1. Jawapan Ringkas Terhadap Persoalan Sekitar Masalah Kedoktoran
Persoalan :
Apakah kewajipan kita dalam menghadapi masalah menutup aurat orang sakit dan anggota tubuhnya terbuka bukan dalam keadaan darurat?
Jawapan :
Ini merupakan sesuatu yang wajib disebarkan agar diketahui setiap Muslimah dan dilakukan mana yang lebih positif, kecuali dalam keadaan darurat, meskipun ianya darurat haruslah diukur dengan kadar kedaruratannya.
Persoalan :
Bagaimanakah menggunakan alkohol yang bersih untuk kulit?
Jawapan :
Tidak mengapa, ia bukan khamar(arak) yang diharamkan, kerana khamar sengaja disiapkan untuk diminum. Dalam hal ini ada fuqaha yang menganggap najisnya khamar adalah najis maknawiyah, bukan najis hissiyah(menurut pancaindera).
Persoalan :
Bagaimanakah hukun menghadiri acara-acara seperti hari ulang tahun atau mengirimkan kad ucapan selamat kepada sahabat handai, atau menjawab ucapan selamat ulang tahun atau sebagainya?
Jawapan :
Bersikap baik terhadap mereka sudah cukup dengan menggunakan kad ucapan dan seumpamanya, tidak perlulah menghadirinya, kecuali jika kehadiran tersebut membawa kemaslahatan bagi Islam dan kaum Muslimin seluruhnya.
No comments:
Post a Comment