Thursday, December 31, 2009

TazKeeRaH 9 : Sambutan 'Hari' Budaya Rosak??

Artikel ni ana dapat dpd forum di; www.iluvislam.com..
Bersama-samalah kita berkongsi~~

---------------------------

Jika kita mempunyai kesempatan merujuk kepada banyak sumber mengenal SAMBUTAN HARI-HARI dari hari-bulan tertentu, maka kita akan mendapati harus 365 hari ( menurut Hari Tahun Masehi ) akan di penuhi dengan keraian dan sambutan HARI TERTENTU.

Budaya menyambut hari-hari tertentu, sebahagiannya MEMANG mempunyai unsur-unsur budaya yang merusak iman Islam jika kita turut mengikut dan menyambutnya menuruti budaya mereka itu.

Kita mulai dengan tarikh awal yang sangat hampir, dari ratusan hari lain yang harus jika berkesempatan kita kenali satu persatu.

1 JANUARI.
ianya akan menjadi sebagai satu budaya 'universal' ( seluruh dunia ).
Ia itu, sambutan awal tahun 1 JANUARI.
Tidak hairan dikalangan Musyrikin menjadikan perayaan Tahun Baru 1 Januari di sambut secara besar-besaran atau meriah kerana memang ianya adalah 'kepercayaan dan kebudayaan' mereka yang tidak beriman.
Buktinya;
Pada hari itulah mereka MEMASANG NIAT ATAU AZAM baru pada tahun itu,
haruslah bagi mereka,
sedangkan bagi Muslim Mukmin, niat adalah ibadah,
maka, ibadah seharusnya dilakukan sejajar menurut apa yang telah di SunnahkanNYA menurut Sunnah SAW BUKAN DARI KEPERCAYAAN ORANG-ORANG MUSYRIK.
Maka;
sekiranya Muslim memasang niat di hadapan berhala, atau sempena hari pemujaan 'Dewa-dewa Musyrikin', tentulah ia merupakan amalan yang rusak pula.

JANUARI adalah beralah dari Janus

Januari sebagai bulan pertama dalam kalender Masehi diambil dari nama Dewa Romawi, Janus.
Dalam mitologi Romawi Janus adalah dewa penjaga gerbang (God of Gate). Dia sering disebut juga 'God of Beginnings'. Penampilannya sering digambarkan dalam wajah bermuka dua yang menggambarkan bahwa dewa ini dapat melihat ke depan dan belakang pada saat yang sama ( satu masa ).

Tidak semua orang tahu atau menyedari kata di sebalik Januari ini, namun semua gambaran akan Janus ini sudah menjelma menjadi 'ritual' yang umum dilakukan orang saat tahun baru menjelang.
Amalan ritual seperti membuat azam atau untuk menoleh kejadian setahun kebelakang dan seterusnya membuat resolusi untuk menjalani azam di hari-hari tahun ke depan adalah yang sangat lumrah dilakukan.
Bahkan,
diatas kealpaan tentang pengetahuan ini, ramai keturunan Islam sama ada mereka dari kalangan pemimpin atau orang biasa telah terikut-ikut dengan budaya kemusyrikan ini tanpa ada kesedaran sekalipun sering terdapat peringatan meninggalkan budaya berkenaan. Apalagi mengadakan upacara sambutan yang bertentang dengan amalan Islam.

Mudah-mudahan ini sdedikit sebanyak dapat menjadi bahan untuk kita berfikir dan mengambil pengetahuan, bukan sahaja untuk kita dan dapat pula kita berikan peringatan untuk kaum kerabat kita yang tidak bersama membaca maklumat semaksud dengannya.
InsyaAllah.

ALLAHU A'LAM.
ASTAGHFIRULLAH AL ADZIM.

2 comments:

  1. Turut memberi kesedaran dan pengetahuan buat diri yang serba kekurangan ini.
    Astaghfirullahal'azim..

    ReplyDelete