Wednesday, August 5, 2009

PeRSoaLaN AqiDaH & FiQh SeMaSa 2

2. Hukum Menggugurkan Kandungan Hasil Perkosaan

Persoalan :
Adakah syarak membenarkan mereka menggugurkan kandungan ini? Kalau kandungan itu dibiarkan sehingga janin dilahirkan dalam keadaan hidup, maka bagaiman hukumnya? Sampai di mana tanggungjawab si gadis yang diperkosa?
Jawapan :
Saudara-saudara dan anak-anak perempuan kita, tidak menanggung dosa sama sekali terhadap apa yang terjadi pada diri mereka ini kerana sudah berusaha menolak dan memeranginya tetapi mereka dipaksa dengan senjata dan kekuatan tenaga.

Firman-Nya: ‘kecuali orang yang dipaksa kafir padahal hatinya tetap tenang dalam beriman(dia tidak berdosa).’ (Surah al-Nahl:106)

Bahkan Allah S.W.T mengampuni dosa orang yang dalam keadaan darurat meskipun dia masih mempunyai kemampuan lahiriah untuk berusaha, tetapi tekanan kedaruratannya adalah lebih kuat.

Allah S.W.T berfirman setelah menyebutkan makanan-makanan yang diharamkan: ‘Tetapi barang siapa dalam keadaan terpaksa(memakannya) sedang dia tidak menginginkannya dan tidak(pula) melampaui batas, maka tidak ada dosa baginya.
Sesungguhnya Allah S.W.T maha Pengampun lagi Maha Penyayang.’ (Surah al-Baqarah: 173)

Rasulullah S.A.W bersabda: ‘Sesungguhnya Allah S.W.T menggugurkan dosa dari umatku ata suatu perbuatan yang dilakukannya kerana khilaf (tidak sengaja), kerana lupa, dan kerana dipaksa melakunkannya.’

Bahkan anak-anak dan saudara-saudara perempuan kita mendapat pahala atas musibah yang menimpa mereka, apabila mereka tetap berpegang teguh pada agama Islam. Maka, kerana keislamannyalah mereka ditimpa bencana dan dugaan serta mengharapkan redha Allah S.W.T dalam menghadkan penderitaan tersebut.

Rasulullah S.A.W bersabda: ‘Tiada seorang Muslim yang menderita kelelahan penyakit, kesusahan, kesedihan, gangguan, atau kerisauan, bahkan gangguan yang berupa duri, melainkan Allah S.W.T menghapuskan dosa-dosanya dengan peristiwa-peristiwa itu.’

Dinasihatkan kepada pemuda-pemuda Muslim agar mendekatkan diri kepada Allah dengan menikahi salah seorang daripada wanita-wanita tersebut, kerana kasihan terhadap keadaan mereka sekali gus mengubati luka hati mereka yang telah kehilangan seuatu yang paling berharga sebagai wanita terhormat dan suci, iaitu kegadisannya.

Mengenai menggugurkan kanduangan, bermula apabila berlakunya percantuman antara sperma lelaki dengan sel telur perempuan, maka akan muncul makhluk yang baru dan menetap di dalam rahim.

Maka makhluk baru ini harus dihormati meskipun dia hasil dari hubungan yang haram seperti zina. Rasulullah S.A.W telah memerintahkan wanita Ghamidiyah yang mengaku telah berzina dan akan dijatuhi hukuman rejam itu agar menunggu sehingga anaknya itu dilahirkan, setelah itu dia disuruh utuk menunggu sampai anaknya sudak tidak menyusu lagi setelah itu barulah dijatuhi hukuman rejam.

Maka bagi wanita Muslimah yang ditimpa musibah (dipaksa melakukan zina) hendaklah memelihara janin tersebut sebab menurut syarak dia tidak menanggung dosa, dan dia tidak dipaksa untuk menggugurkannya.

Dengan demikian, apabila janin tersebut tetap di dalam kandungannya hingga dilahirkan, maka dia adalah anak Mualim, sebagaimana sabda Rasulullah S.A.W: ‘Tiap-tiap anak itu dilahirkan dalam keadaan fitrah.’

Yang dimaksudkan dengan fitrah ialah tauhid, iaitu Islam. Menrut ketetapan fidhiyah, bahawa seseorang anak apabila kedua-dua orang tuanya berbeza agama maka dia mengikuti orang tua yang terbaik agamanya. Ini adalah bagi anak yang diketahui ayahnya, maka bagaimana dengan anak yang diketahui bapanya? Sesunguhnya dia adalah anak Muslim tanpa diragukan lagi.

Dalam hal ini, bagi masayarakat Muslim sudah seharusnya mengurus pemeliharaan dan nafkah anak itu serta memberinya pendidikan yang baik, jangan menyerahkan beban itu kepada ibunya yang miskin dan yang telah ditimpa dugaan tersebut.

Demikian juga pemerintah Islam seharusnya bertanggungjawab terhadap pemeliharaan ini melalui jabatan atau badan sosial tertentu. Dalam hadis sahih mutaffaq‘alaih, Rasulullah S.A.W bersabda: ‘Masing-masing kamu adalah pemimpin, dan masing-masing kamu akan diminta bertanggungjawab’.

No comments:

Post a Comment