak akan fikir tentang diri sendiri. Kita cuma akan fikir tentang orang lain. Cabarannya, kita memang perlu mencarinya atau kita yang perlu mengadakannya. Ok? InsyaAllah.

Moga-moga kita disegerakan dipertemukan jodoh yang baik… Eh! Ke situ pulak.

Baiklah, sekian sahaja. Semoga bermanfaat.

Catatan,
MimRa.
06-07 Julai 2020
15-16 Zulkaedah 1441H (Bulan Haram)

Saturday, January 11, 2020

"Sudah 6 Bulan - Revert To Islam," (MTR002)

""Sudah 6 Bulan," - Kembali Kepada Islam," (MTR002)

Minggu lepas, semasa menunggu patient (pesakit) untuk datang daftar, ada seorang patient OPD (pesakit luar) yang mendatangi kaunter saya. Berbangsa India. Dia datang ke klinik bersama isteri dan anak. Dia menghulurkan sticker pendaftaran, kad pengenalan beserta surat rujukan doktor kepada saya. Dia minta saya untuk tukarkan nama lamanya kepada nama yg baru. Haa?

Oh, rupa-rupanya bila dibandingkan kesemua dokumen tadi, baru saya faham, patient itu mahu menukarkan nama lamanya (nama Tamil/Hindu) kepada nama barunya (nama Islam), di dalam sistem klinik.

Sambil melakukan kerja saya, saya sempat menemu ramah sedikit mengenai penghijrahannya.

Saya: Dah lama ke, revert ke Islam?
Patient: Sudah 6 bulan.
Saya: Oh, sempat ke Ramadhan tahun lepas?
Patient: Ya, sempat. Tengah-tengah tu saya sempat. Puasa.. (sambil mengangguk-angguk - bermakna mungkin dia revert pertengahan bulan Ramadhan)
Saya: Alhamdulillah.... Under Hidayah Centre ke??
Patient: Yah, Hidayah Centre. Sekarang saya sudah mula pergi ke kelas Darul Hidayah...
Saya: Oh, dekat sini, dekat mana ea tempat Hidayah Centre tu?
Patient: Ada... Dekat Sentul itu..
Saya pun angguk-angguk dan tanya lebih lanjut tentang lokasi itu, sambil tengok PC.

Setelah selesai update dalam sistem, dia pun beredar ke farmasi. Sempat jugalah saya dengan rasa eager nak tahu location Kompleks Darul Hidayah tu, search dekat PC nak tengok ada harapan ke nak try pergi ke sana.

Tak lama lepas tu, dia datang balik dekat saya, minta saya tukarkan nama anak dia dalam sistem pula. Memandangkan saya rasa tiada masalah untuk berbuat demikian, saya pun ikut sahajalah hajatnya. Lagipun, saya memang tengah free time waktu tu. Tukar nama sahaja.

Saya pun key-in nombor IC anaknya ke dalam sistem. Bila saya periksa satu huruf demi satu huruf nama anaknya, saya perasan yang nama anaknya ber-"bin" kan "Abdullah". Saya pun tanyalah, "Nama anak you tak 'bin' kan nama you ya?"

Patient: Ya. Itu JPN tak bagi. Sebab kita semua baru masuk Islam..
Saya: Eh, tapi, nama you kan nama Allah juga (nama dia 'Abdul Rahman' kalau tak silap)
Patient: Yah.. JPN tak bagi juga..
Saya: Oh.. macam tu yaa?

Baru tahu, prosedur kat JPN macam tu bila seseorang tukar nama kepada nama Muslim, walaupun, sekeluarga masuk Islam. Saya assumed, mungkin dari segi agama pun, bila seseorang tu baru revert kepada Islam, dia ibarat bayi baru lahir. So, kena mulakan semuanya semula (secara individu), gitu. Mungkinlah (teori sendiri).. Mungkin juga sebab tak nak bagi keliru. JPN tahulah kan kerja dia. Relaks, tak payah over thinking. Ada lah sebabnya tu. Haha.

Bila jumpa patient yang special case macam ni, bila saya tengok diorang tak kelam kabut sangat atau emosinya stabil, saya cuba juga ambil kesempatan tanya perkara yang saya curious, selagi saya rasa masih boleh menjaga adab. Dan.. tak drag masa (hehe). Payah gak kalau tanya mendalam sangat, kita tengah bekerja, dan ada orang lain yang tunggu giliran mendaftarnya, kena adil. Tujuannya, untuk saya lebih faham masyarakat yang berbagai latar belakang. Saya yakin, mesti akan bermanfaat juga untuk akan datang. InsyaAllah.

Sekian sahaja.

Moment to remember,
MimRa.
11 Januari 2020.

Thursday, December 5, 2019

Fenomena 18/19

"Fenomena 18/19" (002)

Beberapa aspek yg saya lihat daripada kekecohan fenomena 18/19 ini, di mana seorang pendakwah selebriti yg dikhabarkan telah mengahwini isteri kedua, sedang isteri pertamanya (bekas) sedang mengandung, dan dengan mengeluarkan kenyataan bahawa isteri keduanya adalah calon ke-19 yg telah berjaya menawan hatinya dengan aura Kaabah. MasyaAllah.

1. "Penunggang agama"
Label ini adalah label yg saya paling tak senangi atau sensitif. Kecewa & sedih. Dalam masa yg sama membawa kpd diri utk bermuhasabah. Ya. Bagi setiap individu yg bergelar selebriti, anda kena sedar walaupun anda rasa anda juga manusia biasa, anda mempunyai kedudukan tertentu pada mata masyarakat. Jadi, bila jadi perkara seperti ini, dengan title "pendakwah/ustaz/ustazah", setiap keputusan dan tindakan perlu dilakukan dengan sangat teliti dan tidak terburu-buru. Walaupun sudah bergelar 'alim dalam kalangan masyarakat, tak bermakna kita tak perlukan nasihat dan boleh buat keputusan sendiri. Kena mengambil nasihat daripada guru, walaupun tentang hal peribadi, supaya keputusan yg dilakukan lebih rasional dan tak bersifat mementingkan diri sendiri.

2. Kecam
Tidak terkecuali, saya. Asalnya saya memang terima berita ini dengan pandangan negatif, beserta rasa macam tak percaya. Orang kata dia macam-macam, memang teruklah. Semuanya atas kenyataan yg dia sertakan masa dia announce yg dia telah bernikah yg kedua. Tapi, bila saya fikir balik, buat apa semua tu? Maksud saya, kenapa nak kena sibuk-sibuk? Itu kan hal rumah tangga dia? Kan?

Yalah... Lumrah satu perkahwinan itu ada pasang surutnya, ada gaduhnya, ada nikah & talaknya. Bukan bermakna saya nak menyokong tindakan si fulan. Tapi, bila difikir balik dan mufti pun kata hukum menjatuhkan talak semasa isteri sekian sekian tidak jatuh kepada haram, tu dah cukup dah nak meredakan kebahangan jiwa. Soal yg dia ustaz tak patut buat camgitu, kita letak tepi. Kita pandang pada sudut manusia biasa, yg ada emosi, yg rasa ada maruah, yg rasa orang itu fitnah kita dan sekian sekian. At least, dia tak buat sesuatu yg haram. Dan apa yg dia buat masih ada dalam hukum agama, masih boleh dipandu. Cuba berbaik sangka.
Manusia tak ada yang sempurna. Punyai kekurangan dan membuat kesilapan. Kadang sengaja, kadang tidak. Allah lebih mengetahui.

3. Pandangan terhadap poligami
Dalam kekecohan fenomena ini, ada juga terkait bahawa si pendakwah itu ingin bernikah dengan mengingati semula kisah-kisah zaman Rasulullah s.a.w.. Bila dah dikaitkan dengan baginda s.a.w., saya tak berani nak kata apa, sebab saya sedar, saya tak arif sirah secara menyeluruh, jadi saya tak pasti nak dikatakan benar atau tidak jika keluar dpd mulut selain ustaz/ustazah yg dipercayai. Yg pasti saya still nak mengakui saya cintakan Rasulullah s.a.w. (Allahumma solli 'ala Muhammad wa 'ala ali Muhammad), walaupun saya sedar siapalah saya, sama ada saya layak terima balasan cinta daripanya atau tidak.

Dulu masa belajar, saya ingat, ustaz-ustaz selalu highlight kat budak-budak lelaki bahawa hukum poligami adalah haaruuuuus. Tapi, jika kamu nak kata ia sunnah atau nak ikut nabi, baik-baik sikit ngomongnya! Hang kalau nak kata sunnah, pastikan detail ya! Kronologi sunnah kekeluargaan yg baginda lalui. Dan baginda adalah orang yg paling baik dengan keluarga. Contohilah, jangan sekadar mata kasar sahaja, tapi setiap inci tu, ikutlah juga! Kenapa baginda s.a.w. bernikah lebih dpd seorang, masa bila, apa ciri-ciri atau latar belakang isteri-isteri baginda s.a.w., dan sebagainya. Belajarlah full jangan nak pertahankan point yg kau ambik ikut sedap hati ja. Atasghfirullah.

4. Bersabarlah wahai wanita
Kesian dengan bekas isteri. Ya Allah. Cuma Allah sahaja yang tahu. Saya yakin,  dan saya yakin juga ramai orang memikirkan yg sama tentang nasib bekas isteri yang ditinggalkan. Satu, emosinya. Kedua, kandungannya sehingga dilahirkan (semoga Allah pelihara kandungannya). Ketiga, bagaimana nak survive dengan akur (redha) bahawa perlu mengharungi kehidupan seterusnya tanpa seorang insan bergelar suami? (*Terdetik di hati saya, andai takdir jodohnya bersama si pendakwah berkenaan hanya smpai di situ sahaja, moga-moga dia ditemukan dengan jodoh yg lebih baik)

Saya kagum dengan kenyataan mufti yg mention bagaimana keadaan wanita yg mengandung kena dijaga, dan Islam ajar para suami utk didik isteri, dan memuliakan wanita. Saya sedar perbincangan saya dengan kawan-kawan mengambil sudut pandangan belah perempuan, saya tak sempat dengar pendapat orang lelaki. Tapi, cukuplah bila digariskan oleh mufti, dengan nasihat sampingan, kita ambil yg lebih awla. Mufti juga lelaki, dan lebih afdhal (dan memang sepatutnya) utk didengari pandangannya.

6. Hargailah rumahtangga
Subhanallah. Saya sedar, saya pun belum menjejakkan ke alam itu lagi. Tapi, alhamdulillah Allah izikan utk belajar macam-macam daripada apa yg dilihat, diberitakan, dan dikongsi setiap hari. Biasalah, ramai akak-akak selalu pesan, "kau kena macam ni... Macam ni.." "nanti kau dah kahwin,..." "Lelaki ni..." Bla..bla..bla.. saya terima sebagai satu input untuk diambil pengajaran.

Takut, risau ke nak kahwin? Siapa tidak? Mungkin yg tengah angau bercinta tu tak rasa, sebab mgkin dia dah selesa, dah rasa pilihannya itu yg terbaik untuknya. Tapi, bagi yg belum mempunyai calon, masyaAllah.. siapa yg ingin dipercayainya? Isy, lelaki itu baik ke, tidak ke, macamana nak tahu semua itu. Lepastu, setiap hari diberitakan dengan cerita sebegini rupa.. bagaimana tak risau?

Bagi yg telah berkahwin, sesetengah isteri atau suami itu sahaja yg dapat rasa bagaimana dia mula mempunyai syak wasangka pada pasangannya bahawa pasangannya mungkin sedang berlaku curang padanya. Di manakah kesetiaan? Jika sudah beranak pinak, atau sudah bertahun-tahun berkahwin, di mana rasa penghargaan pada sebuah perkahwinan yg telah diikat janji semasa lafaz akad nikah dahulu? MasyaAllah. Tolonglah ingat, bahawa dunia ini penuh dengan tipu daya dan fitnah. Berwaspadalah dengannya! Pertahankanlah kasih sayang yg telah pernah dibina dahulu.

Lupa dah ke, lagu-lagu tema cinta antara anda dan pasangan anda sewaktu awal pernikahan? Takkan sekelip mata atau hadirnya insan ketiga, kita sudah lupa? Di mana iman kita? Saya bukan nak kata orang yg mempunyai orang ketiga ni tak beriman. Tapi, bayangkanlah, saya cuma buatnya sebagai perumpamaan. Kalau pegangan kita pada cinta pada pasangan boleh longgar, macamana pula dengan iman kita? Cuba cek balik, betul ke setiap hari kita solat 5 waktu kita lakukannya dengan sempurna, menghambakan diri pada Allah, masakan kita tidak punyai rasa simpati pada pasangan halal kita, yg telah hidup sudah payah dgn kita pada awal pernikahan dahulu?

Selamatkanlah, selagi ada jalan menyelamatkannya dengan damai.

7. Doa yang baik-baik
Setahu saya, pada setiap talak (sebelum talak tiga) masih ada peluang untuk rujuk selagi dalam tempoh 'iddah. Jadi, kita doakan yang baik-baik, ya. Doakan kebaikan bagi kedua-dua, ketiga-tiga pihak. Si bekas isteri, suami, dan isteri kedua. Semoga Allah kurniakan sakinah, mawaddah warahmah buat mereka dan kita semua. Aamiin.

Catatan,
MimRa.
4-5/12/2019

Tuesday, October 22, 2019

#KSB Tidak Semudah Itu


Bismillahirrahmanirrahim.
Allahumma solli ála Muhammad wa’ala ali Muhammad.

(Siang hari)

Hari ni sepatutnya saya nak on progress untuk membership form #KSB, tapi end-up, saya buat membership untuk #Mendekatimu.

Seperti biasa, saya berasa eager dan rasa macam tak ada masalah untuk create form tu memandangkan saya terjumpa form kaji selidik yang pernah dibuat semasa degree dulu. Sehinggalah form tu dah nak siap, tinggal nak sempurnakannya sahaja, Allah datangkan satu dilema kepada saya. Oh no!

- ‘Pos barang’

Salah satu rancangan saya untuk menjayakan #KSB ini adalah dengan membuat penghantaran secara pos kepada target pembaca. MasyaAllah, namun, perancangan menjadi musnah apabila mendapat tahu angan-angan saya tu tidak realistik. Saya baru sedar yang tidak ada perkhidmatan pos barang (parcel) selain Pos Laju oleh Pos Malaysia. Saya baru berangan untuk hanya melabur sedikit kos membeli beberapa setem untuk sebuah buku asalkan buku itu sampai kepada target walaupun memakan masa seminggu. Saya baru tahu yang setem hanya untuk surat sahaja. Asalnya saya teringat yang dulu saya pernah kirimkan sebuah buku tulis sekolah kepada kawan saya dari Melaka ke Johor Bahru menggunakan kaedah setem dan ia sampai ke tangannya, sekitar tahun 2007. Namun saya barulah menyedari itu adalah 12 tahun lepas.

Sekarang ini, bila tahu minimum timbangan dan cas adalah sekitar RM8, itu bukan dalam bajet dan kira-kira saya. Sebab RM8 itu kadang kala boleh dapat buku yang baru, kanapa saya kena bagi yang 2nd hand? Hmm.. Jadi, apa lagi alternatif yang saya guna, yang cut cost tetapi sampai kepada pembaca #KSB seterusnya?

- Apa core bagi #Mendekatimu sebenarnya?

Bila di hati saya semakin rancak nak promote kepada orang ramai untuk join #Mendekatimu, tiba-tiba rasa ragu-ragu muncul bertubi-tubi dalam diri.
“Apa yang awak buat ni?”
“Orang lain buat page ajak kebaikan, dyorang ada hujah, guna ilmu… Awak guna apa? Monolog semata-mata? Mana awak tahu Allah terima apa yang awak fikirkan?”
“Apa yang orang lain dapat bila like page awak?”
“Tak ramai pun yang pandang page awak, tak ada orang respon pun.. Tak ada makna,”

---
- SOLUSI -
(Malam pun tiba)

- Kekuatan buat diri

Ya Allah, ya. Saya hampir down bila keraguan itu muncul. Tapi, Alhamdulillah. Allah takdirkan sekejap tadi tertengok video live Prof Dr. Muhaya. Jarang post dia muncul dekat wall fb saya, tapi, kuasa Allah. Allah bagi apa yang saya perlukan. Prof pesan, “kata-kata negatif tu semua datang daripada syaitan,” MasyaAllah, saya baru sedar kewujudan musuh ketat anak Adam ini. Syukur Allah tunjukkan jalan u-turn kepada keraguan pada apa yang saya cuba usahakan ini. InsyaAllah.

Prof pesan bila rasa down, cepat-cepat zikir “La hawla wala quwwata illa billah,” InsyaAllah moga Allah bukakan jalan kekuatan ini seluas-luasnya.

Petang tadi saya sempat cari berkenaan potongan ayat Al-Quran “fastabiqul khairat,” tetapi belum sempat membacanya on the spot. Jadi, saya tambat di sini untuk bacaan mendatang, insyaAllah. Saya cari sebab nak lawan keraguan yang tiba-tiba serang saya siang hari tadi. Sebab saya sayang page #MendekatiMu itu yang saya bangunkan sekian lama lebih kurang 5 tahun walaupun tidaklah seaktif mana.

Saya juga selalu ingat bila rasa nak give up akan sesuatu yang asalnya saya niat baek punya, dengan bisik pada diri satu kata-kata yang diambil daripada bacaan saya sebelum ini, “Bila kamu rasa mahu berhenti, ingat semula saat kamu mulakan,” (when you want to quit, remember the time you start)

- Variasikan Pelan Tindakan

Jadi, Alhamdulillah solusi bagi dilema kedua saya dah jumpa sebentar tadi. Manakala, solusi bagi dilema pertama saya masih fikirkan. Barangkali saya perlu senaraikan lagi Plan A, Plan B, Plan C dan seterusnya untuk dipilih mana yang lebih sesuai dengan kemampuan dan keadaan, insyaAllah.

---

- MEMBERSHIP #Mendekatimu

Dalam kesempatan di sini, saya selitkan Membership Form untuk #Mendekatimu untuk anda isikan. Harap sudi!

Sekian sahaja, wabillahitaufiq wal hidayah.

Yang mencoret,
SMardianaMS
22 Oktober 2019
#KSB - 16 hari lagi!

Monday, October 21, 2019

#KembaraSebuahBuku Mengorak Langkah

Bismillahirrahmanirrahim.
Allahumma solli 'ala Muhammad, wa 'ala ali Muhammad.


"Nervous"
Itulah satu-satunya perkataan yang menggambarkan gemuruh di jiwa saat saya mengambil keputusan untuk post banner tema untuk projek saya kali ni di page Facebook : Mendekatimu dan Siti Mardiana Mohd Saini.

Saya risau andai langkah saya rebah di perjalanan, sebelum sampai pada tarikh kemuncak 7 November 2019. Banyak lagi yang belum settle bila dilihat checklist dalam paperwork. Ya. Saya gerak sendiri lagi. Saya tak tahu siapa yang akan berminat untuk sertai. Jadi, saya assume bahawa #KSB ini adalah perjuangan kecil (nafsi) saya untuk agama. Perjuangan tanpa jemaah, seorang diri. Ya. Kecil. Tak semua orang mempunyai pemikiran seperti saya, atau menyokongnya, yang memandangnya sebagai satu perjuangan atau dakwah. Kalau bukan kerana Allah, saya mungkin tak setekad ini. Saya harap usaha ini bukan sekadar melepaskan batuk di tangga.

Saya nak buktikan pada diri sendiri bahawa saya mampu buat dakwah ikut kemampuan saya sendiri. Saya tak mampu untuk keluar jauh mencari jemaah untuk perjuangan ini, mungkin belum masanya. Tapi, saya pasti bahawa pasti ada yang saya boleh lakukan demi agama.

Saya bersedia andai usaha #KSB saya ini gagal, saya anggap ia sebagai eksperimen hidup saya. Setiap eksperimen itu pasti ada inferensnya. Saya akan perbaiki untuk langkah perjuangan yang mendatang, insyaAllah.

Tentang "networking", ya. Dalam pada saya sedang membangunkan projek #KSB ini, yang banyak mula terlintas di fikiran ini adalah bagaimana saya melebarkan "networking" saya terutamanya apabila melihat seorang rakan saya yang sangat hebat mengenainya. Saya ambil itu sebagai sesuatu yang baru yang saya perlu explore dan expand. Sebab, saya nampak keperluannya dalam dakwah bilamana di corong radio juga membisikkan perkara sama. Hal itu menimbulkan tekanan dalam diri saya untuk berusaha ke arahnya, InsyaAllah akan saya cuba perlahan-lahan dengan harapan bantuan daripada Allah s.w.t..


Dicoret oleh,
SMardianaMS
21 Oktober 2019